Khamis, 12 Disember 2013

SEBENARNYA MALAYSIAKINI PEDAJAL GARDENIA DALAM ARTIKEL MEREKA!! MEMANG BANGSAT MALAYSIAKINI!!

SEBELUM INI, RAMAI DIKALANGAN PENGAMAL MEDIA DARI BN DAN BEBAS, AGAK TERKEJUT DENGAN TINDAKAN GARDENIA MEMBERI DANA KE MALAYSIA KINI, MALAH RAMAI YANG MARAH TAK PUAS HATI, ERM RUPANYA DISEBALIK CERITA INI, TERSELIT KEBABIAN MALAYSIA KINI SPIN CERITA DEMI MEMUASKAN TAKTIK PENIPUAN YANG MEREKA AMALKAN SELAMA INI, SIAL LAH MALAYSIA KINI NI.


Kisah Gardenia yang "MENYUMBANG DANA KEPADA MALAYSIAKINI" telah aku naikkan beberapa hari lepas kerana ketidakpuashatian aku terhadap tindakan Gardenia yang rata-ratanya mendapat sokongan Orang Melayu meyumbang kepada MALAYSIAKINI yang diketahui adalah KAKI PUTAR BELIT No 1 Malaysia. (Buktinya sekejap lagi)

Alhamdulillah selepas tulisan itu tersebar aku mendapat respon yang baik daripada pihak pengurusan Gardenia sendiri yang dengan beraninya tampil untuk memberi penjelasan tentang kekalutan yang timbul.

Cerita sebenarnya ialah "GARDENIA TIDAK MENYUMBANG DANA UNTUK MALAYSIAKINI" tetapi "GARDENIA MEMBELI LOT IKLAN" melalui "PAKEJ SUMBANGAN DANA".

baca seterusnya di sini KLIK

2 ulasan:

  1. salin dan tampal13 Disember 2013 7:07 PG

    Tolonglah, Bukan Salah Rosmah!!

    Puji-pujian yang diberikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak terhadap isterinya di ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, sekali lagi mendedahkan Rosmah Mansor kepada sorotan perhatian ramai. Jika sebelum ini, perhatian kepadanya adalah melalui apa yang dilakukannya sendiri, tetapi kali ini Najib selaku suami pula yang melontarkan umpan supaya kedudukan isterinya diperkatakan orang.
    Dalam memuji isterinya yang turut berjasa dan menyumbang sesuatu yang bermakna kepada rakyat dan negara, Najib telah mendedahkan dua perkara mengenai isterinya yang tidak pernah diberitahunya sebelum ini.
    Pertama, mengenai peranan isterinya dalam membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir kerana disangka seorang pengintip manakala yang kedua, mengusahakan agar pelajar Malaysia yang mahu dibawa pulang semasa Ops Piramid dapat singgah di Arab Saudi tanpa visa, sebelum diterbangkan ke Malaysia.Menurut Najib lagi, jasa pertama isterinya itu dilakukan dengan menghubungi Suzanne Mubarak, isteri Presiden Mesir ketika itu manakala jasa kedua pula dilakukan dengan menelefon keluarga diraja Arab Saudi yang mana Rosmah mempunyai "networking" dengannya.
    Dalam kedua-dua jasa itu, ianya dilakukan atas permintaan Najib sendiri.Selama ini, isu campurtangan Rosmah dalam pentadbiran kerajaan tidak begitu jelas bentuk dan keadaannya. Ada yang mengatakan campurtangannya dalam perlantikan beberapa pegawai kanan kerajaan, pemilihan anggota kabinet, pengagihan kontrak kerajaan sebagainya. Tetapi semuanya agak samar-samar.
    Juga samar-samar, sama ada ianya berlaku kerana keghairahan isteri Perdana Menteri itu terhadap kuasa dan ingin mengawal UMNO serta kerajaan atau Najib yang terlalu bergantung kepada kelebihan dan kepandaian isterinya itu.
    Bagaimanapun, dalam semua keadaan itu, Rosmah telah dikecam dengan pelbagai serangan, tafsiran serta gelaran serta dilihat sebagai beban yang berterusan kepada UMNO dan negara selagi Najib menjadi Perdana Menteri.
    Namun dengan pendededahn Najib sendiri mengenai jasa dan sumbangan isterinya kepada rakyat dan negara, jelas membuktikan bahawa campurtangan Rosmah dalam kerajaan adalah kerana kelemahan Najib sendiri. Dalam tugas dan peranan yang sepatutnya beliau meminta Menteri Luar dan Menteri Pendidikan menyelesaikannya, sebaliknya Najib lebih mempercayai isterinya untuk melakukan tugas tersebut.
    Najiblah yang sebenarnya memberi peluang dan membuka ruang untuk isterinya itu campurtangan dalam urusan kerajaan.Najib hanya mendedahkan dua jasa dan sumbangan isterinya, tetapi tidak mustahil selama hampir lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri, barangkali sudah banyak kali permintaan untuk campurtangan dalam urusan kerajaan ini dilakukan. Jika ini dilakukan, sama ada kerana Najib lebih mempercayai isterinya berbanding menteri-menteri kabinetnya atau kerana beliau merasakan isterinya lebih bijak dan berwibawa, atau kerana sayangkan isteri, ia hanya mengesahkan lagi tentang kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri.
    Sebagai Perdana Menteri dan suami, beliau seharusnya dapat membezakan peranan yang boleh dilakukan oleh isterinya. Sebagaimana isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini dan juga isteri pemimpin lain di seluruh negara, peranan mereka biasanya terhad kepada peranan sampingan dan tugas-tugas kemasyarakatan serta kebajikan saja.Meminta isteri mencampuri urusan kerajaan atau membiarkannya berbuat demikian, hanyalah menyerlahkan kelemahan, kegagalan dan kehilangan-upaya seseorang pemimpin itu dalam kerjayanya.
    Selain campurtangan dalan urusan kerajaan, Rosmah juga dikecam kerana penggunaan jet dan perbelanjaan kerajaan dalam lawatannya ke luar negara. Ia bukan saja berlaku dalam kunjungannya ke Qatar baru-baru ini, tetapi juga sudah beberapa kali wang pembayar cukai disedut untuk membiayai perbelanjaannya ke luar negara.

    BalasPadam
  2. salin dan tampal13 Disember 2013 7:20 PG

    ........sambungan
    Bila isu rosmah berbangkit, berpintal-pintal lidah menteri yang bertanggungjawab mempertahankan kewajaran perbelanjaan itu di Parlimen. Kadang-kadang ternampak jawapan dan hujah yang diberi terlalu dangkal, lemah dan bukan jawapan dari hati. Mereka memberi jawapan dan mewajarkan perbelanjaan isteri Perdana Menteri itu semata-mata kerana tugas dan hanya ingin menjaga kerusi yang sedang diduduki.Sekali lagi sebenarnya, penggunaan jet dan perbelanjaan wang kerajaan untuk membiayai lawatan Rosmah adalah juga menunjukkan kelemahan Najib sebagai pemimpin dan Perdana Menteri. Jika daripada awal beliau bertegas tidak membenarkan isterinya menggunakan jet dan perbelanjaan kerajaan, sudah tentulah isu ini tidak berlarutan sampai sekarang.Beliau sepatutnya mencontohi PM-PM sebelumnya yang di era pentadbiran mereka tidak pernah berbangkit langsung mengenai penggunaan jet dan perbelanjaan menggunakan wang rakyat untuk menampung biaya isteri masing-masing yke luar negara. Di zaman Pak Lah, walaupun berbangkit isu campurtangan keluarga dalam kerajaan tetapi tidak mengenai penggunaan jet dan penggunaan wang kerajaan. Begitu juga, sepanjang 22 tahun Mahathir memimpin Malaysia, tidak pernah kedengaran mengenai penggunaan jet dan wang kerajaan oleh isterinya, Siti Hasmah.Dalam isu Rosmah, sama ada campurtangannnya dalam urusan kerajaan atau penggunaan wang rakyat untuk membiayai perjalanannya, ia sebenarnya bukanlah salah beliau. Tolonglah, Rosmah tidak bersalah dalam hal ini.Yang salah ialah orang yang meminta Rosmah untuk campurtangan dalam urusan kerajaan. Yang bersalah ialah orang lemah dalam mengawal keghairahan Rosmah. Yang salah juga ialah orang yang gagal mengawal Rosmah dan tidak berani bertegas dengannya sejak awal lagi.Jika orang ini dapat ditukar, selamatlah kita semua. (SH 10/12/2013)

    BalasPadam