MAKIN RAMAI SANGSI DENGAN TINDAKAN BAPA SAIFUL!!! AI CEPAT BENAR KANTOINYA!!!

16 September 2008, memori untuk semua pencecei yang kena tipu dengan mr anuar ibrahim... dan sekarang new drama begin.. hehe

raja drama.. hebat mung

Berikut adalah kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali yang dikeluarkan hari ini berkenaan perkara ini:

Kenyataan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan. Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau. 

Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu. 

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. 

Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.  

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan "U" Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. 

Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya. Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan. 

Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim. Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya. 

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan. 

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim. Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas. 

Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia 
Taman Tun Dr Ismail, KL 


JADI TAK PERLU GENTAR DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN!!

saiful bukhari.. pesan dari pejuang kebenaran!!!! KITA ISTIQOMAH LAWAN KEJAHATAN SYAITAN BERTOPENG MANUSIA INI!!!... kita jangan gentar tunjukkan kebenaran.. kerana kebenaran sesungguhnya amat pahit untuk diterima penganut-penganut agama anwarisme... AMAT TERDESAK MEREKA SEKARANG INI..


SUSULAN SIDANG MEDIA TERTUTUP BAPA SAIFUL BUKHARI YANG TIDAK DIHADIRI SAIFUL BUKHARI SENDIRI MENGENAI KONSPIRASI KONONNYA MAHU MELENYAPKAN ANWAR DARI POLITIK MALAYSIA 

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim. 

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali. 

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau. 

4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi. 

5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun. 

6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa. 

7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat. 

8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini. 

9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.

Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar

(MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN)

ps: kita kena ingat, Allah kalau nak tunjuk kebenaran, sekejap je.. dan kepada penganut agama anwarisme... janganlah terlalu angkuh.. nak tanya perancangan Allah lagi hebat atau perancangan jahat kamu lagi hebat????? BRO!! ALWAYS FIGHT TO THE END!!!!

klik sini klik sini

82 ulasan:

ANUAR IBRAHIM BUKAN TUHAN!!! LAGI KELUAR PKR!!

hehe aku tertarik ayat dari rakan blog ni.. ada kuasa

UNDI BN ANDA NORMAL
UNDI PAKATAN ANDA MENTAL... 

keh keh keh memang tepat apa yang dikatakan.. sebab aku perasan sejak dua menjak dekat pilihanraya ni.. bila dibongkarkan kebenaran.. mangkuk-mangkuk ayun pepakas pr sangat tak keruan.. hahaha..


lagi keluar pkr di pasir salak

Nah! Satu lagi penangan yang akan buat Anwar meroyan. Dah macam-macam cara dia buat tetap tak mendapat sokongan. Orang dah tak percaya, dah menyampah dengan taktik kotor dia. 

Oleh sebab tu, 384 borang kemasukkan UMNO dari bekas ahli-ahli PKR telah diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Salak iaitu YB Dato' Tajuddin Abdul Rahman. Mereka semua diwakili Tuan Haji Mokhtar. 

Penyerahan tersebut diadakan sewaktu majlis meraikan penubuhan Cawangan baru iaitu Cawangan UMNO Taman Malinja di Seberang Perak semalam. 

Tahniah kepada UMNO Pasir Salak kerana dapat menyedarkan Rakyat yang UMNO dan Barisan Nasional adalah yang terbaik! Semoga ramai lagi ahli-ahli dari parti Pembangkang sedar dan berubah arah kepada BN - ADA 

ps: makin sasau lah pekakas anwrisme.. dia ingat cara mereka nak ugut-ugut boleh jatuhkan semangat blogger bn.. main tuduh sesedap mulut.. dah la tak gentle tak letak nama bila komen kat blog sini. ek eleh.. kalau berbulu sekalipun dengan blog ni.. kawal sikit sawan anda tu ye pekakas... hahahaha...

nak nyanyi lah..

tanya sama anwar apa sebab goyang
nanti jawab anwar pkr nak tumbang.... hehehehe

5 ulasan:

ceramah pas di paya jaras selangor.. gila ramai!!

ramai tu kira ramai la.. juga.. sebab penceramah dia bukan main bersemangat beri kutukan dan cacian, pakai kopiah.. bermula naik sheikhnya dia pun kutuk rosmah.. kata beli bag rm100k.. beli cincin rm24 juta.. dan siap kata apa sebab najib takmau bubar parlimen tuan-tuan.. saya tau.. sebab najib dah goyang tuan-tuan.. aku ingat hadirim kasi tepuk lah.. rupanya buat bodo je.. lagilah naik sheikh penceramah tu... siap kata najib sekarang ni dah tak boleh tidur lena dah.. dah tunggu nak dikuburkan jawatan dia tu... hehehe... bukan main gempak si penceramah sembang... dan paling trill dia kata... kompom pakatan rakyat akan menang di pru13 ini dengan sokongan majoriti rakyat.. katanya.. oklah... ye lah majoriti ye.. hehehe

jom tengok gambar ceramah pada 8-03-13 bawah ni., secara logik di paya jaras.. kawasan kampung bandar yang padat penduduk di selangor ni.. dan si penceramah kata majoriti sah bersama pas????.. hehe aku nak tanya.. lah.. (gambar tak berapa clear sangat)

 erm kurang lebih 100-150 orang penduduk setempat hadir.. erk majoriti..????

kalau 5000 orang datang apa yang penceramah tu kata aku pun boleh goyang.. setakat 100-150 orang je.. ades.. camne tu..ehehe

ps: keadaan ceramah pas memang berbeza dari segi croud kalau nak dibandingkan pada zaman 2008 dulu.. serius.. minded pengundi dah berubah.. dan penceramah kata orang muda memang komferm menyokong pakatan.. aku agak hairan juga sebab yang ramai bapak budak, orang muda boleh kira dengan jari.... kesimpulannya.. kalau kubu kuat pas pun croud macam gini.. hehehe.. sah anuar ibrahim akan jadi pm la beb lepas ni.. cayok!! cayok!!!

25 ulasan:

adus.. ceramah umno yang dah kurang orang!! :(

apa nak buat.. dah ini jadinya... tahniah wahai pekakas dap.. anda memang patut bergembira.. hehe.. tak taulah nak cakap camne lagi.. kalau kira kerusi lagi banyak dari orang so camne.. bravo pas... cayok cayok.. anda berjaya buat ceramah umno jadi camni... huhuhu

erk.. erk.. kerusi lagi banyak ni.. aduhai... tetapi ni gambar hiase.. gambar ceramah pas sebenarnya.. haha..

yang sebenarnya gambar sambutan yang agak mengejutkan rakyat kelantan bila umno anjurkan ceramah... kadang-kadang nak sembang dengan orang angkuh dan buta serta tuli payah sikit.. hehe jadi biarlah gambar yang berbicara... tak gitu.. hehe


ps: di tohmah macam-macam dekat umno.. di fitnah macam dekat umno.. membuatkan umno lagi kuat.. InsyaAllah.. rakyat dah senak perut nak ikut cara pakatan rakyat.. terutama cara politik bhagal anuar ibrahim.. so kita ada otak kasi fikir..!!!

8 ulasan:

nur misuari buat post di facebooknya!! geleng kepala anuar ibrahim!! kantoi kantoi.. huh!!!

ni apa sebab nur misuari dok posting hal anuar ibrahim ni?? eh eh.. tengah panas hal lahad datu.. apa tak pandai cover line lah.. kang puas anuar ibrahim nak menjawab ni.. haha.. apa punya tur da nur misuari ni!! siapalah wartawan yang berani nak tanya hal  ini kalau ada sidang media...

soalan wartawan: dato sri boleh bagi tau kenapa nur misuari... bla bla bla...

ds anuar ibrahim: u ulang i saman.. mau??

klik untuk besarkan

kantoi kantoi... kantoi... kantoi....... tripple demn... apa punya tur da... kah kah kah...

nak tau siapa yang dok menahan marah???????????

adus apalah nasib aku ni.. kantoi manjang... arghhhhhhhhhhhhhhhhh...


pesan aku.. taubat lah wahai insan... lagi banyak pekung busuk keluar.. lagi banyak kemaluan yang anda dapat.. udah la tu... cukup cukup sudah....

5 ulasan:

GAME OF SHADOW SEMAKIN GEMPAK!!!

jangan jadi pelik.. yeop.. jangan lupa isu ini yang tak langsung dijawab oleh tuan badan yang telah dirisik oleh unit risikan tentera filipina.... eh eh...

KANG TANYA LEBIH-LEBIH...

U TANYA SOALAN I SAMAN...

hehe.. tak sampai 1 hari dah kantoi berdentum pasal bapa si saiful bukhari.. allo kawan.. masa tahun 2008 bolehlah pakatan rakyat eksyen.. sebab time tu cyber troop kamu lah yang kongker alam maya... dan sekarang... hehe.. tak boleh dah sorok bangkai gajah dalam laci la wei.. hahaha..


dan kita tengok pula bukti-bukti dari akhbar filipina dan risikan tentera mereka.. eh eh.. berapalah juta umno bayar akhbar sana ek.. kayo lah umno..

ps: isu lahad datu takkan dibiarkan ia senyap.. ada faham pekakas dap...!!!!!

2 ulasan:

STRATEGI LICIK NAK TUTUP ISU LAHAD DATU!! good idea dari war room pakatan rakyat!!! pui..

cerdik dari general cyber room pakatan kan.. hahaha.. ai banyak tu keluar $$$ sebab nak bagi semua orang tak sangat ambil tau isu lahad datu.. jadi dengan bangganya bapa saiful bukhari... menjadi pelakon gempak haram tahap teratas... erm.. ok kita tak payah kot nak cerita isu tu.. sebab dah kantoi dah.. saiful pun dah keluarkan stament yang bapanya dipergunakan.... adui.. rugi-rugi $$$ keluar ni.. haha.. silap haribulan kena minta balik $$$ tu kang.. tak ke lagi pening bapa saiful.. hahaha..

OK BERBALIK ISU LAHAD DATU YANG SANGAT PANAS NI... KORANG TAKKAN TAK SEDAR APA KHALID SAMAD CAP TIN SARDIN DOK KATA BEB... SAMA JE MINDED DIA DENGAN TIAN CHUA...

klik untuk besarkan

bila taktikal dari war room mereka nak alihkan isu meh kita ke fb ni klik sini

1. Isu pengakuan bapa Saiful bukanlah suatu isu nasional yang boleh menjejaskan kedaulatan 7 keselamatan Negara. Ia adalah isu peribadi untuk mengalihkan perhatian Rakyat dari isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah. Tambahan pula, ia masih dalam proses Mahkamah Rayuan dan sebarang perbicaraan mengenainya dibimbangi akan ditafsirkan sebagai menghina mahkamah. Usah terpedaya dengan mainan tipu muslihat pakatan haramjadah. Banyak keraguan & kemusykilan boleh kita perolehi termasuklah sidang media yang tertutup, mengapa Saiful Bukhari tiada sekali dalam sidang tersebut serta apakah motif yang cuba disembunyikan oleh puak-puak pakatan haram sebenarnya dengan menimbulkan isu tersebut di saat seluruh Rakyat Malaysia berasa dukacita dengan apa yang berlaku di Sabah. 

2. ISU NASIONAL adalah:-
(i) Permintaan supaya Amerika campurtangan di Lahad Datu, Sabah.
(ii) Nasihat Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya isu di Sabah diselesaikan di meja rundingan.
(iii) Kenyataan Presiden Filipina yang memihak kepada Malaysia berbanding penceroboh militan Sulu.
(iv) Rakaman perbualan telefon antara Anwar & Misuari yag dipintas oleh perisikan Filipina.
(v) Pengakuan bekas pengasas PKR yang mendakwa Suaram membiayai USD2 juta pengganas Sulu
(vi) Pengakuan seorang Pastor bahawa beliau menjadi Penasihat kepada pengganas untuk mengambil semula Sabah dari Malaysia.
(vii) Rekod-rekod pertemuan para pemimpin pakatan haram dengan pengganas-pengganas di Jolo, Mindanao dan/atau Sabah serta motif perbinccangan /pertemuan tersebut.

ps: akan ada bukti paling tergempar akan disebarkan berkenaan rakaman suara si pengkhianat negara... erm tu pasal si pekakas pr dah jadi sawan.. pusing la isu supaya dapat orang dalam alam cyber pergi ke isu bapa saiful tu.. aaaa nampak???? tera game of shadow na.. hahaha..

5 ulasan:

kenapa sekarang baru mau sembang ini konspirasi??? kita tanya saiful sendiri la!!!

sedangkan anak dan bapak berlainan ideologi pun boleh tak sefahaman, sedangkan adik beradik yang berlainan ideologi politik pun tak tegur sapa... ini kan pula bapa si saiful bukhari... ceh.. kadang-kadang dia dah pening kot.. mana satu mana nak ikut... masa dulu dia yang ikut bersama-sama si saiful ke masjid dan bersumpah.. dah dah... hehe.. berapalah dapat ni ye.. haha..

hehe.. kalau betullah konspirasi.. apa lagi dari mulut saiful sendiri berkata benar..betul ke konspirasi???? dari seorang bapa??? eleh semua boleh spin kerana dah tak keruan.. cuba tengok tian chua tu.. hehe.. boleh u turn je.. cerita dia.. anuar ibrahim lagi la boleh je u turn je cerita dia...


KUALA LUMPUR, 8 Mac: Portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

ps: buat sidang media yang terbuka.. dan bukan tertutup... ada berani.. ???? takut ni modal politik spin of spin.. bukan tak tau ma... propaganda itu penting untuk melemahkan situasi musuh... so ini salah satu lah.. kita pejuang bn jangan patah semangat pulak... akan ada lagi pembongkaran yang agak kritikal berkenaan isu sabah!!!! jeng jeng...

sumber klik sini

78 ulasan:

tian chua salahkan keadilan daily!! kah kah kah..

apa punya tur da.. bila dah kecut perut... bila ramai dah menghentam dia.. sampai dia tido pun tak lena... maka cara terakhir.. cari dalang yang sebarkan fitnah katanya.. fitnah yang kata dia anggap isu lahad datu adalah konspirasi terancang umno... kikikiki


apa punya lawak seram dia buat da.. hahaha...

Naib Presiden PKR, Tian Chua menyalahkan laman berita rasmi partinya, Keadilan Daily yang didakwa mengolah kenyataannya pada Jumaat lalu, berhubung isu pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu mempertahankan dirinya dengan menegaskan beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO seperti dilaporkan laman berita berkenaan.

Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat” Tian Chua, Naib Presiden PKR

Tidak bertanggungjawab

Tian Chua berkata, beliau tidak bertanggungjawab ke atas olahan penulisan artikel yang dibuat pengarang berita Keadilan Daily sebaliknya hanya bertanggungjawab berhubung beberapa petikan ayat yang dinyatakannya sewaktu dihubungi wartawan portal berkenaan.

“Pada pagi Jumaat lalu, saya dihubungi wartawan terbabit untuk komen mengenai pencerobohan di Lahad Datu ketika ada berita antarabangsa melaporkan berlaku tembakan (Lahad Datu).

“Ketika itu, saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media ‘black-out’ di Malaysia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini semalam.

Dakwa konspirasi UMNO

Jumaat lalu, menerusi tajuk laporan “Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno-Tian’, Keadilan Daily melaporkan Tian Chua sebagai berkata, kejadian di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Sehubungan itu, pelbagai pihak mengecam dan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap kenyataan Tian Chua di samping mengingatkan pemimpin kanan PKR terbabit supaya jangan memperkotak-katikkan pengorbanan wira yang menjaga kedaulatan, keselamatan serta keamanan tanah air.

Tian Chua turut mengesahkan pada Isnin lalu beliau menerima surat tuntutan daripada peguam UMNO, Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak supaya memohon maaf kepada parti berkenaan berhubung isu terbabit.

Serah pada peguam

“Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit berkata, Tian Chua tidak ‘serang’ laman berita terbabit sebaliknya sekadar memberi penjelasan berhubung artikel yang disiarkan.

ps: mesti editor or wartawan keadilan daily dah kena bayar dengan umno.. hahahaha... ai macam-macam... lawak seram yang tak seram... hahahaha...

sumber klik sini

4 ulasan:

pendedahan panas akan dibuat!!! SUARAM MENAJA USD2JUTA KEPADA PENGGANAS SULU???

adakah ini satu info paling panas bak lahar gunung berapi, yang berani menegakkan kebenaran adalah orang yang bersama-sama dengan parti pkr dulu.. dan sekarang semua yang seramai 28 orang yang dah tinggalkan pkr akan lawan habis-habisan anuar ibrahim dan sekutunya.. aku tengok, ramai dikalangan bekas ahli pkr, beb diaorang bukan calang-calang berjawatan didalam pkr dulu... dan ada yang berkawan dengan anuar ibrahim hampir berpuluh tahun.. aku pelik kalau kawan yang punya lama berkawan pun sanggup tinggalkan perjuangan dia... ini pulak kita... tak ke pelik kalau kita yang cerdik boleh percaya bulat-bulat apa anuar ibrahim kata... huh..

U ULANG I SAMAN..


Panas! Panas!

Presiden Jaringan Cina Malaysia (JMM) Ng Lum Yong yang juga bekas pengasas PKR Mendakwa Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Menyalurkan 2 Juta US Dollar Kepada Penceroboh Untuk Menyerang Lahad Datu.

Ini suatu pendedahan menarik dan cukup panas. Suaram sudah pastinya di bawah telunjuk Anwar dan Tian Chua yang memfitnah Umno juga orang kuat Suaram.Adakah Anwar berani menafikan atau terus menyaman Lum Yong kerana memfitnah?Kita pakat-pakat tungguu.....


president filipina pun hairan dan pelik.. sebab dia taulah waris kesultanan sulu tu macamana.. pengikut dia macamana.. ada kewangan ke tidak... tu yang menjadi tanda tanya tu..

dan saudara Zahid Mat Arip, juga mempertikaikan atas kapasiti apa anuar ibrahim dok pi jumpa misuari.. apa sebab? dia bukan pm, sekadar ketua pembangkang... dan rakyat malaysia sepatutnya berhak mengatahui jawapan dari mulut anuar ibrahim...


boleh klik sini untuk mendengar apa yang zahid mat arip kata.....

18 ulasan:

penjawat awam patut setuju cadangan tony pua... ka ni!!! erm yes yes yes..!!!

hehe.. kalau nak lah, terutama yang keje dengan gomen tapi otak sah disalut taik pembangkang.. adakah anda setuju???? keh keh... setuju... ok.. tak pe.. kita tunggu je pakatan rakyat memerintah... hehe...

dalam hati mesti kata, aje gile aku dah elok keja kat gomen, dapat macam-macam si bangsat dap ni nak memandai-mandai pulak... huh...

ada berani??? kamon pekakas dap terutamanya.. yang jenis radikal minded lah... ada berani???? hehe... lu pikir lah sendiri..


ps: apa lagi jom kita ramai-ramai jadi pekakas dap.. yiha.. hehe

0 ulasan:

kalau belum tengok filem ini dipersilakan!!! anda akan faham tangan ghaib kerja dia macamana!!!

SIAPA SUDAH TENGOK FILEM NI BEB??? 

aku sarankan pi cari dvd dia.. dan korang akan faham.. kerja-kerja si pedajal hidden hand ni cukup licik dan teratur.. dan korang akan faham cara-cara hidden hand ini bernaung dengan 1 agenda... yahudi.. freemason.. dan paling trill di wujudkan sesuatu krisis itu kerana untuk membaik uruskan ekonomi... tripple demn..


PS: AKU CUKUP YAKIN, KES DI LAHAD DATU INI KERJA TANGAN GHAIB YANG AKAN DIBONGKARKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT...tunggu!!!!!! 

3 ulasan:

lawak spastik dari pekakas pakatun, cukup lawak!! kah kah kah..

spisis kartun yang sentiasa akan dikartunkan otaknya... itulah pekakas pakatan rakyat!!!

KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH



ps: macam ni je ke standard macei pakatan, kah kah kah kah kah kah kah kah...

18 ulasan:

hapuskan semua saki baki pengganas sulu!! tiada kompromi, letak senjata tanya syarat!! - ds najib

masa datang tak diundang.. bukan main.. orang ajak berunding dan keluar dari sabah dengan baik.. tak mau.. angkuh.. lepas tu cari pasal bunuh pasukan keselamatan.. dan sekarang makannnya hadap la komando-komando elit dari malaysia tu.. baru ada akal...


letak senjata tanya syarat kata perdana menteri

Perdana Menteri Datu Seri Najib Tun Razak baru sahaja mengadakan sidang media di Tawau ...

  1. Pemimpin Sulu di Tawau berikrar memberikan kerjasama dengan kerajaan.
  2. Pengganas Jamalul Kiram III perlu letak senjata tanpa syarat.
  3. Sabah adalah sebahagian dari Malaysia dan milik Malaysia buat selama-lamanya.
  4. Najib memberitahu Perjanjian tahun 1878 dan Suruhanjaya Cobbold 1963 akan tetap terpakai buat selama-lamanya.
  5. 5) Jangan ada mana-mana pihak mempertikaikan dan memandang rendah iltizam kerajaan pertahan Sabah dalam Malaysia.
  6. Operasi Ops Daulat tetap diteruskan sehingga penceroboh meletak senjata dan keluar dari negara ini tanpa sebarang syarat.
  7. Malaysia telah lama mengamalkan dan menghormati prinsip kemanusiaan.
  8. Kerajaan telah memberi peluang berunding dengan pihak pengganas Jamalul Kiram III sebanyak 4 kali sebelum Ops Daulat dilakukan.

sumber klik sini

ps: jangan bagi muka.. mesti si malaun seko tu lagi sakit hati tengok najib dengan beraninya datang lahad datu.. dia pun nak pergi sana tapi takut kena baling kasut dengan orang sabah!!! hehe

0 ulasan:

sumber dari facebook bertarikh 24 januari 2013!! siapa dalang????

hidden hand yang dah rasa kepanasan dalam diam, tak keruan dalam menjalankan rutin harian.. dah menjadi semakin bercelaru sebab makin panas makin panas.. kepanasan yang mungkin menjadi tak keruan apabila banyak bukti-bukti yang dah tunjukkan!!!... bila hidden hand ini semakin pening sebab perancangan sebenar tak menjadi kenyataan...

apa hidden hand ini harapkan

1. buatkan rakyat malaysia membenci kerajaan sekarang kerana lembab menangani krisis secepat mungkin
2. buatkan rakyat tertanya-tanya sebab apa dengan tetiba je pengganas itu boleh masuk ke dalam sabah..
3. nak menjatuhkan imej pasukan keselamatan negara...

apa yang kantoi.. dan hidden hand ini jadi pening

1. harap atm terus serang, dan jangan bagi ruang... dan pdrm sangat cerdik sebab bagi ruang dulu kepada pengganas sulu selama 2 minggu untuk keluar dengan cara baik... berdiplomasi sebab kalau terus serang ibarat tidak bagi pihak yang ceroboh ruang.. tetapi ruang dah diberi.. tetapi mereka tetap berdegil... kerajaan malaysia mengikut sepenuhnya undang-undang geneva...

2. dan mengaharapkan rakyat percaya ini adalah satu konspirasi terancang dari pihak bn kerana pru dah nak dekat, kantoinya... bila mereka mengharap pihak tentera dulu yang serang.. tetapi pasukan vat-69 pulak diserang hendap dengan kejam oleh pengganas sulu dan membuatkan 8 anggota keselamatan kita terbunuh...
-Al-Fatihah buat mereka yang terkorban..

3. kebodohan tian chua yang tak jaga mulut.. dan sekarang harap rakyat jadi marah dekat kerajaan persekutuan berpusing arah dengan menjadikan tian chua sebagai kurang ajar.. pkr jadi satu entiti yang paling dibenci oleh majoriti rakyat sekarang.. hambek ko ubat..

4. anuar ibrahim dalam sidang media tidak dapat mengawal emosi.. wartawan hanya bertanya kenapa tak saman juga reuters dan akhbar dari filipina... jawapan yang agak emo dari seorang yang konon nak jadi pm, u ulang soalan i saman... memalukan..

5. dan sekarang apa semua mereka nak kaitkan hal lahad datu ada kaitan dengan ds najib semua dah terkantoi.. dari harakah daily yang salah info berkenaan dengan mnlf dan milf.. terus buang link tersebut.. memalukan... dan terbaru gambar ds najib yang nak dikaitkan dengan ketua pengganas sulu pun kantoi.. rupanya edit.. klik sini

6. tertanya-tanya juga orang, apa sebab anuar brahim dok nyanyi lagu tanya sama pokok, apa sebab goyang, nanti jawab najib, sabah yang hilang... apakah tersirat nyanyian ini??? adakah sebab ini klik sini

kesimpulannya beb... hidden hand dah tak senang duduk dah... kah kah kah... jadi kawan-kawan.. kita tunggu lagi pembongkaran... kena ingat sabah 25% undinya kepada bn.. so faham-faham je lah.. hehe.. kena ingat perancangan Allah lagi sempurna dari perancangan syaitan yang bertopengkan manusia.. tunggu...



ps: jangan takut ceritakan kebenaran, sebab kebenaran itu agak pahit bagi mereka yang tahu kejahatan itu memusnahkan.. bangkit rakyat malaysia.. kita ajar kejahatan ini dengan sebarkan kebenaran... 

0 ulasan:

sumber risikan vat-69

jampi serapah, mandrem dari alam ghaib... nyengkrong pangkesudemprong koteng..

Seorang pengganas Sulu yang dibunuh oleh penduduk setempat di Semporna baru-baru ini tidak hanya mendedahkan wujudnya penyertaan militan dari Selatan Filipina dalam kes pencerobohan Sabah malah tangkal yang dipakai lelaki yang mati itu menunjukkan amalan ilmu hitam dijadikan sandaran untuk menambah keyakinan di medan tempur.

Dalam kejadian di Kampung Sri Jaya, Simunul itu selepas serangan hendap oleh pengganas Sulu yang mengorbankan 6 nyawa anggota keselamatan negara, penduduk setempat yang kebanyakannya keturunan Sulu telah mengambil tindakan drastik membelasah dan membunuh seorang pengikut MNLF bersenjatakan M16 yang mengaku telah membunuh 6 polis tersebut.

MNLF yang diketuai Nur Misuari merupakan penyokong kuat Jamalul Kiram III yang didakwa sebagai Sultan Sulu yang sah serta merupakan rakan baik kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, sebelum ini pernah menafikan penglibatannya dalam kemelut di Sabah. Penafian itu bagaimana pun ternyata bohong kerana kejadian di Semporna mendedahkan sebaliknya.

Pengikut MNLF yang mati itu mungkin menyangka tangkal kebal yang dipakainya berupaya menjauhkan dirinya dari Malaikat Sakaratul Maut, tapi hakikatnya, besar atau kecil tangkal kebal atau sehebat mana ilmu hitam yang dimilikinya, bila sampai ajal akan mati juga.

Sebahagian orang Sulu terutama dari Selatan Filipina memang sudah menjadi tradisi mereka untuk memakai tangkal kebal sama ada yang dipakaikan di leher, lengan, tangan atau pun di pinggang, malah ramai yang mengamalkan amalan ilmu hitam kononnya sebagai pendinding semasa berada berperang.

Demikian halnya dengan pengikut Jamalul Kiram III dan pengikut MNLF turut tak terkecuali dari amalan khurafat dan syirik itu. Biasanya sehari sebelum pertempuran, mereka akan mandi beramai-ramai sambil membaca ayat Al-Quran yang di campur aduk dengan jampi serapah untuk menyeru pendamping.

Mungkin kerana pengaruh ilmu hitam sebegitu ditambah lagi dengan rasukan syaitan menyebabkan peri kemanusiaan mereka hilang sama sekali sehingga tergamak memenggal kepala lawannya tanpa sedikit pun belas ehsan semasa pertempuran pengganas Sulu itu dengan anggota polis.

Manakala mayat-mayat anggota keselamatan yang lain pula sengaja diletakkan bom (booby trap), modus operandinya memang sama seperti yang sering dilakukan oleh pengganas komunis sewaktu zaman darurat dulu.

Jelas sekali apa yang dilakukan oleh pengganas Sulu ini sama sekali bercanggah dengan tuntutan Islam yang mengehendaki umatnya tidak berlaku kejam terhadap musuh apatah lagi menjadikan mayat musuh sebagai perangkap bom. Kejam dan ganas.

Selain itu, kaitan sejarah lama keturunan Kiram itu sendiri yang sudah terbiasa melakukan pembunuhan ganas secara besar-besaran ke atas rakyatnya sendiri sekitar tahun 1906 dan 1911 di Bud Dahu dan 1913 di Bud Bagsak, Jolo, Sulu sewaktu pemerintahan Sultan Kiram II dulu, juga boleh diambil kira sebagai punca pengikut Jamalul Kiram III menjadi ganas dan kejam.

Walau apa pun alasannya, yang pastinya kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan kini sedang digempur oleh pasukan keselamatan negara, perlu menerima akibatnya di atas kekejaman dan keganasan yang telah mereka lakukan.

Kita telah memberi peluang untuk mereka berundur secara baik sesuai dengan tuntutan Islam yang mendahulukan perundingan demi mencegah pertumpahan darah apatah lagi sesama Islam, kini dasar berlembut yang kita tonjolkan telah dibalas dengan kekerasan, maka wajiblah atas kita untuk bangkit menegakkan hak dan kebenaran.

ps: kesimpulannya, Allah lagi hebat dari ilmu syaitan yang merosakkan.. aish aku tak sabar nak tau dengar dari sumber dalaman yang katanya akan ada bukti-bukti mengaitkan.......... perisikan tentera lagi gempak ke atau perisikan tian chua??????

klik sini

1 ulasan:

pekakas-pekakas pr semakin parah!!! edisi gambar edit yang kantoi!!!!

baru-baru ini spisis pekakas pr, bukan main berlagak siul geng-geng cyber diaorang dok hebah!! kata najib janji bagi tanah.. najib bergambar dengan siapa?? dok hina kata ds najib kata sah terlibat berkenaan lahad datu dan paling bangsat kata ds najib saja membuat konspirasi terancang berkenaan isu lahad datu...kepala hotak..

dan tak sampai seminggu, pekakas pr yang suka fitnah akhirnya terkantoi juga, inilah ajaran yang biasa dijulang oleh mereka.. apalah nak jadi.. sampai ke tahap moroon mereka ek.. 


ajaran wajib bagi mereka sekarang.. fitnah, fitnah, makanan lazat hari-hari dok jamu.. almaklumlah nak cover tuan dia si bapak penipu tu tak menjadi-jadi.. asik kantoi manjang.. gaji dah la mahal rm3k sorang.. tapi kerja macam bapuk... belum apa-apa dah terbuka pekung... what a kind of stupid loser...

ps: akan terbongkar juga siapa dalang krisis di lahad datu.. tengok la.. tunggu... tak senang duduk la mangkuk seko tu... hahaha

11 ulasan:

ni lah dia komen-komen pekakas pr yang otak disaluti selut!! rosak minda!!

kang cakap lebih-lebih ada balaci pr yang gaji 3k terasa hati.. hehe.. kang kutuk lebih-lebih kang kata nak tau siapa empunya blog ni lah.. ek eleh.. hahaha.. kamon pekakas pr.. takkan dah panas berdentum sampai ke tahap gitu pula.. kah kah kah... apasal???? modal fitnah dah kurang ka? kah kah..  kata hak bersuara di negara demokrasi.. kenapa cepat benar panas punggung ni... ai macam ada apa-apa je ni .. keh keh keh..

otak disalut selut.. bila terampau banyak selut ini lah jadinya... rosak-rosak..


ps: u ulang i saman... ni dia ajaran yang terlampau ekstrim dari pekakas pr yang konon otak lebih hebat dari doktor.. lebih hebat dari pensyarah.. ni lah dia ajaran paling bangsat yang hanya ada kat otak pekakas pr sahaja... kau hado???? kang ada kata kalau kau berani kau tunjukkan siapa kau, kalau berani bagi taulah siapa yang empunya blog ini.. hahahahaha... mengelabah beruk ke hapa ni.. kah kah kah.... konon nak melenturkan semangat blogger pro bn ka... hehe.. jap jap nak bersin.. ass asssshhhhh shommm... alhamdulillah... kira blogger pro bn bagi sasau juga dekat pekakas pr ye... tahniah geng-geng.. hehehe.. adios..

9 ulasan:

panas!! gambar pengganas sulu terbunuh..





gambar-gambar penjenah yang terbunuh, dikatakan mayat mereka dah mengelembung dan membusuk, berkemungkinan ianya terbunuh pada hari jumaat atau sabtu.. dan tabik kepada pasukan keselamatan yang berjuang demi kedaulatan negara ini dari diceroboh oleh pengganas... 

ps: ada juga mulut-mulut lancang, kata ini semua konspirasi kerajaan unduk menarik undi.. kepala hotak lah.. dah 8 orang polis kita terbunuh la wei.. kematian boleh diaorang kata konspirasi... apa gila lah otak disalut selut.. huh.. ni mesti ajaran siapa lagi... korang tau kan.. 

sumber klik sini

51 ulasan:

raja drama..!!!! terpukau ku melihat!!



RAJA DRAMA
RAJA PUSING
RAJA SEGALA RAJA SAMAN
RAJA SEGALA RAJA.... ATAS KEPADA ATAS ATAS RAJA.. RAJA DRAMA....

kang perli lebih-lebih kang

u tanya soalan i saman.. i saman i saman...

bayangkan kalau dia jadi perdana menteri... hari-hari ada je orang kena saman.. keh keh keh keh.

15 ulasan:

kita mampu buat apa kepada anugerah Tuhan ni?? kita takkan mampu buat apa-apa.. dia hebat!!

apa mampu rakyat malaysia buat!!! sebab ditunjukkanlah bejuta bukti pun.. kita takkan mampu buat apa-apa.. dia dah dianggap Tuhan.. tiada sesiapa mampu mengahalangnya... dan pekakas-pekakas dia cukup gembira dan sampai dah rasa sah dia akan jadi pm.. walawea...

kita yang ada otak.. dan harap otak kita takde selut lah macam diaorang.. sampai krisis lahad datu pun dianggap konspirasi terancang... erm.. macam tu..



hidden hand yang licik, dah terkena kerajaan bn.. tapi kita tak perlulah risau.. perancangan syaitan lagi bagus atau perancangan Allah lagi hebat??? kita berdoa.. dan harap pertualang siapa yang punca tragedi ini kita heret mereka ke muka pengadilan.. dan kita kena faham.. masa terus berjalan.. yang aku tau.. selagi dia ni tak diangkat sebagai pm.. selagi itu macam-macam jadi..

pekakas-pekakas dia dah berangan macam-macam dah... tanah, harta, jawatan.. terbaik.. kena ingat 25% undi bn di sabah... dan bila berjaya runtuhkan simpanan tetap bn di sana.. maka kuburlah bn..

tu yang si bewok ni nyanyi "tanya sama pokok apa sebab goyang" nanti jawab pokok sabah yang hilang" apakah maksud tersirat bewok bakal pm ini nyanyi sabah yang hilang??????

dan kronologi pekakas-pekakas anwarisme dalam mengkritik kerajaan malaysia perihal isu lahad datu... memang mereng bro...

- Kenapa Tentera Sulu boleh masuk Sabah
- Kenapa Hantar PDRM...tak hantar ATM
- Kenapa dah mati baru nak naik pangkat
- Kenapa baru nak nak hantar ATM...menteri lambat bertindak
- Kenapa ATM naik Air Asia...taknaik pesawat tentera
- Kenapa ATM tak naik MAS
- Kenapa ATM pakai Jet Hornet gempur Tentera Sulu

U ULANG I SAMAN U!!!
(ayat2 ini diambil dari rakan fb )


ps: kejahatan-kejahatan mereka kita hanya mampu lihat dan diam.. itulah terjadi di malaysia sekarang.. sungguh memualkan.. cis..

1 ulasan:

tian chua kata akan dedahkan sendiwara umno, selasa (semalam)!! tapi dia tak muncul-muncul!! kah kah kah

dia kata, bukan den yang kata.. dia akan dedahkan sendiwara umno, dan semalam tarikh akhir.. wah masa dia berlagak gila cakap akan dedahkan sendiwara tu.. bukan main seronok pekakas dap bai.. haha.. tetapi apakan daya.. jangan kata dedah, bedah pun tak muncul-muncul.. keh keh keh...

hari ni hari apa??? selasa cikgu.. hehe.. apa selasa??? tengok betul-betul.. selasa ke rabu... rabu cikgu.. hehehe...

kemanalah dia pergi ek.. mungkin dia tengah cari bahan kot.. orang tua-tua pernah berkata.. kerana mulut badan binasa... hehe...

dan kat bawah ini pun sama.. aku ambil dari fb rakan.. bila otak dah jadi selut dia tak leh dah buat apa.. sama je macam tian chua ni.. selut melekat kat urat otak.. tu yang jadi bebalisme.. tu yang dia tau

umno
umno
umno

klik untuk besarkan imej

taulah sakit hati dengan umno.. tapi kalau nak bagi persepsi pun biar yang gempak sikit.. keh keh keh.. ini standard harakah daily je.. what a selut minded...

ps: kesian ada juga manusia yang nak juga anwarisme tuhik tu jadi pm.. kekekekekeke..

5 ulasan:

gambar-gambar yang tak ingin dilihat pekakas anwrisme!!



semakin hari-semakin naik darah orang dengan insan yang bernama anuar ibrahim.. ehehe.. alamatnya boleh jadi sasau yang kroniklah pengikut-pengikut dia... hahaha... jilat jilat jilat.. jangan tak jilat.. jilat sampat kilat.. hahaha..

jangan panas hati aaa.. nanti kena jual... keh keh keh

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!! kenapa kenapa kenapa.. bukan ke kau anugerah Tuhan.. hebat gila power... tapi kenapa kenapa... ahhhrhhh... 

ps: aje gile kita nak angkat dia sebgai perdana menteri.. 

5 ulasan:

kerana panas dah main ugut-ugut pulak!!! kejadahnya ni???

KATA HAK BERSUARA, KALAU KITA TENGOK DI BLOG-BLOG PAKATAN LAGILAH, SIAP HINA CACI MAKI, FITNAH TOKSAH KATALAH.. SO BILA BLOGGER BN BERJAYA BUATKAN JIWA PEKAKAS PAKATAN RAKYAT JADI KACAU.. MAKA NAK MAIN UGUT-UGUT PULAK..

KEJADAHNYA HAK BERSURA CARA PAKATAN NI BEB?????

KITA BERSUARA KIRA DAH PANAS MEREKA MAIN UGUT-UGUT PULAK.. APA NI??? BILA MEREKA BOLEH????

TAPI KESIMPULANNYA...NEGARA DEMOKRASI HAK MASING-MASINGLAH NAK BERSUARA.. ADA FAHAM... dah macam pakatan rakyat pulak yang memerintah.. macam kukubesi ye.. oo.. begini..


ps: belum berkuasa dah main ugut ugut pulak.. ek eleh.. alam cyber ma.. kalau tak leh terima tak payahlah baca blog ni.. poyo ooo.. pui

31 ulasan:

gambar-gambar bikin panas!!! ceramah di kelantan...



ps: jangan kata edit sudah lah ye.. banyak tersirat dan tersurat.. dan realiti di kelantan memang berbeza.. dan sekalung tahniah buat rakyat kelantan yang benar-benar nakkan perubahan... tahniah.. harap bn boleh menang di kelantan... bukan senang sebenarnya nak meruntuhkan kekuatan pas di kelantan.. tetapi sangat di puji sekiranya rakyat kelantan yang rasa perubahan itu perlu... KITA TUKAR!!!

11 ulasan:

lahad datu!! pas pun boleh diangkat hero beb!! ini buktinya.. hehe

that why darling i say, pas always hansome and power... hahaha

Akhirnya, siren JIHAD PAS berbunyi juga. Walaupun agak terlewat kerana OPS Sulu semakin menghampiri penghujungnya, namun niat yang "ikhlas" itu yang patut kita puji.


Sebagai menyahut seruan Ketua Pemudanya, maka jentera PAS seluruh negara kini bersiap sedia dengan segala aset perang mereka dan hanya menantikan sahaja saat kerahan ke barisan hadapan!


Malah Tuan Guru Presiden sendiri sedia untuk mengikut berJIHAD di Lahad Datu. Minta pembaca jangan ketawa kerana ini bukan satu sandiwara politik PAS semata-mata, bahkan Dewan Pemuda dan unit komandonya, Unit Amal PAS pernah membuktikan yang mereka sanggup mati katak di atas jalanraya demi JIHAD untuk Ambiga!




Cuma satu sahaja soalan kami di Mymassa: Nanti JIHADnya menentang penceroboh itukah atau pihak berkuasa?

hehehe...

ps: garu telo lagi nikmat da.. hehe jangan mara aa kasi gurau-gurau sama pas.. lama tak ngusik.. hehe

klik my massa

12 ulasan:

musuh di lahad datu tumpas sepenuhnya!!!

PENCOROBOH TELAH DITUMPAS SEPENUHNYA 5/3/2012-12.00 PM-KAMPUNG TANDUO: Kumpulan bersenjata Sulu bersenjata telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) dan Panglima Angkata Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) pada sidang media di Lahad Datu.

Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata yang merupakan pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir yang dilanjutkan, yang diberikan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.
Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan, untuk dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang terbang melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.


Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.

Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal oleh pihak polis dan tentera yang mengawal ketat keselamatan di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh tindakan daripada pengikut Sultan Sulu bahawa akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.

sumber klik sini

9 ulasan:

siapa yang taja senjata untuk sultan sulu? tangan ghaib mana bagi agaknya!!!


Kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah menimbulkan seribu tanda tanya kepada banyak pihak terutama apabila gerombolan diketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III mempunyai kelengkapan persenjataan lengkap dan canggih.


Menurut Lokman Nor Adam, bekas penasihat kepada Sultan Rodinood Ibni Almarhum Sultan Mohammad Julaspi (didakwa sebagai waris sah Kesultanan Sulu), kemampuan sultan sebenar ataupun sultan palsu untuk mempunyai senjata canggih termasuk pelancar peluru boleh dipertikaikan memandangkan kemampuan kewangan keluarga kesultanan Sulu adalah terhad.

"Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihan raya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jeferry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak kesultanan Sulu palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu," tambah Lokman lagi.


Malah melihat jumlah kehadiran gerombolan "tentera diraja" Sulu ini disamping kemahiran dimiliki mereka, ternyata gerombolan penceroboh ini telah menerima latihan daripada pihak tertentu sebelum berani untuk menceroboh ke Sabah.

Mungkin hakikat ini sukar diterima sesetengah pihak, namun timbul persoalan, siapakah yang memberi bantuan kewangan kepada gerombolan penceroboh ini sehingga membolehkan mereka mendapatkan kelengkapan persenjataan dan latihan sebelum mereka bertindak menyerang Sabah?

Dalam pada masa yang sama keterlibatan Anwar Ibrahim dan Nurallaj Misuari dalam merencanakan pencerobohan ini wajar dipertimbangkan memandangkan Misuari mempunyai perkaitan dengan kumpulan penceroboh Lahad Datu ini, manakala Anwar pula didakwa beberapa kali menemui Misuari sebelum insiden pencerobohan ini berlaku.

ps: hidden hand yang licik.. dan mudah-mudahan siapa saja dalang yang punca sebenar krisis ini, cari sampai ke lubang cacing.. dan bongkarkan.. sekarang pun yang ada kaitan dah panas punggung...

sumber klik sini

2 ulasan: