erm so far biarkan rakyat yang menilai sebaran terbaru tu!!! iyarkkkkk

sebabnya, kalau kita melihat persepsi orang dengan mr mansuh tu.. adakalanya buatkan ramai lagi terfikir... APA BETUL AKU NAK NAIKKAN DIA INI JADI PERDANA MENTERI KALAU PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH... keh keh keh... ades.. dah macam haram jadah dah aku tengok perangai, lagi teruk kalau kita terus kata AHHHHHHH... ini permainan jijik dari umno..

JAWAPAN AKU SENANG JE, biarkan kebenaran akan menutup kebatilan.. dan bila kebenaran tersingkap maka jadi sasau lah puak-puak taksub ini... hehe..


ps: kalau video amah lambung bayi semua orang percaya, sedangkan tak nampak sangat muka amah tu.. tapi bila ketua mereka orang sebarkan siapa dia siap jelas muka dia seh!!!.. maka orang kata ahh ini fitnah jahat.. ini lah realiti akhir zaman.. sebab dajjal bila muncul.. uish, memang payah orang nak percaya tu dajjal kekekeke...

klik sini untuk gambar geli siut tu...

1 ulasan:

bak kata orang biarlah gambar berbicara!! ceramah pas di pulai chondong, machang!!

husam musa mesti terketab bibir bila mengatahui apa terjadi di kelantan sekarang, hal ini boleh buatkan atuk nik aziz n the gang jadi pening lalat.. hehe.. mana tak pening.. kalau dulu ceramah pas anjurkan, jangan sembangla ramai dia camne.. tak payah sms-sms, hanya mulut ke mulut pun gerenti akan penuh ceramah tu dengan manusia... boleh full pack... syok oo kutip derma time tu.. berkarung-karung guni duit leh kutip.. tapi itu dulu lah.. zaman 2008.. hehe..

bak kata orang lah biarlah gambar itu berbicara.. tak dapat pelempang pekakas depan-depan pun tak pe kita bagi penampar halus terus mulus terus dalam hati.. kebenaran dah memuncak mewarnai kelantan.. maka takkan senang duduklah mereka-mereka yang kata... pas kuat la wei.. hehe.. yo lah!!! kuat jadi pekakas dap dengan anwarisme buat pe.. baik tak payah!! hehe..





ps: hehe, mungkin orang sana udah bosan dengan cara pas berpolitik.. ke guane?? hehe makin pening lah anuar ibrahim, makin kroniklah sakit kepala hadi awang, camne lah aku nak jadi pm ni weh.. hehe..

sumber klik sini

24 ulasan:

kalau kita tengok gambar ini!! sah pas adalah dominan dalam pakatan rakyat!!!

BRAVO
BRAVO
BRAVO

PAS KAN FOR ALL... uish ni kalaulah gambar ni orang umno yang datang... agak-agak paling teruk jadi meroyan tahap sasau gila siapa?? hahaha... tapi apakan daya..bukan orang umno, tetapi ada orang pas yang hadir!!! dap punya hal.. apa nak kisah.. sebab yang minum orang kapiaq.. erm bagi aku senang je.. kalau lah pas tak jadi tukang cuci berak dap (jadi dominan).. arak2 ini tak kan sesekali diletak diatas meja.. dan mungkin ada meja khas dan tetamu boleh mengambil ditempat lain.. kerana apa.. menghormati ada orang Islam datang ke majlis mereka, dan mungkin ada yang duduk bersebelahan dengan tetamu bukan Islam.. tetapi.. itu yang aku cakap.. kalau tak dominan dalam parti.. menyalak lah kau macamana pun... berdehen si kapior tu.. tunduk je.. hehehe..  for all konon.. hahaha..

Arak dan Pakatan Pembangkang memang tidak dapat dipisahkan. Di mana majlis Pakatan di situlah adalah jamuan arak. Jika sebelum ini penulis pernah menulis mengenai beberapa majlis yang menjamu arak dan tidak menghormati haadirin muslim, kali ini penulis dikejutkan sekali lagi dengan gambar yang penulis jumpa di internet baru-baru ini.



cayalah.. baru-baru ni aku ada lah pergi ke ceramah pas, ustaz pas yang beri ceramah tu kata apa.. sekiranya pas berjaya ambil alih putrajaya... sinar Islam akan lebih berkembang dari apa yang umno lakukan sekarang???? erk.... apa betul pas cakap ni????????? hehe.. bro, selamat kena tipu ye dengan pak lobai kuyyup pas!! YES YES YES!!!

sumber klik sini

4 ulasan:

cikgu bard dah di U turn kan oleh pkr sendiri?? biar betul!!

ait kenapa pulak, bukan ke dia ni antara jaguh cak lempong terbaik pkr ke.. kenapa pulak sanggup buat dia camni ni.. kenapa.. apa sebab.. hehe.. sama-sama kapal pun nak taji menaji.. ek eleh.. kata parti baling kerusi.. eh silap, kata parti yang memperjuangkan segala apa bentuk yang terarah kepada keadilan.. ni apasal pulak nak gaduh-gaduh ni.. hehehe..

Kalau tidak ada angin, masakan pokok akan bergoyang... benar rupanya khabar yang bertiup dan ini lah puncanya mengapa Chegubard terpaksa melakukan apa saja untuk menarik perhatian Pusat dan juga Bossnya Anwar Ibrahim kerana Chegubard bukan lah “winnebale” candidates bagi PKR lagi. 

Diberitahu satu pertemuan sulit telah diadakan oleh beberapa orang kuat PKR bagi memastikan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard disingkirkan terus dari PKR.

Beberapa tindakan juga akan diambil bagi menghalang penglibatan Chegubard di pentas politik dan segala perbincangan berhubung Chegubard juga telah disampaikan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.


Pada 16 March ini Anwar Ibrahim dijangkakan turun berceramah di Batu 3, Pedas Rembau, Negeri Sembilan bersama angkatan penceramah lain, namun nama Chegubard langsung tidak ada sebagai penceramah di Rembau.


korang baca seterusnya disini.. klik

ps: sekarang ni dalam pkr hanya ada balaci-balaci yang time-time sekarang lah kena tunjuk jaguh beb.. pilihanraya dah dekat sangat ni.. calon-calon otak kerempeng yang boleh memikat mr anuar ibrahim untuk di jadikan sebagai winnable candidate.. hehe.. kesimpulannya.. pas, pkr dan dap.. mereka ini tiada apa yang nak korang bangga pun... semua jenis nak jawatan je... kerja.. korang kasi tonggeng la.. haha..

0 ulasan:

page fb ini buatkan penyokong pas jadi angin satu badan!!!

kenapa, apa sebab.. sebenarnya page ini adalah page yang memerangi syiah.. dan kerana pembongkaran demi pembongkaran betapa sesatnya syiah.. dan siasatan juga mengatakan ada golongan syiah yang dah kontrol dalaman pas... benar atau tidak benar.. rasanya orang pas sendiri perasan akan hal ini.. jadi nak senyap kerana putrajaya???? ades...


ps: aku perasan komen-komen pentabsub pas, tak boleh terima oo teguran pasal syiah memang ada dalam pas.. memang tak boleh tegur langsung.. ai susah tul nak sembang sebenarnya dengan golongan sah masuk syurga pas ni.. rosak tul mindanya... orang tegur pasal nakkan kebenaran dan supaya pemimpin atasan pas sedar keadaan ini.. dol.. ek eleh.. hehe..

6 ulasan:

SAH PAS AKAN MENJADI DOMINAN DALAM PAKATAN MASA PRU13 NANTI!! ini buktinya..

hehe, kali ni saja nak ngusik pekakas pas saja nak bagi cover up semangat.. keh keh.. ye la pas kata la.. dia dalam parlimen pas lagi banyak dari dap.. ye la pas.. hebat hebat... power siut pas.. hehe...


tapi realiti pas sekarang di selangor tengok jelah.. kalau tak dapat tengok dengan mata, elok tengok dengan mata lutut pun boleh.. apa betul pas dominan????? kih kih kih


itu yang dikatakan oleh dalaman pas sendiri.. selagi pas mengarapkan dap dan pkr semata-mata jenama pakatan rakyat.. dan niat nak jahanamkan kuasa Islam, tak kemana lah perjuangan pas untuk Islam, sebab.. kalau tak langsung dominan.. suara pas dalam pakatan hanya ibarat orang melolong-lolong tapi abang besar buat pekak badak je.. sampai bila nak tipu kenyataan ini wahai pas.. adakah semata-mata kerusi empuk putrajaya??? ades.. memalukan.. kalau orang yang sembang gempak gila pasal tamadun Islam.. sembang pasal kehebatan Islam.. tetapi menjadi tikus mondok bila hal ehwal Islam diusik oleh tuan besar mereka... memalukan... 

aku nak je tanya dengan ustaz-ustaz yang katanya merekalah pejuang Islam tulen.. apa jadi dengan menifesto terbaru pakatan untuk pru13 ni, sampai apa yang pas perjuangkan erm.. tulisan pun tak nampak.. dan adakah si pekakas sedar.. logo dalam buku menifesto mereka pun ada logo salib.. erk.. maruah apa yang disembang ni wahai pekakas pas???


ape betul ke pas ni.. hehehe.. ni kalau umno ni.. mau sampai ke subuh pak lebai pas yang akan berdemo sampai lupa anak bini yang katanya umno memperjuangkan kristianiti.. betul tak?? hehe apakan daya.. semua ini menjadi poyo bila pas sembang berlagu pasal nak berjuang pasal negara Islam... ek eleh..

ps: bila otak jadi pekakas, maka taik pun bergelumang sampai penuh kat otak.. tu pasal jadi teruk taksubnya.. hehe.. 

14 ulasan:

dato hassan ali kembali buat u turn!! harap pekakas baca apa beliau terangkan!!


KENYATAAN DATUK DR HASAN ALI BERHUBUNG NASIB RAKYAT SELANGOR DI BAWAH PIMPINAN PEMBANGKANG.

Sejak Pakatan Rakyat mentadbir beberapa negeri termasuk Selangor banyak pihak telah membuat berbagai penilaian yang akhirnya menjurus kepada kedudukan Melayu Islam di Pulau Pinang dan Selangor khususnya sedang terancam.

Ancaman yang paling ketara ialah tentang kedudukan Melayu Islam itu sendiri sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan yang secara terang dan jelas tidak merupakan agenda utama Pakatan Rakyat. Malah manifesto Pakatan Rakyat setebal 35 mukasurat tidak mengandungi satu patah perkataan pun yang merujuk kepada Melayu. Pimpinan Pakatan menjelaskan lagi hasrat kerajaan Pakatan untuk mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan hak Melayu Islam dalam berbagai bidang seperti yang diketahui hampir kesemuanya mereka ketinggalan.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed adalah di antara pemimpin negara yang terakhir menyentuh perkara ini. Beliau secara berterus terang memberi amaran bahawa Melayu Islam semakin terhakis dan akan pupus di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat terutama di Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sudah tentu mempunyai hujah tersendiri untuk menafikan gambaran kepupusan Melayu Islam di negeri itu. Tetapi setelah berpengalaman 4 tahun penuh sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor saya mempunyai hujah tersendiri pula untuk mengiakan kenyataan-kenyataan yang dibuat selama ini termasuk yang terakhir daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Beberapa Badan Berkanun seperti PKNS yang ditubuhkan untuk membantu kaum Bumiputera meningkatkan taraf kehidupan di kawasan-kawasan bandar termasuk dalam hal perumahan telah diberi fokus baru oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu. 

Kini atas nama meningkatkan nilai hartanah milik Melayu, PKNS di arah untuk beroperasi sebagai pemaju berwibawa yang boleh bersaing dengan pemaju-pemaju ternama untuk merebut peluang mendapat keuntungan dalam projek-projek hartanah di kawasan-kawasan Melayu. 

Projek Datum Jelatek umpamanya  dengan nilai RM135-RM160 sekaki persegi sudah tentu tidak dapat membuka ruang bagi orang Melayu untuk menyertai projek sedemikian. Digambarkan dua blok Datum Jelatek telah dijual kepada rakyat Singapura dan yang selebihnya ditawarkan kepada rakyat China. Bukan sahaja cara ini memencilkan Melayu dalam dunia pembangunan sebaliknya dari segi demografi akan menjadikan Melayu terus hidup dipinggiran dan meneruskan budaya pinggiran mereka.

Banyak tanah-tanah yang memang telah diberi milik kepada agensi-agensi negeri seperti Yayasan Selangor dijangka akan berpindah tangan ke bangsa lain untuk bebagai tujuan. Sedangkan seperti yang diketahui Yayasan Selangor ditubuhkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar luar bandar mendapat peluang belajar di sekolah-sekolah ternama dibandar-bandar besar di sekitar Lembah Kelang. 

Seperkara lagi daripada pengamatan saya, banyak syarikat-syarikat milik Melayu Islam termasuk individu-individu peniaga mendapati sukar untuk terus memajukan usaha perniagaan masing-masing di Selangor. Kebanyakan mereka dilabel dan dituduh sebagai kroni-kroni Umno dan berikutan dengan itu ruang dan peluang yang ada seolah-olah ditutup rapat akibat gejala politik dendam dijadikan asas pertimbangan. 

Sedangkan pada masa yang sama usahawan-usahawan bukan Melayu Islam termasuk daripada negeri China dialu-alukan dan diberikan ruang serta peluang seluas-luasnya untuk mengembangkan perniagaan mereka di Selangor. Padahal seperti yang diketahui usahawan-usahawan yang dinafikan ruang penyertaan mereka telah banyak memberi sumbangan kepada kemajuan negeri Selangor termasuk memberi tapak dan ruang kepada ahli-ahli profesional dan pekerja-pekerja Melayu Islam untuk menceburkan diri di sektor-sektor moden dalam dunia perniagaan.

Di bidang agama pula sebagai mantan Exco yang diberi tanggungjawab melaksanakan Islam di negeri itu, saya tidak mendapat galakan dan sokongan yang sewajarnya daripada Kerajaan Negeri. Tindakan yang saya dan JAIS ambil untuk mengurangkan penggunaan arak, judi, rumah urut dan hotel-hotel bajet yang dikatakan menjadi sarang maksiat telah ditentang oleh DAP, PKR dan PAS sendiri. 

Ini termasuk peristiwa DUMC dalamana lebih 50 orang Melayu Islam diundang berbuka puasa dalam persekitaran gereja. Aturcara dari awal hingga akhir dikatakan berunsur ajaran Kristian. Penglibatan saya dan JAIS dalam peristiwa ini juga mendapat tentangan daripada pentadbiran negeri termasuk PAS yang sepatutnya tampil dihadapan mempertahankan akidah umat Islam.

Seperkara lagi saya mendapati ruang dan peluang untuk mengamalkan Islam diperingkat diri dan keluarga memang ada. Masjid-masjid dan surau-surau berjaya diimarahkan sewaktu saya menjadi Exco. Menteri Besar sendiri telah menyentuh perkara ini. Tetapi yang juga penting ialah persoalan mencegah kemungkaran bukan sahaja menggalakkan yang maaruf sahaja. Seperti yang diketahui asas dakwah ialah menghidupkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar. 

Sewaktu menjadi Exco, cadangan saya untuk melaksanakan sebahagaian peruntukan Enakmen Jenayah Syariah seperti mencegah aktiviti khalwat tidak dialu-alukan langsung oleh kepimpinan negeri. Mereka menjadikan kebebasan individu dan hak asasi manusia sebagai alasan. Bahkan mereka menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak seharusnya terlibat dalam hal-hal yang diistilahkan sebagai “social-policing”. Gejala maksiat yang berleluasa bertambah menyemarak sekiranya komponen nahi mungkar ini tidak dapat dikendalikan dengan sempurna. Inilah yang berlaku di negeri Selangor. 

Saya boleh memberikan peristiwa demi peristiwa dan contoh demi contoh. Tetapi ini bukanlah hasrat saya. Apa yang ingin saya gambarkan ialah memang terdapat secara jelas atau secara berselindung tindakan memencil, meminggir, menafikan hak-hak Melayu Islam dan mepupuskan mereka dalam rangka jangka panjangnya. Rakyat Selangor mungkin tidak sedar tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung ataupun pernah berurusan dengan agensi-agensi tertentu maka mereka akan mendapati ulasan-ulasan yang pernah dibuat mengenai Melayu Islam di Selangor bukan dongengan, bukan khayalan dan sama sekali bukan fitnah. 

Seperti juga pimpinan-pimpinan yang lain termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, saya mempunyai alasan tersendiri untuk menyatakan bahawa Melayu Islam berada dalam situasi yang kritikal di negeri Selangor. Untuk mengharapkan kerajaan Pakatan Rakyat mengubah keadaan ini boleh dikatakan jauh panggang dari api. 

Hanya kuasa rakyat yang boleh merubah keadaan dan hanya dengan kuasa rakyat juga yang dapat mengembalikan kedudukan asal Melayu Islam disamping menentukan mereka terus diberi ruang dan peluang untuk bersaing mendapatkan tempat yang wajar dibumi tempat tumpah darah mereka.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
14 MAC 2013

ps: tu yang aku kata, kita sebarkan apa pun tentang keadaan sebenar orang Islam melayu, korang ingat pekakas pas dan pkr nak dengar ke.. diaorang hanya memikirkan dana yahudi yang diaorang dapat je.. sok nanti bila dah dapat putrajaya.. masing-masing ada habuan.. yang melopong tergadai macam-macam rakyat juga terutama orang melayu lah.. yang pekakas garu telo je termampu.. bersorak kampung tergadai.. yes yes yes...

1 ulasan:

himpunan perkasa hanya 300 orang je mampu kumpul!! pheww!!

makin tersenyum lebarlah pekakas pas.. mana tak gembira.. sebabnya himpunan perkasa tak mampu menarik walau 1000 orang... adeh!! guane.. lokasi di kelantan lak tu.. aduhai.. sekalung tahniah yang tertinggi buat para pekakas pas.. harap boleh tersenyum lebar.. dan jangan stress-stress lagi lepas ni... hehe

gambar hiase, tidak kena mengena dengan ini cerita hehe

gambarnya dibawah ini, amacam? baru betul.. hehe.. jangan mara aaa... 


Hayat PAS Kelantan Kini Di Hujung Tanduk

Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin yang dianjurkan oleh NGO PERKASA yang di adakan baru-baru ini sememangnya menyebabkan ramai pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu jadi hilang pedoman tak keruan jadinya.

Dianggarkan 15,000 orang rakyat negeri ini dari sekitar Pasir Mas, Kota Bharu dan beberapa Parlimen berdekatan berpusu-pusu membanjiri kawasan perhimpunan, mengakibatkan timbul kegeruhan dalam hati pemimpin PAS Kelantan.

Mereka langsung tak menjangkakan ribuan rakyat Kelantan termasuk dari kalangan penyokong PAS sendiri sanggup hadir meramaikan majlis tersebut yang pada awalnya diramalkan oleh pimpinan PAS Kelantan hanya akan dihadiri kurang dari 1,000 orang.

Kempen propaganda PAS Kelantan beberapa hari sebelum itu yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selaku tetamu di majlis tersebut tidak akan dapat menarik perhatian ramai, nyata gagal sama sekali. Lain yang mereka harapkan, lain pula yang terjadi.

Panas terik mentari langsung tidak dihiraukan orang ramai, jelas sekali semakin ramai rakyat Kelantan sudah nekad dan bertekad untuk beralih arah dan bertukar cita rasa selepas hampir 23 tahun memberi peluang kepada PAS memerintah negeri.

Baru-baru ini pula, sekitar 10,000 orang rakyat Kelantan beramai-ramai memenuhi jalan-jalan sekitar Bangunan UMNO Negeri dalam protes mereka terhadap Kerajaan PAS Kelantan berhubung pemilikan tanah-tanah berpuluh ribu ekar yang kini dikuasai bukan Bumiputera termasuk pemimpin DAP.

Beberapa hari selepas itu, hampir 15,000 orang anak rantau Kelantan sekitar kuala Lumpur, Shah Alam, Negeri Sembilan dan Melaka hadir memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil memeriahkan Himpunan Perdana Anak Kelantan Di Perantauan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Suasana sebegini meriah hanya lebih kurang 3 tahun kebelakangan ini sahaja terasa, terutama selepas PAS menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti 65 undi semasa PRK DUN Manek Urai 2009 yang sebelumnya dimenangi dengan majoriti 1,352 undi pada PRU 2008.

Selepas PRK Manek Urai diikuti PRK DUN Galas yang kemudiannya ditawan kembali oleh BN dari PAS, gelombang kebangkitan semakin kuat dan sejak itu apa sahaja majlis anjuran UMNO di negeri Cik Siti Wan Kembang ini pastinya mendapat sambutan berbanding majlis anjuran PAS.

Faktor pemecatan Dr Hasan Ali dan pengguguran Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura juga sedikit sebanyak mendorong kesedaran ramai rakyat Kelantan khususnya dari kalangan penyokong PAS veteran dan orang muda tidak berparti untuk turut sama menjayakan Gelombang Merah Kelantan Berubah yang dipelopori UMNO tika ini.

PRU 13 yang mendatang ini bakal meletakkan PAS semakin terperosok jauh ke hujung tanduk, malah berdasarkan kaji selidik terkini juga mengesahkan hampir pasti PAS akan cedera teruk tertusuk tanduk, jika tidak pun jatuh berkecai menemui ajalnya.

Dengan UMNO semakin mengukuhkan kedudukannya di 25 DUN manakala PAS hanya bergantung harap pada 17 kerusi DUN sebagai kubu terakhirnya, sementara baki 3 DUN lagi semakin condong kepada UMNO, tidak syak lagi PRU 13 adalah PRU terakhir untuk PAS sebagai Kerajaan Kelantan. In shaa Allah

sumber klik sini

ps: mudah-mudahan, tetapi realiti ini kena bn faham, ramai pengundi yang bekerja di luar kelantan balik mengundi dan mengundi pas.. dan mereka-mereka ini adalah sah pentabsub pas... sentimen tukar pas hanya wujud di dalam negeri kelantan sahaja rasanya... golongan bekerja di luar ini lah punca susah bn nak ambil alih.. mereka ini balik mengundi dan tetap takkan benarkan bn memerintah.. ini lah realiti yang aku sendiri jadi pelik.. sebab.. golongan ini mana tau hal ehwal apa terjadi di dalam negeri sendiri.. ini hanya pendapat akulah.. so far orang kelantan semua cerdik-cerdik.. boleh menilai.. dan harap ada perubahan nyata.. In shaa Allah!!...

9 ulasan:

LAWAK PALING BUDUS OLEH PEKAKAS PR..!!! KELAKAR GILE.. haha

ni kira pesen apa nak gelarkan manusia yang tahap kronik dia punya bebal.. wakaka.. berniaga.. lepas tu sewa tak bayar, letrik kena potong, pasal celaru.. dia kata ini semua umno punya salah.. wakakaka... tahap badas melampau siol.. hahahaha

aduhai.. ai macam-macam dah perangai si pekakas pr keh keh keh keh keh...


suruh kawan kita yang tak bayar sewa ni buat macam bawah ni je lah kekeke..

ps: hehe.. kalau nak cari modal pilihanraya pun kena ada trill sikit.. hehehe..

14 ulasan:

penganalisis DR ROSLI dan ANAK di katakan pakai topeng ultraman sekarang ini.. kenapa? ini lah sebabnya...

kikiki, mana lah nak letak muka.. sebelum ni Dr Rosli 'Bangla' dah kobarkan yang saham FGVH merundum, tidak nampak potensi untuk maju serta teruk, berkemungkinan tanah-tanah peneroka akan tergadai dan peneroka akan kerugian teruk.. wahh.. kalau dengar apa si penganalisis ini kata, mau tercabut gigi palsu pakcik-pakcik peneroka beb.. mau naik sheikh pakcik-pakcik peneroka bila dengar si penghasut ni.. dia ni sama je dengan pengerusi anak tu si mazlan aliman.. ceh.. menghasut saja tau.. pui

hah, pakai sekarang topeng ni..

Mengikut penganalisis saham, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (Proft Before Tax - PBT) dan selepas perubahan nilai saksama dalam liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (Land Lease Agreement - LLA) sebanyak RM1.126 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. 
Keuntungan ini telah dicapai hasil peningkatan besar 73% pendapatan yang diperolehi oleh syarikat perladangan sawit ketiga terbesar di dunia ini (berdasarkan keluasan hektar tanaman), disumbangkan terutamanya daripada peningkatan jualan minyak sawit mentah (MSM) sejak 1 Mac 2012. 
Pendapatan FGV pada tahun 2012 berjumlah RM12.89 bilion berbanding RM7.45 bilion pada tahun sebelumnya manakala keuntungan sebelum cukai pada 2011 adalah RM1.9 bilion. Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, jumlah tersebut tidak termasuk liabiliti LLA yang hanya ditanggung pada tahun 2012 berikutan perubahan model perniagaan FGV. 
Tanpa mengambil kira tanggungan LLA, keuntungan FGV sebelum cukai pada 2012 adalah sebanyak RM1.34 bilion. Kiranya mengikut penganalisis. Jika tahun lepas pun FGV mampu meraih keuntungan yang besar, walaupun ekonomi tak stabil. Tahun ini dijangka, FGV akan mengaut keuntungan lebih dari 2012.


ps: manalah si pelaq tu nak letak muka.. aduh aduh.. siullah.. kah kah kah... kaki menghasut tu lah kerjanya.. mengelentong tu juga kerjanya.. apakan daya.. pekakas tetap dengan pendirian, walau kami dikelentong dan dijadikan keldai.. kami tetap dengan pakatan rakyat!! hehehe.. gilo..

dari blog klik sini

16 ulasan:

harap pekakas pas cukup gembira dengan gambar ini..

ye la.. suka ke? hehe ceh ceh suka nampak.. kekeke... tapi sekurangnya ini lah cara moral untuk orang pas yang semakin pening dengan masalah dalaman pakatan sekarang.. hehe..


ye la ye la.. hehe.. power siut.. kete kebal pas.. wakakaka....kira ni dah bagi satu semangat paling utuh buat pekakas-pekakas mereka lah... sampai meleleh air liur tengok kekeke...

tapi kesimpulannya.. dan realiti sekarang.. sentimen anti pakatan rakyat semakin menular dan makin ramai dah naik menyampah.. mana tak meyampah.. sebab dalam kepala otak asyik ngidam putrajaya je.. hal-hal lain semua tak kisah.. bak kata si khalid ismath pun.. kami tak kisah kalau pemimpin yang nak ambil alih malaysia ini dia lgbt ke, liberal ke asalkan dia tak rasuah.. haha.. gila..




LU PIKIR LAH SENDIRI.. 

4 ulasan:

gile gempak siut!!! ceramah anjuran pkr di seksyen 23 shah alam kumpul 5k orang beb!!!

mana tak hebat!! azmin ali ada datang beb.. wah best la leh dapat aiskrim free.. hehe.. penuh kerusi.. sampai parking penuh.. dan paling best ada orang sanggup panjat pokok demi mendengar penceramah hebat dari pkr.. ades..masak la bn wei.. mau tak tido malam semua jentera bn kalau macam ni beb!!!

tu dia ramai gile beb... tapi yang sedihnya ini gambar hiasan da.. kekekekeke

Entah apa rasionalnya majlis ceramah PGayR malam ini dinamakan "Perasmian Bilik Gerakan Utama" sedangkan Bilik Gerakan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sudah berada di rumah kedai Seksyen 23, sejak beliau menang kerusi DUN Batu Tiga pada PRU-12. Majlis baru dimulakan dengan kehadiran YB Ice Cream dengan kenderaan bernombor BBM3. Kehadiran amat menyedihkan, iaitu di antara 150 hingga 200 orang. Tidak kelihatan kelibat penduduk Seksyen 23 di majlis ini. Kebanyakan jentera parti dan orang luar. Kita berharap musibah tidak datang melanda penduduk di sini dengan kehadiran Si Tanggang ini. Oh ya! CTS terlupa, ada makanan dalam polesterin disediakan!

sumber cts

meh kita tengok gile haram ramai siut manusia datang keh keh keh







ps: apa macam pkr?? ada ok ka?? kah kah kah kah... ini macam ka orang datang?? ramai?? kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah.... ades.. terlebih sudah tergelak.. sory.. haha.. YANG PENTING PKR IS DEATH!!!! jangan bernanah hati ye pekakas semua.. muahahahaha...

4 ulasan:

KOMPLEN DARI PELAJAR UNISEL!!! nilaikan lah sendiri!!!

sembang memang kasi bimbang je pakatan rakyat.. kata nak kasi percuma.. percuma atuk dia.. hahaha... kalau bercakap.. cipan pun boleh say yes yes yes... tapi bila menajalkan orang dia juga no 1... ini lah dia pesen pakatan rakyat di selangor... pelajar unisel pun dah tensen beb dengan perangai pihak universiti tu... kata duit simpanan kat selangor ada 2 billion... ai pelajar yang belajar di universiti berjenama selangor pun tak mampu nak jaga.. lepas tu.. dah mati kutu salah kan umno... ek eleh..


Luahan pelajar UNISEL. Ada hati Kerajaan PR nak kasi Pendidikan Percuma sedangkan PTPTN pun belum PELAJAR UNISEL perolehi. Pelbagai alasan yang diberikan. Belum lagi potongan mengarut sehinggakan setiap orang mendapat wang PTPTN yang berbeza. 

Itu belum masuk lagi masalah Kad Diskaun 1Malaysia yang mengambil masa berbulan lamanya untuk pelajar UNISEL dapat daripada IPTA dan IPTS lain. 


Nak tadbir sebuah Universiti pun dah tunggang-langgang. Ada hati nak berforum pendidikan percuma pada hari jumaat ini di LT2 (Lecture Theatre 2, tingkat 3) yang membarisi mahasiswa basi seperi Adam Adli dan Bawani? 


Sudah cukup sudah... sebarkan kepada semua bagaimana kerajaan PR hanya tahu berjanji, tetapi pada hakiki, mereka tergigit kuku nak laksanakan apa yang mereka janji. Bukan kuku tangan sahaja, tapi habis sampai ke kaki

ps: berjanji semua boleh.. tapi bila dah dapat kuasa kau tunggulah habuan dia..

17 ulasan:

HARAP TIDAK MEMBACANYA...!! terutama pengikut pas..


Imam Ahmad Ibnu Hanbal ketika ditanya berkenaan dua orang yang dicalonkan untuk memimpin satu pasukan...

Yang pertama itu kuat tetapi bergelumang dosa; 

Manakala yang kedua kuat agamanya tetapi lemah perwatakan dirinya dalam memimpin. 

Maka Imam Ahmad Ibnu Hanbal menjawab,

"Orang pertama dosanya ditanggung sendiri, sedangkan kekuatannya dapat membina keutuhan negara dan kepentingan umat. Manakala orang kedua yang kuat memegang teguh ajaran agamanya hanya memberikan manafaat untuk dirinya sahaja, sedangkankan kelemahannya akan menjadi petaka bagi orang yang dipimpinnya."

ps: kesimpulannya, disebalik kita menghukum orang.. baik kita belajar ilmu yang mungkin kita sendiri tak belajar lagi.. ni mungkin satu perkara yang tak dipelajari kot oleh pemimpin pas.. mudahan kita semua di beri hidayah dan petunjuk untuk mencintai kebenaran...

sumber klik sini

21 ulasan:

CIKGU INI MENGIDAM JADI YB KE CANE???

ni lah masalahnya diberi kemanjaan yang terlampau diberi kepada kakitangan kerajaan yang otakknya memang sah tahap pekakas pr..

SARANAN KAMI AGAR DIA DIPECAT.. TAK PUN KITA BALING TELOR KAT MUKA DIA.. STARLET DAHI DIA.. LUDAH MUKA DIA... DAN PALING EKSTREME KITA SURUH DIA LARI KELILING PADANG 100 KALI DAN MEDIA DIJEMPUT HADIR...

haramjadah punya insan yang bernama cikgu gini.. otak kat mana.. pekakas tetap pekakas pr.. pui



ps: kalau kau jadi pekakas pr pun tak perlulah kau nak hina orang yang dah meninggal.. bila otak disalut selut taik maka taik akan penuh dimindanya...

8 ulasan:

nampaknya dato hassan ali dah buat u turn!!!


kena ingat kalau yang suka buat u turn ni adalah golongan bangsawan pr.. diaorang cukup licik kalau buat u turn cerita.. hehe.. tapi apakan daya pengikut diaorang ramai... kalau kita nak bagi diorang insaf.. alamatnya biar malaysia ni terbalik barulah seko-seko tu nak sedar.. itulah realitinya.. nak buat camne..

yes yes dia dah bersumpah yes yes.. sumpah untuk jawatan la hehehe

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN JALUR TIGA (JATI) DATO' DR. HASAN ALI BERKAITAN PENYERTAAN BAPA SAIFUL KE DALAM PKR.

Penyertaan En Azlan ke dalam PKR sudah tentu akan dipergunakan oleh parti tersebut berhabis-habisan. Beliau akan diheret ke tepi dan ke tengah menjelang dan semasa kempen pilihanraya untuk memberitahu rakyat bahawa Anwar Ibrahim bersih daripada segala tuduhan salah laku seks terutamanya liwat yang melibatkan anak beliau, Saiful Bukhari.
Hari ini bapa Saiful Bukhari, En Azlan Mohd Lazim sekali lagi mengadakan sidang akhbar. Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh wakil-wakil pimpinan PKR dan PAS. Muka wakil pimpinan DAP tidak kelihatan.

Laporan yang dibuat oleh laman media menyatakan bahawa sidang media dibuat secara tergesa-gesa dan pemberita yang hadir tidak digalak mengemukakan soalan kepada En Azlan. Namun soalan yang bertubi-tubi terus dikemukakan kepada beliau. Pengamal media yang hadir begitu kecewa kerana soalan-soalan itu tidak di layan sebaliknya En Azlan hanya membacakan kenyataan pendek penyertaannya sebagai ahli PKR.

Seperti yang saya nyatakan dalam posting pertama waktu mengulas kenyataan “U-turn” En Azlan bahawa telahan yang saya buat nampaknya semakin menjadi kenyataan. En Azlan menyertai PKR dan menyatakan sokongan terbuka kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Penyertaan En Azlan ke dalam PKR sudah tentu akan dipergunakan oleh parti tersebut berhabis-habisan. Beliau akan diheret ke tepi dan ke tengah menjelang dan semasa kempen pilihanraya untuk memberitahu rakyat bahawa Anwar Ibrahim bersih daripada segala tuduhan salah laku seks terutamanya liwat yang melibatkan anak beliau, Saiful Bukhari.

Bagi ahli dan penyokong PAS kenyataan Mursyidul Am Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang mengalu-alukan kenyataan En Azlan mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim itu tidak banyak memberi kesan kepada penyokong dan ahli parti itu. Walau apapapun, bagi PAS penolakan untuk menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat yang dikatakan telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama tidak mungkin dapat di olah semula termasuk Mursyidul Am sendiri yang mengetuai Majlis Syura Ulama itu. Perlu diketahui bahawa sebarang keputusan Majlis Syura Ulama tidak dibuat atas konsiderasi politik atau kehendak mana-mana individu,  tetapi sudah tentu merujuk kepada berbagai sumber hukum termasuk (sekiranya ada) untuk menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat.

Saya meramalkan En Azlan yang begitu diperlukan untuk membina imej bersih Anwar Ibrahim akan mengundang kekecohan. Saya tidak nampak En Azlan mempunyai daya ketahanan politik untuk menghadapi berbagai ragam dan laku manusia apa lagi beliau berada dikancah isu yang menjadi liabiliti kepada Anwar Ibrahim dan PKR serta Pakatan Rakyat amnya.

Bagi Saiful Bukhari pula kemunculannya ditunggu-tunggu kerana dialah orangnya yang mengaku menjadi mangsa kebuasan seks Anwar Ibrahim. Beliaulah yang mengaku menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim yang setakat ini manusia yang dilabel sebagai peliwat itu tidak pernah mengenal erti penyesalan dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau.

Masyarakat sudah tentu tidak dapat membuang daripada minda masing-masing mengenai gambar Saiful Bukhari dan disebelahnya En Azlan yang menyaksikan acara sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful terhadap pengakuan bahawa beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Apakah sumpah laknat ini yang berlaku di depan mata En Azlan memungkinkan dia membuat “U-turn”? Adakah baginya tidak ada alam akhirat untuk menerima pembalasan akhir walaupun ada kemungkinan mahkamah dunia tidak mensabitkan kesalahan orang yang kini disokong dan cuba dibersihkannya iaitu Anwar Ibrahim? Atau adakah hubungan darah ayah dan anak tidak membawa erti apa-apa hatta dari sudut kemanusiaan hingga seorang ayah tergamak merelakan anak kandung sendiri dihimpit keaiban sepanjang hidupnya sementara menunggu hukuman Allah di alam azali nanti?

Akhirnya tindakan En Azlan jelas membawa angkara kepada dirinya dan angkara kepada Pakatan Rakyat itu sendiri. Menggunakan En Azlan sebagai umpan membersihkan Anwar Ibrahim bagi setengah pihak merupakan tindakan terdesak dan sia-sia.

Rakyat khasnya para pengundi bukan ingin melihat kelicikan En Azlan tetapi rakyat Malaysia selama ini menunggu-nunggu sumpah laknat  Anwar Ibrahim sendiri. Bukankah lebih mudah bersumpah laknat daripada menggunakan pelakon yang mungkin berbayar yang mempunyai latarbelakang yang boleh menimbulkan banyak persoalan seperti En Azlan? Adakah episod En Azlan ini akan menjadi salah satu penyebab kepada kecundangnya Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti?


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Taman Tun Dr Ismail, KL
11 MAC 2013

81 ulasan:

TO ALL MY MUSLIM BROTHERS!!! JOM KITA KE MASJID NEGARA JUMAAT INI!!!

KALAU ANDA SEORANG YANG SEDAR AKAN KEHAPRAKAN INSAN BERNAMA ANUAR IBRAHIM... DAN KENA SEDAR KENAPA 28 ORANG YANG BERSAMA-SAMA DIA DAHULU PUN BLAH TAK MAU IKUT LAGI PERJUANGAN DIA BERSAMA PKR... ADAKAH ANUAR IBRAHIM LAGI CERDIK ATAU 28 ORANG YANG KELUAR PKR TU YANG BODOH... ATAU PENTABSUB YANG BODOH TAK RETI APA MAKNA SINAR KEBENARAN....

AYUH KITA TURUN RAMAI-RAMAI....


kita nak tahu atas kapasiti apa dia dok pi jumpa misuari tu.. dan atas kapasiti apa di dok nyanyi lagi sabah yang hilang yang rasanya ada tersirat...

Anwar Dalang Krisis Pencerobohan Lahad Datu sehingga menyaksikan lapan anggota keselamatan kita gugur, terkorban....!!

Ayuh... JOM kita turun beramai-ramai untuk sertai perhimpunan ini, difahamkan waris keluarga anggota keselamatan yang terkorban juga akan turut sama. Kita dengar luahan hati mereka...

TARIKH  :  15 Mac 2013 [Jumaat]

TEMPAT  :  Masjid Negara Kuala Lumpur

Selepas solat Jumaat..... Hadirlah beramai-ramai, sebaarkaaan...!

sumber klik sini

3 ulasan:

katanya ceramah pkr di perak, tahap gaban ramai weh!! tumpo kita yeop!!!

teman ambil berita tergempar dari blog seperjuangan teman juge ni.. ipoh malay, mau tak tumpo teman melihatnyer.. penuh satu taman orang penuh, hebat pkr yeop.. teman dah mula goyang ni.. tahap kegoyangan teman dah mula rasa getarnya... hampir 5,000 orang memenuhi di lokasi ceramah... tahniah teman ucapkan ye.. waiceh.. bukan main senyum tu ha pekakas pr semua ha.. sekali lagi teman ucapkan tahniah ye..

mau teman tak goyang, kome tengok??? tapi ni gambar ceramah bn.. saje teman letak sekadar hiasan.. hehe

yang sebebenarnya yoep gambar kat bawah ni ha.. ape kome tak tengok betapa ramainya orang datang? huh kan penuh orang tu.. aish.. jangan pulok kate teman sembang je ye.. penuh orang sampai parking pun tak cukup...



ps: sentimen benci pkr dah menular dan semakin menjadi barah.. tu yang pening kepala pekakas-pekakas dia tu hahaha... walau apa pun bn kena kerja keras lagi dan lagi.. sebab-sebab geng-geng puaka ni takkan berenti dalam menghasut orang.. hehe
jom baca ceritnyanya klik sini

2 ulasan:

game-game syko dari pkr!!

itu standard le.. kalau nak divert satu-satu hal korang serah je kat pkr.. terer beb.. kalau lihat kat gambar ni.. rasa menyirap juga sebab kejadahnya ngo perkasa suka-suka dah pakai lilitan dekat kepala lepas tu buang.. secara logik takkanlah ada niat dalam hati nak buat gitu.. dan kena ingat didalam perkasa sendiri mesti ada talibarut secara senyap-senyap yang nak jatuhkan imej ngo melayu tu.. standard le dalam perang, mana-mana pun camtu.. jangan syok sangat oo pkr.. dalaman anda pun ada golongan yang sebegini.. hahahaha... so jadi aku langsung tak heran la.. taktik begini... taktik basi yang selalunya digunakan bila dah terdesak... hehe...


ps: ngo-ngo membuat demo membantah tian chua siang tadi... alah korang kena faham.. taktik yang digunapakai pkr ni sebijik macam dekat melaka yang ceramah dibaling batu tu... anda cerdik anda cepat tangkap game ini.. kalau anda malas nak jadi cerdik anda akan emo sepenuhnya... hehehehe...

56 ulasan:

uih, terbongkar lagi!! KALI INI WIKILEAKS PULAK..!! GASAK-GASAK!!!

dari hari ke hari, semakin terbongkar lah siapa lah hidden hand berkenaan isu lahad datu.. makin tak keruanlah manusia tu.. main pening cipan la orang tu.. siapalah dia nak suruh divert isu ni, harapkan bapa saiful bukhari.. tak meletup macam lahar gunung berapi pulak, ades.. siapalah nak kasi mangsa ni weh.. siapa sanggup.. kot-kot pergi mengaku di tempeleng pemimpin umno ke.. dan mana tau isu tu leh jadi panas..hahahah.. tak pun mengaku jadi mangsa serangan seksual dari pemimpin umno ke... betul tak.. alah.. taktik gitu dah dapat kesan punya.. tu pasal lah tak buat dari awal-awal.. haha... harap kan pekakas pr yang lain.. huh.. semua tak boleh harap.. kah kah kah.. nak harap pemimpin pas cover line hal ni lagilah.. semua jadi keldai bisu.. sampai sekarang diaorang play safe.. tak keluar langsung stament dalam mengcover up si anugerah Tuhan tu.. pening.. pening weh.. haha...


Petikan dari Mynewshub:

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.
“Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).,” lapor laman itu lagi. M-16, M-14 – Rifle untuk penembak tepat, Light Machine Gun – LMG, General Purpose Machine Gun – GPMG, M203 – grenade launcher, AK47, Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan), Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal) antara senjata yg dipercayai di gunakan oleh pegganas ini.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata. Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17hb Januari iaitu 24hari sebelum pendaratan penceroboh keatas Sabah pada 11 Februari 20113.

Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti. Timbalan Pengerusi WWF-Filipina ,Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Berdasarkan risikan Filipina,kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut dikawasan terumbu tersebut,ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina
Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan keatas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

Penglibatan Anwar,Tian Chua dan Sivarasa makin hari makin terdedah,penafian dan diversi isu digarap dan dilemparkan seluas mungkin. Matlamat Anwar hanya mahu mengkambing hitamkan pengganas Sulu semata mata mahu membuktikan bahawa negara tidak selamat dibawah pemerintahan BN.

Terkini wikileaks mendedahkan bahawa Nur Misuari telah merancang untuk menyerang Sabah seawal 2007,setelah mendapat bantahan daripada pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada ketika itu,Nur Misuari telah membatalkan hasrat beliau untuk menyerang Sabah.

Maklumat yang didedahkan oleh wikileaks juga menyatakan Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari.Malah turut mendedahkan Anwar beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari.

*Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari.


ps: macam biasalah, pekakas anwarisme akan cakap.. kalau betul apa lagi tangkaplah orang tu.. setakat cerita fitnah gini nak bagi orang percaya!!!  kata aku pula.. lek lu kasi dulu bukti-bukti yang boleh si demn shit tu jadi tak keruan... bila jadi tak keruan dan kepanasan macam ulat taik... baru la best.. hehe.. kang tak pasal-pasal ayat keluar ... u ulang i saman.. hehe..

1 ulasan:

ramai dikalangan pekakas pr dah tension dengan khalid ismath!!!

hehe.. mana tak tensen pelakas pr. mana tak stress.. dah-dah si hantu ni pi keluar stament bhagal gini time-time tengah hot cerita pasal bapa saiful tu.. hehe.. maksudnya kesimpulan apa yang khalid ismath ini juangkan tak kisah lah kalau gay ke lesbian ke.. atau dia bap p  ok.. ke.. jadi menteri dalam kabinet? tu dia.. hahaha...

yes yes yes.. apa kata anda wahai pekakas pr.. ai takkan setuju kot.. pas takkan setuju kot.. huish.. simpang... haha..


kira ayat-ayat gini nak tarik perhatian mr anuar ibrahim sebenarnya, supaya dia pun boleh jadi pak menteri kalau pakatan rakyat memerintah nanti.. jadi timbalan menteri pun jadi lah.. kah kah kah..

nikmat sungguh.. huh.. sikit lagi sikit lagi... hehehe..

ps: semua kerana putrajaya.. hahaha.. ai macam-macam..

13 ulasan:

utusan takkan berani pamerkan gambar ini!!! tahniah pekakas pr!!!

aku rasa, jangan kata utusan, harakah dan keadilan daily pun takkan nak siarkan gambar gempak ni.. gile beb.. dikatakan konvensyen pakatan rakyat terakhir di pulau pinang yang berlangsung baru-baru ini membuktikan mereka boleh menawan putrajaya... kenapa tak percaya ke?? hehe

 bravo pakatan rakyat bravo.. bn sudah goyang tau... hehe.. agak-agak siapa yang goyang? hehe

perghhhhhhhhh ramai gilos.. kerusi.. pelik? aku lagi pelik.. menjadi persoalan ni.. majlis lum start?, atau saja gambar ini diedit?? keh keh keh keh

Konvensyen Pakatan P. Pinang hambar
GEORGETOWN: Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang diadakan di Komtar hari ini dilihat agak suram berikutan ramai ahli yang hadir 'lenyap'.

Konvensyen yang dihadiri pemimpin tertinggi PR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri AnwarIbrahim itu diserikan dengan ucapan aluan serta ulasan manifesto PR yang diumumkan baru-baru ini.

Antara pemimpin tertinggi yang hadir, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Salleh Man Mat Aji dan Ketua PKR negeri,Datuk Mansor Othman.

Pada mulanya kira-kira 300 hadirin yang hadir namun dilihat meninggalkan dewan dalam beberapa jam.

klik my massa

ps: sembang berapi bakal pm kita sah akan jadi pm lepas pru nanti??? apakah ini jawapan dia.. kah kah kah kah kah kah.. dan aku ambil pengkomen dari blog my massa memang cukup sadis tersiratnya.. hehe... komen ini khas untuk pekakas pr yang taksub... hihihi

apabila terjatuh ke dalam sungai bersama motorsikal, bila ditanya "kenapa terjatuh?" mereka akan menjawab "bukan terjatuh, tapi kami nak basuh motor dalam sungai".

KAH KAH KAH KAH.. FAHAM TAK MAKSUDNYA... ANDA SENDIRI FAHAM ANDA SENDIRI GELAK JE LAH..

KAH KAH KAH KAH KAH... 

6 ulasan:

edisi berani sahut cabaran!! KALAU BERANILAH SI BAPA SAIFUL DAN ANWAR IBRAHIM SAHUT CABARAN INI!! kalau berani lah ye!!!

nah.. sekali satu persoalan paling gempak di buat oleh facebooker bn... dan aku rasa takkan berani punya dijawab dengan ilmiah oleh pekakas dap dan sekutu penganut anwarisme serta totok pas... kalau betul berani lah.. setakat jadi hamlau buat  fitnah anak haram jadah mana pun boleh... soalannya ada berani ke???


itu yang aku pernah kata, kalau kebenaran.. kita jangan takut nak memperjuangkannya.. jangan gentar dalam memperakuinya.. pekakas pr semuanya nak cerita fakta tak berapa kuat.. tapi melibatkan hal ini mereka kasi senyap..

PERSOALANNYA ADA BERANI KER???hehe...

39 ulasan:

lagi bukti-bukti bakal pm kita jumpa misuari!!! ait edit lagi ker??

huish.. ni mesti konspirasi umno nak jatuhkan kehenseman si anugerah Tuhan tu.. sebelum ni gambar dia dengan misuari tersebar.. dia senyap mentikus je tak mau jawab... dan lepas tu perisikan filipina mengaitkan diri dia.. tetapi dia diam.. dan mentikus buat muka kering... lepas tu utusan dan tv3 pun ambil sumber dari media filipina dan unit risikan yang membongkarkan hal dialah..... wahhh... dengan tetiba.. mr anugerah Tuhan terus jadi harimau luka...

DIA BUAT SIDANG MEDIA DAN SAMAN UTUSAN DAN TV3 RM100 JUTA... kaya kaya... tapi bila wartawan tanya kenapa..... sebenarnya tak habis pun lagi soalan si wartawan tu tanya!!!... terus dia bersuara dengan muka angkuh gila.. U TANYA SOALAN I SAMAN.... perghhhhh gempak.. hebat demokrasi cara dia.. hahaha..

tapi menjadi persoalan juga.. sebelum kejadian krisis di lahad datu.. dia nyanyi lagu sabah yang hilang... bukan sekali dia nyanyi.. lebih sekali beb dia nyanyi lagu yang dicipta sendiri liriknya... ada maksud??? ada tersirat??? ramai dok perbahaskan... tapi dia senyap.. stay safe... hehe.. sepatutnya kita rakyat malaysia berhak bertanya.. atas kapasiti apa dia dok pi jumpa misuari tu.. atas dasar apa dia pi jumpa... kerana apa??? atas sebab apa dia bukan main syok dok nyanyi sabah yang hilang???

dan gambar terbaru dia dengan misuari... jangan salahkan umno ye.. salahkan tuan punya badanlah.. tak reti sorok pekung.. hehe... dan macam biasa korang jangan risau.. pekakas dia.. tetap dengan pendirian yang gambar anuar dengan misuari tu adalah taktik umno nak rosakkan reputasi anuar ibrahim katanya.. hehe.. umno lagi... cari alasan lain boleh???


ps: macam biasa beb... zip mulut.. dan tiada satupun komen dari pas dalam mempertikaikan hal ini.. biasalah, matlamat ke putrajaya ma!!!!.. kerusi empuk putrajaya kawe nok rase jugok.. kawe nok gak rase ada pejabak sendiri kat putrajaya.. kata pemimpin yang ngidamkan putrajaya tu.. alah... hehehe..

4 ulasan: