gambar tak leh blah!! bincangkan... hehe

ades.. no komen.. hehe..


terbaru... kabinet harapan, dari pr.. hihihi


ps: kerana nak sangat jadi perdana menteri.. macam-macam hal.. hehe..

26 ulasan:

lim guan eng sound tepet pas? aik misteri ni..

hehe, pas macam biasalah eksyen dengan 21 kerusi yang diaorang menang tu, dalam kapal mereka sendiri taji pas macam pas tak de maruah, tapi pas senyap je, kalau bersuara pun umno lah mereka belasah dulu, aik umno pulak kena, azmin sound pas, pas senyap, dap sound pas, pas senyap, umno ajak bersatu atas nama perpaduan ummah, tetapi pas kata beranilah ajak, aku ludah.. ek eleh, dah macam umno pulak kerusi 21, pas 88, apa mereka tak sedar? apakah ego mereka mengatasi akal fikiran.. ahh lantak lah.. aku malas nak kata banyak, yang aku tau, bawahan pas, yang bukan totok lah, dah mula terima perpaduan ini, walau secara diam-diam, sebab mereka kata, nak tunggu pemimpin atasan mereka, sampai kiamat lah perpaduan ini jadi mimpi dalam tidur je...

DAP DAN PKR BALUN PAS.. kesian..


lantak lah labu, nak cakap apa lagi, biarlah, kalau menjadi balaci itu sangat nikmat, teruskan jelah, kita nak cakap apa lagi..

0 ulasan:

air air air, semakin surut air takungan di empangan negeri selangor?



Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memaklumkan berlaku penyusutan ketara paras kolam imbangan dan utama di negeri ini.

Penyusutan dikatakan berpunca daripada peningkatan permintaan bekalan air berikutan cuaca panas ketika ini.

Bacaan paras kolam air yang dicatat di beberapa kolam utama setakat 10 pagi semalam menunjukkan penurunan yang ketara dan berada pada tahap kritikal.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata, pihaknya mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan kod hijau apabila berlaku gangguan air membabitkan 15,000 akaun pengguna di kawasan Subang Jaya sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun katanya, Kolam Air Lapangan Terbang Subang yang mengalami penyusutan mendadak kelmarin menunjukkan peningkatan setelah mendapat bekalan air alternatif dari Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

“Kebanyakan kawasan yang menghadapi gangguan bekalan air sejak Selasa lalu mula menerima bekalan air tengah malam kelmarin dan pulih secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata, di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya jumlah permintaan semasa bekalan air terawat adalah di tahap 4625 JLH (purata sehingga semalam) berbanding dengan jumlah kapasiti pengeluaran boleh agih iaitu 4661 JLH.

Jelasnya, ada beberapa loji daripada 34 loji sedia ada beroperasi melebihi kadar kapasiti reka bentuknya.

Kadar rezab bekalan air dilaporkan berada pada tahap rendah iaitu kurang dari satu peratus menyebabkan paras beberapa kolam air utama menurun.

ps: malas dah nak cakap camne, kalau lepas ni buat bodo juga pasal langat 2 tu, pokok kau lah pr, sedutlah air lombong mana tau leh jumpa haiwan prasejarah kat dasar, leh jual, leh tambah aset, tak pun guna air laut selat melaka sedut, tapis, rawat, hehehe.. poning kepala den.. hahaha

sumber : shah alam rebel

17 ulasan:

rekaan senjata masa hadapan yang super duper cool!!

Vitaly Bulgarov ialah seorang artis 3D yang berasal dari California. Beliau menghasilkan model senjata robotik 3D yang SANGAT COOL. Berikut ialah sebahagain rekaan senjata futuristik beliau untuk Projek Black Phoenix beliau.

robotik tu..







sumber pen patah blogspot

2 ulasan:

soalan bocor untuk spr!! masak le bn bro!!

wah bukan main gembira mecei pr beb, dengan soalan ini sah anuar ibrahim akan jadi pm tidak lama lagi, habislah bn, masak la orang-orang bn, habislah, sah pakatan rakyat akan jadi pemerintah tidak lama lagi la wei... aduh.. apa aku nak cakap ni... tergetar-getar ni... siut la.. fuh..

siul la.. masak.. arghhhhhhhhhhhhhh...



perkara dibawah inilah yang puncanya... adeh!!


aaa apa lagi jawab la.. wakakakaka... dah kalah kalahlah, apa tak reti-reti ke camne.. hahaha..

ps: hehehe jangan mara aaaa... hahaha... pui..

9 ulasan:

[PANAS] cara paling sial, menggunakan Modul Gene Sharp Untuk Menghancur Malaysia

memang perasan idea kuasa asing ni sejak haramjadah pr ni, menggunakan bersih yang kotor tu dengan berbaju kuning, kongker dengan lautan manusia yang berbaju kuning, konon nak jatuhkan kerajaan menggunakan kuasa rakyat! tetapi apakah mereka-mereka ini lupa, Allah lebih berkuasa mutlak dari dajjal laknatullah..


Siapa Gene Sharp?

Gene Sharp 83thn, ialah seorang pengkaji dan pemikir dalam menumbangkan sesebuah negara tanpa keganasan. Ia juga merupakan Pelopor Peperangan Dan Penjajahan Dalam Bentuk Baru. Pernah menumbangkan beberapa kerajaan dan negara. Bahan penulisannya telah digunakan dalam 37 Negara.

LAPORAN RINGKAS TANGAN GHAIB DAN KOD RAHSIA

1 . Maklumat mengenai kod-kod tarikh yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang kepada rakyat Malaysia berkait dengan kegiatan atau aktiviti 'hidden hand' di Malaysia.

2. kod yang digunakan adalah tarikh dan merujuk terus kepada kod warna pakaian semasa revolusi jalanan

3. Kod : 505, 105 , 135, 508 , 510

505 - 5 mei- pilihanraya PRU13
805 - 8 mei - perhimpunan anwar di kelanajaya
105 - 10 mei
135 - 13 mei
508 - 5 ogos
510 - 5 oktober

4. Perhimpunan revolusi melalui jalanan (non violent war) ini telah di asaskan oleh Gene Sharp. Mereka menggunapakai 198 modul operandi yang telah digariskan oleh Gene Sharp untuk diaplikasikan di Malaysia, antaranya :

1) Perhimpunan Jalanan
2) Duduk Bantah
3) Baring Diatas Jalanraya
4) Berkhemah Di Dataran Merdeka
5) Memberi Bunga Kepada Pengawai Keselamatan
6) Demontrasi
7) Membuat Huru Hara di Kawasan Bandar
) Menggunakan Logo Berlambang 'Tangan' (BERSIH)
9) Menggunakan Perkataan 'occupy'
10) Warna Kod Pakaian (BERSIH - KUNING, ANTI LYNAS - HIJAU, TUKAR - MERAH)


5. 198 cara yang digariskan Gene Sharp boleh dirujuk di sini >> http://www.aeinstein.org/organizations103a.html

6. Video Tangan Asing boleh di lihat di bawah ini (ambilah masa tengok betul betul video ni)

http://www.youtube.com/watch?v=sWkEAO0ktcA

Ingat! Tolak Anwar Ibrahim! jangan kita biarkan Anwar Ibrahim menghancurkan Negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan nanti anak cucu kita kencing di atas kubur kita kerana dituduh kita tidak pandai menjaga tanah air sendiri dimana mereka warisi.

Rakyat Malaysia pada hari ini perlu sedar, Pakatan Rakyat telah dikuasai "tangan-tangan asing". Rakyat harus bangkit mempertahan kerajaan dan negara yang kita miliki ini.

sumber klik sini

0 ulasan:

gambar-gambar angkuh pr sebelum pru13, gila haram bongkak!!

biasalah, sebelum hari mengundi 5 mei 2013 hari tu, segala batalion tentera eksyen dan berlagak cybertrooper pr menjaja gambar dan poster yang mereka kompem menang pru13, gila haram angkuh...

sebahagian gambar-gambar angkuh..





sebenarnya banyak gambar keterlaluan yang mereka-mereka jaja, kononnya mereka sah akan menang pru kali ini, punya berlagak macam sial, tetapi mereka lupa... hahahaha keputusannya...

BN - 133
PR - 89

KAH KAH KAH KALAH OIII.. FAHAM TAK KALAH? BILA DAH KALAH BUAT CARA KALAH, TAK HABIS-HABIS NAK MENYUSAHKAN ORANG KATA MEREKA KALAH SEBAB SPR TIPU, KEPALA OTAK LU TIPU, HABIS, SELANGOR, PENANG DAN KELANTAN KEJADAHNYA DAH ANGKAT SUMPAH DAH MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERINYA BEB!!

NI ORANG PANGGIL MENGGELABAH TAK KENA TEMPAT, ASAL TAK MEMIHAK KEPADA MEREKA, WAHH JADI CACING KEPANASAN...  PILIHAN RAKYAT MAJORITI KE ARAH BN, WALAU TSUNAMI DARI ORANG CINA YANG TERPENGARUH DENGAN TAKTIK DAP...

INI KALILAH DAH TUKAR KEPADA LAINKALILAH... HAHAHHA... DAH KALAH KALAHLAH... FAHAM KE TAK???? TUNGGU PRU 14 YE... HAHAHAHA...

ps: bakar tetap bakar, sebab makin keterlaluan mereka menjaja fitnah sekarang ni, dah macam tak de undang-undang mereka jaja fitnah, siulan tul.. pui

26 ulasan:

ustaz azizan lega pas kalah di kedah? mudah-mudahan beliau cepat sembuh!!

pas sekarang memang dah dirosakkan oleh anwarisme, kerana kuasa, sesama Islam lantak pilah, janji aku nak kuasa, masalah dalaman mereka terlalu berat, tetapi kerana nak cover dekat macai-macai diaorang sanggup tutup apa saja, tetapi cukup kesian dengan ustaz azizan yang mereka-mereka gila kuasa perlakukan dia macam tu, patutlah pas kerusi parlimen ciput je, kasi jilat la dap kuat dan ketat-ketat ye pas, pas dulu dan sekarang dah berbeza, harap maklum!!!


KUALA LUMPUR, 14 Mei — Kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak, kata setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Muhammad Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan dikalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar daripada awal 2013 hari itu,” kata Azizan kepada Muhammad Sanusi yang dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini.

Dalam artikel yang ditulis oleh Muhammad Sanusi itu, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.

“Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah.

“Hampa pi lah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh buat apa-apa,” tulis Muhammad Sanusi mengenai apa yang dikatakan kepadanya oleh Azizan.

Disamping itu, Azizan juga meluahkan rasa tidak puas hatinya ke atas segelintir pemimpin PAS di Kedah yang tidak lagi merujuk kepadanya selaku Pesuruhjaya Negeri tetapi sebaliknya mengadu kepada Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

 “Tak ada siapa mai habag dosa apa yang aku buat, main hentam jauh-jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat Pejabat Agung. Kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah,” kata Azizan beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke 13.

Sebaik berakhir pilihan raya, Azizan (gambar) terus dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang dan ketika ini masih lagi menerima rawatan selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan merebak ke seluruh badan.

sumber semut hitam

ps: majoriti orang melayu dah tolak pr! benar? yup itulah hakikatnya.. 

3 ulasan:

gambar paling gempak untuk hari ini!!

hehe, walau tau undi ini akan jadi undi rosak, tetapi kejujuran orang yang pangkah kertas undi ini cukup terbaik! haha.. sorry salah.. hahahaha

ps: jangan emo please!! keh keh keh

sumber fb klik sini

8 ulasan:

u menang u diam, u kalah u bising, ini macam pun ada?

kalau betul spr tak telus, apasal semua negeri pakatan rakyat menang ketua menteri dan menteri besarnya dah angkat sumpah? tu kira halal ke camne, udah-udahle, dah kalah kalahlah!!


ps: dia aja yang betul, orang lain semua salah, mengelabah gila beb.. lain kalilah!!

12 ulasan:

perpaduan sesama Islam dianggap jenaka - nasrudin tantawi


Nasrudin: Gesaan Umno-Pas bersatu ungkapan jenaka

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan gesaan menyatukan Umno dan Pas, yang semakin kerap dibangkitkan mutakhir ini sebagai suatu ungkapan jenaka malah tidak membawa sebarang kesan.

Sebaliknya ujar beliau, ia hanya akan menimbulkan fitnah serta menebalkan jurang persefahaman antara kedua-dua parti.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, usaha penyatuan itu tidak mungkin berlaku sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) masih meneruskan penindasan terhadap hak rakyat terutamanya dalam soal pemberian royalti minyak dan pembangunan di kawasan atau negeri yang dimenangi pembangkang.

"Isu penyatuan atau perpaduan itu tak ada sudahnya, kerap kali diulang dan diungkap.

"... seruan itu tak berfaedah, usah bermain dengan kata-kata, buktikan bahawa negara ini amalkan politik matang dulu, hormat-menghormati perbezan pandangan, hilangkan kekeliruan, kembalikan hak rakyat dan hapuskan penindasan, kemudian barulah cakap soal perpaduan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika berucap dalam program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM, semalam.

Nasharudin menggesa agenda penyatuan kedua-dua parti itu dijadikan sebagai usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan kaum Melayu di negara ini.

Dalam pada itu, Nasrudin mendakwa isu perpaduan cuba digunakan Umno-BN apabila terdesak setelah gagal memperbaiki rekod prestasinya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akibat hilang sokongan rakyat dengan hanya menang mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

"Dalam isu royalti minyak, tuntutan rakyat tak diberikan, lepas itu mereka tertekan, kemudian nak ajak cakap soal perpaduan, ia sesuatu yang tak masuk akal.

"Selagi apa yang berlaku hari ini, ungkapan itu hanya untuk melariskan surat khabar saja.

"Umno-BN saban hari menyerang Pas gunakan tv dan surat khabar, menyebabkan ada maklum balas daripada Pas, akhirnya hubungan Umno-Pas semakin tengang.

Tambah beliau, kerjasama itu sukar direalisasikan jika Umno-BN terus-menerus menyerang dan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap Pas termasuklah parti Islam itu mengamalkan ajaran sesat dan menggadaikan prinsip Islam.

Agak kurang manis tegasnya jika selepas itu Umno-BN ingin berunding dan bercakap mengenai soal perpaduan dan kerjasama kedua-dua parti Melayu-Islam itu.

"Satu ungkapan yang tak manis dan tak dipandang positif oleh masyarakat.

"... buatlah perubahan dulu, jangan asyik dera rakyat, kerajaan Umno kena tunaikan kehendak dan kemahuan rakyat yang baik.

"Kalau dengar kenyataan menteri besar Terengganu, dia kata mana-mana pengundi yang tak sokong BN dalam pilihan raya lepas, kawasan itu tak akan diberikan peruntukan dan tidak akan dibangunkan, lepas itu dia nak ajak bersatu pula, itu tak mungkin jadi kenyataan," katanya.

Tambah beliau, gesaan itu juga pernah dilontarkan oleh anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah, yang mengatakan bahawa sekiranya Pas menyertai Umno, hudud akan dilaksanakan.

"Kadang kala saya keliru dengan ucapan itu, yang bercakap itu kerajaan BN.

"Kalau Umno bentang hudud di Parlimen, insya-Allah ahli parlimen Pas akan sokong mereka, tapi kerajaan kena buktikan dulu," tegasnya.

ps: golongan angkuh biasalah, biarlah, kalau kita hulurkan tangan untuk salam, mereka ludah, kita sabar je, sebab dalam pas mesti ada golongan yang baik dan cintakan perpaduan!!

17 ulasan:

tak perlu emosi dengan gambar ini!!

ada pro n kontra, tetapi kita fikirkan rasionalnya.. kalau baik, baiklah caranya, kalau buruk, buruklah caranya, disebalik hal ini, pada pedapat positif aku, orang bukan Islam dah mula memandang, baguslah Islam ni, solat di mana-mana pun boleh, tapi di satu sudut, aku rasa elok ke surau je kot, lagi bersih dan suci.. itu terpulang lah, solat adalah tiang agama!!


ps: Islam itu mudah dan indah!!

48 ulasan:

PROMOSI DAGING BABI SECARA TERBUKA DI AMPANG? BAIK PUNYA..

TAHNIAH BUAT PEMIMPIN MELAYU ISLAM DALAM PAKATAN!! AKU MALAS MAU KOMEN LEBIH!!

TAK SALAH LAH DULU, ORANG BUKAN ISLAM JUAL BABI PUN JUAL DEKAT TEMPAT TERTUTUP, KALAU MEREKA NAK PASARKAN DAGING BABI, DI TUTUP RAPAT LORI YANG BAWA BABI TU, SEBAB SENSIVITI TERHADAP ORANG ISLAM! ITU DULU, SEKARANG KAN DAH BEBAS, APA DEHAL!!

PASARANYA YSK FRESHMART, MEMPROMOSI DAGING BABI SECARA TERBUKA? BAIK PUNYA... LOKASI DI AMPANG. manyak lasat oo ini babi. masak tomyam sangat shitap!! mau telai?

kang komen lebih-lebih kata ni lah tulah, tapi rasanya keterbukaan macam ni tak perlu lah sebab rasanya dah tak hormati langsung sensiviti orang Islam ni, pihak berwajib silalah lihat dan perhatikan, ni kan Malaysia, bukan vietnam, bukan hong kong, bukan taiwan!!


sumber CTS

34 ulasan:

buat ds najib, jangan ulang perkara sama, sebab pru 14 adalah hidup dan mati bn!


buat pm kita, dah terang lagi bersuluh, bn di landa badai tsunami paling dashyat dalam mana-mana pru, harap ds najib sedar dan fikir satu perkara,

jadilah pm yang tegas, berani, garang, tunjuk ego sikit dengan pembangkang, jangan bagi muka sikit pun dengan pembangkang, biarlah apa nak jadi pun, kena ingat kalau jadi ds najib yang sebelum pru13 ni, percayalah bn akan tengelam ke dasar lautan PRU 14 nanti.

jaga negeri dan kawasan yang dimenangi bn, buat perubahan di kawasan itu, tunjuk sikit kat sempudal pembangkang, ego sangat, mesti mereka akan jadi jeles melantun-lantun.. peluang kerja banyak, malah rekod di negeri bn lagi bagus dari negeri pr, kita buktikan,

walau aku duk di negeri pr, selangor, hal air, kita tengok macamana kerajaan selangor yang berlagak setan tu handlekan masalah air? jangan bagi muka sikit pun mereka yang bongkak ini, biar sok dah tak de air, biar rakyat mengamuk. (air keruh manjang pui)

bantu usahawan bumiputra, bantu bumiputra yang membantu kemenangan bn, jangan lupakan diaorang, termasuk aku, hehe.. biar kiasu terlopong, tak dapat projek kerajaan pusat, biarkan diaorang, banyakkan lagi kedai 1 malaysia, buat pasar bergerak, bagi peluang orang melayu menjadi penternak-penternak dan mengkontrol sumber bahan mentah makanan dan lain-lain,

jangan lembut sangat dengan srjk cina, buat je sekolah 1 malaysia, dan kalau boleh akhbar-akhbar cina yang terlampau nampak penghasut, tarik balik lesen, kalau boleh gak buat dwi bahasa, biar orang melayu faham apa diaraong tulis, ada berani? berani je lah. biarkan apa orang nak kata!! dah banyak sangat bagi muka. udah-udahlah ye.

tolong juga orang india, bantu mereka seadanya, sebab mereka juga banyak membantu dalam kemenangan bn, biarlah orang nak cakap apa, bumiputra sabah dan sarawak pun harap bangunkan kaw-kaw di sana, tingkat ekonomi di sana. buat rumah mampu milik, bina infrastruktur terbaik untuk mereka, mereka juga banyak membantu dalam kemenangan bn, salute!

buat penyiasatan tentang warganegara china, ic baru haruslah warga malaysia tukar kepada yang terbaru, masa pru14 sok siapa pakai ic lama rijek takleh mengundi, dan buat je biometrik, peduli apa dengan pembangkang, diaorang nak menyalak ke apa ke, lantak lah, biometrik lagi ok apa, scan cap jari, telus, rasanya mau bergetar dap beb! masa tu lagi kita tau siapa pengundi hantu.

dan paling penting, MENTERI KDN, KENALAH TEGAS, TAK PERLULAH YANG JENIS BAGI AMARAN, AMARAN, tu pasal diaorang jadi bangsat berani langgar apa saja, perhimpunan apa-apa yang menjurus kepada memudaratkan negara, kasi tangkap kepala dia, mana boleh, apa diaorang ingat negara ni tak de undang-undang ke. BILA TEGAS, MEREKA AKAN FIKIR 18 KALI KALAU NAK BUAT ONAR!!

jadi walau tulisan saya tak delah pro macam wartawan, sebenarnya banyak nak cakap dan memberi idea, harap ds najib buatlah terbaik, saya sebagai cybertrooper bn, akan tetap di belakang bn dalam mempertahankan dan memenangkan barisan nasiaonal...

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH..

16 ulasan:

kesedaran tu penting, fikir realiti bukan emosi!

respek kepada professor emeritus tan sri dato' dr. khoo kay kim,

sejarah tak pernah menipu, sejarah tak pernah menafikan hal ini, jadi kesedaran itu penting, bukan menjadi masalah pun kalau kita sedar tentang keadaan bangsa kita pun, sekurangnya kita beringat, bukan menghasut, jadi sedar-sedarlah.. sebab kesedaran itu sangat penting untuk kita semua...


ps: kepada pengomen dalam blog ini, jangan sesekali membuat komen yang berbau perkauman, tolong ye.. peace, better nation

21 ulasan:

bro besyukurlah kita hidup di malaysia ni! tak payah lah nak bangga sangat dengan singapura tu.


Kita sering terdengar keluhan dan rintihan warga islam/orang melayu di singapura yang dikatakan tertindas dan dianak tirikan oleh pemerintah di sana..

Ini aku nak cerita keluhan warga cina singapura.Kenalan aku bekerja sebagai doktor pakar disebuah hospital kerajaan singapura dan menceritakan luahan orang cina singapura. Pekerja kerajaan singapura dulu ada sistem pencen bila bersara, tapi Pemerintahnya menghapuskan jadi bila cukup umur maka orang-orang cina terpaksa bekerja walau umurnya sudah mencapai 70tahun kerana desakan hidup yang sentiasa meningkat hinggakan ada yang minta adik ipar aku injek ubat untuk terus tidor dan tak bangun-bangun.

Perkara yang tak dihebohkan tapi kadar bunuh diri amat tinggi. Kes tertinggi 70 orang sehari. Tapi kerajaannya menutup kerana takut terdedah kelemahan sistem pemerintahannya untuk menangani masalah bunuh diri.

Dari makluman yang diterima, hospital kerajaan memang ada tapi ada consultant fee dan perlu bayar harga ubat yang mahal. Perkataan biasa yang kenalan aku dengar terutama dari golongan tua: Lebih baik mati dari hidup di Singapura.

Moralnya di sini, tak kira semua kaum dan agama kita bersyukur sangatlah hidup di Malaysia ini.
Apa lagi sebenarnya yang kita mahukan??
Klinik 1 Malaysia bayar hanya RM1. Kat mana nak cari?
Beribu-ribu kebaikan yang kerajaan BN bawa selama ini di Malaysia amat tak ternilai dan tak terbalas oleh rakyat Malaysia.
Hargailah ia sebelum nikmat itu hilang dibawa oleh propaganda dan penipuan Pakatahn Haram..

Sebarkanlah kepada rakan-rakan kaum cina yang ada..

sumber klik sini

27 ulasan:

demo di singapura, rakyat malaysia di tahan!

dah kalah kalahlah
dulu ini kalilah
sekarang lain kalilah
aku cakap udah kalahlah... keh keh....


Singapura tahan 21 rakyat Malaysia.

Sebahagian daripada beratus rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 di Taman Merlion, Singapura pada Rabu lalu. - AGENSI

SINGAPURA 11 Mei - Polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia hari ini kerana mengadakan demonstrasi haram di sini sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia (PRU-13).

Seorang jurucakap polis yang dihubungi AFP berkata, kesemua rakyat Malaysia terbabit ditahan di bawah Akta Ketenteraman Awam kerana mengadakan bantahan secara haram di Taman Merlion, walaupun polis berulang kali memberi amaran agar mereka tidak mengadakan sebarang bentuk demonstrasi.

Jelasnya, penganjur demonstrasi itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sebanyak S$10,000 (RM24,115) atau kedua-duanya sekali, sementara mereka yang menyertai bantahan haram itu pula boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 (RM12,057).

Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataannya berkata, warga asing yang tinggal atau bekerja di republik ini tidak dibenarkan menyertai demonstrasi haram.

"Mereka tidak sepatutnya membawa isu negara mereka ke Singapura dan mengadakan demonstrasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Mereka yang melanggar undang-undang negara ini akan berdepan tindakan serius," jelas kenyataan tersebut.

Kira-kira 100 rakyat Malaysia menyertai demonstrasi haram kelmarin di tempat yang sama bagi membantah keputusan PRU-13 yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

utusan

10 ulasan:

azmin dan kj bertwitter, bang non angin ni kalau baca!

politik bukan untuk pecah belah, politik merancanankan sesuatau fasa berbeza pendapat yang sepatutnya lebih ukhwah! bukan hari-hari nak bertelagah! betul?

azmin ali dan kj bertwitter... TERBAEK!! kan bagus semua pemimpin jadi camni, tak delah nak gaduh 24 jam, bosan... selalu yang lebih-lebih orang yang baru nak cebur kan diri dengan poltik je kot, dia jadi taksub dan kalau sebut ukhwah ni dia anggap haram.. hehe.. so buangkan lah sikap-sikap gitu ye.. kita sama kiblat, negara ni kita dipertanggungjawabkan untuk menjaganya dengan baik, bukan menjahanamkannya...


ps: politik matang vs politik tak matang

12 ulasan: