gila besar punya ketam da!! spisis apa ni?

Ketam Gergasi atau nama jolokannya Coconut Crab adalah antara spesies ketam tahap gergasi di dunia. Populasi mereka wujud di sekitar lautan Indian, lautan Pasifik dan juga disekitar lautan Pulau Gambiers. Spesies ketam ini memakan buah - buahan segar.





ps: nasib dia makan buah kelapa kalau dia makan kepala camne, hehe

sumber : penpatahblogpsot.com

4 ulasan:

piramid di dasar laut yang sangat misteri di jumpai di jepun!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. KETIKA pelbagai misteri yang membabitkan piramid di Mesir dan piramid kaum Maya di Amerika Selatan masih membingungkan para penyelidik, tiba-tiba muncul pula sebuah lagi penemuan misteri piramid yang dijumpai berlokasi di Jepun pada tahun 1990-an malah penemuan piramid ini jauh lebih aneh kerana ia dijumpai berada di dasar lautan Jepun.

Pelbagai persoalan tercetus tatkala melihat piramid berkenaan terus berdiri kukuh di dalam laut melewati masa dan zaman – siapakah yang membina piramid di dalam laut, untuk apakah ia dibina dan bilakah ia dibina? Mengapakah pembinaannya tidak dilakukan di atas daratan?

Bingung dengan pelbagai persoalan itu maka para penyelidik mulai melakukan pelbagai kajian bagi membongkarkan teka-teki yang menyelubungi piramid misteri di dasar laut Jepun berkenaan.

Sebelum itu, piramid pertama mulai dijumpai di pelbagai wilayah negara matahari terbit itu sejak tahun 1950-an lagi sekaligus ia meninggalkan pelbagai persoalan mengenai hubungan bangunan berbentuk segitiga berkenaan dengan tamadun purbakala masyarakat Jepun kuno.

Sejak itu, beberapa lagi piramid purba berjaya ditemui yang ditinggalkan dengan permukaannya ditutupi oleh debu dan tanah. Ia dipenuhi dengan pelbagai macam tumbuhan liar sehingga bahagian luarnya tampak seperti sebuah gunung yang tinggi.

Bagaimanapun, sejak bulan Mac 1995, sesuatu yang mengejutkan turut ditemui – penyelam yang menyelam di dasar laut negara itu mendapati piramid di Jepun tidak sahaja berada di atas daratan tetapi juga di dalam lautan. Mereka menemui lapan lokasi peninggalan piramid sekitar Hiroshima hingga ke laut Pulau Yonaguni.

Tapak tinggalan pertama adalah sebuah bangunan empat segi yang tidak begitu jelas bentuk binaannya kerana ditutupi oleh batu karang sehingga bahagian buatan manusianya tidak dapat dikenal pastikan.

Sesudah itu seorang penyelam lain turut menemui sebuah piramid pada kedalaman kira-kira 13 meter di bawah permukaan laut Oklahoma Selatan pada musim panas 1996.

Penemuan itu semakin menaikkan semangat pasukan penyelidik untuk membongkarkan rahsia yang tersembunyi di dalam wilayah lautan Jepun. Gerakan mencari diperhebatkan dan kumpulan penyelam berkenaan kemudian berjaya pula menemui lebih banyak lagi monumen dan bangunan buatan manusia di dalam laut Jepun.

Mereka turut menemui kesan jalan yang panjang dan luas, tangga dan pintu melengkung yang tinggi dan megah serta batu raksasa yang dipotong dengan sempurna seolah-olah kawasan itu pernah didiami manusia suatu ketika dahulu.

Beberapa bulan kemudian, beberapa kalangan ahli arkeologi Jepun sekali lagi menemui bangunan berbentuk piramid yang sangat besar pada kedalaman 33 meter di bawah permukaan laut terbabit yang berada tidak jauh dari pergunungan Sinaguni yang terletak kira-kira 450 meter dari Hiroshima.

Bangunan raksasa itu berukuran sekitar 80 meter panjang, 200 meter lebar dan 30 meter tinggi terletak di sebuah kawasan luas yang kelihatannya seolah-olah telah digunakan untuk menjalankan suatu upacara tertentu dengan kedua belah sisinya terdapat sebuah pintu gerbang yang besar.

Pelbagai penemuan misteri itu semakin membingungkan para penyelidik –  apakah wujud manusia yang hidup di dalam lautan dan ke mana menghilangnya manusia² itu ketika ini?

Ahli arkeologi berpendapat bahawa kewujudan piramid di bawah laut itu mungkin adalah bukti awal bagi menunjukkan adanya peradaban zaman batu di Jepun yang masih belum diketahui sesiapakah pemiliknya.

Ahli geologi, Profesor Masaki Kimura yang telah menjadi pengkaji pertama meneliti misteri itu menyimpulkan bahawa bangunan lima tingkat itu adalah buatan ciptaan manusia.

Struktur ini bukanlah binaan yang wujud akibat alam semula jadi. Di sekeliling strukrur bangunan tersebut terdapatnya sesuatu yang mirip seperti laluan perjalanan dan ini semakin membuktikan bahawa ia adalah buatan manusia,” katanya ketika mulai mengulas penemuan itu lebih 10 tahun lalu.

Profesor Kimura percaya bahawa bangunan itu telah berusia lebih daripada 5,000 tahun lalu berdasarkan stalaktit yang ditemui pada gua di dasar lautan itu. Beliau juga berpendapat bahawa masih terlalu awal untuk mengetahui siapakah yang membina monumen berkenaan atau apakah tujuannya.

“Struktur bangunan ini mungkin merupakan sebuah istana dewa daripada agama zaman dahulu dan ia digunakan untuk tujuan memuja dewa² tertentu, sama seperti penduduk Hiroshima yang mempercayai kewujudan dewa Nirai-Kanai yang mampu mendatangkan kesejahteraan dari laut kepada mereka.

“Berdasarkan catatan, pada 10,000 tahun silam tidak ada manusia yang mampu menghasilkan monumen seperti ini tetapi kini mungkin terdapat bukti peradaban manusia yang masih belum diselongkarkan sejarah kewujudannya.

“Hanya manusia yang mampu memiliki teknologi bagi menyelesaikan projek seperti ini, bangunan yang sebegini besar harus menggunakan jentera pembuatan tertentu untuk membinanya,” katanya.

Yang terbaru profesor bersebut menyatakan bahawa teori terkini beliau selepas meneliti dan menjalankan kajian lebih 10 tahun terhadap binaan piramid tersebut adalah bahawa piramid itu sebenarnya bukanlah dibina di dalam laut tetapi ia sebenarnya berada di atas daratan tetapi kemudiannya telah tenggelam di dasar laut akibat dilanda bencana tsunami ribuan tahun lalu.

Bagaimanapun, teori itu masih lagi dipertikaikan oleh para penyelidik lain. Rekod catatan sejarah menunjukkan tsunami terbesar yang pernah menghempas Yonaguni adalah pada bulan April 1771 dan ia dianggarkan setinggi 40 meter dan dipercayai mampu menenggelamkan serta memusnahkan peradaban di tepi pantai berkenaan.

4 ulasan:

tengkorak misteri seakan mahkluk asing di temui di maxico!!


MEXICO – Sekumpulan ahli arkeologi telah menemui tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat kampung Onavas, kelmarin.

Tengkorak itu dipercayai berusia 1000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem keluaran Hollywood.

Menurut Mail Online, ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.

Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.

Penduduk di sana mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan beberapa kaedah.

Antara kaedah itu adalah menggunakan dua kepingan kayu yang diikat pada bahagian kepala.

Ia dilakukan ketika kepala mereka masih di peringkat kanak-kanak.

Ahli arkeologi, Cristina Gracia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan oleh upacara keagamaan.

Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat.

Projek itu mendapat kelulusan Institusi Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico.

sumber

0 ulasan:

penemuan rangka bangsa ad!! misteri dahulu kala

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

Penemuan Arkeologi di Kota Iram

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan

“Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabyang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.

Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?

Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.

Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.

Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.

Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”.

Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran? Begit runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar ’Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8) ~cima~

sumber

5 ulasan:

pru14, bn jangan harap lagilah undi di bandar!! gerenti kalah!!

peringatan : post ini tidak sama sekali untuk membangkitkan isu rasis, ini adalah ceritera yang memberi peringatan, HARAP MAKLUM!! risau le juga, sebab bila seorang melayu menceritakan pasal bangsa dia sendiri kang dituduh rasis, tapi sebaliknya kiasu semakin biadab dengan RED BEAN ARMY nya . hak bersuara ada batasnya, tetapi ini adalah simple peringatan kepada ORANG MELAYU DAN BARISAN NASIONAL!!

UNDI DI BANDAR TIDAK MEMERLUKAN BN! ITU REALITI!!

realiti yang tak dapat ditutup lagi, percayalah, nak tolong bagai pun orang di bandar, kaum cina adalah mojoriti di bandar besar di malaysia ini, dan melayu memang minoriti, itu realiti, percayalah, kalau dihulurkan kepala lagi sekali dengan melanggar tiang letrik kali ke-2 dan malah tak serik-serik langgar lagi kali ke-3, bn akan dikuburkan sebaik mungkin pru14 nanti, sebabnya undi di bandar takkan sama sekali memihak kepada bn, bukan nak cakap berdegar-degar, ini adalah realiti yang ds najib kena faham dan mengerti.

jadi bantulah kawasan yang bn menang, walau kampung sekalipun, takpe, bangunkan dan wujudkan bandar baru untuk orang melayu dan bumiputra dan  populasi orang melayu perlu ditingkatkan tinggal di bandar-bandar besar, sebab pru13 yang lepas, undi orang melayu terhadap bn terlalu baik dan hebat!! lupakan jelah kiasu-kiasu yang biadab tu, biarkan mereka, biarkan mereka dengan kemewahan mereka selama ini, bantu sebaik mungkin orang melayu, india dan bumiputra sarawak dan sabah, udah-udahle tu bagi muka kepada kiasu, cukup-cukuplah.

CUMA PESAN!! BAIK SEDAR SEKARANG DARI HILANG SEGALA-SEGALANYA AKAN DATANG, MASA TU NAK MENJERIT, MENYALAK, MEMEKIT PUN DAH TAK GUNA SEBAB KITA SEMAKIN MENJADI MINORITI, SEDAR-SEDARLAH YE... 

KUASA YANG DI PEGANG OLEH BN SEKARANG, BUKAN LAMA KALAU TAK SEDAR, MALAH AKAN DI BADAI OLEH MUSUH YANG SEDANG MENUNGGU LALUAN MUDAH!! JADI SEDARLAH!!

dan fikirkan kiasu tetap kiasu kerana mereka tidak sikit pun fikirkan keadaan kita yang banyak bertoleransi, kita sendiri banyak membantu mereka dalam banyak hal! tetapi mereka lemparkan najis yang busuk kerana mereka idamkan kuasa keseluruhannya supaya kita menjadi no-2 , supaya kita tidak mampu nak bersuara sikit pun, membantu sesama kita jauh sekali, jadi lagi sekali aku sarankan SEDARLAH!! (memang bukan semua orang cina macam tu, tetapi pru13 menunjukkan 97% undi orang cina terhadap dap(pr) dan hanya 3% sahaja mengundi bn)


ps: kerisauan aku sebagai orang melayu yang dulunya tok nenek moyangnya bertungkus lumus menjaga sebaik mungkin tanah keramat ini yang dinamakan tanah melayu, bersyukurlah kepada Allah kerana bangsa kita tidak pupus dengan kuasa walau selama ini berabad-abad dijajah dan dicela, dicaci, dihina, malah sedarkah kita dulu nenek moyang kita nak makan pun terpaksa dicatu, kerana kita tidak punyai apa-apa. malah bangsa kita dianggap bangsa yang lemah, malas, pendengki dan dituduh sebagai lanun. JADI KESEDARAN AKU BUKAN BERMAKNA RASIS, TETAPI KERANA IA DATANG SECARA AUTOMATIK KERANA SAYANGKAN NASIB AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA AKAN DATANG!! JADI SEDARLAH!! BELUM TERLAMBAT!!! tak salah aku menyedarkan diri aku dan kepada semua insan bernama melayu!! 

*JANGAN SALAHKAN DIRI ANDA BERBANGSA MELAYU KERANA KITA BAKAL TIDAK PUNYA APA-APA sekiranya kita tidak beringat dan leka!! maaf sekali lagi kerana tulisan dalam posting mungkin terRASIS sikit, tapi tidak keterlaluan!! 

15 ulasan:

BONGKAR PENIPUAN ISRAEL@ZIONIST


WARTAWAN Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.
Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.

Penipuan itu adalah:

1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.
Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.
Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.

2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi.
Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.
“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.
“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.
Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.
“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.

3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.
Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.
Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.

4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.
“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.
Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.
Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.
“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.

5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan.
Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.
“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.
“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.
Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.
“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.

6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel.
Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.
“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.
AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.

7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.
“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.
Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.
Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.
Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.

8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit.
Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.
“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.
“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.

9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan.
Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.

10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin.
Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.
“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.
Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.
“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya. – Agensi

sumber : penpatahblogspot

1 ulasan:

sekali akhbar ni salah taip da!! hehe

ni mesti tak check betul-betul ni kan, haha.. kan dah kena kencing, kencing ke kencang da.. hahaha..
editor mesti pening kepala. haha.. menjawab la graphic designer, tak pun wartawan.. ayuk ayuk...


ps: kencing nampak?

penpatah blogspot

1 ulasan:

[seram poyo] dialoq antara hantu~~

“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.


“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah, aku dah buat dah! In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So pada satu hari, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

sumber : pen patah blogspot.com

0 ulasan:

umno dulu dan sekarang!! - by che det


UMNO DAHULU DAN SEKARANG - BY Che Det 
1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.

2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.

3. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

4. Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.

5. Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka.

6. Dan berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci, perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar British.

7. Dan berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu. Nama Federation of Malaya ialah terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan dianggap oleh orang Melayu sebagai bukan nama rasmi.

8. Itulah UMNO enampuluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

10. Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.
12. Apa itu perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu, yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa penyertaan Melayu lain.

13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.

14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan disbanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.

15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.

16. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.

17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.

18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.

19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU 13. Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO. Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP. Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali. Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO. Namun demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan. Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.

20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain. Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada kata-kata hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.

21. Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.

22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”.

2 ulasan:

gambar kesesakan terlampau penumpang keretapi di indonesia!!

orang indonesia yang bekerja disini siap tunjuk tanda bagus, siap kata pak, kalau di indonesia sana keadaannya sangat memeningkan kiranya naik keretapi.

apa rakyat malaysia tak reti bersyukur dengan apa yang kerajaan malaysia lakukan terhadap rakyatnya berbanding dengan negara kami yang banyak kekurangannya.

belajar bersyukur ya, kalaulah saya menjadi warganegara malaysia, sayalah paling beruntung, kamu? - kata-kata pekerja kontrak di johor.





ps: walau orang kutuk komuter kat malaysia macam-macam, tapi setahu akulah tak delah sampai panjat bumbung keretapi bila nak balik kerja, ada pernah nampak ke dari kl sentral ke rawang or seremban, ramai gila orang panjat bumbung keretapi kerana terlalu sendat? hehe.. ada?

manusia yang tak pernah bersyukur, harap cuba hidup sebulan di negara bermasalah, contoh indonesia, filipina, afganistan, somalia ke, ada berani, lepas sebulan baru komplen apa patut, tu kalau beranilah. hehehe..

9 ulasan:

iklan-iklan rokok zaman dahulu!!

iklan rokok zaman dulu ni menjurus kepada mengatakan rokok itu menyihatkan, hehe.. try tengok isap 4 kotak sehari selama sebulan, lepas tu jantung meletup!!






ps: rokok naik harga!! :(

sumber penpatahblogspot.com

7 ulasan:

syiah rofidah penyebab umat Islam tidak dapat mengerjakan haji selama 22 tahun!! (317-339 Hijrah) 929-952 Masihi.

[Gambar: Hajar Aswad: 8 bekas cukilan inilah hasil ulah tangan Syiah Qurmutiyah saat menghancurkan Kaabah]

(317-339 Hijrah) 929-952 Masihi.

Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, ke
mudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil.

Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk menyalurkan air (sekiranya hujan) dari atas Kaabah].

Pabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati. Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya kedalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar.

Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air. Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.

Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”.
Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit: “Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.

Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (AinulKuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.

Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji.

Kemudian, Khalifah (Al-Muktadir Billah) menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah ((Al-Assad)).
"kitab al- Bidayah Wa an- Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir"

Imam Al-Ghazali berkata: “ Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”.

Imam Ibn-Taimyah berkata: “ Syiah adalah batiniyah (ajaran yang menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka adalah Muslim Shiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka (Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis.

Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah ‘Ainul Kuaibah”, di Al Ahsa (bangunan yang mereka dakwa untuk menggantikan Kaabah yang mana mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam menunaikan haji di situ.

sumber http://akakdisebalikpintu.blogspot.com

3 ulasan:

[edisi lahabau] benda asing dalam tomyam yang paling tak leh blah!!

ades, spoil lah kalau tengah sedap-sedap makan, hirup kuah tomyam, boleh pulak menatang ni muncul, mau tersembur tepat ke muka orang yang duduk depan kita, keh keh keh.

sangat badas!!



ps: yum yum, brerkkkk...!!

penpatah blogspot

8 ulasan:

tulang rusuk babi adalah halal?

sangat celaka kalau kata bahagian rusuk babi adalah halal. babi pun tak gila macam ni, ni lah masalahnya kalau kita ni asyik taji sama sendiri, sampai tahap jamban makanan haram pun orang kiasu leh nak pekenakan kita, apa budus semua ini?


untuk penjelasan lanjut

anda boleh ke blog ini, CTS

PS: JANGANLAH SAMPAI SATU MASA SOK, BABI PUN BABILAH, ASALKAN TAK MAKAN SEMUA, HUK ALOH!!

4 ulasan:

apa kata anda? klinik bersalin di negara india!!

bersyukurlah wahai rakyat malaysia, kerana dikurniakan Allah dengan membenarkan kamu semua dilahirkan di malaysia, bayangkan kamu semua ini lahir ni lokasi ini, apa kata anda..

bersyukurlah juga kerana mempunyai kerajaan yang menjaga kebajikan rakyatnya, di hospital kerajaan kita bayar hanya rm1 je, kalau wad bersalin pun, kalau paling mahal pun rm100 camtu lah ikut kelas berapa isteri anda di letakkan. semua mampulah. itulah bagusnya kalau sedar kebajikan kerajaan malaysia terhadap rakyatnya. itu kalau orang yang reti makna bersyukurlah.

negara lain? nak bersalin pun sedih je keadaannya, camne pun itulah pengorbanan seorang wanita melahirkan kita semua di muka bumi Allah ini, sayangi ibu anda!!

antara gambar klinik bersalin di india!!




ps: kesian :(

sumber penpatahblogspot.com

1 ulasan:

imiginasi teknologi perang zaman dahulu!! cool!!

imiginasi untuk memusnahkan musuh, sangat cool!!












super cool ya!! osem.. hehe..

sumber penpatahblogspot

7 ulasan:

iklan spender yang paling bedebah pernah aku tengok!! kah kah!!

 keh keh keh, layan.. dah macam perli ada sorang tu je, spender putih da.. hahaha..


ps: hehe.. bedebah sungguh kan? keh keh keh

sumber penpatahblogspot.com

5 ulasan:

iklan cuci rumah yang paling bhagal!!

haha..

ni mesti orang asing ni, mau cuci ruma.. haha.. shaya sini kirja shift malam!!


ps: ai macam-macam, rosak bahasa melayu oii.. cilako, cilako!!

sumber penpatahblogpsot.com

5 ulasan:

edisi iklan jual tubuh paling celako!!

jika perminat?? 

jual body lagi untung dari jual sayur!!

ps: industri geli-geli paling untung, satu malam boleh kaut riban-riban.. yum yum.

sumber penpatahblogspot.com

13 ulasan: