Rabu, 22 Januari 2014

bayangkan sekiranya tuntutan COMANGO diluluskan

BANGKITLAH WAHAI UMAT ISLAM DI BUMI BERTUAH, KITA NI DAH DISERANG SEMAKIN DASHYAT, SEKIRANYA PERMOHONAN COMANGO DILULUSKAN, APA AKAN JADI ANAK CUCU KITA, APAKAH ITU YANG KITA NAK?

DALAM PERBEZAAN POLITIK BETUL KITA BERBEZA, TETAPI DALAM SUDUT UKHWAH KITA SESAMA ISLAM LIHATLAH DALAM MATA HATI YANG MENDALAM ISU INI, TIDAK KAH KITA GUSAR SEKIRANYA PIHAK COMANGO BERJAYA DALAM TUNTUTAN MEREKA, MARUAH KITA SEBAGAI ORANG ISLAM TERCALAR DENGAN CARA TAGLINE HAK ASASI MANUSIA KONONNYA, JANGAN NANTI ALLAH TERBALIKKAN BUMI MALAYSIA NI DENGAN BENCANA YANG SANGAT PERIT, ITU PERINGATAN TU DEKAT KITA!!


Pernahkah anda membayangkan senario kehidupan masyarakat kita sekiranya tuntutan Comango diluluskan di Malaysia? Ikuti kisah seorang Muslimah bernama Xera (bukan nama sebenar) yang menyokong tuntutan Comango ini:

Anak gadis berusia 19 tahun, Xera sedang berhibur bersama rakan-rakannya di sebuah kelab malam:

“Xera, awakkan orang Islam. Awak boleh minum arak ke?”
“Memanglah aku orang Islam. Tapi hak akulah kan nak minum arak tu. Hak asasi manusia kan!”
“Awak tak perlu ikut arahan agama Islam ke?” sekali lagi Xera ditanya oleh rakannya, Anita yang non-Muslim.
“Aku perlu ikut tetapi itu merupakan hak aku untuk ikut arahan agama Islam atau tidak. Kalau susah sangat, aku keluar sahajalah daripada Islam. Lagi senang hidup aku!”
“Boleh ke?” Anita bertanya lagi.
“Sudah semestinya boleh. Dunia sekarang mementingkan hak asasi manusia. Tidak perlu ikut arahan agama kalau kita sebagai manusia merasakan kehidupan kita terkongkong dengan agama. Kamu cuba baca Perenggan 1 Comango yang memperjuangkan kebebasan menukar agama termasuk murtad daripada Islam berdasarkan hak asasi manusia.”

Selepas penat berhibur di kelab malam itu, Xera yang masih menuntut di salah sebuah universiti tempatan mengikut teman lelakinya ke sebuah hotel untuk berehat:

“Saya sayang awak juga… Jom la… Inikan lambang cinta kita,” teman lelaki mengajak Xera untuk berasmara.
“Takutla… Nanti Badan Pencegah Maksiat datang tangkap. Kita kan belum kahwin lagi…” Xera menjawab lembut.
“Ala.. Kita kan suka sama suka nak tidur bersama ni.”
“Betul juga tu… Hak kita sebagai manusia… Lagipun, mereka bukan boleh buat apa pun. Perenggan 9 Comango menghapuskan kesalahan jenayah syariah seperti khalwat dan zina. Orang yang mahu berzina tidak perlu risau dah…”

Xera yang kini sudah berusia 30 tahun telahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 7 tahun yang diberi nama Xoro:

“Ibu, semalam ada kawan ajak Xoro ke konsert yang akan diadakan pada bulan depan.”
“Xoro, anak Ibu ini masih kecil. Tidak sesuai seorang Muslim apatah lagi seorang anak kecil menyertai konsert yang ada aktiviti maksiat.”
“Ini konsert dalam Festival Agama, Ibu. Festival Kuasa Allah,” Xoro menghulurkan satu helaian kertas poster untuk dilihat oleh ibunya.
“Festival ini bukan untuk orang Islam, Xoro,” si ibu cuba menerangkan.
“Ibu ni mengelirukanlah! Allah kan Tuhan kita orang Islam.”
“Allah yang dimaksudkan oleh Festival itu merujuk kepada …….”
- Perenggan 10.1.1 Comango menuntut penterjemahan ‘God’ kepada ‘Allah’ oleh Kristian Katolik di Malaysia. Contoh: Festival Kuasa Allah ke-18 di Jakarta (http://www.youtube.com/watch?v=kEQ8WXCR-hQ).

Selesai menghantar anaknya ke sekolah, Xera dan seorang rakan wanitanya berjalan menuju ke pejabat dan bersembang tentang Monica (bukan nama sebenar):

“Aku ada seorang staf baru. Cantik sungguh staf aku tu. Dia pun macam berkenan kat aku. Kira jadilah nanti!” Xera teruja.
“Apa maksud kau?” rakannya bertanya mahukan kepastian.
“Si Monica tu la. Cantik sangat. Dia lesbian tau! Class sangat.”
“Kau kan isteri orang. Suami kau kan lelaki paling kaya kat bandar ni. Tak cukup ke?”
“Alaa.. Laki aku tu laki aku, makanan kat rumah. Bila nak makan luar, aku cari la Si Monica.”
“Gila kau? Kau straight. Lepas tu nak jadi lesbian? Lebih-lebih lagi, biseksual terus?”
“Relaks la. Perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 Comango menghalalkan seks songsang. Lesbian, gay, transeksual, biseksual. Semua boleh! Kau nak try?”

Xera tidak mampu mempertahankan perkahwinannya bersama bapa Xoro, kini Xera telah diceraikan oleh suami. Dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya, Xera dijemput menjadi undangan dalam suatu wawancara di sebuah stesen televisyen tempatan:

“Puan Xera adalah seorang tokoh wanita yang terbaik kerana mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya walaupun merupakan seorang ibu tunggal dan membesarkan anaknya tanpa seorang suami. Boleh Puan kongsikan dengan penonton, apakah rahsia kejayaan Puan?” hos rancangan bertanyakan soalan pertama kepada Xera.

“Sekarang saya ada suami. Temporary marriage for 1 month,” Xera menjelaskan status perkahwinannya.
“Apa tu?” hos rancangan ini bertanya lagi kerana mahukan penerangan.
“Nikah Mut’ah.”
“Nikah Mut’ah adalah ajaran Syiah. Best ke?”
“Next year saya cari suami lain kot. Macam bosan je dengan suami sekarang ni. Tak romantik!”
- Perenggan 10.1.6 Comango menuntut kebebasan beragama, mempertahankan dakyah agama lain termasuk ajaran Syiah di Malaysia atas nama kebebasan beragama. Contoh: Bazaar of Sexes di Iran (http://www.youtube.com/watch?v=2DqO2Fl_Sbo).

Dialog-dialog sebegini mungkin asing bagi semua rakyat Malaysia pada hari ini terutamanya dalam kalangan orang Islam. Namun, Comango menjadi ancaman besar bagi umat apabila memungkinkan terjadinya situasi-situasi sebegini jika ancaman Comango dibiarkan menular dalam masyarakat.

Walaupun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan Comango, tetapi gerakan mereka dikhuatiri masih berterusan menyerap masuk ke dalam masyarakat. Justeru, adalah wajib bagi setiap antara kita memberikan kesedaran bahaya Comango kepada masyarakat.

Kita perlu sedar bahawa tuntutan-tuntutan Comango yang bertentangan dengan Islam boleh memporak-perandakan negara dengan membenarkan rakyat bebas melakukan apa saja termasuk perkara bertentangan dengan ajaran Islam tanpa ada tindakan yang boleh diambil, sebagaimana yang pernah ditegaskan oleh Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya.

Atas kesedaran inilah kita harus menolak Comango secara keseluruhan agar kisah-kisah seperti ini tidak berpeluang menjadi realiti di Malaysia.

M Syahrul Fitri Zawawi
Ketua Biro Tarbiyyah ISMA South Australia 2014
Pelajar PhD in Medicine The University of Adelaide Australia

klik sini

10 ulasan:

  1. nnt ada yg kata "KENAPA TAKUT SGT DGN COMANGO??.....tak guna Islam berdasarkan keturunan....Islamlah berdasarkan Ilmu...jika tinggi ilmunya takkan mudah terpengaruh dgn dakyah comango"

    pernyataan yg MUNGKIN KELUAR dgn hanya MELIHAT PD DIRI SENDIRI tanpa memikirkan org lain

    pernyataan yg JELAS utk jangka masa PENDEK, bukan utk jangka masa PANJANG

    pilihan ditangan kita....CEGAH atau UBAT.....atau PERASAN BAGUS

    BalasPadam
  2. kalau kerajaan sekarang ni tegas .takkan diorang berani buat macam macam. kerajaan lembik.nak salahkan siapa? kerja kafir memang nak menyesatkan kita, tapi kita yang dah diberi kuasa olehALLAH sebagai pemerintah takut nak menegakkan yang hak... rindu degan ketegasan tun mahathir

    BalasPadam
  3. arak ada jual,
    beli dan minum je.
    kelab malam dah disediakan, apa guna kalau tak diimarahkan?
    konsert dah diadakan, beli tiket dan pergi.
    sapa pulak nak marah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sgt BETUL...lagi2 sesiapa yg mengimarahkan kelab mlm, konsert, pusat judi akan di back up oleh pejuang Islam dr parti Isle....nak harap UMNO?......parti KAPIRRrrrr kata pejuang parti Isle

      Padam
    2. apa kena mengena dengan parti pulak?
      yang nak pegi siapa boleh halang.
      pM pon tak marah kalau kita pergi kelab malam.
      otak geliga siapa?
      nak bising2
      nak minum arak, nak berzina, nak pergi konsert.
      pM tak marah pin!

      Padam
    3. dah aku pulaak kena marah...adeehhhh
      PM tu dr parti KAPIRRrrrr, faham2 sudahla kan
      parti Isle yg aku maksudkan ko agak2 Parti Islam seMalaysia ke??
      kalau ye mmg TEPAT....bijak..bijak..bijak
      salahkah bila aku kaitkan parti Isle sbg penyokong2 benda2 HARAM berkenaan??
      lupa kes ni.....putar balik sejarah...lagipun parti Isle kalau dah ada KUASA, mmg WAJIB jalankan KUASA yg ada....tapi kalau tak buat, sama la sebagai penyokong perbuatan2 HARAM tu....kan itu teori yg selalu parti Isle guna....aku praktikkan aje, cuma terkena pd parti Isle....takkan marah
      Tanpa Nama SIAPA nak marah aku?
      Tok Guru2 parti Isle tak marah pin...opsss...pun!!

      Padam
    4. dah agak dah,
      pM kesayangan nya memang xboleh diusik langsung.

      Padam
    5. ko dah masuk kubur dan datang malaikat munkar nakir nanti tanya kenapa ko masuk kelab malam, beli arak kemudian teguk, joli sana sini. Takkan ko nak jual nama pM pulak kot masa tu kot. Tettt... wrong answer la anjing pr ooiii....

      Padam
    6. jangan takut,
      yang suka minum arak,
      yang suka pergi kelab malam,
      yang suka langgan pelacur,
      mereka semua ni suka sangat dengan pM.

      Padam
    7. mana ko tau?? Yang suka langgan pelacur tu bukan anwar ibrahim, mustapa ali dengan assmin ali ke?? Siap ade gambar lagi....

      kah kah kah kah kah kah

      Padam