Selasa, 7 Januari 2014

kali ini di pulau pinang dikatakan akan bercuti hari jumaat! yahooooo!!!

keh keh keh, setelah selangor, kali ini di pulau pinang pula, tahniah cai, kasi lompatttt!! yihaa, tapi kadang-kadang status empunya diri main ikut suka hati je tu, haha.. almaklumlah, keadaan orang melayu di sana dalam keadaan di sailang kaw-kaw oleh dap, keldainya pula pas dan pkr, hah elok tuan beso kiasu, yang jadi penjilat melayu pas dan pkr, kah kah..

ini lah realiti, mereka nak cover up, buatlah cerita gini supaya nak sedapkan hati nurani orang melayu, hal kalimah Allah sekor pak doyok pas tak mau komen, lagi sokong gereja adalah, dulu merekalah hero dan jaguh kalau orang Islam di henyak, malah menuduh umno tak Islam, mereka lagi Islam tahap tertinggi dari orang lain, tetapi bro, apa terjadi sekarang ni menunjukkan pas dah terjebak dengan kuasa dan duniawi, hal-hal berkaitan orang Islam mereka zip mulut je, tapi kalau hal umno mereka di barisan depan dulu, sesama Islam mereka jadi sawan, tetapi menjaga kesucian umat Islam mereka dah tak mampu buat apa-apa kerana telur kerandut mereka dah dipegang dengan kuat oleh abang beso dap. TAHNIAH!!


ps: dari ketua sampai ke anak buat buat cerita sengal memang terer!! pooodah!!

16 ulasan:

  1. kalau orang kapir yg xsetuju cuti hari jumaat...itu boleh tahan kira.
    Tapi kalau orang islam sendiri yg xbersetuju cuti hari jumaat....ni nak kira macam mana nie?K

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi orang Islam setuju aja, tetapi politik murahan yang di beritahu, ada faham, hehe.. kadang2 pesen mecei selalunya langgar tiang dulu baru nak faham kah kah

      Padam
  2. org2 melayu/Islam yg sokong PR ibarat sampah je bagi para kafir dan munafik DAP dan PKR... jgn ingat bila cuti mingguan ditukar ke jumaat dan sabtu, depa menyayangi Islam...sorry ye... itu hanya gula-gula pancing undi para melayu yg bodoh...

    BalasPadam
  3. Eloklah Perak, pahang, negeri sembilan dan melaka mula buatkan usaha kearah tu.... Biarkxn pembangkan dengan angan2 mereka...

    BalasPadam
  4. Yahoo.. yabedabedu... negeri khalifah tokong Pinochio Guan Eng akan bercuti jumaat dan sabtu... ek, bila tu?? Rangka perubahan?? Rangka perlaksanaan mungkin 100 tahun lagi lepas khalifah tokong Pinochio mampus rasanya...

    Kene kencing je la ko wahai anak Haji Dolah...

    BalasPadam
  5. salin dan tampal7 Januari 2014 10:22 PTG

    Kalimah Allah: UMNO Sepatutnya Berdemo Di Depan Seri Perdana

    Pepatah orang tua-tua ada menyebut, sesat di tengah jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Pepatah ini membawa makna yang cukup mendalam dan signifikan dengan kehidupan seharian kita. Apabila kita sesat di tengah hutan dan hilang punca arah tujuan, jalan paling selamat ialah carilah jalan di mana kita bermula.

    Dalam kehidupan seharian juga begitu sebenarnya. Apabila kita hilang punca untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah, cubalah cari di manakah puncanya. Hanya dengan mengetahui punca dan di mana bermulanya sesuatu masalah itu, barulah sebarang kekusutan dapat dirungkai dan diatasi.

    Begitu juga dalam isu kalimah Allah yang kembali menghangatkan persekitaran kita sekarang ini. Sekarang ini bukan saja berlaku berbalas-balas kenyataan dalam media untuk mempertahankan pendirian masing-masing, malah sudah merebak sehingga mahu mengadakan demontrasi di depan gereja. Tidak mustahil jika demonstrasi di depan gereja dibenarkan, selepas ini akan berlaku demo di depan masjid oleh bukan Islam pula. Dalam masa yang sama, perasaan curiga-mencurigai mula bercambah dan akan terus menebal antara penganut Islam dan Kristian di negara ini

    Walaupun demonstasi yang dirancang oleh UMNO Selangor di depan sebuah gereja di Kelang dibatalkan dan digantikan dengan demonstrasi di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kelang dan hanya dihadiri sejumlah kecil daripada beberapa NGO dan kalangan pemimpin UMNO Selangor juga, hakikatnya keharmonian antara Islam dan Kristian sudah tercemar.

    Berbalas kenyataan, berdemonstrasi dan saling tuduh-menuduh tidak akan menyelesaikan pertikaian mengenai penggunaan nama Allah ini jika punca masalahnya tidak dicari. Jika kita imbas kembali punca pertikaian penggunaan nama Allah ini adalah berpunca daripada kelemahan kerajaan dan sikap dua wajah Najib sendiri dalam menangani isu ini.

    Hanya kerana kelemahan, tidak tegas dan terlalu terdorong untuk mendapatkan undi daripada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, semua pihak menanggung sengsara dan derita yang berpanjangan. Ketika majalah The Herald dilarang menggunakan nama Allah dalam penerbitannya, dalam masa yang sama Najib, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri membenarkan pula Bible dalam bahasa Melayu yang turut mengguna-pakai nama Allah untuk diedarkan dan dibaca di kedua-dua negeri itu.

    Apakah di mata kerajaan Allah di Semenanjung berbeza dengan Allah di Sabah dan Sarawak?..............

    BalasPadam
  6. salin dan tampal7 Januari 2014 10:30 PTG

    ........ Tidak cukup dengan itu, penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak juga dibenarkan menggunakan nama Allah dalam amalan seharian mereka. Sebelum itu, beratus ribu naskhah Bible terkandas kerana disekat oleh KDN, dan memanglah diakui disebabkan kebenaran yang diberi sebelum pilihanraya itulah yang menjadi antara sebab BN terus mendapat sokongan di kedua-dua negeri itu.

    Dalam penyelesaian 10 Perkara juga terkandung bahawa sementara pengedaran Bible dalam bahasa Melayu di Malaysia Timur adalah dibenarkan tanpa sebarang sekatan, di Malaysia Barat pula ia mestilah mempunyai tanda salib dan perkataan "penerbitan Kristian" yang secara jelasnya menggambarkan tahap tolenransi kerajaan sendiri.

    Oleh itu, apabila The Herald dilarang menggunakan nama Allah dan keputusan mahkamah juga sehingga ini berpendapat demikian sedangkan di ketika yang sama ada pula kebenaran dan kelonggaran daripada Najib dan kerajaan sendiri terhadap penggunaan nama Allah ini, sudah tentulah kekeliruan akan timbul.

    Sebelum kita menyalahkan Persatuan Bible Malaysia yang diserbu JAIS kerana didakwa memiliki kitab Bible berbahasa Melayu yang tertulis nama Allah didalamnya, kita haruslah sedar siapakah yang membenar dan meluluskannya? Ketika kelulusan itu diberi Najib adalah Perdana Menteri manakala menteri KDN ketika itu ialah Hishammuddin, sepupu Najib sendiri. Sekarang pula, menteri KDN ialah Zahid Hamidi, kenalan rapat Najib sejak zaman Pemuda UMNO lagi.

    Oleh itu, apabila The Herald dilarang menggunakan nama Allah dan keputusan mahkamah juga sehingga ini berpendapat demikian sedangkan di ketika yang sama ada pula kebenaran dan kelonggaran daripada Najib dan kerajaan sendiri terhadap penggunaan nama Allah ini, sudah tentulah kekeliruan akan timbul.

    Sebelum kita menyalahkan Persatuan Bible Malaysia yang diserbu JAIS kerana didakwa memiliki kitab Bible berbahasa Melayu yang tertulis nama Allah didalamnya, kita haruslah sedar siapakah yang membenar dan meluluskannya? Ketika kelulusan itu diberi Najib adalah Perdana Menteri manakala menteri KDN ketika itu ialah Hishammuddin, sepupu Najib sendiri. Sekarang pula, menteri KDN ialah Zahid Hamidi, kenalan rapat Najib sejak zaman Pemuda UMNO lagi.

    Begitu juga, sebelum kita mahu mendesak pengarang The Herald agar jangan menggunakan nama Allah, selidiklah dahulu siapakah yang membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan nama Allah?

    Mekipun ada pertikaian tentang penggunaan nama Allah ini di kalangan orang Islam sendiri, tetapi pertelingkahan yang berlaku antara Islam dan Kristian ini adalah berpunca daripada kelemahan, sikap tidak tegas dan pendirian dua wajah Najib dan kerajaan sendiri mengenainya

    Sekiranya sejak dari awal masalah ini timbul, Najib dan kerajaan menunjukkan ketegasan dan pendirian yang satu dan tidak dipengaruhi oleh faktor untuk mendapat sokongan di Sabah dan Sarawak manakala di Semenanjung pula lebih untuk menonjolkan sebagai pejuang dan pembela kalimah Allah agar tidak kehilangan undi Melayu, masalah ini tidak akan belarutan sehingga kini............


    BalasPadam
  7. Bg wa la..

    Spatutnya elok cuti pd khamis dn jumaat, biar hri jumaat mjadi hri cuti penuh, lu org pikir le sndiri, klu jumaat dn sabtu djadikan cuti bmakna hnya sabtu yg akn jd cuti penuh, bnyak kompeni yg keje 6 hari sminggu..

    Wa hrp cuti dimalaysia dpt dseragamkan biar jatuh pd khamis dn jumaat.

    BalasPadam
  8. salin dan tampal7 Januari 2014 10:39 PTG

    ........ Kepada UMNO, khususnya UMNO Selangor yang terlihat cuba menjadi hero dalam isu ini, beberapa NGO dan sesiapa saja yang mahu mempertahankan kalimah Allah ini dengan berdemontrasi di mana-mana padang atau tanah lapang, mereka sepatutnya melakukannya di depan pejabat Perdana 

    Tidak guna melalak,menjerit dan berdemontasi di tempat-tempat lain atau menuding jari kepada pihak-pihak lain selagi ketegasan, kelemahan dan sikap dua wajah Najib dalam isu ini tidak diperbetulkan terlebih dahulu. 

    Dalam hal ini, walaupun tidak menyebut Najib sebagai sasarannya, Marina Mahathir yang turun memberi sokongan kepada penganut agama Kristian semata-mata untuk menunjukkan Islam adalah agama perdamaian, turut meluahkan rasa kesalnya dengan berkata, "pemimpin kita tidak harus diam. Mereka harus ada di sini. Mereka sepatutnya menjadi lebih baik daripada kami".

    Dalam hal ini, walaupun tidak menyebut Najib sebagai sasarannya, Marina Mahathir yang turun memberi sokongan kepada penganut agama Kristian semata-mata untuk menunjukkan Islam adalah agama perdamaian, turut meluahkan rasa kesalnya dengan berkata, "pemimpin kita tidak harus diam. Mereka harus ada di sini. Mereka sepatutnya menjadi lebih baik daripada kami".Jelas dan tidak dapat disangkal bahawa punca masalah ini adalah Najib bersama sikap lemahnya.Pepatah lama "sesat di tengah jalan, kembalilah ke pangkal jalan" adalah kaedah paling mudah untuk menyelesaikan isu kalimah Allah ini. Negara memerlukan pemimpin yang berani, tegas, tetap pendirian dan tidak mempunyai dua wajah, jika tidak kita akan terus dihadapkan dengan pelbagai isu dan kemelut yang tidak kunjung padam sampai bila-bila. (SH 06/01/2014)


    BalasPadam
    Balasan
    1. keke pusing pas pusing, keh keh, dulu hero of the day, sekarang hero of kristian, lepas tu pusing2 haha.. semua tau dah,

      Padam
    2. saya PUSING Halim.......iyaaarghhh.....Kristian....Islam....Kristian.....Islam....Alamak, nampaknya roda penipuan berhenti pd bahagian PENING-PENING LANGAU

      saya pusing lagiiii Halim....iyaaaarghhh!!!!..Kristian....Islam...Kristian....Islam....owhhhh roda penipuan berhenti di bhg FENING-FENING KALDAI

      saya POOOOSINGH lg Halim!!!!!...yaarghhh POOOSINGH!!! n terus POOOSINGH!!!.....:)

      Padam
    3. aku skip je kalau mamat salin ni copy & paste. Buang masa 5-10 minit aku je... kah kah kah kah kah kah

      Padam
  9. nak kiamat dah ni

    BalasPadam
  10. aku melayu rasis8 Januari 2014 12:52 PTG

    tertarik saya pada titipan saudara salin dan tampal.
    Saya stuju intipatinya adalah PM kita yang menjurus kp sikap Anuar Ibrahim iaitu "talam dua muka". Sini kata lain, sana berkata lain pula. Isu agama sepatutnya beliau serahkan kepada menterinya yang berceloteh. Saya fikir beliau tak layak bercakap atau membenar serta menidakkan sesuatu perkara berkait agama sedang beliau sendiri gagal menyuruh rosmah menutup rambut dikhalayak umum. Nampaknya Allah sedang menurunkan pengajaran serta ujian kepada para pemimpin melayu utama Negara sesudah enak berkata-kata dalam kempen PRU13 baru2 ni...

    BalasPadam
  11. Isu ini sudah jelas. Tak boleh guna kalimah Allah utk rujukan tuhan mereka demi menjaga akidah. Ada dlm Perlembagaan. Cuma BN tak boleh selamanya dianggap rasis. Impak dia lebih besar dari sangkaan anda. Jgn lupa melayu islam hanyalah sebahagian dari 65 peratus bumiputra yg berpecah pada kelompok pembangkang dan kerajaan. Jika sebahagian bumi bukan islam di Sabah Sarawak tidak dijaga nescaya mungkin inilah PRU terakhir dimenangi BN. Masalah besar sekarang hasutan itu dtg dari gereja di semenanjung yg rata2 fan club Joseph Lim Guan Eng. Kalau kerajaan masih tunjuk ego. Siap sedialah. Kita bakal hilang hilang lebih banyak subsidi atau investment sbg persediaan kalah pada PRU akan dtg atau bahasa mudah, sudah hilang kepercayaan. Dunia pun akan menakrifkan ekonomi kita sbg bermasalah. Walaupum hakikatnya segala nampak normal. Sebab itu PR all out fasal isu ini. Bagi mereka ini ibu segala serangan kpd kerajaan. Sekarang Comango dah berjaya tembusi eropah. Takkan Malaysia nak buat bodoh lagi isu ini. Sebab itu wujud satu badan khas yg menjaga perpaduan. Dunia sedang memerhati kita semua.

    Mamu.

    BalasPadam
  12. ISA kan ada........indahnya di saat itu.....

    Seperti harimau dicabut taring dan kuku.....kera tarik okor pun tak boleh buat apa....babi sondol perut pun mengalah saja...belang tak selamanya digeruni...


    BalasPadam