Isnin, 13 Januari 2014

SEBELUM MERDEKA MELAYU DAH JADI HAMBA KEPADA PENJAJAH, MALAH MENJADI BANGSA KELAS KE-3!! SEDAR-SEDARLAH WAHAI MELAYU MODEN!!






PENJAJAH BERI PENEMPATAN KAUM PENDATANG SEGALA KEMUDAHAN

Penjajah Inggeris bukan sahaja setakat memberi ratusan ribu ekar kepada pendatang kaum Cina dan India, malahan menggunakan kekayaan Tanah Melayu untuk menyediakan pelbagai prasarana, infrastruktur, pendidikan serta kemudahan kesihatan kepada kaum pendatang. Dokumen rekod pejabat kolonial tahun 1952 menunjukkan penjajah Inggeris membelanjakan wang milik Tanah Melayu berjumlah $26,248,000 dolar Malaya bagi pembinaan beratus-ratus kampung baru dan juga perpindahan kaum pendatang. Penjajah juga memperuntukkan $3,917,000 dolar Malaya bagi menyediakan kemudahan kepada penempatan baru kaum pendatang seperti sekolah, klinik, jalanraya, kemudahan sukan dan lain-lain prasarana.

Tahun Jumlah Kg Baru Jumlah Penduduk 1951 353 401,698 1952 509 461,822 Jumlah 862 863,520 Kawasan kampung dan desa dibiarkan mundur dan dalam keadaan amat dhaif sekali tanpa apa-apa kemudahan asas. Beginilah penjajah mendiskriminasi orang Melayu dengan menatang kaum pendatang seperti minyak yang penuh. Sementara anak-anak pendatang Cina dan India menikmati pendidikan di sekolah-sekolah beraliran Inggeris, anak-anak Melayu dibiarkan merempat di kampung dan desa tidak mendapat peluang persekolahan dan kalau ada sekali pun penjajah setakat melepaskan batuk di tangga. Tidak ada kesungguhan mahupun keikhlasan yang ditunjukkan penjajah untuk memajukan bangsa Melayu.

Bangsa Melayu ditindas dan dilayan seperti hamba dan ketuanan Melayu diinjak-injak di bawah telapak kaki Inggeris. Apa yang berlaku kepada orang Melayu sepanjang penjajahan Inggeris selama hampir 200 tahun bukanlah satu kebetulan tetapi sesuatu perancangan yang rapi dan teliti. Penjajah merompak hasil mahsul Tanah Melayu dengan mengangkut balik ke England segala kemewahan milik bangsa Melayu - emas, timah, balak, intan berlian kepunyaan raja-raja Melayu tetapi amat sedikit sekali dibelanjakan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi negeri yang mereka jajah. Seorang pentadbir pernah berkata bahawa penjajah menganggap Tanah Melayu sebagai trofi kerana kekayaannya yang melimpah ruah, katanya, "Saya tidak tahu apa akan jadi kepada Britain tanpa Malaya.” Menurut Sir Hugh Clifford, seorang pegawai pentadbir Inggeris, walaupun Tanah Melayu diakui sebagai amat kaya berbanding mana-mana tanah jajahan di dalam empayar Raja/Ratu England, namun pendidikan Melayu jauh ketinggalan dengan hanya 12 peratus sahaja daripada jumlah anak-anak Melayu berumur lima tahun ke atas disekolahkan, itupun hanya di sekolah-sekolah aliran Melayu sahaja.

Inggeris tidak berniat untuk memberi pendidikan tinggi kepada orang Melayu sebagaimana yang dinikmati pasca Merdeka tetapi memprogramkan anak-anak Melayu supaya menjadi petani dan nelayan sahaja. Sebab itulah Inggeris mewujudkan Tanah Rizab Melayu bukan kerana takut satu hari nanti irang Melayu tidak bertanah tetapi dengan tujuan orang Melayu terus menjadi pak tani seumur hidup mereka. "...Malay Reservation was created in 1913 to encourage Malay to continue to grow rice in the hope of discouraging Malays from becoming commercially oriented rather than sturdy self sufficient peasants...," kata Clifford dalam satu ucapannya.

Jika Melayu terus meninggalkan nilai-nilai dan cara hidup serta berfikir dalam aliran dunia pemikiran Melayu yang sebenarnya, selagi itulah kaum pendatang di negara ini akan mengatasi dalam semua ruang ringkup kehidupan. Melayu mesti kembali menjadi Melayu sejatinya dan bukan Melayu jadi-jadian yang hanya Melayu pada kulit sahaja tetapi bersikap anti bangsa sendiri dan berhati bangsa penjajah. Melayu tidak pernah menjajah mana-mana bangsa di dunia ini kerana lahirnya adalah untuk memerintah manusia lain dan bukan tunduk dalam kehinaan kepada yang lain.

sumber dari fb KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan