Jumaat, 31 Januari 2014

[TAK TERJAWAB] SIGNAL DAN MESEJ DARI DUNIA LUAR KE BUMI DARI SIAPA AGAKNYA?

KADANG-KADANG SIGN PELIK, BERKEMUNGKINAN ADA MESEJ NAK DISAMPAIKAN KEPADA MANUSIA, TETAPI SAMPAI SEKARANG SAINSTIS MASIH BUNTU APAKAH SEBENARNYA MESEJ ITU, MASIH TAK TERJAWAB!!

DI LUAR ANGKASA TIDAK DIKETAHUI ADAKAH WUJUD KEHIDUPAN LAIN, TETAPI ADA LAPORAN MENGATAKAN BUKTI-BUKTI DARI DUNIA LUAR MASIH DISOROK OLEH PIHAK AMERIKA, RUSSIA, KATANYA TIDAK MAHU MANUSIA JADI PANIK, ITU YANG WUJUD AREA 51, KEBENARAN MASIH MISTERI!





klik sini

SUDAH LAMA BUMI MENERIMA MESEJ DARI ANGKASA LEPAS

Observatori Arecibo adalah sebuah teleskop radio yang terletak di Arecibo, Puerto Rico.

Ia berukuran 1,000 kaki dan merupakan teleskop radio 'single aperture' terbesar di dunia dan mula beroperasi pada 1 November 1963.

Antara projek besar yang dilaksanakan oleh observatori ini ialah SETI atau 'Search for ExtraTerrestrial Intelligence' bagi mengesan kemungkinan wujud kehidupan lain di sistem planet lain di samping Bumi.

Observatori Arecibo pernah menjadi terkenal apabila menjadi lokasi adegan akhir filem James Bond 'GoldenEye' keluaran tahun 1995, dengan Pierce Brosnan meluncur menuruni permukaan observatori tersebut bersama agen 006 Natalya Simonova lakonan Izabella Scorupco.

Pada 16 November 1974, Observatori Arecibo menghantar mesej binari ke angkasa lepas yang berupa kod-kod angka 1 hingga 10, nilai atomik bagi hidrogen, karbon, nitrogen, oksigen dan fosforus, formula bagi glukos dan nukleotid DNA, jumlah nukleotid di dalam DNA, struktur 'double helix' DNA, lakaran tubuh manusia dan ketinggiannya, jumlah populasi dunia, sistem solar, serta imej teleskop radio Arecibo dan ukurannya.

Tidak diketahui ke destinasi mana mesej itu telah sampai atau 'siapa' di langit sana yang telah menerimanya.

Bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku pada 17 Ogos 2001, setelah 27 tahun mesej tersebut dipancarkan ke angkasa lepas.

Sebuah observatori di Chilbolton, Hampshire, England mula menerima kod
yang menuruti corak mesej binari yang dihantar oleh Observatori Arecibo pada 1974.

Yang menakjubkan mesej yang di terima adalah sama seperti yang dipancar 27 tahun dahulu tetapi mengalami sedikit perubahan yang nyata.

Imej ''crop harvest' pada Oberservatori Arecibo juga telah ditukar kepada lakaran sebuah satelit yang menggunakan sel solar.

Malah mesej 'crop harvest' yang diterima juga telah dilakarkan pada sebuah ladang.

Kedudukan Bumi pada posisi ketiga dalam susunan sistem solar juga telah berubah kepada posisi nombor empat.

Lakaran manusia juga telah berubah dengan saiz lebih besar dan purata ketinggian adalah 1.2 meter berbanding 1.76 meter asalnya.

Jumlah penduduk dunia seramai 4 bilion ketika mesej itu dipancar tidak berubah.

Ini membolehkan penyelidik membuat anggaran berdasarkan kepada jangkamasa mesej itu untuk menerima jawapan bahawa jumlah makhluk angkasa lepas yang menghuni galaksi yang menjawab mesej Arecibo itu adalah sekitar 24 bilion nyawa.

Dalam insiden berlainan, pada 15 Ogos 1977 ketika Jerry H. Ehman sedang mengendalikan projek SETI di teleskop radio Big Ear milik Ohio State University yang terletak di Observatori Perkin di Wesleyan University, Delaware, Ohio, telah menerima satu mesej yang dianggap pelik.

Beliau menggesan satu signal narrowband yang kuat, tidak seperti signal-signal lain yang sentiasa dikendalikannya.

Signal ini diterima selama 72 saat dan mempunyai ciri bahawa ia adalah ada luar sistem solar dan bukan berpunca dari Bumi tetapi malangnya ia tidak berulang selepas tempoh tersebut.

Dalam salinan signal tersebut, Ehman membuat bulatan pada signal pelik
yang diterima dan menulis perkataan 'wow' di sebelahnya.

Hingga sekarang signal tersebut dikenali sebagai "Wow Signal'.

ps: rahsia yang sukar nak dirungkai,

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Terima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus HK 4D KAMIS 30 JANUARI 2014 DENGAN ANGKA 9084 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 500 juta. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub “KI JAYA” Di (((085-321-606-847_))) Terimakasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda.

    BalasPadam