Khamis, 30 Januari 2014

[TERGEMPAR] KAJIAN DNA MEMBUKTIKAN MELAYU LAHIRKAN CINA DAN INDIA








KAJIAN DNA BUKTI MELAYU LAHIRKAN CINA DAN INDIA

Satu strategi yang digunakan penjajah untuk menghalalkan tindakan menjajah sesebuah negara ialah dengan mereka-reka teori asal usul kewujudan bangsa yang mendiami negara tersebut.

Di Nusantara, di arah pengkaji-pengkaji Barat supaya membuat pelbagai teori mengenai asal usul bangsa Melayu.

Maka sejarawan Barat seperti J.H.C. Kern, R.H. Geldern, J.R. Logen, J. R. Logen pun merumus teori datang dari wilayah Yunan China atau Taiwan.

Mereka pun saling menyokong teori yang mereka sendiri cipta untuk menerangkan kepada bangsa Melayu dari mana mereka datang.

Yang peliknya ada juga pengkaji sejarah berbangsa Melayu yang bersetuju dengan pendapat rakan-rakan mereka dari Barat malah dalam pertahankan teori tersebut mereka lebih bersemangat lagi daripada pembuat teori itu sendiri!

Tapi tidak ada satu pun teori yang mengajak bangsa Melayu berfikir kemungkinan mereka tidak berasal dari Yunan atau Taiwan tetapi sebenarnya sudah beranak pinak dan bersemenda sejak puluhan ribu tahun lagi di Nusantara.

Fakta Melayu datang dari Nusantara dan kemudian menyebar ke merata dunia serta melahirkan bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India ditutup kerana ia merupakan rahsia besar bangsa Melayu yang tidak boleh diketahui oleh bangsa ini.

Sekian lama bangsa Melayu ditipu penjajah kerana mereka mahu memiliki Tanah Melayu dan seluruh kawasan Melayu di Nusantara.

Mereka mahu mahu mengabsahkan penjajahan ke atas bumi Melayu atas hujah Melayu pun kaum pendatang maka tidak salah jika menaklukinya sebab tidak bertuan.

Sebab itulah menteri MCA, Lee Kim Sai mencetuskan kontroversi pada tahun 1986 apabila beliau juga mengatakan bangsa Melayu adalah juga kaum pendatang seperti mereka.

Atas keceluparan dan kebiadapan beliau, Kim Sai pun dianugerahkan pingat kebesaran membawa gelaran Tan Sri!

Melayu dibodohkan dan terus diperbodohkan tanpa mereka sedari.

Singapura juga memainkan peranannya untuk menidakkan asal usul Melayu dengan menerbitkan buku bertajuk "Contesting Malayness - Malay Identity Across Boundaries" pada tahun 2004.

Buku ini disunting oleh Prof Timothy P Bernard dari National University of Singapore dan dicetak oleh Singapore University Press.

Buku ini hanya menambah nilai kepada yambung hikayat yang dipintal oleh penjajah dengan mendakwa bangsa Melayu sebenarnya tidak wujud langsung. Pulak dah...biar betul!

Yang wujud hanya suku-suku kaum yang kemudiannya disatukan atas dasar politik dan diberi nama baru iaitu Melayu.

Sungguh pandai Singapura memainkan peranannya sebagai balaci Barat untuk mengelirukan dunia.

Keadaan ini mula berubah apabila Human Genome Organization (HUGO) di New York yang mengumumkan hasil kajian selama 15 tahun ke atas mitochondria DNA.Kajian HUGO membuktikan bangsa Melayu adalah ras yang kedua tertua di dunia selepas bangsa Arya.

Sekaligus kajian ini juga menyanggah usaha jahat Singapura dan membakulsampahkan semua teori-teori lapuk Barat yang menjadi anutan dunia akademik selama ini.

Kajian ini bersifat teknikal tetapi penulis akan mengupasnya dalam bahasa yang mudah difahami.

Cerita bermula dengan penemuan fossil tertua manusia moden atau homo
sapiens berusia antara 150,000 ke 200,000 tahun dahulu di situs Herto,
wilayah Middle Awash, Ethiopia.

Hasil kajian daripada penemuan ini menghasilkan Teori 'Out of Africa'.

Kini kajian HUGO telah mengesahkan teori tersebut dan menjadi fakta bahawa generasi manusia hari ini bermula dari kumpulan terawal manusia yang berhijrah dari Horn of Africa atau Tanduk Afrika 2,000 generasi atau 55,000 ke 60,000 dahulu.

Majalah berprestij, ‘American Journal of Human Genetics’ mengesahkan Semenanjung Arab menjadi pentas pertama (first staging post) atau kolam
pembenihan kumpulan terawal ini dari Afrika sebelum penyebaran ke seluruh dunia melalui beberapa juraian atau 'haplo group'.

Dipendekkan jalan cerita, setelah Semenanjung Arab tidak lagi sesuai didiami manusia disebabkan perubahan cuaca di zaman air, leluhur manusia ini berhijrah melalui pesisiran pantai hinggalah sampai ke pentas atau benua Sunda kira-kira 65,000 tahun lalu.

Di benua Sunda, inilah lelulur bangsa Melayu dari juraian Senoi dan Semang
yang berasal dari pentas pertama bersemenda lebih kurang 25,000 tahun sebelum berhijrah China melahirkan bangsa Cina dan merepopulasi benua India lantas melahirkan bangsa India hari ini.

Hikayat Melayu ini baru dikesan sampai setakat 65,000 tahun sahaja dan Melayu bertamaddun lebih lama daripada itu.

Cukuplah untuk pengetahuan kaum pendatang di Malaysia yang kini beriya-iy mahu menggulingkan kerajaan dan mengambil alih negara ini bahawa mereka lahir dari sulbi leluhur Melayu.

sumber klik sini

11 ulasan:

  1. Orang afrika juga dipercayai keturunan juga melayu.
    Itu antara sebab mengapa ramai kemalaysia untuk mencari susur galur mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus HK 4D KAMIS 30 JANUARI 2014 DENGAN ANGKA 9084 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 500 juta. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub “KI JAYA” Di (((085-321-606-847_))) Terimakasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda.




      Terima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus HK 4D KAMIS 30 JANUARI 2014 DENGAN ANGKA 9084 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 500 juta. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub “KI JAYA” Di (((085-321-606-847_))) Terimakasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda.






      Terima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus HK 4D KAMIS 30 JANUARI 2014 DENGAN ANGKA 9084 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 500 juta. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub “KI JAYA” Di (((085-321-606-847_))) Terimakasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda.

      Padam
  2. Di Singapurapun sebenarnya sudah ada kajian genetik manusia dan jurnal yg mereka keluarkan juga mengakui yg susur galur org2 Cina/India adalah org Melayu yg berhijrah dr Tanah Melayu. Tanah Melayu di sini bukan Malaysia sahaja.

    BalasPadam
  3. USM juga telah membuat kajian dengan penemuan Perak Man dibukit Bunuh Lenggong Perak bahawa teori Out of Africa boleh disanggah. Bukti bahwa tamadun manusia adalah berasal dari bumi Melayu ini.

    BalasPadam
  4. Hati2 dgn tarikh2 yg diberi itu. Semua tarikh2 yg diberi tu 150,000, 200,000, 50,000 thn dan sebagainya adalah berdasarkn Carbon dating. Iaitu jumlah Carbon 14 yg masih tinggal dlm tengkorak yg ditemui itu. Ini kaedah yg digunakn sekarang utk mencari umur sesuatu fosil itu. Perlu diingat kalau ikut sejarah, nabi adam turun ke dunia dlm masa sekitar 8000 tahun dulu shj. Ini dikira manusia moden. Penemuan2 fosil yg dikatakn smpi 150000 thn dulu tu mungkin manusia purba sbb kapasiti otak mereka lebih kecil. Carbon dating pula, hanya tepat sehingga 5000 thn shj. selebih dari 5000thn itu bbrp saintis mempertikaikn ketepatan ukuran berdsrkn carbon dating ini. Kerana utk ukuran itu boleh dipakai kandungan carbon 14 dlm atmosfera perlu kekal malar. Tetapi kita juga ketahui carbon 14 dlm atmosfera boleh terpengaruh dgn pelbagai faktor seperti perubahan magnetik bumi, aktiviti solar serta juga letupan bom atom yg berlaku dulu atau yg seumpamanya. So tarikh2 yg diberi utk fosil ditemui tu boleh diragui kalau fosil itu melebihi 5000 thn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan encik salleh.
      Saya pon sangat2 meragui fakta ini:


      BANGSA MELAYU YANG TEROKAI BRAZIL 20,000 TAHUN DAHULU? HEBAT BUKAN?

      Padam
    2. kalau nak ukur ni jarak tahun nabi adam diturunkan dgn sekarang ni , kaji la bab nabi adam , contoh nabi adam hidup 1000thn dan manusia terus membina ketamadunan sebelum nabi idris dan seterusnya sampai kehari ini . in shaa allah dapat jawapannya . saya rujuk video ini https://youtu.be/1CH7OgRwv0w . sekadar pandangan .

      Padam
  5. kawan saya terlibat dalam kajian tulang dan dna ini. hasilnya memang mcm yg penulis katakan berkenaan haplo group. haplo group ini mmg boleh dijejak semula dna mereka. saya pon telah terlibat dgn memberi darah saya dan dna diuji..

    memang sama mcm kajian ini. semua manusia berasal daripada afrika. kemudian ada yang berhijrah ke benua lain. bila dikaji, kebanyakan memang akan terus ke arah arab,india dan sebagainya.
    tapi ada juga umat melayu yang 'naik keatas' iaitu sekitar eropah.
    saya juga seperti begitu yang kemudian dna menunjukkan keturunan saya berlegar2 di sekitar pulau2 seperti maldives dan akhirnya sama seperti melayu yg lain berada di tanah melayu.
    bagi yg berketurunan mamak, sememangnya dna mereka masih 'pekat' lagi berasal dr tanah india. ia memang boleh dibuktikan dna mereka.
    kawan saya org melayu.

    BalasPadam
  6. Carbon dating dan DNA adalah berbeza sbb DNA selain boleh menJANGKA UMUR hidupan berkenaan spt unsur Carbon, ia juga menunjukkan perkaitan evolusi/ hubungkait antara hidupan yg berbeza. spt juga carbon, DNA juga boleh diekstrak dr fosil2 lama cuma mungkin kualitinya yg diragui.
    Dlm kes DNA Afrika dgn bangsa lain sebagai contoh, semakin byk perbezaan dlm jujukan DNA, semakin jauh hubungan antara org Afrika berkenaan dgn bangsa lain dan sebaliknya. Sekiranya DNA Afrika dinyatakan sebagai yg plg awal, itu menunjukkan DNA Afrika mempunyai perbezaan yg PALING BESAR dgn DNA org Benua Amerika iaitu bangsa yg plg baru muncul. Masalahnya, mungkin cara perkiraan TAHUN perubahan satu jujukan DNA kepada yg lain yg menyebabkan perbezaan dlm DNA boleh diperdebatkan. Dan setakat hari ini, tiada mana2 saintis berjaya mengekstrak 100% genetik manusia untuk menunjukkan hasil yg lebih tepat.
    Perubahan DNA boleh disebabkan mutasi, perpindahan, adaptasi etc....maka mungkin disebabkan keadaan geografi Afrika/cara hidup warga Afrika sgt2 berbeza dgn warga Amerika menyebabkan perbezaan DNA yg sgt ketara. Jd DNA Afrika yg dikatakan paling tua juga boleh dinilai semula.

    BalasPadam
  7. Assalamualaykum,
    Kajian yang dilakukan penyelidik sejarah bangsa Melayu,Pn Zaharah Sulaiman bersama beberapa penyelidik lain sejak 2009 mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu.

    Kumpulan yang berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika dan kajian juga mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu mereka juga orang Melayu

    Jika diteliti, bangsa Melayu ini tersebar hingga meliputi satu perenam dunia, bangsa ini turut terdapat di Madagascar dan bahasa Melayu masih lagi digunakan sehingga kini. Melayu benar-benar wujud dan bangsa ini jugalah yang membenihkan bangsa lain.

    Kajian juga dilakukan berdasarkan kepada penemuan artifak dan DNA (asid deosiribonukleik). Malah kajian turut membuktikan kewujudan bangsa Cina dan India lebih muda berbanding Melayu.

    BalasPadam
  8. pening kepala mau nilai mna satu kebenaran ni. haihh

    BalasPadam