Isnin, 3 Februari 2014

BAUCER RM35 SEHARI UNTUK YANG BETUL-BETUL SUSAH DI BANDAR!

ALHAMDULILLAH.. ADA JUGA CARA RASIONAL KERAJAAN BUAT UNTUK MEMBANTU GOLONGAN SUSAH DI BANDAR, TAPI ADAKAH GOLONGAN JUMUD PR AKAN KATA ALAHAI, RM35 JE, KENAPA TAK BAGI LEBIH.

PESEN PUAK-PUAK JUMUD NI OTAK MEREKA TERLALU NAK SENANG TANPA USAHA, KERJA KALAU BOLEH NAK SAMA MACAM MANAGER SYARIKAT, WALAU SPM PUN KANTOI, KALAU BOLEH MEREKA NAK JUGA PENDAPATAN RM5,000 TANPA BEKERJA, KALAU ADA KERJA PUN DEMO, BARING, KUNYAH KANGKONG, HEHE..

BUAT RAKYAT MALAYSIA, PERANGAI PR TIADA YANG BAIK, MEREKA NI CIBEK JE... HARAP MAKLUM.. lama tak tulis pasal politik ni, bukan apa, dok certia pasal prk kajang bukan ada pekdah pun, nuar juga yang menang, buang masa, kang beri publisiti free dekat dia, baik tak yah.. tu pasal aku dok cerita sejarah lagi bagus.. pru lambat lagi. lagi di layan pr ni lagi otak sempit kita dibuatnya..


Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.

Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar

Baucar Kerja RM35 sehari untuk miskin bandar

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata, bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Namun, bantuan itu tidak akan diberikan sewenang-wenangnya. Mereka harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

“Golongan itu hendaklah mencari kerja sambilan terlebih dahulu, dan kita akan menyumbang sebanyak RM35 sehari.

“Jumlah tersebut boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut,” katanya.

Program Baucar Kerja menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja.

Ia juga menyasarkan golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran.

JobsMalaysia akan memastikan pemilihan peserta dilakukan secara teliti berdasarkan kaedah pemilihan profil dan dirujuk dari pangkalan e-kasih.

e-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Individu yang layak akan dihubungi secara terus, kata Yusuff.

Berdasarkan pangkalan data e-kasih terkini, golongan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar kini mencecah 500,000 orang.

Menurut Yusuff, bagi individu yang terikat dengan kontrak pengambilan pekerja yang tidak membenarkan mereka melakukan dua kerja pada masa yang sama, JobsMalaysia akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk berunding dengan majikan bagi membenarkan pekerja untuk melakukan kerja sambilan

ps: baik cerita macamana nak tolong orang dari layan perangai jebon macai pr, betul tak? hehe

3 ulasan:

  1. Disini pentingnya majlis perbandaran dearah ataupun pihak berkuasa jangan bertindak sesuka hati mak bapak diorang aja merobohkan podok tempat orang orang tempatan berniaga ditepi tepi jalan .Kalau boleh bantulah merika kalau tak mengangu lalu lintas buatkan atausediakan kemudahan asas supaya nampak elok .....merika ni ada pelangan tersendiri ...jika dipindahkan ketempat lain ini akan mengakibatkan kehilangan pelangan..jangan rampas barangan diorang ....kerana peralatan dan makanan yang disediakan mengunakan modal ....untuk menyediakanya.Mungkin disatu hari nanti ada yang terbunuh jika penguasa tempatan terus berkeras dan merobohkan pondok pondok merika yang terlibat .......
    tangkaplah peniaga peniaga yang terdiri dari orang orang asing yang berlambak lambak tu ......merika tak bayar apa apa pun untuk negara ini.

    BalasPadam
  2. RM35 sehari..sumpah lebih dr cukup...utk lunch diner brkfes...mmg sgt cukup..utk seorang...even if dh famili...if famili ldm 4 branak..RM35 sehari sbenarnya cukup...ayam sekor paling habih if amik kecik dlm RM15...sayur separuh tmpt..pasar mlm..3 ikat singgit...minyak masak sepeket leh pakai at least semngu...baru rm2.50...kalau rajin masak sendiri..RM35/sehari tu sgt mengcukupi utk setiap hari..

    -smh-

    BalasPadam
  3. Bmakna makin btambah le warga subsidi kat malaya ni..
    Bg wa le, kalo dh xmampu utk mghadapi badai dn taufan jangan le brumah ditepi laut, cari le tapak lain yg trlindung, dduk le kampung, hari2 bole makan lauk ayam..
    Spatutnya kerajaan selamatkan mereka yg ckup berani mencuba idup dibandar yg padahalnya xmampu ni.
    Bukan mggalakkan mereka.
    Bantu mereka dgn mnjauhkan diri dri kehidupan bandar yg nak masuk tandas pun kena byr 50sen.

    BalasPadam