Jumaat, 7 Februari 2014

BILA PEROMPAK MATI KATAK KENA BELASAH ORANG RAMAI DI JINJANG!


Kuala Lumpur: Seorang penjenayah yang merompak sebuah stesen minyak ditemui mati dibunuh di sebuah jalan masuk Kampung Delima, Jinjang di sini, malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, suspek yang belum dikenal pasti dan bersenjatakan parang memasuki premis itu dan melarikan sejumlah wang tunai dan puluhan kotak rokok.

Orang awam yang menyedari kejadian itu dikatakan bertindak mengejar dan memukul suspek sehingga mati.

Suspek meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di muka dipercayai akibat dipukul dengan batu.

- Harian Metro

ps: balasan orang berbuat jahat, orang tua-tua ada berpesan, buat jahat jangan sekali... terimalah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan