Khamis, 13 Februari 2014

LRT AKAN ADA DI SHAH ALAM? WOW!!


Masalah kesesakan jalan raya dan kos tinggi tol serta petrol yang terpaksa ditanggung warga bandar raya ini untuk ke tempat kerja di sekitar Lembah Klang dapat diatasi sekiranya kerajaan mewujudkan laluan transit aliran ringan (LRT).

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari berkata, bagi merealisasikannya, kerajaan boleh memanfaatkan stesen projek transit aliran massa (MRT) di Glenmarie di sini yang sedang dalam pembinaan untuk berintegrasi dengan laluan LRT tersebut.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah lebih sesuai memandangkan jarak di antara stesen MRT di Glenmarie dengan bandar raya ini hanya kira-kira dua kilometer.

"Inilah masa yang sesuai dalam usaha kerajaan Pusat mahu membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Lagipun, inilah isu yang diperjuangkan oleh penduduk Shah Alam selama ini," katanya dalam sidang akhbar, di sini semalam.

Azhari menambah, dengan adanya sistem LRT nanti, penduduk Shah Alam dapat berulang-alik ke bandar-bandar lain dengan lebih mudah, cepat dan murah.

"Dengan wujudnya jaringan LRT, projek pembangunan berasaskan pengangkutan bagi perumahan mampu milik boleh dilaksana.

BACA SETERUSNYA DISINI KLIK

8 ulasan:

  1. Ada baiknya jika kerajaan yg memerintah skarag ni mberi lebih tumpuan dan suntikan modal pada negeri2 yg mjadi kubu kuat tonggak dan tiang BN, xpyah la bsusah payah nk bodek jika tbukti orang dh benci, xserik2 lg ke najib?

    BalasPadam
  2. Lubuk emas tuu.. siapa tak terliur.. pak lebai pun sanggup menipu asal dapat lubuk emas..hu hu..

    BalasPadam
  3. Xpyah la bsusah payah nk tlong orang yg dh ludah kebatang idung, 'pegawai2' umno shah alam pn bukan buat keje, xde langsung sstem trkini cra2 nk tangkis fitnah, xde roadshow.. bila dh kalah msing2 sibuk pulak rebut kerusi dan meja jawatan, tuptap nk buat LRT la pulak, dptkan kembali dlu shah alam bru bole buat tuntutan la..

    BalasPadam
  4. Terkukur...aku setuju.....umno shah alam lembik!!!

    BalasPadam
  5. Betul. Orang Shah Alam tak undi BN. Depa undi Khalid Samad.Tak payah la buat di situ.

    BalasPadam
  6. Dia LUPA yang Selangor dibawah Pemerintahan PKR....Dia ingat boleh suka-suka buat projek tanpa melalui kerajaan negeri....Kes projek AIR pun setengah MATI....Buang masa dan RM jer...Biarkan penyokong PR Sangsara sapa suruh pilih PR, Rakyat Selangor nak LRT pastikan BN jadi Pemerintah Kerajaan Negeri Selangor DULU....

    BalasPadam
  7. alamak..camaner tu aku tak undi Penyesat Rakyat pon kena sengsara ka..majoriti yang undi PR..minority pon kena tibai jugak?

    BalasPadam
  8. Selangor nak ada LRT?
    Johor dah lama ada dah...
    Tu lah selangor kenapa pilih PR perintah kan dah ketinggalan...
    Cuba tengok Joho...
    Apa yang tak ada?
    Semua yang ada kat singapore, semua ada kat johor.

    BalasPadam