Isnin, 3 Februari 2014

MELAYU DAN PENDIDIKAN PENJAJAH SIRI-2

PENDIDIKAN MELAYU ERA PENJAJAH INGGERIS - BAH. 2

Pada 1930, murid2 Melayu di sekolah vernakular disyaratkan menghabiskan lima tahun pembelajaran asas.

Masa pembelajaran adalah lima jam setiap hari, enam hari seminggu, 240 hari setahun.

Kebanyakan mata pelajaran adalah lebih kepada kemahiran hidup seperti Bacaan, Karangan, Rencana, Ilmu Kira-kira dan Ilmu Alam/Ilmu Bumi di sekolah vernakular di negeri2 selat pada tahun 1890an

Menjelang 1930, mata pelajaran lain ditambah termasuk Bacaan dan Tulisan dalam bahasa Arab dan skrip Roman, Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah Melayu, Kesihatan, Lukisan, Senaman, Menganyam dan Berkubun.

Daripada mata pelajaran yang diajar dengan ketiadaan subjek berkaitan sains, jelaslah agenda penjajah bukan untuk membina bangsa Melayu yang mandiri dan berkemampuan untuk memerintah negara mereka satu hari kelak tetapi lebih kepada menjadi sumber tenaga sokongan peringkat bawahan kepada sistem pentadbiran Inggeris.

Kolej Latihan Melayu bagi melatih guru2 sekolah vernakular ditubuhkan pada 1878 di Singapura tetapi ia terpaksa ditutup pada 1895 atas faktor2 ekonomi.

Di negeri2 bersekutu sebuah sekolah latihan guru ditubuhkan pada 1898 tetapi ditutup dua tahun kemudian setelah Kolej Latihan Guru di buka di Melaka atas daya usaha R. J. Wilkinson yang menjadi Pemangku Ketua Inspektor Sekolah di negeri2 selat.

Sebuah lagi kolej guru di buka di Matang, Perak pada 1913.

Bagaimanapun kedua-dua Kolej Guru Melaka dan Matang ditutup pada 1922 apabila Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) dibuka yang dipelopori oleh R.O. Winstedt yang menjadi Penolong Pengarah Pendidikan bagi sekolah2
Melayu.

Di SITC juga guru2 pelatih diajar subjek seperti Ilmu Kira-kira, Ilmu Jometri', Ilmu Alam, Bahasa Melayu, Tawarikh dan Hikayat, Ilmu Tanaman, Kaedah Mengajar, Ilmu Kesihatan, Lukisan, Tulisan Papan Hitam, Anyaman Bakul, Pengetahuan Am/Berjenis-jenis Pengetahuan dan Ugama.

Selain itu juga diajar Latihan Tubuh, Berkubun dan Anyaman yang dijalankan sebagai aktiviti pagi.

Jika lihat pada mata pelajaran yang diajar pada bakal guru2 ini, tidak ada subjek sains seperti kimia, biologi atau fizik.

Muslihat penjajah adalah supaya murid2 Melayu tidak diajar mata pelajaran sains dan matematik (bukan setakat asas mengira).

Berhubung pengajaran subjek Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, Laporan Windstedt 1917 mencadangkan pengajaran hikayat2 Melayu perlu diganti dengan metod yang lebih 'saintifik'.

Alasan yang diberi adalah pendekatan 'saintifik' tetapi sebenarnya bertujuan untuk menghapuskan hubungkait rapat bangsa Melayu dengan sejarah lisan yang diwarisi sejak turun temurun dari leluhur awal Melayu.

Maknanya bagi Winstedt kalau tidak ada bukti batu bersurat, prasasti atau bukti-bukti arkeologi, hikayat2 ini perlu ditolak dan ketepikan.

Ketika penjajah membuat cadangan tersebut, pada masa yang sama mereka juga giat memusnahkan warisan dan kesan2 sejarah Melayu serta menyembunyikan manuskrip2 Melayu di perpustakaan London malah menyelewengkan fakta2 dalam sejarah Melayu.


ps: penjajah membelakangkan orang melayu dan sulur galur keturunannya.. huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan