Sabtu, 1 Februari 2014

PENDIDIKAN MELAYU PADA ERA PENJAJAHAN BRITISH-BAHAGIAN 1

setelah beratus tahun kita di jajah, malah anggapan melayu akan pupus kuasanya sekiranya british ambil alih, malah ada mengatakan baiknya british dengan raja-raja melayu kerana hasil bumi semenanjung emas ini sangat lumayan.

malah orang melayu nasibnya tak seteruk bangsa afrika yang dijadikan hamba abdi, di jual macam ayam, kambing kepada pengusaha ladang yang kaya, di aniaya, di seksa sampai mati pun ada, itulah penangan emperal kuasa british, tanah orang hancus dia kerjakan, tetapi orang melayu tak menerima nasib seteruk bangsa lain yang di jajah bangsa anglo sakon ni.

di indonesia, sultan dan raja hapus sama sekali akibat penjajahan belanda, tetapi tak pasti bagaimana sultan-sultan melayu boleh terselamat dari kepupusan kuasa dan orang melayu hanya di kebelakangkan ilmu, itu sahaja.



PENDIDIKAN MELAYU ERA PENJAJAH INGGERIS - BAH. 1

Sekolah vernakular Melayu mula sekali diwujudkan pada sekitar tahun 1820 di negeri-negeri Selat oleh pertubuhan-pertubuhan mubaligh dan bukan mubaligh di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

Di Selangor, sekolah vernakular Melayu pertama ditubuhkan di Kelang, pada 1875 manakala Perak di Sayong pada 1878.

Di kalangan negeri-negeri bukan bersekutu, Johor merupakan negeri pertama mendirikan sekolah vernakular Melayu pada 1883 di Johor Bahru diikuti Kedah 1897 Kelantan 1903 dan Terengganu 1915.

Dalam tahun 1920an sekolah vernakular Melayu memperlihat peningkatan yang mendadak terutamanya di negeri-negeri bersekutu dan bukan bersekutu.

Jumlah murid Melayu di sekolah vernakular Melayu juga melebihi jumlah murid Melayu di sekolah aliran Inggeris.

Sekitar tahun 1920 terdapat 46,000 murid Melayu belajar di 775 sekolah vernakular Melayu di negeri-negeri Selat iaitu kira-kira 12 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi di Malaya berusia antara 5 hingga 15 tahun.

Berikut adalah perbandingan enrolmen sekolah vernakular Melayu dan aliran Inggeris di negeri-negeri Selat dan bersekutu pada tahun 1924:

Jenis Sekolah Enrolmen
Melayu 39,884
Cina 27,476
India 7,317
Inggeris 32,881
- Melayu 3,858
- Cina 20,166
- India 4,613
- Eropah/Eurasian 3,504
- Lain-lain 740

Data di atas menunjukkan dasar penjajah lebih gemar meletakkan murid-murid Melayu di sekolah vernakular Melayu serta menyempitkan peluang mereka untuk belajar di sekolah aliran Inggeris berbanding murid-murid Cina dan India.

Perbezaan yang ketara ini memberi kesan sosio-ekonomi-politik kepada usaha bangsa Melayu merapatkan jurang bidang pendidikan dalam aliran Inggeris.

sumber klik sini

4 ulasan:

  1. Wa nk kongsi 1 rahsia yg dh xrahsia lg.. lantak la.

    Sbenarnya british ni takot dgn prkataan timur, bukan je british tp spanyol dn portugis, diorang kalo blayar akan ke arah timur, penjajahan puak kristian ni sbenarnya nk mghalang kebangkitan kuasa Islam yg muncul dri timur, kmasukan bangsa asing ke Tanah Jawi ni mmg dh lama dirancang dan hasilnya telah mula kelihatan..

    AWAS !

    BalasPadam
  2. Nusantara dlm bahaya..
    Satu2nya wilayah Islam yg masih aman dn damai, diorag xkan duduk diam, kelemahan Malaysia adalah pada sistem pilihanraya, mlalui pilihanraya Malaysia bole dijajah kmbali, bangsa melayu yg kaki skandal, kaki tonggak, kaki rempit, kaki nyondol, kaki syahbu, kaki lepak, kaki pemalas dn bmacam kaki kurap lagi kena buang kaki2 cacat tu..
    Kita dh lama tido lena..

    BalasPadam
  3. Keamanan Malaysia akan bterusan diuji, kini mereka dh berani mmainkan isu agama..
    Pak Lebai bulan purnama bjubah hijau dlm genggaman mereka..
    AWAS!

    BalasPadam
  4. Maka melayu memahami islam ikut cara british,
    Solat, zakat, puasa, haji dan nikah kahwin.
    Begitulah melayu memahami islam.
    Soal hukum had,soal pemilihan pemimpin tertinggi..
    Memang langsung tidak disebut oleh orang melayu yang faham islam ikut cara british!

    BalasPadam