Sabtu, 1 Februari 2014

[SEKADAR CERITERA] APA YANG DITUNGGU OLEH GEREJA KATOLIK DAN VATICAN CITY DI LANGIT?

MARDUK SUDAH TURUN DAN DIMAHKOTAKAN RAJA DUNIA

Apa yang ditunggu pihak Pusat Gereja Katolik di Vatican City dengan menghala ratusan teleskop ke langit sejak 400 tahun dahulu bukan setakat mengkaji bidang astronomi.

Vatican sanggup membelanjakan berbilion ringgit untuk membut peralatan teleskop yang amat canggih sekali termasuk yang terbaru dipanggil L.U.C.I.F.E.R yang terletak di Mt. Graham dan diselenggara oleh kumpulan Jesuits.

Menurut eskatologi atau kajian tentang akhir zaman, seperti orang Islam, penganut Kristian juga menanti-nantikan turunnya Nabi Isa a.s. atau Jesus Christ yang mereka sebut sebagai 'Saviour' atau Sang Penyelamat.

Orang Kristian beriktikad bahawa Jesus Christ akan melawan kuasa Dajjal atau 'Anti-Christ' yang selalunya mereka melabelkan Islam sebagai kuasa yang akan ditentang dalam peperangan akhir zaman di panggil Armageddon.

Versi Islam pula sebaliknya, semuanya bergantung daripada sumber mana penjelasan itu diperolehi.

Mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah punyai kumpulan hadis tentang Imam Mahdi dan kebangkitan akhir zaman, begitu mazhab Syiah Twelvers, Ismailiah, Zaidiah di samping rentetan ramalan dari ajaran Zoroastrian, Taurat serta prasasti-prasasti kuno Veda, Gilgamesh, Bhagavaggita dan juga dari Nusantara dalam aksara Pallawa, Kawi, Sanskrit dan sebagainya.

Masing-masing menjurus kepada satu titik pertemuan iaitu akhir zaman adalah satu fenomena yang akan menjadi realiti dan hanya diketahui sedikit melalui tanda-tanda yang telah dikhabarkan.

Contohnya semasa penulis bersama sekumpulan petugas media melawat Perpustakaan Ayatollah Maraeshi Najafi di Qom, beberapa tahun lalu, kami ditunjukkan dari jarak kira-kira 20 kaki selembar hadis dari Imam Jaafar as
Sodiq yang di simpan dalam sebuah peti kaca.

Imam Jaafar telah meriwayat sebuah hadis yang amat panjang yang mengandungi kesemua nama penguasa-penguasa di atas mukabumi ini dari zaman Adam a.s. hinggalah ke Hari Kiamat.

Tidak siapa dibenarkan menatap apatah lagi membaca hadis tersebut dan pihak Israel dikatakan telah beberapa kali berusaha untuk mencurinya.

Juga kami berpeluang melihat Kitab Zabur daripada kulit setebal dua kali berusia kira-kira 2,000 tahun.

Di Universiti Astan Quds, Mashad, kami di bawa pula melihat naskah-naskah Al- Qur'an tulisan tangan.

Iran mempunyai simpanan naskah Al-Qu'ran tulisan tangan terbesar di dunia sebanyak lebih 20,000 naskah termasuk lembaran-lembaran asal daripada tulisan keluarga Rasulullah saw seperti Saiyidina Ali ibn Abi Talib, Saiyidina Hassan ibn Ali serta Saiyidina Hussin ibn Ali dan sahabat-sahabat baginda.

Ada ratusan juga kitab-kitab Melayu lama tulisan jawi yang perlu di kaji atau diselidiki di universiti tersebut.

Berbalik kepada topik asal perbincangan, ramai penyelidik ajaran Kristian telah mengkaji ramalan St Malachy, seorang wali Kristian yang hidup lebih 800 tahun dahulu.

Dalam ramalan yang dikenali sebagai 'Prophecy of the Popes', St Malachy menyebut tentang paus terakhir bermula dari Paus Celestine II.

Paus Francis yang menggantikan Paus Benedict XVI dikatakan adalah paus gereja Katolik terakhir kerana ia dikatakan akan membawa perubahan drastik dalam agama Kristian.

Baru-baru beberapa bulan memegang jawatan tersebut, Paus Francis sudahpun membuat kejutan yang menggemparkan umat Kristian.

Antaranya cadangan membenarkan paderi-paderi berkahwin, golongan atheis juga boleh masuk Syurga, penerimaan kahwin sejenis,cadangan kerjasama dengan Islam serta pengabungan semua agama di dalam dunia.

Paus Francis ini dikatakan akan memporak perandakan dan akhirnyamenghancurkan agama Kristian.

Beliau juga adalah paus pertama yang dipilih dari kalangan anggota Jesuits Order yang berkait rapat dengan Illiminati dan Knights of Templar.

Jadi sosok yang dinanti-nantikan oleh Vatican khususnya oleh Paus Francis
bukannya Jesus Christ tetapi Alien Saviour yang bakal memerintah dunia yang dikenali sebagai Marduk.

Marduk adalah dewa Mesopotamia Kuno dan menjadi dewa penjaga bagi Babilonia dan ia dikaitkan dengan planet Jupiter.

Pada majlis pengkebumian mendiang Nelson Mandela lebih 96 pemimpin dunia bagi memberi penghormatan terakhir.

Mandela adalah juga anggota Knight of Malta yang mempunyai kaitan rapat dengan Freemason dan Illuminati.

Peluang majlis pengkebumian itu juga peluang untuk dijadikan alasan mengumpulkan kebanyakan pemimpin dunia dan dikatakan Marduk telah pun turun ke bumi dan dimahkotakan sebagai Raja Dunia ketika itu dalam satu acara yang penuh dengan isyarat rahsia dan misteri.

Maknanya Alien Saviour yang ditunggu-tunggu oleh Vatican sudah pun tiba dan kini semua organisasi-organisasi rahsia tunduk di bawah kuasa Marduk yang menjadi raja baru mereka.

Sebab itu golongan globalis elit telah mengumumkan bahawa perencanaan New World Order telah pun sampai ke tahap akhir dan kini menunggu masa sesuai untuk dilaksanakan sepenuhnya. Mungkin turunnya Marduk adalah link terakhir.




sumber dari dzulkarnain taib

ps: puak-puak kristian mempercayai, jesus akan turun membantu umat manusia, tetapi hakikat sebenar mereka telah di sesatkan oleh golongan yang telah mengubah kitab bible berabad tahun dahulu, macam puak syiah yang saja diwujudkan supaya umat Islam takkan hidup aman di dunia ini, di iran sebenarnya pusat untuk melihat Islam sunnah rosak sikit demi sedikit dengan bantuan yahudi zionis, orang panggil new world order!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan