Jumaat, 14 Mac 2014

akar umbi pas bersyukur anuar ibrahim dipenjarakan - blogger pas!

biar betul? tapi rasanya memang ada kebenarannya, sebab akar umbi pas yang berpaksikan ulama, masih berpegang kuat perjuangan Islam, memang tak puas hati dengan anuar ibrahim ni, sebab kerana dia lah parti pas berpecah belah, mengawal selia habis kepala-kepala ketua dalam parti pas yang kalau mereka memberi komen selalu merugikan pas, malah ada pemimpin pas otaknya semakin liberal, duniawi, melampau serta memperbodohkan parti pas itu sendiri.


Anwar Dipenjara 5 Tahun – Ramai Ahli PAS Bertakbir & Sujud Syukur

AIDCNews – 14/3/14 – Keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dan dipenjara 5 tahun Jumaat lalu disambut positif oleh akar umbi PAS, dedah blog pro PAS, Santauberapi.

Dengan tajuk, “SYUKUR… Anwar Ibrahim Dapat Kafarah Memperlekehkan TG Hadi Awang dan Jemaah Islam PAS,” blog itu mendedahkan ramai di kalangan akar umbi PAS mengucap syukur, bertakbir dan bersujud syukur kepada Allah Taala kerana hukuman terhadap Anwar itu.

“Walaupun secara rasmi PAS menyatakan kesedihan dan simpati kepada Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun setelah keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2012 diterbalikkan bersabit kes liwat, namun ramai orang PAS yang mengucap syukur, bertakbir dan bersujud syukur kepada Allah Taala kerana telah menunjukkan kebenaran yang selama ini terselindung di sebalik cakap pandai Anwar Ibrahim.

“Tahaluf Siyasi dengan Anwar Ibrahim merupakan satu kesilapan besar bagi PAS. Walaupun PAS pada dasarnya hanya bersimpati dengan Anwar Ibrahim yang kehilangan segala jawatan dan kedudukan, namun keterujaan kerana sokongan yang diperolehi, menyebabkan PAS melangkah jauh dan akhirnya menjerat diri sendiri.

“Tidak perlulah disenaraikan apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan PKR terhadap PAS dari tahun 2008 sehingga kini tetapi cukuplah kalau kita katakan, inilah padahnya kalau jemaah Islam dan perjuangan Islam diperkotak-katikkan demi kepentingan individu,” dedah blog itu.

Menurut blog itu, Anwar memerlukan PAS sebab parti itu mempunyai ramai akar umbi yang boleh digunakan untuk kepentingan dirinya sendiri.

“Masih ramai yang cuba menafikan, Anwar Ibrahim telah mempergunakan PAS untuk kepentingan dirinya. PAS sekiranya berstatus seperti ISMA, JATI atau HAMIM, tidak mungkin akan dipandang oleh Anwar Ibrahim. Anwar dan PKR rapat dan berbaik-baik dengan PAS sebab PAS besar, teguh dan ahli-ahlinya komited dengan perjuangan Islam.

“Disebabkan itulah, Anwar apabila berada di kalangan PAS, akan lebih Islam berbanding orang Islam tetapi apabila berada di kalangan bukan Islam, dia menjadikan PAS sebagai bahan sesahannya.”

Walaupun penyokong Anwar cuba menafikan penglibatan Ketua Umum PKR dalam aktiviti sodomi itu, namun kata blog itu, hingga ke hari ini mereka gagal menjelaskan bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam dubur mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Ramai penyokong Anwar yang sekarang ini sedang mengecam dan mencerca hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang telah mensabitkan kesalahan liwat kepada Anwar Ibrahim. Kata mereka, hakim-hakim tersebut bodoh.

“Yang tidak mereka katakan ialah, mengapa para peguam Anwar Ibrahim langsung tidak dapat menerangkan bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam jubur budak Saiful itu. Yang mereka langsung tidak mahu terangkan ialah mengapa Karpal Singh dan barisan peguambela yang diupah oleh Anwar Ibrahim lebih sibuk bermain-main dengan teknikal berbanding fakta sebenar kes.

“Lebih malang lagi, ada pula yang cuba mengaitkan keputusan Mahkamah Rayuan dengan UMNO dan Najib Abdul Razak.

“Sebenci mana pun kita kepada UMNO, seharusnya kita berfikir secara rasional. Itulah sebabnya, PAS dari awal lagi tidak banyak membuat pertikaian. PAS mengikuti perkembangan ini secara dekat dan dari awal 1999 lagi. Kita memang bersimpati dengan Anwar Ibrahim dan keluarganya, tetapi fakta kes selain bukti, pengakuan, maklumat hakim dan qarinah mahupun qosamah, kita kena akui dan terima.

“Jangan kerana keputusan tidak berpihak kepada kita, maka kita kata mahkamah tidak adil. Apabila keputusan mahkamah berpihak kepada kita, maka kita baru nak kata itu keputusan adil. Itu namanya tak adil kepada diri tu.

“Dari tahun 1999 sehingga 2014, sudah beratus-ratus kali solat hajat dan munajat kita pohonkan kepada Allah Taala agar ditunjukkan kebenaran. Sudah berkali-kali juga Allah Taala menunjukkan kebenaran, dan setiap kali itulah, apabila tidak kena dengan hati kita, kita menolak Allah Taala dan bergantung kepada manusia.

“Kita tak betul dalam hal ini.

“Sebagai umat Islam, kita kena percaya bahawa setiap kejadian itu Allah Taala yang gerakkan. Hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim adalah hukuman Allah Taala berasbabkan manusia.

“Jangan pula ada yang nak merusuh dan mengheret orang PAS sekali memberi alasan, rusuhan yang mereka bakal lakukan nanti adalah RUSUHAN ALLAH TAALA. Jangan pula ada yang cuma menyamakan diri sendiri dengan Allah Taala.

“Besar dosanya dan besar syiriknya tuh!

“Jangan kerana seorang Anwar Ibrahim yang gagal menahan nafsunya, maka kita jatuh syirik dan mempermain-mainkan qada Allah Taala. Dan jangan pula kita jadi manusia Jabariyah atau Qadariyah yang telah sesat akhlak dan akidah mereka hanya kerana Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

 sumber blog aidc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan