Jumaat, 7 Mac 2014

BUKTI YANG TAKLEH DISANGKAL LAGI, SO APA NAK DI KATAKAN LAGI?


PUTRAJAYA 6 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya disabitkan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ekoran bukti-bukti yang dikemukakan mencukupi malah terlebih cukup untuk mendapatinya bersalah.

Peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes terbabit menyatakan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu walaupun menafikan melakukan perbuatan itu namun tidak pernah menyangkal bahawa beliau berada pada masa, tarikh dan tempat yang dinyatakan dalam tuduhan.

Selain itu, Muhammad Shafee menghujahkan, Anwar tidak pernah sekali pun memanggil saksi alibi bagi menyokong keterangannya di samping tidak berani untuk memberi keterangan secara bersumpah.

Tidak cukup dengan itu, keterangan bela diri Anwar dari kandang tertuduh lebih bersifat jahat kerana sebahagian besar kenyataannya hanyalah menyalahkan orang lain di samping menyatakan bahawa pertuduhan ke atasnya adalah konspirasi politik.

Beliau berkata demikian pada prosiding rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Anwar, 67, dilepas dan dibebaskan pada 9 Januari 2012 daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Prosiding hari ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.

Terdahulu, peguam terbabit menyatakan persoalan utama yang perlu diputuskan ialah sama ada asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh telah dikacau ganggu (tempered).

Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila tersalah faham bahawa botol-botol berisi spesimen telah dikacau ganggu oleh pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira sedangkan saksi pendakwaan ke-25 itu hanya memotong beg plastik yang berisi 11 botol sampel.

Judy dalam keterangannya sebelum ini menyatakan, dia berbuat demikian kerana mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO) yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus dan ditanda secara berasingan sebelum dimasukkan di dalam beg plastik besar.

Ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dalam keterangannya juga mengesahkan bahawa botol-botol sampel yang berisi calitan putik kapas yang diambil dari pelbagai bahagian tubuh Mohd. Saiful Bukhari termasuk dubur dan rektum tidak mempunyai sebarang tanda telah dikacau ganggu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut menyatakan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti DNA.

Menurut beliau, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan mangsa selaku saksi pendakwaan pertama.

Namun beliau berkata, bagi kesalahan seksual di peringkat kes pembelaan, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

Muhammad Shafee dalam hujahnya turut menyatakan, segala dakwaan konspirasi Anwar adalah tidak berasas.

"Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Judy telah bersubahat dengan ahli-ahli kimia untuk mengganggu sampel DNA.

"Sekiranya adapun, dari mana pegawai penyiasat hendak mendapatkan sampel air mani Anwar yang berusia empat hari bagi menunjukkan adanya kesan degredasi.

"Manusia biasa pun akan melindungi atau menjaga air maninya, inikan pula seorang kenamaan yang mendakwa sentiasa terdapatnya konspirasi untuk menjatuhkannya, maka mestilah beliau lebih menjaga dan melindungi air maninya daripada disalahgunakan," katanya.

Tambahnya, kredibiliti saksi-saksi pakar yang dibawa dari luar negara oleh Anwar juga diragui kerana hanya bersandarkan kepada buku teks dan manual sedangkan saksi-saksi pakar pendakwaan terlibat sendiri dalam proses menganalisis DNA.

Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menghujahkan bahawa mahkamah hari ini perlu mengambil kira bukan sahaja bukti yang telah dikemukakan tetapi juga pemerhatian yang dibuat oleh hakim yang menjalankan perbicaraan.

Tambahnya, Mahkamah Rayuan tidak seharusnya mendengar hujah pihak pendakwaan yang hanya bertujuan meracuni pemikiran mahkamah.

Seorang lagi peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula ketika berhujah menyatakan, mahkamah seharusnya menolak rayuan ini atas alasan saksi pakar dalam keterangannya menyatakan telah berlaku pencemaran dalam sampel-sampel DNA yang diambil.

Pendengaran rayuan bersambung esok dengan Muhammad Shafee akan membalas hujah peguam-peguam Anwar.

ps: fikirkan apa yang pernah dikatakan zul nordin, bertaubatlah wahai anuar ibrahim, banyak sudah kerosakan yang kamu bawa... saiful bukhari terbela juga.. kena ingat.. bahan bukti memang takkan boleh dispin, dan tak boleh dijawab sama sekali walau peguam itu hebat macamana pun..

8 ulasan:

  1. Ni..nak cakap skit..ada gak pegawai polis serta penjara masih mahu menafikan keputusan mahkamah rayuan. Rambut dah beruban, umur dah meningkat tapi masih lagi tua-tua x leh nak berfikir waras ka? JIKA saiful bukhari tu adik diorang, tidak mahukah cari bukti dan keadilan utk adik sendiri.?sanggupkah JIKA melihat adik sendiri teraniaya..?? ITU TAKSUB PADA PEMBANGKANG MEMBUTA TULI...

    BalasPadam
  2. Ingat nak tempah batu nisan untuk akhir hayatnya kereer politik Anuwar di Kajang....tak jadi pulak .....rupanya nak kena beli bunga malai lah ni.......nasib baik banyak bunga kat Sg. Buloh.........

    BalasPadam
  3. dulupun bukti dah cukup malah melebihi. bagaimanapun kerana cerdiknya pasukan peguambela mempermainkan soal teknikal, maka hakim memutuskan tidak selamat menjatuhkan hukuman jika ada pertikaian teknikal. kini pendakwa telah belajar bahawa dengan bukti yang ada mereka hanya perlu hebat dari segi teknikal agar soal teknikal tidak sekali lagi menjadi penyelamat anwar. kehendak Allah adalah pemutus segalanya. jika Allah berkehendak sipesalah ditunjukkan bersalah, siapakah mampu menolaknya? kini kita lihat hasilnya. insyaAllah inilah keputusan yang benar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau malaysia laksan hudud kan bagus.
      Boleh kita rejam pesalah zina dan liwat hingga mati!

      Padam
  4. Anwar kata Najib takut kat dia pasai tu la buat konspirasi. Camne pulak yg Anwar nak gugurkan TS Shafee dr jadi ketua pendakwaan? Pasai apa kecut pelir bila nak berdepan dgn TS Shafee? Aku tengok sampai 61 kali tertangguh. Kalu kaki pungkoq atau kaki juboq mesti nak keadilan, camne pulak dgn yg dah kena sontot dgn pelir bengkok dia tu?

    BalasPadam
  5. Ceh, bukti lah sgt, macamla semua ni xboleh dimanipulasikan. Sampai sudahla ak xkn percaya kt sistem kehakiman negara. Semua dah 'master of puppet'kn... Seronok lah Mahathir, Daim, Najib, Perkasa n sekutu2 nya termasuklah hangpa2 yg bapak-racist-gile ni kn?! Xde hal, biaq hangpa menang, sbb benda ni PR akan jadikan arkib sebagai antara salah satu kes highest conspiracy ever plotted dlm sejarah Bn memerintah Malaysia.... Ala, menang pn kt dunia jer, kita tunggu mahkamah sebenar kt akhirat nanti time tu mane yg bersalah n bersubahat tu ak hanya mampu doa2kan semoga Allah have some mercy kpd mereka2 sekalian itu.... Buat dosa kt orang xleh sekadar just bertaubat je, kn pi jumpak org tu sndiri mintak maaf. Lg satu, takutlah doa orang yg kena zalim, sekalipun orang itu kafir, kerana doa orang yg kena zalim, antara dia dgn Allah xde hijab/penghalang,...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jawab la mana datangnya air mani beliau? adakah menggunakan jin lancapkan ke cane, tak jawab2 meroyan tak sudah, ayat biasa manupulasi, time menang pr kes mahkamah, yes. itulah keadilan, time kalah ahh ini tipu, kepala bana mu.. kah kah

      Padam
  6. Yang meliwat kena bertaubat, yang suka diliwat pon kena bertaubat jugak.

    BalasPadam