Sabtu, 15 Mac 2014

[GEMPAR] KERAJAAN SELANGOR KEBAS RM600,000? BETUL-BETUL PENYAMUN NI!


MEREKA TUDUH BN PENYAMUN, TETAPI MEREKA LAGI HEBAT DIA PUNYA PENYAMUN, ITULAH PR, DIAORANG MENYAMUN BERHEMAH, PENCACAI MEREKA ANGGAP WALAU PEMIMPIN PR TU MENYAMUN DUIT RAKYAT, TAK MENGAPA SEBAB SAMUNAN PEMIMPIN PR HALAL, HANYA BN JE HARAM.


“Sudahlah ambil RM600,000 daripada pemilik kilang di Bukit Angkat, namun sehingga kini bulatan yang dijanjikan masih tidak nampak bayangnya,” 

demikian kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong. Wee Ka SiongKatanya, lebih malang lagi peruntukan untuk membina bulatan tersebut dipercayai dibiayai oleh dana swasta namun kerajaan negeri masih gagal membinanya.

“Lima tahun lalu, kerajaan negeri sudah kutip daripada para pemilik kilang di Bukit Angkat, jumlahnya RM600,000 dan dijanjikan buat round about. “Sampai hari ini bayang round about pun tidak nampak, habuk pun tiada, tapi duit telah dikutip,” 

katanya kepada pemberita selepas pelancaran Manifesto BN untuk PRK N25 Kajang, di sini, semalam. Mengulas lanjut, apabila calon PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail melancarkan manifestonya Rabu lalu untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, membuktikan kerajaan negeri gagal mengotakan janji tersebut. 

“Kita minta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jawab… kerajaan PR, jawab apa sudah jadi dengan dana swasta untuk bina bulatan tersebut,” katanya.

ps: cacai pr ni apa saja kalau pemimpin mereka dah buat onar, ohh tak pe, tak de hal, tapi kalau bn, jadi sawan setan diorang mengamuk.

sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan