Rabu, 9 April 2014

anuar ibrahim beruntung kerana mempunyai pengikut yang taksub dan dungu - zulkifli nordin


KUALA LUMPUR 9 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang yang beruntung kerana mampu bertahan dalam karier politiknya disebabkan mempunyai penyokong yang dungu dan taksub.

Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, berkata, jalan politik Anwar hanya untuk dirinya sendiri untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri sahaja termasuk sehingga menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tidak pernah memikirkan rakyat.

"Anwar ini bernasib baik kerana masih ada lagi tinggal penyokong beliau yang dungu dan taksub, mereka ini terlampau percaya dengan politik dendam dan politik kebencian yang dibawa Anwar.

"Dia berjaya mewujudkan sekelompok penyokong yang taksub yang akan ikut sahaja telunjuk beliau walaupun perkara terbabit tidak betul," katanya kepada Rakyat News dalam temubual eksklusif di Wisma Yakin di sini hari ini.

Zulkifli mendedahkan, Ahli Pas juga terpengaruh dengan politik beliau sehinggakan mampu menyanjung Anwar walaupun pendirian beliau mengenai penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama kristian.

Katanya, DAP juga disifatkan tidak bertanggungjawab kerana mereka memperjuangkan Demokrasi tetapi hanya berdiam diri apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

"Majlis Syura Ulama Pas telah membuat pendirian larangan penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama kristian, dan setiap ahli Pas tahu mengenai kuasa majlis syura dalam parti mereka tetapi apabila Anwar umum hendak bertanding di Kajang mengapa mereka memberikan kerjasama yang sangat baik kepada Anwar yang secara konsisten menyokong penganut kristian menggunakan Kalimah Allah, adakah ini rasional?

"Sama seperti DAP yang hari-hari melalak mengenai amalan demokrasi tetapi kenapa mereka membenarkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang diteruskan, ianya merupakan pencabulan demokrasi terbesar dalam sejarah negara," katanya.

Beliau menambah, Anwar juga berjaya mempergunakan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah yang dianggap sebagai boneka kepada Anwar dan akan terus menggunakannya bagi menghadapi hukuman penjara 5 tahun bagi tuduhan liwatnya.

Zulkifli menyifatkan, strategi itu telah digunakan sejak dari tahun 1998 dan ianya terbukti berkesan sehingga mampu mempengaruhi penyokong-penyokong beliau.

"Dia sedang berdepan dengan keadaan yang jelas di mana beliau akan dipenjara selama 5 tahun, dan di sini konteks Wan Azizah akan digunakan semula supaya dia boleh mendapatkan simpati.

"Senario ini sama seperti tahun 1998, dan strategi menggunakan Wan Azizah sebagai pengganti beliau terbukti berjaya kerana Wan Azizah sanggup lakukan apa sahaja untuk Anwar," ujarnya.

sumber klik sini

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Yang berpelajaran tinggi mcm macam Zul Katak pun telah menjadi dungu.
    Bertambah dungu bila melompat ke UMNO dan kalah terlampau walau bergegar kata akan jadi MP Shah Alam.

    Dungu + Bangang = Zul Katak

    BalasPadam