Selasa, 13 Mei 2014

APA HEBATNYA CYTRO PR DALAM MENYIMPAN ISU BESAR?

sebenarnya aku perasan kalau apa-apa hal sekali pun terjadi dan keburukan yang sangat busuk terjadi dalam pr, tidak satu pun hal itu dibesarkan oleh cytro pr, terutama isu pemilihan pkr yang terang-terang hampeh, rosak, jahanam, punah, meloyakan, tapi hebatnya mereka ini tidak sikit pun keluarkan cerita dalam blog, fb, twitter, pemimpin mereka senyap, hanya sinis-sinis sahaja... wave tu tak nampak, walau dikalangan cytro bn dah kaw-kaw keluarkan isu kebusukan pemilihan pkr tu... anda nampak?

tapi kita, termasuk aku la ni, kadang-kadang terikut dan ter ter over juga kalau sesuatu isu terjadi dekat bn/umno. isu buruk dalam umno dibantu oleh cytro macam kita juga... itu yang masalah, sebabnya.. isu tu kita yang panaskan, kita yang bongkarkan kita bakarkan, kita sebarkan, yang membaca dan yang bertepuk tangan adalah orang pr juga... sebab isu tu diaorang tak perlu publish lebih-lebih, kita cytro bn yang tolong buatkan... hah, nampak?


INI YANG TERJADI, MALAM TADI HEBOH ISU BESAR DALAM POLITIK DI NEGERI TERENGGANU, AMATLAH PANAS BERDENTUM, DAN PAGI INI TERSEBAR PULA KATA AKAN ADA RAMAI LAGI AKAN KELUAR UMNO, SEDANGKAN CERITA ITU TAK BETUL...

PALING SENSASI, RAMAI CYTRO BN DOK SEBARKAN KATA AKAN DIBUBARKAN DUN DALAM MASA TERDEKAT, SEDANGKAN PIHAK ATASAN TAK KATA APA LAGI PUN...

NAMPAK? TU PASAL RASANYA CYTRO BN LAH YANG SEBARKAN CERITA YANG TAK SEPATUNYA DISEBARKAN, YANG TEPUK TANGAN GELAK GARU PERUT SIAPA? HAH PAK LEBAI PAS LAH!!

apa lah nasib melayu, bertelagah sama sendiri kerana kuasa... sedih, sedih... huhu.. apalah nak jadi..

3 ulasan:

  1. pemimpin2 Melayu masih tak sedar diri.. pentingkan diri sendiri.. gila kuasa, pangkat, kedudukan, jawatan & ganjaran.. lingkop bangsa kalau mcm ni.. rakyat dah bosan!

    BalasPadam
  2. Apa nak dikata...

    BalasPadam