Rabu, 21 Mei 2014

BOLEH PAKAI KE KAJIAN UMCEDEL NI?


DARI PRU13 YANG LEPAS, KAJIAN UMCEDEL NI MACAM TAK BOLEH DIPERCAYAI, TAPI TAKPALAH, KALAU KAJIAN KALI INI MEMIHAK KEPADA CALON BARISAN NASIONAL DI TELUK INTAN.

FAHAMI POLITIK ORANG CINA, MEREKA MACAMANA SEKALIPUN, DAP ADALAH PENYELAMAT MEREKA, MAJORITI ORANG CINA MESTI ANGGAP MACAM TU, DARI 1000 ORANG CINA, MUNGKIN HANYA 200 SAHAJA YANG SOKONG BN, INI FAKTA BUKAN AUTA.. TAPI KALAU KEAJAIBAN BERLAKU, SIAPA TAHU, BETUL?

JANJI JENTERA BN BEKERJA DENGAN LEBIH KUAT, TURUN PADANG, JANGAN LEKA, AMBIL HATI PENGGUNDI, ITU SEPATUTNYA KITA LAKUKAN.. BIARLAH PIHAK LAWAN HANYA MENJAJA PROPAGANDA, TETAPI KITA MENJAJA KEIKHLASAN BEKERJA UNTUK RAKYAT!!


Analisa kajian UMCEDEL berkaitan pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan P76.

Seramai 1,000 responden yang memberi maklum balas melalui borang kaji selidik melibatkan 50% masyarakat Cina, 30% masyarakat Melayu dan 20% masyarakat India.

Hasil kajian daripada maklum balas yang diperolehi, daripada 500 responden Cina, 45% lebih memihak kepada calon Barisan Nasional Mah Siew Keong dan 55% memihak kepada calon DAP iaitu Dyana Sofia.

Faktor bangsa dilihat kurang mempengaruhi sokongan masyarakat Cina terhadap calon BN. Masyarakat Cina yang memihak kepada calon BN berikutan prestasi baik dan pengalaman beliau yang pernah menjawat ADUN Pasir Bedamar dan Ahli Parlimen Teluk Intan.

DAP dilihat masih mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina walaupun calon yang diletakkan adalah dari bangsa Melayu berikutan isu-isu nasional terhadap kerajaan antaranya GST, Kos Sara Hidup dan Pembangunan.

Calon BN dilihat mendapat sokongan majoriti besar masyarakat Melayu yang mana daripada 300 responden, seramai 264 orang memilih Mah Siew Keong sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan. Masyarakat Melayu dilihat menjadi faktor calon sebagai anak tempatan dan pernah berkhidmat di Teluk Intan sebagai sebab utama memilih calon BN dalam Pilihanraya Kecil pada kali ini.

Masyarakat India secara majoriti iaitu sebanyak 67% daripada 200 orang responden memihak kepada calon Barisan Nasional berikutan faktor calon anak tempatan dan perwatakan mesra rakyat. Namun, calon DAP dilihat mampu pengaruhi masyarakat India melalui faktor perwatakan yang dibawa serta manifesto politik baru yang dijadikan kempen oleh DAP.

Secara keseluruhan, UMCEDEL menjangka Pilihanraya Kecil Teluk Intan lebih memihak kepada calon Barisan Nasional berbanding calon DAP dengan kemungkinan menang melalui majoriti yang sedikit.

ps: kadang-kadang pengundi ini ada yang boleh buat magik, cuma kena pandai ambil hati.. gerenti boleh!!

#BN4TlkIntan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan