Isnin, 19 Mei 2014

DAP CERDIK MENGGUNAKAN STRATEGI, BN MASIH TERCARI-CARI IDEA BARU!


sebenarnya nak tak nak realiti, teluk intan ni kawasan dap, sekurangnya dapat mengurangkan majoriti tu oklah, tapi nak menang rasanya 50-50, kalau kerja lebih sikit, jentera turun padang, InsyaAllah boleh rasanya.

orang cina sebenarnya benci bn pun sebab dap mainkan sentimen orang cina, orang cina ni mungkin tertipu dengan cara dap, macam orang melayu tertipu dengan mainan politik tonggang terbalik dari pas dan pkr.

tapi yang penting orang melayu tu ambil pusing dulu ye, itu penting, jengguk orang susah, bantu apa patut, biarlah, camne pun nak tak nak, orang cina tegarnya dekat dap takleh disangkal lagi. kecuali keajaiban yang muncul!!

pr memang cerdik menggunakan cara politik baru, tetapi mereka hanya gunakan untuk kuasa saja, untuk berkhidmat untuk rakyat tidak sama sekali. "JADI ORANG TELUK INTAN, MUNGKIN INI MASANYA PERUBAHAN PERLU UNTUK DAPATKAN WAKIL RAKYAT YANG BERKHIDMAT DEMI RAKYAT"

ps: politik baru perlu juga dipraktikkan oleh bn, transformasi yang jitu

JOM KLIK LIKE PAGE FACEBOOK


Tiada ulasan:

Catat Ulasan