Selasa, 19 Ogos 2014

KHALID IBRAHIM MINTA MAAF KEPADA RAKYAT SELANGOR


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid brahim hari ini secara terbuka meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka dalam krisis politik pertikaian menteri besar

Bercakap di hadapan kira-kira 200 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Khalid meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri terlibat sama.

"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa menghadapinya.

"Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Khalid turut memetik hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh tentang amanah: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran."

Menteri besar daripada Bebas itu mula mendiamkan diri dan mengelak daripada berjumpa wartawan sejak PAS pada Ahad lalu memutuskan kekal bersama Pakatan Rakyat dan bersetuju dengan pertukaran kerusi menteri besar.

Beliau ketika ditanya wartawan juga enggan memberikan sebarang komen, sebaliknya hanya tersenyum dan berlalu pergi sambil dikawal ketat oleh pegawai keselamatan.

Khalid semalam turut membatalkan semua program rasminya termasuk perjumpaan bulanan dengan kakitangan awam dan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Sepak Selangor (FAS).

Menyentuh isu integriti, Khalid dalam ucapannya berkata PKNS menjadi tulang belakang pembangunan Selangor dengan membina 11 projek bandar dan perumahan untuk rakyat.

Tetapi katanya, pembinaan projek mega bukan lagi keutamaan sebaliknya rakyat lebih mementingkan transparensi, integriti dan tanggungjawab yang diamalkan oleh pentadbiran korporat yang baik.

Katanya, semakin banyak sektor korporat dan organisasi yang menekankan kepentingan tanggungjawab sosial untuk mendapatkan kepercayaan rakyat.

"Desakan supaya mementingkan tanggungjawab sosial semakin kuat setiap hari. Ia penting untuk negeri mendapatkan kepercayaan daripada rakyat," katanya.

PKNS menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) sejak November 2012 dan mengamalkan Sistem Integriti Korporat (CIS) bagi menggalakkan urus tadbir korporat yang baik dan mengelakkan amalan rasuah.

Khalid turut mengumumkan PKNS jimat RM416.5 juta sejak anak syarikat itu mengamalkan sistem open tender bermula tahun 2009.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani semalam mendedahkan Khalid menulis surat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah memohon perkenan menghadap baginda di luar negara.

Tetapi, Sultan Sharafuddin menitahkan Khalid supaya bersabar dan menunggu baginda pulang daripada bercuti dalam tempoh beberapa hari lagi. – 19 Ogos, 2014.

sumber - malaysian insider

5 ulasan:

  1. RAKYAT KENA FIKIR NI MASAK MASAK.
    SEKARANG DAP-PKR-PAS BOLEH CUBA SEMBUNYIKAN PEPERANGAN SESAMA MEREKA SEBAB NAK JATUHKAN UMNO SEBAB BAGI MEREKA UMNO TU MUSUH UTAMA. SELEPAS MEREKA BERJAYA JATUHKAN UMNO DAN MENAWAN PUTRAJAYA....ADAKAH MEREKA DAP-PAS AKAN MENYIMPAN MUNCUNG SENJATA MEREKA DAN BERPELUK PELUK? SEDANGKAN SEKARANG MEREKA SEPERTI MINYAK DENGAN AIR. ADAKAH PKR AKAN MEMPERCAYAI PAS DAN MEMPERCAYAI DAP? MEREKA AKAN SALING BERPERANG ITU GARENTI!! ADAKAH KITA SANGGUP KORBANKAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA DENGAN PERANGAI MEREKA INI? FIKIRKAN LAH!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita tunggu & lihat ....biar sakit dimata nasi dah jadi moi.

      Padam
  2. khalid mintak maaf, tapi akhirnya nama UMNO juga yang terheret sama angkara kebodohan pencacai fuckatan yang tak paham isu sebenar.

    BalasPadam
  3. salah pilih rakyat selangor gak yang rugi..fikir-fikirlah demi kesejahteraan bumi yang dipijak jangan nanti menumpang negeri orang

    BalasPadam
  4. BANGSAT lu PAS! BANGSAT lu si Islam/Melayu-LIBERAL -dlm. PAS/UMNO/PKRSODOM dan diseluruh dunia! Aku berdoa kpd. ALLAH SWT di atas KEHANCURAN kamu - semoga anak-anak/cucu-cicit kamu juga menjadi PENGEMIS spt. mana. umat Islam/Melayu yg. miskin dan tertindas makin MEREMPAT/MENGEMIS di Tanah Melayu/Dunia Islam, termasuk di Palestin! Baru kamu akan rasa penderitaan kami!

    Dahlah apa KEJADAHnya hasil mesyuarat OIC kat Arab Saudi tu tentang nasib umat Islam Palestin dan di seluruh Dunia Islam yg. makin diBUNUH sewenangnya oleh si KAPIRDAJAL yg. diketuai Barat-ZIONIS - HABUK pun tarak; inilah dasar pemimpin-pemimpin Islam PENAKUT, TAMAK HALOBA dan ANGKUH-nak-MAMPOS!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU].

    BalasPadam