Jumaat, 22 Ogos 2014

UMNO DAN PAS MUNGKIN TIDAK SAMA SEKALI BEKERJASAMA DI SELANGOR - NOH OMAR

macam biasalah, pkr dalam keadaan gundah sekarang, maka mereka sebaik boleh nak kaitkan umno, pemimpin pas pun masuk line juga, supaya umno pun patut dibalun kerana krisis menteri besar selangor.. kadang-kadang sangat pening lalat dengan politik samdol dari pr ni.. sendiri buat masalah orang lain juga kena.. menatea..

umno tak de kaitan pun dengan konflik mereka, tapi mereka nak juga kaitkan umno, nak dijadikan umno kambing hitamlah tu, udah-udah le tu, ada yang kata pas dan umno akan bekerjasamalah, khalid ibrahim masuk umnolah.. macam-macam versi dilaman sosial ini..

1

KUALA LUMPUR: UMNO Selangor semalam telah tampil menafikan dakwaan beberapa pihak tentang desas-desus bahawa pihak mereka sedang cuba melakukan rundingan dengan PAS susulan kemelut jawatan Menteri Besar yang kini masih belum menemui jalan penyelesaian. Melalui Ketua Perhubungan  UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dalam satu kenyataan kepada media telah menafikan perkara tersebut. Menurut beliau, pihak UMNO dan juga Barisan Nasional Selangor tidak berminat untuk mencampuri 'permainan' gabungan Pakatan Rakyat tersebut yang mana dilihat lebih kepada perebutan kuasa dan juga bersifat kronisma.

Tambahan pula, menurut Noh isu itu sepatutnya tidak timbul dan dilihat hanya cuba memburukkan UMNO kerana semua sudah maklum bahawa Barisan Nasional di Selangor hanya memenangi 12 sahaja kerusi DUN dari 56 kerusi dan jika digabungkan dengan PAS, ianya tetap masih belum dapat memenangi majoriti kerusi. "Isu bekerjasama dengan PAS tidak timbul. Kita sedar jumlah kerusi kita. Kami hanya mempunyai 12 daripada 56 kerusi DUN dalam kerajaan negeri. Tidak kira apa kita mungkin boleh buat, kita tetap akan kekal sebagai pembangkang". ujar Noh kepada media semalam.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang turut berkata bahawa lebih baik pihaknya dan juga BN negeri menumpukan kepada permasalahan rakyat di negeri ini daripada menyibuk dalam permasalahan gabungan tersebut dimana keputusan sudah dapat dijangka apabila PAS yang sebelum ini berkeras akhirnya tunduk kepada desakan PKR dan juga DAP.


"Lebih baik kita memerhatikan saja mereka, kita perlu fokus kepada menjadi pembangkang yang baik dan mengambil tahu permasalaahan rakyat serta memastikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib terus kekal stabil. Kita sedar ini permainan mereka. Kenapa kita perlu masuk campur medan tempur mereka?" ujar Noh lagi kepada media. Sementara itu, kini mula bertiup kencang desas-desus tentang pihak istana mahukan nama beberapa lagi calon selain calon tunggal yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat iaitu Datin Seri Wan Azizah. Menurut sumber itu, pihak istana mahukan beberapa lagi calon untuk dinilai kerana pihak istana mahukan calon yang benar-benar layak sahaja untuk menjadi MB baru di Selangor.

sumber utara news

1 ulasan:

  1. Aljuburi dan geng2 kafir munafiknya adalah golongan CELAKA... semoga golongan ini dilaknati oleh Yang Maha Esa...

    BalasPadam