Isnin, 29 September 2014

BILA CACING NAIK KEMATA, BILA SI BIADAB BERMAHARAJALELA, YB GOOI HSIOU LEUNG JANGAN KURANG AJAR

baru dapat kuasa sekelumit dah berani nak langgar sultan?


KENYATAAN MEDIA BERSAMA KETUA PEMUDA NEGERI KEDAH & SELANGOR

Kenyataan Media ini dibuat berdasarkan kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar, YB Gooi Hsiou Leung pada 24 September lalu menyentuh beberapa perkara yang menyinggung perasaan rakyat Selangor:

Perkara 1 KUASA SULTAN

1. Gooi Hsiou Leung menyarankan agar Menteri Besar Selangor baru, Mohamed Azmin Ali "membuat reformasi perlembagaan (negeri)" dengan mengurangkan kuasa DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ekoran krisis "Menteri Besar Selangor" yang berlangsung berbulan-bulan lamanya sebelum perlantikan Mohamed Azmin Ali.

2. Kenyataan Gooi seolah-olah menyalahkan Tuanku Sultan serta istana dalam krisis tersebut sedangkan Tuanku Sultan telah bertitah sewaktu majlis angkat sumpah Exco Negeri Selangor bahawa krisis ini sesungguhnya dimulakan oleh Pakatan Rakyat (PR) sendiri terutamanya PKR dengan "Langkah Kajang" sehinggalah tersingkirnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

3. Pemuda Selangor mengecam saranan Gooi kepada Azmin Ali untuk mengurangkan kuasa baginda tuanku kerana keengganan tuanku menerima hanya satu nama iaitu Adun Kajang, YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ini adalah hak mutlak tuanku yang dibenarkan menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan saranan Gooi itu adalah satu yang biadap dan sangat kurang ajar dan kami Pemuda Selangor mahu dua perkara:

(i) Gooi tarik balik kenyataan dan cadangan beliau kepada Menteri Besar Selangor untuk mengurangkan kuasa sultan atau kami akan menggesa seluruh rakyat Selangor yang bertemu beliau agar meludah mukanya seperti yang pernah saya nyatakan kepada Selangorpress.com dua hari lepas; dan

(ii) Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi jaminan terbuka bahawa beliau tidak akan membawa atau mengarahkan mana-mana Adun dalam PR membawa usul bagi pengurangan kuasa sultan dan meletakkan kuasa tersebut status quo.

Perkara 2 PERJANJIAN TERUTAMA AIR, KIDEX
1. Kita rakyat Selangor maklum bahawa air dan jalanraya adalah kepentingan asas kepada rakyat Selangor. Perjanjian yang telah ditandatangani oleh pihak-pihak termasuk kerajaan Pusat dan negeri hendaklah tidak diusik kerana ia akan menjejaskan keperluan rakyat sehingga menyusahkan kehidupan harian kami.

2. Menteri Besar Selangor harus memberi jaminan terbuka bahawa isu berkenaan ini hendaklah diberi keutamaan. Gooi mengatakan bahawa perjanjian air adalah berat sebelah sedangkan harga yang dipersetujui terutama kerajaan Pusat dan negeri adalah tidak membebankan kewangan kerajaan negeri yang datangnya dari cukai rakyat.

Perkara 3 PENAHANAN KITAB INJIL BAHASA MELAYU

1. Gooi juga menyarankan agar Menteri Besar Selangor melihat semula kes penahanan kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di sebuah gereja di Petaling Jaya.

2. Saranan Gooi dilihat selari dengan cadangan Ahli Parlimen Shah Alam yang menggesa supaya kuasa eksekutif Sultan ke atas Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) disemak semula sehingga membuat Tuanku Sultan Selangor murka sewaktu bulan Ramadhan yang lalu.

2. Kami juga menggesa agar kedua-dua Gooi dan Khalid Samad menarik semula kenyataan itu yang meresahkan rakyat Selangor beragama Islam yang menjunjung penuh titah tuanku.

3. Kami Pemuda Selangor juga menggesa agar Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor memberi jaminan bahawa kuasa eksekutif sultan berkenaan Agama Islam di negeri ini terpelihara dan tidak dibincangkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal berjalan November ini.
Sekian, terima kasih.

ZAINURI ZAINAL
KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR
29/09/2014

1 ulasan:

  1. Ketua Pemuda UMNO selangor...orang kata bercakap adalah satu perbuatan yang paling simple...sebab kita hanya perlu menggerakkan bibir atas dan bawah dengan disertakan gerak lidah sahaja....Paham paham lah kata kata ini....

    BalasPadam