Selasa, 23 September 2014

'langkah kajang' gagal atau memang nak azmin naik jadi mb? episod 2


inilah nasib khalid ibrahim dengan dipecat serta merta dari parti pkr, kerana dia enggan letak jawatan sebagai mb atas arahan parti pkr, anwar ketum dah rasa sangat pening lalat kerana khalid ni tak dengar cakap pulak dia.. huh..

rafizi baik punya kutuk si khalid ibrahim, si sotong pencetus idea "langkah kajang"

maka dengan itu atas arahan parti juga dikeliling satu selangor buat roadshow untuk memburukkan khalid ibrahim, punyalah terdesak pkr lah hai.. huh..

tapi khalid ibrahim dia steady, tak gelabah.. tak rasa goyah, dia rilek, dia ikut game anwar ketum buat kepadanya, mungkin dia tak cerdik dalam politik tapi dia guna otak untuk hadapi keadaan mencabar dalam politik, walaubagaimanapun si khalid ini ada juga buat onar, tapi biarlah.. kadang-kadang orang bn nak menyokong dia terlalu sangat pun nampak janggal, tapi atas dasar kemanusiaan je rasa kesian.. hehe..

pernah tak kita perasan dalam keadaan huru hara politik berlaku melanda pr, pkr dengan syok menjual nama wan azizah, terfikir tak kita nama azmin? tidak bukan, dia tidak terlintas langsung dalam fikiran anwar ibrahim agaknya? tapi mungkin tidak...

masa mula-mula permainan pkr dalam krisis menteri besar, nama azmin pun diaorang tak berkenan, macam ada apa-apa je, hehe, perasan tak?

dalam perihal, bilik mesyuarat, dap dan pkr, semuanya menjurus nama wan azizah sebagai menteri besar, sampai buat sidang media adun-adun yang menyokong penuh wan azizah, ibarat mendapat undi majoriti, krisis menteri besar selangor bukan boleh dibuat main.

sokongan maksimun 30 adun termasuk 2 adun dari pas yang berpaling tadah

perasan tak azmin macam buat cool? semua adun-adun ini dahterikat dengan satu arahan kecuali pas, sebab pas terikat dengan arahan hadi awang dan majlis syura.

pas pula sebulat suara yang menganggap wan azizah tak layak menjadi menteri besar, krisis pr semakin berdentum kerana masing-masing menyerang satu sama lain, dap dan pkr serang pas, tanpa belas mereka serang, malah tindakan team anwarinas dalam pas yang bermesyuarat pada 17 ogos lepas juga sebulat suara menyokong wan azizah menjadi menteri besar padahal hadi awang tak da dalam mesyuarat tersebut.

jadi berlakulah perbalahan antara pro ulama dan pro anwarinas kerana wan azizah, anwar senyum dalam gementar.. hehe

team anwarinas diketuai oleh mat sabu

hadi awang tak tertahan dalam keadaan ini, dia dengan menggunakan kuasa dia sebagai presiden pas, oleh kerana langkah kajang itu tidak betul, dia tidak berpuas hati dengan anwar ibrahim dan sekutunya dalam pas.

dia balun tanpa belas terhadap pkr berkenaan 'langkah kajang' ini



keadaan ini membuatkan keadaan dalaman pr di selangor menjadi kacau bilau, anwar ibrahim semakin pening, dah macam orang sasau dengan kuasa, sampai dia melalut dengan peranannya sebagai ketua umum dalam pkr..

entah apa yang dibincangkan si anwar ketum dengan azmin

bersambung nanti di episod 3...

2 ulasan:

  1. Kalau lepas ni Azmin pulak x dgr ckp,apa Anwar nak buat?

    BalasPadam
  2. Azmin dah mula tentang anwar sejak PRU13 bila dia x dpt calon kerusi MB. Bila macai Anwar guling2 dpn Azmin kutuk Anwar kaw kaw. adakah Azmin akan tunduk pd Anwar? Atau Azmin akan diserang isu peribadi spt mantan MB Selangor Abu Hassan oleh org sendiri.....

    BalasPadam