Rabu, 10 September 2014

PRO ULAMA MEMBALUN KAW-KAW PKR, JANGAN GUNA CARA "DRAMA HINDUSTAN"


akhirnya pro ulama strike back, camtu lah, lunyaikan aje pkr tu, bukan boleh pakai pkr ni weh, anwar dah ketaq lutut dah tu, padan muka dia, baru dia tau apa itu suara lantang dalam pro ulama, jangan dia ingat kuasa duit dia boleh buat apa saja untuk mengawal selia pas dari dalam.. pro anwarinas semakin pening kala ini.

politik songsang pkr semakin memakan diri, akhirnya penjilat ketum dalam pas nak berbunyi lebih pun dah tak boleh, anwar ibrahim play safe.. keh keh..

kita tunggu apa yang bakal dilakukan geng pro anwarinas dalam pas dalam membuat keputusan terbaru? nak lawan hadi ke? hehe.. pasma dah kena maki, akar umbi pas ketab gigi dah, hah silakan buat parti baru pasma tu.. hehe..
aku geram betul dengan kau hadi, eeeee, aku kemam macam ni nanti angko punya.. tulur...

PAS MINTA PKR MENGHENTIKAN "DRAMA HINDUSTAN"

PAS meminta PKR supaya menghentikan 'drama hindustan' dengan meraih simpati rakyat seperti era Reformasi 1998, untuk melantik Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata teguran Abdul Hadi mengenai keupayaan Wan Azizah menerajui negeri itu dianggap "satu penghormatan" jika diteliti kemelut politik negeri itu termasuk sejak era Reformasi 1998.

Beliau mengumpamakan Wan Azizah seperti Abu Zar al-Ghifari yang ditegur tidak mampu menjadi pemimpin politik tetapi tetap dihormati apabila dianggap isteri mithali sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dihina pada 1998.

"Saya melihat teguran Abdul Hadi Awang itu bukan satu penghinaan, sebaliknya satu penghargaan malah satu penghormatan kepada Kak Wan yang telah melaksanakan peranannya sebagai seorang isteri mithali.

"Bagaimanapun, pada pandangan saya usaha untuk menobatkan Kak Wan sebagai MB akan menjadikan semua reputasinya sebagai isteri mithali sebelum ini tercemar.

"Tidak mustahil dia akan disebut selepas ini sebagai 'MB Boneka' atau lain-lain gelaran yang tidak manis. Lebih malang lagi, ia akan menjadi 'benchmark' kepada kepimpinan wanita dalam mengetuai teraju utama siyasah di Malaysia," katanya.

Menurut Dr Zuhdi lagi, ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ditinggalkan oleh kawan rapatnya, tetapi Wan Azizah terus setia dan percaya dengan kesetiaan suaminya.

"Beliaulah kemudiannya menggalas harapan suaminya sebagai simbol golongan yang dizalimi, dengan memimpin Parti Keadilan Nasional (PKN) dan kemudiannya PKR.

"Meskipun demikian, mereka yang rapat dengan Kak Wan semasa dia memimpin PKN dan sekarang PKR mengetahui secara lebih mendalam keupayaannya dalam melaksanakan amanah kepimpinan.

"Kak Wan adalah seumpama Abu Zar al-Ghifari, seseorang yang ada kelebihan hebat di bidang selain daripada amanah kepimpinan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata harapan rakyat Selangor mahu melihat kehebatan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang menteri besar Pakatan menerajui pentadbiran seperti yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

"Sekarang adalah masa untuk menunjukkan model kepimpinan yang unggul di negeri Selangor, yang akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yang juga dikenali dengan 'mini Malaysia'," katanya.

aku bakal presiden pas nanti.. uuuuuuuuuuuu

ps: woi mat sabu, kecut ke, hahaha...

4 ulasan:

  1. Apa yg di tulis membayangkan semuanya telah faham bahawa tindak tanduk dan gerak geri DSWA sejak tahun 1998 hanyalah satu lakunan ala Hindustan utk meraih simpati,sedangkan beliau dan suaminya sebenarnya bukan lah mangsa kezaliman yg perlu di beri simpati seperti yg didakwanya.Itulah juga sebabnya alasan TGHH menolak beliau kerana kebolehan dikatakan sebagai satu penghurmatan,kerana jika alasan utama yg menyebabkan beliau di tolak di luahkan ,satu pekung yg sangat mengaibkan akan terdedah.Oleh itu patut benarlah DSWA muhasabah diri,jangan lah menyangka orang masih boleh di perbodohkan secara berterusan. Harap semua ahli Pas memahami maksud tersirat dari apa yg di tulis oleh Dr.ZM.

    BalasPadam
  2. PAS parti islam, harapan orang islam Malaysia supaya PAS berpolitik secara islam....dalam PR mana ada islam..semua gila kuasa, PAS patut keluar dari PR balik ke pangkal asal perjuangan PAS.

    BalasPadam
  3. Padanlah dengan PAS. Selama ini berkerat rotan berpatah arang dengan UMNO. PAS amat sangat menghina UMNO sehingga Kafir laknat diangkat taraf sebagai Khalifah.

    PAS terlalu riak seolah2 dengan menjadi ahli PAS maka darjat mereka terlalu tinggi menjulang langit. Ahli2 UMNO umpama debu di tapak kaki.

    Setiap masa mendoakan kehancuran UMNO. Apa pun orang2 UMNO tak sehebat orang2 PAS memohon doa panjang2. TAPI cukup sahaja sekali doa yang ikhlas maka Allah swt akan makbulkan.

    BalasPadam
  4. berhati-hatilah sahabat sekelian, semua ini adalah politik. Bila sebut politik, dalam seminit boleh berubah. Maka janganlah kita terlalu yakin akan kebaikkan yg ditimbulkan oleh org berpolitik ini kelak kita juga yg bakal mengeji bilamana mereka kembali U-turn. Tak kira parti kerajaan atau pembangkang, mereka bergerak mengikut masa dan keadaan. Peganggan mereka berpolitik ini banyak cenderung kp menjaga kedudukan/kepentingan sendiri. Sebagai contoh, rakyat skrg menemuh najib yg suatu ketika dulu hebat dalam memperkenalkan transformasi Negara. ternyata tranformasi yg dibuatnya lebih kepada menjahanamkan. begtu juga dgn Pas yg flip-flop dlm isu terbaru ini. Yang penting kita sebagai rakyat yang ada kuasa 5 tahun sekali haruslah berfikir bagaimana nak lenyapkan orang berpolitik jenis begini. Jangan hanya beria-ia hanya setakat hangat taik ayam, lama-lama kita mula lupa apa keburukan orang politik ini, bila mereka mula buat baik mengampu kita bila tiba waktu undi PRU/PRN

    BalasPadam