Jumaat, 5 September 2014

RAKAN SEKUTU PR KENA SOUND SETEPET DENGAN TUAN IBRAHIM TUAN MAN!!

FELEMEK.. KLASS KAU JAH, PUNYA GARANG PAS.. HEHE.. BAGUSLAH, BAK KATA ORANG, SAMPAI BILA NAK KENA BULI? SAMPAI BILA NAK JADI KELDAI?

AKHIRNYA TUAN IBRAHIM SELAKU NAIB PRESIDEN PAS JUGA TAK BOLEH TAHAN DAH.. KEMAIN PKR DAN DAP TAJI PAS MACAM PAS TELURNYA KULUP YE, JANGAN INGAT ADA MAT SABU, PAS SEMUDAH KENA JUAL KATI... HAHA..

GENG-GENG ANWARINAS DAH PENING BUTA TULI DAH NI MACAMANA NAK BELASAH HADI NI, NAMPAKNYA GAME NAK KENAKAN HADI DAH TERPALIT KAT DIRI MEREKA SENDIRI.. MENCARUT LAGI ANWAR IBRAHIM.. KAH KAH

MUNGKIN TUAN IBRAHIM DAH BAGI MASA LAMA DAH NAK MELETOP, BAGUSLAH, JANGAN SEKEJAP JE GARANGNYA, LEPAS MR KETUM JUMPA, SETTLE..HAHA..


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan semua parti Pakatan Rakyat (PR) agar tidak campuri urusan parti lain, termasuk parti Islam itu. Menurut Tuan Ibrahim, krisis menteri besar Selangor menyaksikan PR banyak mencampuri urusan dalaman PAS.

"Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti lain dan jangan melampaui sempadan parti," kata Tuan Ibrahim seperti dilaporkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak setuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormatinya."Menurut Tuan Ibrahim, apabila DAP tidak bersetuju dengan niat PAS melaksanakan hudud, parti Islam itu menghormati perbezaan pendapat sesama parti PR.

"PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya kepada portal berkenaan.

Naib presiden PAS itu mengulas beberapa pimpinan PKR dan DAP yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat berkenaan dengan calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Hari ini, Mohamad Sabu berkata PAS Pusat tetap dengan keputusan mesyuarat 17 Ogos mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.

Timbalan Presiden PAS itu berkata perkembangan terkini dilaporkan media mengatakan PAS tidak menamakan kedua-dua Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) PKR itu dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka berada di luar pengetahuannya dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat parti.

"Laporan tentang kenyataan itu juga menyebut Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," kata Mohamad kepada The Malaysian Insider di Shah Alam, merujuk kepada keputusan mesyuarat 17 Ogos yang ditandatangani kenyataannya oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas mengenai perkembangan semasa dalam isu menteri besar Selangor, Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti.

"Saya mengambil sikap kalau kita tidak tahu, tidak payah cerita kepada orang lain yang kita tidak tahu," katanya seperti dilapor Harakahdaily.

ps:katanya harakah pun dah tak berapa nak back up geng-geng anwarinas dalam pas ni, kenapa? keh keh keh...

3 ulasan:

  1. Amboi duk sibok gol Anwarinas dlm PAS..

    habih tu dlm UMNO xdk ka?
    Tu.. Najib PM tu.. dia bawak ideologi siapa??

    baca di HELEN ANG:
    dari HELEN ANG Blog.


    We need to ask how much the Prime Minister’s Office (PMO) contributed in funding for the Voices of Moderation campaign and their huge billboards on the streets.
    Najib Razak’s pet NGO – Global Movement of Moderates (GMM) – is heavily involved in this J-Star project. Minister in the PM’s Dept Idris Jala is also one of the faces in the ad campaign.


    Nampak jelas bloggers Pro-Bn sudah pura2 dan jadi alat perkakas Najib yg merupakan proksi KETUM utk hacurkan UMNO juga.

    KJ amat rapat dgn Najib. Najib mengutuskan Idirs Jala dan Pudin Abdullah dalam gerakan mengahapuskan Akta Hasutan dan juga Akta Keharmonian..

    Apakah bloggers pro-BN skrg telah dibayar dengan habuan besar atau dirasuah dgn habuah2 lain sehingga tidak menyambut langsung komen Tun M

    Najib membawa disaster besar kpd UMNO dan Malaysia dgn siri2 pencabulan terhadapan undang2 pencegahan di Malaysia
    Sehingga IGP pun rimas dah mahukan ISA semula

    Najib-KJ-AG Patail dan Pudin shj yg golongan yg mahukan ISA-Akta Hasutan di hapuskan sama sekali

    tp bloggers pro-BN buat 2buat kayu.. buat cerita hari2 pasal Anwarinas dlm PAS.. KETUM di Selangor..

    tp korang sedar tak NAJIB KETUM dlm UMNO ni apa cerita?

    Mana dia para2 pesilat2 semasa Perhimpunan UMNO yg semua senyap sepi?? Isu PR hanya utk mengalihkan usah Najib dan KETUM mengubah Malaysia kepada republik secara HALUS!

    Najib tk sebodoh ahli2 UMNO yg memang sudha dibodohkan. Najib buat movement yg lebih 'cuci-clean' dr gerakan KETUM.

    Tapi malang..signal jelas dr Tun M utk elak UMNO rosak tidak dipandang. Malah ramai pengampu2 Najib termasuk bloggers yg diberi makan Najib menghentam Tun M.

    so tuan blog..ko puak mana??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siasat dulu sblm tuduh....tak pun bertanya direct dgn najib...
      Dulu aku ingat najib tak mampu mengatasi anwar tapi hakikatnya anwar yg dibiarkan ligat menari makin sumbang tariannya...
      Jgn nak samakan tun dgn najib...
      Sebagai rakyat biasa...kita doakan negara kita berada dlm keadaan aman dan harmoni....semoga manusia pencetus huru hara dipendekkan umurnya dan sempat bertobat...aminnn

      Padam
  2. Sesekali kenalah pulak PKR DAP agree to disagree dgn PAS, asyik PAS je yg kena agree to disagree mana boleh jadi.

    BalasPadam