Jumaat, 19 September 2014

SIAPALAH AGAKNYA BAKAL MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU?


hari selasa ini, pada tarikh 23 september 2014, terjawablah sudah siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, tanda tanya siapa tidak diketahui, hanya pihak istana sahaja yang berhak memberi jawapan, kita tunggu.

Azmin Ali bakal MB ke? entah?

paling ketara dikatakan nama Wan Azizah tidak ada dalam senarai, tu dia, panas hati lagi Anwar Ibrahim, malah desas desus kuat mengatakan Azmin Ali yang akan menjadi menteri besar yang baru bertambah kuat dengan tersebarnya posting di facebook dengan tagline nama Azmin sebagai MB baru, lagilah berbulu tahap cipan Anwar Ibrahim aka ketum.

Dr Idris Ahmad, layak ke dia aku kalau jadi mb?

malah nama adun ijok, Dr Idris Ahmad juga tergiang-giang dalam laman sosial juga yang berkemungkinan dia juga bakal dilantik menteri besar selangor yang baru, entahlah, mungkin tidak kot.

tapi paling trill sekiranya nama ini disebut-sebut (juga takkan mungkin sama sekali), Ng Suee Lim adun dap skinchan, jangan ambil serius kepada pembaca semua, kalaulah adun dap dipilih, mungkin tidak sama sekali, sebabnya syarat undang-undang tubuh negeri selangor, sekiranya nak menjadi menteri besar selangor mestilah seorang Islam dan Melayu.

 Eg Suee Lim - mana mungkin saya terpilih ma

tapi kalau dap nak juga jawatan tu, Eg Suee Lim kenalah masuk Islam, boleh? terperanjat beruk pulak dia nanti, nama dia mungkin boleh jadi macam ni, Wan Azmin Iskandar Abdullah (bukan nama sebenar) - jangan marah ya yb, gurau sikit aje keh keh keh.

Iskandar Abdul Samad paling layak setakat ini

tapi nama paling kuat dikatakan selain Azmin ali, adalah adun pas, Iskandar Abdul Samad, dia ni boleh dikatakan nama paling disebut-sebut sebelum ini, berkemungkinan Sultan akan memilih adun dari pas, pada pendapat penulis, dia agak bersih dalam pas, dia paling layak, walaupun pas selangor mengatakan akan menolak jawatan itu sekiranya pas dipilih, sebabnya jawatan menteri besar termaktub untuk pkr di negeri Selangor.

tapi paling kecewa nak tahu siapa? Wan Azizah dan Anwar Ibrahim lah.. keh keh, harapan menggunung inginkan jawatan MB, tapi realitinya Wan Azizah tidak layak, apalah nasib kau ketum oii..

sob sob, impian i musnah sama sekali nak jadi mb, sob sob

dan insan yang paling pening

aku pening, aku pening... berserabut kepala aku la...

realitinya jawatan Menteri Besar Selangor semakin panas berdentum,,, kita tunggu dan lihat, harap kalau dah dilantik nanti, jagalah negeri bertuah ini, pepehal pun kesian gila Khalid Ibrahim.. kena tendang macam bola kerana idea 'Langkah Kajang', idea dari pakar strategik pondan abad ini, rafizi ramli..

ps: apa yang ditulis dalam blog ini berkenaan nama menteri besar baru sekadar pendapat dan imiginasi penulis, tidak ada kesahihan dalam kenyataan mana-mana nama yang disebut, hanya satira usikan politik untuk tatapan rakyat selangor, supaya berfikir, pakatan rakyat sememangnya bawa masalah, harap maklum.

4 ulasan:

  1. tak ada siapa pun dari pkr & pas yg layak..
    BUBAR DUN!!

    BalasPadam
  2. Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..

    Itulah hakikat kawin mutaah pakatan rakyat yg dibentuk untuk menggugat umno sedangkan visi dan misinya bercabang tiga, Islam, Komunis dan Juburis..

    Zaman hancur mereka sudah bermula dengan langkah kajang..mereka merancang tipu daya, akhirnya Allah melaksanakan perancangaNya.. tiada yang menyangka dan menduga akan berlaku apa yang sedang berlaku, mereka merancang dan bertindak dengan penuh sombong dan takbur, seolah olah di sana tidak ada kententuan Allah..kononnya nasib mereka ditangan pengundi.

    Ketiga puak itu mahu bersatu demi menentang umno kerna mereka sedar masing masing tidak akan berjaya sekiranya melawan umno secara sendirian. Penyembah berhala musyrikin DAP sedar, tanpa sokongan melayu mereka sudah hampir pupus bila kapal sink dan kitsiang pernah kalah. Mereka kembali bernafas hasil dari parti kumbahan umno dan grombolan keldai dan baghal yg sanggup melupakan dasar dan matlamat perjuangan. Sedangkan PKR hanyalah pati kumbahan umno yg tidak punya kekuatan akar umbi, hanya bergantung pada kepetahan KETUM menjual kelentong, bekas banduan yg penuh hina dan jijik dengan kes liwat dan zina, bergantung harap dengan kekuatan musyrikin DAP dan menunggang PAS sebagai barua yg sanggup mengadaikan prinsip. Mahu tak mahu PAS akan terus istiqamah untuk menjadi baghal dan keldai kepada puak musyrikin dan munafikin kerana tanpa kesanggupan menjadi binatang tunggangan, PAS tidak dapat ke mana mana, nak berbaik dengan umno dah terlambat kerana terlalu banyak kahak hijau yng telah diludahkan kepada umno selama ini dan mereka sudah sampai ke tahap tidak mampu untuk menjilatnya semula.. suka atau tidak merekalah manusia paling hina kerana sanggup melacurkan ugama demi perjuangan yg semakin kabur hala tujunya...

    Apa jua pilihan Tuanku..mereka akan terus bergaduh antara satu sama lain dan selepas selasa pertembongan mereka semakin sengit sehingga hancur lebur dengan izin Allah

    "Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka (KETUM AL JUBURIT dan kuncu kuncunya). Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…"

    Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami dalam parti PAS dan saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Allahumma Aameen.

    BalasPadam
  3. ABWA - asalkan bukan wan azizah

    BalasPadam
  4. Wan azizah yang tak tahu dari mana dtg...dulu jadi Ahli perlimen pernatnag pauh, berhenti sbb nak bagi laluan pada suami dia..

    Lepas tu masa PRU 13, tak nak bertanding sbb nak tumpu keluarga..

    Menang Presiden tempohari pun sbb suami dia backing dia. Pelik bila suami bertanding nak lawan bini dia utk jadi presiden... Mana ada org dlm PKR yg berani nak bertanding kalau anwar nak betanding jadi presiden...

    Last last, dia tarik diri untuk bagi menang bini dia. So, reason dia bertanding untuk pastikan tiada siapa berani nak lawan Jijah sebagai calon presiden..
    Kotor punya politik!!!!!

    Presiden lantik suami dia jadi KETUM (ketua umum) dan sekarang KETUM nak lantik bini dia jadi MB Selangor...

    Dari dulu hingga sekarang, dua ekor ni memang sungguh mencurigakan..
    Sebab tu Bini dia tak layak jadi MB Selangor dan Dia sendiri tak layak jad PM.




    BalasPadam