Khamis, 2 Oktober 2014

APA RELEVANNYA 'PEMANDU' DALAM TARGET MALAYSIA KE ARAH NEGARA MAJU SEKIRANYA RAKYAT MARHEN TERSEPIT?

ds najib berfikir waras atau penasihatnya meletakkan satu tindakan yang beliau sendiri tak tahu? mengapa berkali-kali diingatkan, jangan buat keputusan yang gila bilamana rakyat belum bersedia, negara ini bukan untuk ujikaji dari penasihat pm yang cerdik tu.

bn dan umno terpalit teruk tak sampai 24 jam selepas penggumuman ron95 dan diesel dinaikkan 20 sen. sedangkan kita dah juarai berbulan-bulan dengan isu menteri besar, hujan takda panas takda... mengejut.. rakyat marah bai.

kali ini aku nak salahkan pemandu, kerana merekalah yang menjahamkan kepercayaan rakyat kerana idea bodoh mereka yang konon semua rakyat bakal ikut. kepala otak kau berjambul..

tun m sepatutnya menjadi penasihat ds najib.. dia berpengalaman, dan dia sedar apa yang najib buat sekarang akan menjahanamkan bn pada pru14 nanti.

kritikan bukan bermakna tak sayang bn, patut lihat dengan mata sendiri keadaan rakyat secara terbuka menghina dan caci ds najib tanpa belas kasihan, macam tiada rasa hormat keatas pemimpin negara, sampai bila ds najib nak kena begitu, sedarlah yang penasihat pm akan merosakkan sokongan rakyat.


Isu harga minyak naik: PEMANDU sila belajar dari ‘Tim-GST’

angan buat rakyat terkejut. Seperti mengejutkan orang yang sedang tidur, sentuh bahunya perlahan-lahan dan goyang juga perlahan-lahan hingga matanya terbuka.

Jika kita menjerit atau membaling sesuatu kepada orang yang sedang tidur, jawapannya adalah penampar atau terajang. Paling tidak pun, kita akan dimaki hamun.

Begitu juga dengan rasionalisasi subsidi. Jangan buat rakyat terkejut dengan peningkatan harga barang seperti minyak dan bahan gunaan harian secara mendadak. Petang umum, menjelang tengah malam laksana. Jawabnya memang kena maki.

Kalau setakat maki tidak apa-apa, tetapi jika rakyat menyimpan dendam kita khuatir kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menerima akibatnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Jangan kira pihak pembangkang, mereka akan memaksimumkan sehabis mungkin perkara-perkara yang memberi kelebihan kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan undi.

Seperti juga harga baru minyak menjelang 12:01 tengah malam 2 Oktober 2014 yang kini menjadi tajuk utama perbualan di mana-mana sahaja – di pejabat, di kedai kopi, di meja makan keluarga bahkan di dalam masjid, rakyat sibuk memperkatakan tentang kenaikkan 20 sen harga minyak.
Media sosial sudah pasti menjadi medan utama rakyat meluahkan kemarahan mereka.

Kita harap ia akan berakhir segera. Tetapi Program Rasionalisasi Subsidi atau Subsidy Rationalisation Programme (SRP) yang diperkenalkan kerajaan sejak 16 Julai 2010 bukan setakat 12:01 tengah malam 2 Oktober 2014, ia akan terus berjalan sehingga setiap perkara yang disubsidikan menjadi sifar subsidi.

Malam tadi harga minyak naik, bulan hadapan harga gula, susu, gas masak pula mungkin akan naik sejajar dengan SRP yang diperkenalkan kerajaan.
Kita ucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Idris Jala, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah JPM yang telah melaksanakan Hari Makmal Terbuka Rasionalisasi Subsidi atau Subsidy Rationalisation Lab Open Day (SRPOD) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei 2010.

SROD sepatutnya menjadi wakeup call kepada rakyat Malaysia betapa pemansuhan subsidi adalah penting bagi mewujudkan kerajaan yang stabil.
Subsidi yang sekian lama dinikmati rakyat Malaysia boleh menjejaskan keberhutangan negara jika tiada pelan tindakan. Sebab itu, amat penting SRP diperkenalkan.

Namun sejauh mana rakyat Malaysia memanfaatkan SRPOD seterusnya memahami SRP, wajar dipertikaikan.

Ini kerana rakyat Malaysia masih jauh dari memahami rasionalnya subsidi ditarik semula hingga pemimpin kerajaan termasuk YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak, menjadi mangsa momokan dan ejekan rakyat jelata.

Bukan itu sahaja, ramai pemimpin kecil seperti saya yang memperjuangkan BN turut terpalit dengan kemarahan rakyat kerana secara ‘pukal’ dianggap bersekongkol dengan kerajaan BN yang melaksanakan dasar yang tidak difahami mereka.

Kenapa rakyat begitu marah?
Kerana mereka tidak memahami konsep SRP yang sudah menjangkau usia empat tahun diperkenalkan.

Rakyat tidak faham jumlah perbelanjaan negara pada tahun ini (2014) sahaja mencecah RM262.2 bilion. Dari jumlah tersebut bahagian yang paling besar dibelanjakan negara adalah untuk membayar emolumen penjawat awam iaitu sebanyak RM63.6 bilion.

Manakala perbelanjaan tanggungan dan kenaan tetap pula adalah sebanyak RM23.2 bilion. Pembayaran pencen dan ganjaran adalah sebanyak RM15.7 bilion.

Pembayaran geran dan pindahan kepada kerajaan negeri (termasuk negeri di bawah kuasa tadbir pembangkang) adalah RM6.7 bilion.
Manakala bagi faedah langsung rakyat iaitu subsidi dibayar oleh kerajaan untuk minyak (petrol/diesel) adalah sebanyak RM24.8 bilion bagi tahun 2013.

Ia merupakan jumlah subsidi terbesar dibelanjakan oleh kerajaan untuk rakyat, tidak kira rakyat itu kaya atau miskin. Semua menikmati harga yang sama.

Ini belum lain-lain subsidi yang menjangkau RM74 billion (statistik tahun 2009; kerana saya tidak dapat statistik terbaru keseluruhan jumlah subsidi yang dibayar oleh kerajaan bagi tahun 2013).

Terbaru, rakyat berkelayakan mula menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M.

Setiap hujung atau awal tahun rakyat berkelayakan akan menerima sejumlah wang tunai dari kerajaan. Mereka tidak tahu untuk apa mereka menerima BR1M.

Paling dahsyat, mereka merasakan BR1M itu adalah hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Mereka tidak tahu jika tahun lepas mereka menerima gaji atau berpendapatan sebanyak (contoh) RM2,999 maka mereka menerima BR1M dengan jumlah yang besar. Tetapi kerana kenaikkan gaji beliau tahun ini menjadikan pendapatannya (contoh) RM3,050 mereka akan menerima jumlah yang sedikit kurang.

Ada pula yang layak menerima mana-mana skim kerana melepasi had kelayakan pada tahun terdahulu terus tidak dapat pada tahun seterusnya akan mula memarahi kerajaan.
Apa yang saya cuba katakan di sini adalah, sebenarnya, masih ramai lagi yang tidak tahu SRP dan konsep BR1M atau apa-apa yang berkaitan dengannya.
Sebab itu saya mempertikaikan SRPOD yang dilaksanakan oleh Pemandu pada tahun 2010.

Rakyat tidak boleh ‘dikejutkan’ sewenang-wenangnya. Rakyat tidak boleh dipaksa menerima kejutan seperti kenaikkan mendadak harga minyak sebanyak 20 sen seperti yang berlaku malam tadi.
Mereka akan terasa dipaksa. Mereka tidak akan menunjukkan apa-apa reaksi segera selain marah.

Ya, mereka akan membiasakan diri dengan kenaikkan harga tersebut. Tetapi saya yakin akan ramai yang menyimpan dendam kepada kerajaan BN hari ini. Mereka hanya akan meluahkannya pada masa PRU14.
Mari kita ambil iktibar program Good Service Tax (GST) yang diperkenalkan kerajaan.
Kerajaan meluluskan akta berkaitan dengannya tetapi mengambil sedikit masa memberi penerangan kepada rakyat untuk melaksanakannya.
Bahkan, kerajaan turut meletakkan tarikh dan waktu perlaksanaannya iaitu pada 1 April 2015.

Ramai rakyat marahkan GST kerana terpengaruh dengan kumpulan tertentu yang cuba menjejaskan program kerajaan tersebut.
Namun saya yakin atas inisiatif Kementerian Kewangan (MOF) dan agensi-agensi tertentu yang bertungkus-lumus turun ke bawah memberi penerangan, ia akhirnya dapat diterima rakyat.

Begitu juga dengan SRP. Ia tidak boleh dijelaskan hanya dengan membuat satu hari penerangan untuk seluruh rakyat Malaysia. Ia memerlukan penerangan yang berterusan dan tarikh serta masa yang spesifik untuk perlaksanaannya.
Jangan ulangi apa yang berlaku malam tadi. Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidil Adha, mereka disentap dengan perkara yang begitu sensitif.

Pemandu harus belajar dari MOF. Jangan letakkan kerajaan BN pada satu kedudukan yang bahaya.

Bagi orang politik seperti saya, ianya benar-benar suatu yang ‘anti-klimaks’ apabila kes-kes politik di Selangor, terutamanya, ‘krisis menteri besar’ yang telah menjejaskan nama baik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR), kini teralih kepada kerajaan Pusat BN gara-gara ‘merasionalkan subsidi’.
Wallahua’lam bissawab.

sumber selangorpress

3 ulasan:

  1. Kamu rasa penasihat boleh pandai2 naikkan harga petrol tanpa kebenaran Najib?Sudah tentu tidak.Aku rasa Najib yang suruh naikkan harga petrol sebab duit negara dah kena balun sana sini-1MDB,Talentcorp,Hisap Candu(Pemandu) dsb..

    BalasPadam
  2. Mudah je.... teruskn lgi dgn semua crap ni.... rakyat dh muak... BN menang tipis pru13. Dgn tindakan2 BN lately.... dgn mr clueless jdi PM... nmpk nya kemunkinan besar BN akan punah pd pru14.

    BalasPadam
  3. ini belum isu perlaksanaan GST tahun depan..mampu ker BN menjawap persoalan dari rakyat nanti....

    BalasPadam