Isnin, 6 Oktober 2014

bahana kelab lucah terlampau, anjur perkhidmatan seks sadis dan keterlaluan


Tokyo: Polis semalam menyerbu ke atas sebuah kelab lucah di Shinjuku kerana didakwa menawarkan perkhidmatan tanpa lesen yang berselindung di sebalik operasi restoran.

Jurucakap polis semalam berkata, mereka menahan pengurus Kelab Saddle, Kozue Osugi, 41, pada awal pagi kerana membekalkan perkhidmatan seks sadis dan terlampau yang melanggar Undang-Undang Perniagaan Hiburan Dewasa.

Katanya, antara perkhidmatan ditawarkan di ‘restoran’ Osugi ialah merangsang nafsu pelanggan lelaki dengan jarum atau menyembur mereka dengan air kencing.

Dikenali sebagai “bar perempuan simpanan”, Kelab Saddle memang pakar dalam “membenarkan lelaki hidung belang menyembah wanita,” seperti diterangkan dalam laman sesawang kelab berkenaan.

Menurut media tempatan, perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pelanggan lelaki dipaksa membersihkan tandas bar berkenaan dalam keadaan bogel.

Ketika serbuan semalam, polis merampas tali, cemeti, rantai dan pelbagai peralatan yang digunakan bagi aktiviti seks di kelab berkenaan. - Agensi

1 ulasan:

  1. PUHHH JEPUN2
    KERAJAAN M;SIA AKAN HANTAR PERISIKAN KES SEX MR ANUAR AL JUBOR UTK MENYIASAT

    BalasPadam