Sabtu, 18 Oktober 2014

jokowi cadang naikkan harga petrol dan diesel sehingga 50%


harga petrol dan diesel akan dinaikkan sehingga 50% di indonesia. kesimpulannya, tiada lagi harga murah untuk minyak petrol dan diesel di dunia ini? kecuali di negara arab, veneuzela dan lain-lain.

hakikat, di indonesia kalau diikutkan rakyat miskin tegar lagilah banyak dari negara kita, sistem disana berbeza, di sini rakyat pertengahan boleh dan mampu menjadi lebih baik kehidupan sekiranya pandai mencari peluang kerjaya dan perniagaan (tapi dikalangan anak muda disini diracuni fikirkan semua mengharap boleh dapat free).

di malaysia, kerajaan mengurangkan subsidi minyak sebanyak rm0.20 sen, di kalangan yang tak berpuas hati tu majoriti yang bekerjaya bagus, ada kereta besar, hidup ala ala orang atasan, senang cerita yang tinggal di bandar lah, sedangkan di bandar besar, peluang mencari peluang rezeki terbuka luas, sedangkan ada yang berniaga untung sehari beratus-ratus, beribu-ribu.

tapi ada juga yang agak susah mencari rezeki lebih, kadang-kadang rezeki lebih tu usaha pun kenalah lebih, ada jalan sebenarnya mencari rezeki lebih di malaysia ini, beruntunglah rakyat malaysia, kerajaannya kalau diikut beri subsidi bukan sedikit,  subsidi perubatan, makanan, pelajaran, itupun spisis yang komplen membuta tuli sebab dia tak leh nak jadi senang lenang dengan cara mudah, mungkin.

rakyat indonesia yang bekerja disini siap kata, untung orang malaysia, semuanya ada, kerajaan disini baik-baik, di indonesia kehidupan bukan semuanya indah pak.

nak mengajar minda rakyat supaya menjadi minda rakyat negara maju bukanlah senang, tapi bila ada rakyat betul-betul susah takde pulak dia betul-betul nak bantu, kutuk kutuk, maki, caci, hina, keji.. pelik gua dengan golongan komplen tak habis-habis ni,

ps:mungkin golongan komplen tak habis ini nakkan kerajaan bagi segala semuanya free, dari makan, belajar, keje tak payah, ibarat berak cangkung semua mau kena tanggung? pemalas. haha.. lagi satu percaya ke kalau pr tu memerintah malaysia mereka takkan naikkan harga petrol? keh keh.. hanya orang gila je percaya.

1 ulasan:

  1. Si Jokowi-LIBERAL ni akan menjadikan lebih ramai saudara se BUMIPUTERA dari Alam Melayu kita di Indonesia, yang sungguh malang, akan terus menjadi KULI termasuk sbg. org. gaji-buruh-pengutip sampah di perkampungan "Rubbish Slum", serta jadi mangsa bot-karam kat Malaysia ni apabila terpaksa naik bot haram untuk pulang bercuti Hari Raya/Ramadhan dsbnya!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, serta bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU “bangsa Malayan bersatu”, pelansungan dari Malayan Union-JAHANAM].

    BalasPadam