Khamis, 2 Oktober 2014

SEKADAR PENDAPAT, TERKESAN DENGAN HARGA MINYAK NAIK? BOLEH CUBA KALAU NAK


kerana mu petrol dan diesel, semua naik minyak, semua jadi hilang akal dengan rasukan tanpa sedar jin pembangkang, hehe.. mungkin untuk mengurangkan beban kerajaan dah tentu sebanyak 20 billion subsidi minyak perlu dikurangkan, kalau setahun 20 billion dalam jangkamasa 10 tahun hampir 200 billion untuk minyak petrol dan diesel sahaja... wow!!

kalau 200 billion tu guna untuk pembangunan, pendidikan dan buat rumah mampu milik, selesai perihal masalah rakyat, tapi adakah kita faham apa itu ketirisan.. contoh, kerana subsidi yang sepatutnya dapat dekat rakyat marhen, tapi diseludup berpuluh juta sebulan dekat negara jiran.

yup kerajaan rugi, kita tak rasa pun, sebab kita dah mentedaghah banyak dah subsidi, tapi tulah kadang-kadang tindakan tak popular itu boleh jadikan amarah tanpa sedar, maki hamun tu dah terkeluar pulak dekat mulut rakyat marhen, kerajaan zalim lah, kerajaan bodohlah, kerajaan itu ini..

tapi bila dapat bantuan yang kerajaan bagi senyap, bisu, kenyang, ketawa, terima kasih tidak ada langsung.. itulah hakikat.. mungkin dari awal sejak perdana menteri pertama dulu dan sejak merdeka, rakyat malaysia ni dah dimanjakan dengan subsidi, tak de kerajaan di dunia ini yang bagi subsidi perubatan, minyak, makanan, dan rumah serta macam-macam lagilah... tapi bila selori kebaikan diberikan itu, ia mudah ditutup dengan satu sahaja tindakan tak popular.. nak buat macamana hal minyak ini dah jadi satu perkara yang satu dunia hadapi, kecuali negara arab.

negara arab walau minyak murah, tapi pergolakan dia lain pulak, tapi betullah kata orang, kerajaan kena buat sesuatu supaya pendapatan rakyat yang bawah-bawah ini ditingkatkan, fikir macamana nak kawal harga makanan, sebab rakyat marah, harga barang tu naik macam haram jat, tak masuk akal, tu pasal bila minyak naik, harga barangan pun akan naik, mana rakyat tak naik minyak.

ini sekadar pendapat dan solusi buat kita yang terkesan dengan kenaikan minyak.. cubalah, takpun kerajaan kena support pengedar alatan penjimat minyak, kalau leh dapat harga yang ok untuk promotkan di media, alah kalau dapat membantu apa salahnya. bagi rakyat berkereta wajib pakai. kalau solusi ini bagus, kot-kot kalau nanti bila minyak turun, krik krik tak berbunyi.






paling jimat guna yang ni, tidak sorang boleh menafikan


ps: marah-marah juga, bila bonus, gaji naik kita senyap.. kekeke.. tapi harap pendapat isi rumah haruslah dinaikkan setinggi yang boleh, bukan hanya cakap penasihat pok jib yang kajian dia sahaja betul dan tak turun ke akar umbi macamana keadaan rakyat.

2 ulasan:

  1. Susah juga jadi pemerintah ni ..kalau naik sekarang orang islam marah..kalau naik lagi 2 minggu orang hindu marah sebab depavali..kalau naik december orang kristian marah sebab cristmas..kalau naik bulan febuari tahun depan orang cina plak marah sebab kong xi fat chai..kalau naik april tahun depan nanti orang kadazan plak marah..naik bulan jun tahun depan nanti orang indon kat malaysia plak marah sebab indon nak sambut merdeka..kalau naik bulan july tahun depan orang iban plak marah..naik bulan ogos tahun depan orang islam nak puasa plak..naik bulan september plak orang islam marah sebab raya puasa..naik bulan november depan dah raya haji balik..ehh ehh dah setahun pusingan ya..kalau naik setahun sebelum pilihanraya umum memang kalah bn sebab rakyat bengang..kalau tahun pertama menang pilihanraya tak boleh naik nanti rakyat marah sebab rakyat baru sokong bn menang dlm pru..tahun ke 2 dan ke 3 lepas pilihanraya tak boleh sebab dalam setahun tu penuh dengan perayaan nanti pelbagai kaum ni marah..tahun ke 4 lepas pilihanraya tak boleh sebab dah dekat sangat dgn pilihanraya akan datang..nanti rakyat protes..tahun ke 5 lagi la tak boleh sebab confirm pilihanraya..dah tentu rakyat meletup..adui susah ni..masa bila boleh naikkan petrol ni..nampak gaya petrol memang tak boleh dinaikkan..rupa2nya senang lagi jadi pembangkang kat malaysia ni dari jadi pemerintah ya..sebab kerja pembangkang ni senang..cuma membangkang je..lain tak payah fikir

    BalasPadam
  2. Ha ha suka teori anon 5.11 m jd pembangkang senang. Tgk Noh Omar jd pembangkang kat Sgor. Rilek giler. Tak ada hati nak ambil kesempatan nak memenangi hati rakyat yg kecewa dgn PR krn kemelut
    MB. Enjoy lagi sempat menikah baru. Untung dgn senang hati dpt tayang bini no.3 lak

    BalasPadam