Selasa, 25 November 2014

200K dan adun BN, tidak perlu klimaks awal

Pembentangan bajet negeri Selangor semalam boleh dianggap bajet beli rakyat, malah boleh dikatakan untuk membeli ahli pembangkang dari umno.
Azmin sudah gunakan segala ilmu dari master dia iaitu bang non untuk hijack minda orang sekeliling, yang dia mungkin mb selangor paling oosem untuk waktu ini.
Jangan dikalangan ahli pembangkang selangor jadi gelap mata sudah...

Adun BN belum putuskan untuk menerima peruntukan 200k kerajaan negeri luluskan

SHAH ALAM — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kawasan Sungai Panjang, Budiman Zohdi, mempertikai cadangan pemberian peruntukan bagi pembangunan kawasan Adun-Adun seluruh negeri Selangor tanpa mengira parti.

Beliau menjawab pertanyaan Selangor Press bagi mendapatkan pandangan Belanjawan Selangor 2015 yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin Ali, siang tadi terutama peruntukan berjumlah RM200 ribu kepada semua Adun BN bernilai RM2.4 juta keseluruhannya.
Budiman, seterusnya menafikan bersetuju dengan cadangan tersebut sebaliknya berkata adalah ‘cara’ Adun-Adun BN Selangor untuk membuat keputusan secara ‘konsensus’ sebelum memutuskan sesuatu perkara di dalam dewan.

“Tiada siapa kata kita (Adun-Adun BN) bersetuju. Kita biasa buat keputusan secara konsensus. Kita bincang dulu pro dan kontra sebelum terima apa sahaja dalam dewan.
“Belum ada perbincangan lagi. Kita akan buat (mesyuarat) dalam waktu terdekat,” kata beliau yang juga merupakan Setiausaha Adun-Adun BN Selangor.

Budiman turut mempertikaikan jumlah berbeza ditawarkan kerajaan negeri pakatan tersebut.
“Kita musykil dengan niat mereka (kerajaan negeri). Kalau benar ikhlas kenapa ada dua jumlah berbeza? Adun mereka (pakatan) terima RM700 ribu sedangkan kita ditawarkan RM200 ribu. Niat dari baik jadi ‘suspicious’, macam ada sesuatu. Beza jumlahnya sangat besar. Setengah juta itu satu jumlah yang besar,” katanya.

Manakala Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Ahmad Mua’dzam Shah, berpendapat tiada yang istimewa tentang cadangan pemberian peruntukan berjumlah RM200 ribu kepada setiap Adun BN Selangor.
Katanya, kerajaan persekutuan BN juga menyalurkan peruntukan pembangunan ke setiap kawasan Adun dan parlimen seluruh negara termasuk kawasan Adun dan parlimen pakatan.

“Ini biasa, mana boleh tidak ada peruntukan diberi ke kawasan Adun-Adun termasuk mereka (pakatan). Ini bukan duit wakil rakyat (tapi) duit untuk rakyat. Bagaimana ia disalurkan tetap kembali kepada rakyat,” katanya kepada Selangor Press.

“Dia (Azmin) baru sebut beri peruntukan kepada semua Adun termasuk BN tapi salur melalui apa? Pejabat daerah? Majlis daerah atau perbandaran? Atau macamana? Sama juga seperti (kerajaan) pusat salurkan ke perbendaharaan negeri atau terus ke agensi yang berkaitan.
“Yang penting tiada kawasan yang rakyatnya tidak terbela. Ini prinsip semula jadi. Semua amalkan jadi tidak ada apa istimewanya,’ katanya lagi.

Sumber dari Umno Selangor pula mengatakan ‘idea’ menteri besar menawarkan pemberian peruntukan kepada Adun-Adun BN Selangor seolah-olah cuba mewujudkan persepsi bahawa tiada penyaluran peruntukan oleh mana-mana kerajaan BN sama ada negeri yang diperintah BN atau persekutuan kepada Adun atau Ahli Parlimen pakatan.

Mengambil contoh, tabung Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia atau Marris, ia adalah peruntukan yang diberi oleh kerajaan persekutuan kepada negeri dan di Selangor setakat suku tahun 2014 jumlah terkumpul adalah sebanyak RM564.6 juta bagi pembangunan infrastruktur negeri termasuk jalan negeri, jalan bandaran, jalan perumahan murah, jalan kampung, jalan pertanian dan lorong belakang.

Bahkan kerajaan negeri pernah mencadangkan agar ia dikembangkan kepada penggunaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan jumlah dicadangkan adalah RM3 juta setiap Dun menjadikan jumlah keseluruhan cadangan sebanyak RM168 juta.
Perkara ini pernah dinyatakan bekas Exco Belia dan Sukan, Infrastrutur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dalam laporan portal rasmi kerajaan negeri Selangor bulan Februari menyebut, Ahmad Yunus sebagai berkata, cadangan peruntukan sebanyak RM500 ribu kepada setiap Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor akan diberi menjadikannya sebanyak RM4.5 juta.
Manakala peruntuntukan sebanyak RM156 juta akan disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), RM4 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan RM214.1 juta diberikan kepada PBT.

Ahmad Yunus yang juga Adun Pas Sijangkang turut berkata kuasa berbelanja tersebut diberi sepenuhnya kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua (YDP) PBT, Pegawai Daerah, Pengarah JKR dan Pengarah JPS.
Ahmad Yunus kini adalah Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor setelah berlaku rombakan akibat pertukaran menteri besar baru menyaksikan Tan Sri Khalid melepaskan jawatan itu kepada Azmin.

Selangor Press

2 ulasan:

  1. Mohon Allah perlihatkan niat azmin. Llu ikhlas...maka adun2 bn gunalah sebaik2nya utk kepentingan rakyat. Niat kita betul...tak perlu risau. Allah bersama orang yg benar dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati. Janji sama2 kita meryabatkan islam dan melayu... kita bersatu...mcm kaum tu parti je berbeza tapi hakikatnya mereka tetap bersatu.

    BalasPadam
  2. He..he.. gula-gula politik niiih ! Nak beri peruntukan mudah kepada pesaing pula, biar betul ! Jika ada pun, dari A sampai Z akan di siasat. Jka lulus sudah gerenti "bersyarat" di mana "nama" pembangkang mesti di paparkan! Ini lah andaian nya...

    Kerajaan Persekutuan sudah lama memberi kesejahteraan kepada pembangkang. Ada mereka berterimakasih ?

    Sekilas ikan di air...

    BalasPadam