Ahad, 23 November 2014

adakah umno bakal lenyap pru14 nanti? - anuar mohd nor

bagi penulis sekiranya barah tidak diubati, percayalah, makin parah dan semakin merebaklah barah itu sehingga ke usus, teguran demi teguran adalah kerana satu, diubah atau berubah, fikir dan fahami mengapa anak muda menjadi jelek dengan nama umno, ini realiti yang kita semua patut hadapi wahai rakan-rakan.

sebelum kita mengaku kalah pada pru14 nanti, adakah kita sanggup segalanya akan musnah dan hanya tinggal nama sahaja nanti? kita tak mampu lagi bangkit, kita tidak mampu lagi ke hadapan, kita sebagai pembangkang yang di tekan kiri dan kanan oleh pihak yang dah lama tunggu kita jatuh.

FIKIR, NILAI, JANGAN CEPAT MENGALAH DAN MELATAH!!

jatuhnya empayar melaka kerana pemimpinnya yang bobrok dan orang melayu terlalu ikutkan perasaan

umno parah menanti rebah - anuar mohd nor

Umno kritikal dan sekiranya tidak berubah akan di ubah. Umno hanya menang majoriti kecil dan hilang undi popular – ibarat telur di hujung tanduk – Umno gagal berbahasa dengan anak muda dan mungkin akan kalah PRU 14. Kenyataan yang ditulis di atas adalah pengukuhan gambaran kedudukan Umno di mata timbalan presiden Umno dan juga timbalan perdana menteri. Pandangan beliau dalam Utusan Malaysia boleh di baca di sini.

http://www.utusan.com.my/rencana/bangkit-atau-terima-padah-muhyiddin-1.27648

Benar, Tan Sri  – sejak keputusan PRU12 lagi, Umno sudah tahu Umno akan memasuki zaman edan. Setelah PRU12 dan keputusan PRU13, Umno/Barisan Nasional tidak menampakkan sebarang peningkatan malah kemelesetan dalam sokongan rakyat terhadap Umno/BN.

Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno mengulangi apa yang diketahui – kedudukan Umno di mata rakyat dan arah perjalanan Umno yang semakin berdepan dengan erosi sokongan. Banyak alasan ketewasan relatif Umno/BN dalam PRU12 dan PRU13 di utarakan.

Antara lain yang disebut adalah kegagalan mengurus persepsi dan membentuk persepsi. Media alternatif adalah punca kekalahan maka langkah drastik seterusnya untuk mendominasi kehadiran dalam media sosial dan alternatif.
Maka Umno menggalakkan lebih ramai partisipasi kalangan ahli untuk menubuhkan laman web dan terjun dalam media alternatif dan sosial untuk menangani dominasi pembangkang dalam sektor ini. Kita tidak perlu berkias – semua ada peruntukkan – kalau bukan Umno yang membayar, wang poket politikus dalam Umno – kepimpinan tertinggi dan separa tinggi akan menyempurnakan peruntukkan. Berpuluh konvensyen di adakah bagi tujuan ini – media sosial  dan peruntukkan berterbangan dalam memastikan dominasi ini berjaya.

Namun mereka bergerak dengan haluan masing-masing, cara masing-masing, semua timbul – menghentam pembangkang – masuk dalam alam maya untuk diiktiraf sebagai pejuang Umno.

Hentam sana – hentam sini – pendedahan – skandal kepimpinan – usaha membantai giat dengan berbagai-bagai laman wujud dengan harapan menjadi laman No 1 dengan peruntukkan tahap VVIP dikeluarkan. Walaubagaimanapun sehingga ke hari ini, Muhyiddin masih gusar melihat perkembangan Umno dan beliau sendiri mengakui kejayaan masih amat jauh lagi.

Umno masih dalam keadaan kritikal dan Umno secara jujur menunggu rebah. Ini semua kerana kepimpinan Umno dan ahli Umno masih tidak lagi faham kedudukan sebenarnya dan masih lagi tidak mengerti cara mana untuk meningkatkan kembali sokongan terhadap Umno.

Kita terjun dalam media alternatif – tanpa haluan – tanpa tahu bagaimana memanfaatkan segala yang diperuntukkan dan lebih-lebih lagi peneraju laman – laman sosial tidak berjiwa dalam melakukan kerja-kerja tersebut.

Bila Umno menggalakkan penyertaan dalam media sosial, ahli Umno dan penyokong Umno merempuh masuk dalam media alternatif, mereka terjun – tetapi akhirnya lemas dalam apa yang mereka lakukan. Umno tidak ada perencanaan tepat – tidak ada yang memastikan gerak kerja media sosial sepadan dengan gerakan pembangkang yang akhirnya nampak berjaya.

Umno – masih tersepit dalam gerakan membentuk persepsi dan menangani persepsi. Mereka yang dilantik menerajui perencanaan media sosial tidak faham dan masih alpa dalam apa yang mahu dilakukan.

Cuba Muhyiddin fikirkan keadaan dan hipotesis berikut :

Asas keluputan sebarang tindakan yang diambil adalah kerana kepimpinan sendiri tidak keluar dari kepompong dan hanya mendengar dari sekeliling mereka yang tidak faham dan tidak pernah ada pengalaman kecuali menjadi ahli politik dalam Umno untuk tujuan politik dengan budaya ortodoks politik dalam Umno.

Umno tidak pernah ada usaha untuk mengkaji secara terperinci – apa yang berlaku dalam senario kejayaan pembangkang dan tidak memahami langkah-langkah membentuk propaganda dan menangani propaganda pihak pembangkang. Media sosial kita semua seakan mahu bertindak seperti media arus perdana yang tidak akan mendapat sokongan rakyat baik pembangkang mahupun mereka yang tidak berparti.

Media sosial Umno lemah – tidak terarah dan tidak ada kepimpinan luaran melainkan politikus dalam Umno yang mentadbir sehingga mereka hanya berseronok membaca apa yang ada tetapi tidak memikirkan impak kepada pembaca dan sama ada dapat mendominasi pemikiran pembaca. Media sosial yang separa matang dan tidak dapat merumuskan arah yang mahu dicapai melainkan seronok dalam sirkulasi sendiri.

Umno perlu fikirkan semula dalam keadaan kita masih punyai waktu menjelang PRU14 – adakah sebenarnya 100% media sosial dapat diharap untuk membentuk persepsi baru, menjajah minda rakyat dan pembaca serta melakukan perubahan dalam senario politik negara? Apa pula dengan penyentuhan secara terus dengan rakyat – kumpulan kecil dan pelajar. Adakah sentuhan hanya melalui media sosial tanpa membawa ia ke realiti yang ada.

Umno dalam melihat sesuatu senario akan membuat kesimpulan ringkas – seperti penyertaan golongan muda, lalu berusaha memasukkan golongan muda dalam membantu meremajakan Umno. Adakah pernah kita fikir dalam pembangkang – golongan muda yang dikatakan wujud sebenarnya membawa aspirasi dan pemikiran golongan atasan – idea dan gambaran yang dibentuk kepimpinan politik mereka.

Adakah kita melakukan yang serupa? Adakah pernah kita fikir, apa yang ada pada golongan muda dalam daerah politik pembangkang adalah aspirasi dan pembentukan pemikiran yang diasaskan kepimpinan politik mereka dan mereka membawa idea ini untuk menjajah minda golongan remaja yang ada.

Umno gagal kerana Umno tidak pernah faham apa yang sebenarnya berlaku dalam sirkulasi pembangkang – bagaimana mereka membentuk dan menanam benih-benih baru untuk menjajah minda yang ada dengan konsep politik baru.

Mereka memupuk dengan kemas gerakan asal bukan Umno. Mereka merangkum idea partisipasi yang ada dengan gerakan perjuangan rakyat. Gerakan reformasi adalah bertenaga dan mereka kurang dengan gerakan menyentuh rakyat dengan hanya menghadirkan diri pada program berkhatan semata-mata.

Umno gagal kerana Umno hanya mendengar mereka yang tidak tahu tetapi bijak dalam menyampai yang baik pada senario yang tidak baik kepada pihak atasan. Umno terikat kepada suara politikus berkepentingan – tidak menyeluruh dalam memahami situasi dan tidak bertindak mengikut situasi. Kekurangan dalam memahami kehendak hari ini – kenapa ia terjadi dan bagaimana untuk mengatasi kemelut dan isu yang timbul gagal dilaksanakan.

Mungkin Muhyiddin perlu sendiri melihat apa yang sebenarnya berlaku – mendengar dan menggerakkan, kerana dalam Umno – yang lain hanya menunggu – mendengar lagu lapuk cara dan bagaimana mahu bertindak – masih terkurung dalam minda ortodoks dalam melakukan perubahan.

Jelas, kenyataan dan apa yang dikatakan Muhyiddin dalam wawancara dengan Utusan Malaysia menunjukkan Umno masih terkebil-kebil dalam mencari-cari jawapan kepada erosi sokongan terhadap Umno. Mungkin Muhyiddin perlu cari jawapan di luar kongkongan minda politikus Umno itu sendiri. – 23 November, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

malaysian insider

7 ulasan:

  1. As a sarawakian, i still believe najib has to be realistic about leading umno. He is no longer relevant and should pass the baton to muhyiddin. There is no 2 way about it.

    BalasPadam
  2. YAB PM kita ni org.nya sangat lemah-lembut (spt. Almarhum bapanya, BAPA KEMERDEKAAN tercinta kita, Almarhum Tun Abd. Razak b, Hussein) - malangnya KEDAJALAN politik si MUSUH ISLAM/Melayu, semakin amat agresif-ala-PENGGANAS; dan malangnya juga, beliau dikelilingi si DALANG-DUA-MUKA-LIBERAL yg. amat TAMAK kuasa dan kemewahan anak-beranak depa!

    Tengoklah, si mamat-kari-LIBERAL-si LAWAK-pakai-stokin-PINK-dan-kaki-ZUMBA/BERDRAMA-kalah-BOLLYWOOD ini asyik diPUJA BARUA-BARUAnya termasuk si PENDATANG KAPIRDAJAL EvangeliSStar utk. menjadi bakal TPM, kemudian PM - habislah HANCOQ NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang kita ni!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  3. YAB PM kita ni org.nya sangat lemah-lembut (spt. Almarhum bapanya, BAPA KEMERDEKAAN tercinta kita, Almarhum Tun Abd. Razak Hussein) - malangnya KEDAJALAN politik si MUSUH ISLAM/Melayu, semakin amat agresif-ala-PENGGANAS; dan malangnya juga, beliau dikelilingi si DALANG-DUA-MUKA-LIBERAL yg. amat TAMAK kuasa dan kemewahan anak-beranak depa!

    Tengoklah, si mamat-kari-LIBERAL-si LAWAK-pakai-stokin-PINK-dan-kaki-ZUMBA/BERDRAMA-kalah-BOLLYWOOD ini asyik diPUJA BARUA-BARUAnya termasuk si PENDATANG KAPIRDAJAL EvangeliSStar utk. menjadi bakal TPM, kemudian PM - habislah HANCOQ NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang kita ni!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  4. Mahathir juga lemah lembut tapi tegas dalam tindakan. Sebab itu orang luar tak berani. Percayalah jika najib masih jadi pemimpin umno, jangan harap melayu dan isalam akan menerajui malaysia.....Sedarlah wahai melayu muslim

    BalasPadam
  5. Ini bukan salah Najib. Tetapi ia bermula daripada pemerintahan Abdullah Bodohwi. Terlalu berlembut & mendengar pembangkang. Ada faham ?

    BalasPadam
  6. Anon 9.57....kalau betul salah paklah naper tak di buat correction? Pastu pulak lebih lembut dan teruk dari paklah.....

    If you are a supporter of najib.....sorry bro.....lets face the fact that muslim malays are not going to rule this country. I bet

    BalasPadam