Selasa, 25 November 2014

ADUN BN TOLAK BAJET GULA-GULA PAKATAN RAKYAT

ada sebab adun bn menolak, ini berkisar integriti dan ketelusan dan adakah pembahagian untuk mengula-gulakan adun bn.

dikala adun PR kenyang sokmo dengan peruntukan sehingga rm700k seorang, perbezaan amat ketara, nak bagi biar adil, sebagaimana kerajaan bn (pemerintah) berikan kepada pembangkang (pr)

adun bn bukan kebulur pun peruntukan itu walau ada mulut-mulut halus dok cakap azmin buat untuk perpaduan politik, mungkin ya itu untuk profesional politik, tetapi keadaan sebenar itu ramai tak faham.


SHAH ALAM — Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN menolak cadangan peruntukan RM200 ribu kepada mereka seperti cadangan Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin Ali, dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2015 kelmarin.

Menyifatkan pemberian tersebut sebagai ‘tidak ikhlas’, Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Shamsuddin Lias mempertikaikan jumlah ditawar kepada Adun-Adun pembangkang dengan Adun-Adun pakatan berbeza setengah juta.

“Apa bezanya dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700 ribu. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi (jumlah) sama. Kalau nak bagi, bagi (jumlah) sama. Itu baru namanya adil.

“Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya, keadilan” katanya apabila ditanya di ruang lobi Dewan Annex, sebentar tadi.

Terdahulu, pertikaman lidah berlaku di dalam dewan apabila Adun Dap Sungai Pinang Teng Chang Kim mempertikaikan penolakan cadangan peruntukan RM200 ribu kepada Adun-Adun BN Selangor oleh Shamsuddin selaku ketua pembangkang.

“Saya nak tanya ketua pembangkang, kalau peruntukan untuk rakyat dalam kawasan Dun pembangkang ditolak, kenapa kereta rasmi pula diterima?” persoal Teng.

Shamsuddin yang tersinggung dengan soalan Teng membalas dengan nada keras.

“Saya tak minta (kereta) itu. Ia diputuskan pada masa lepas. Jangan diungkit-ungkitlah. Saya nak jelaskan pasal kereta rasmi. Kereta ini diluluskan zaman mantan menteri besar yang lalu (Tan Sri Khalid Ibrahim). Saya rasa macam tak ikhlas saja. Kalau nak diungkit perkara ini, ambil balik. Saya pun tak perlu itu,” balas Shamsuddin di dalam dewan.

Shamsuddin menyifatkan laporan meluas media berkenaan serahan kunci kereta baru kelmarin sebagai satu langkah populariti yang cuba diraih Azmin setelah menjadi menteri besar baru.

“Lembu punya susu, sapi dapat nama,” kata Shamsuddin di luar dewan apabila diminta ulas oleh wartawan.

“Ini tak sepatutnya berbangkit. Ia berbangkit pun kerana semalam menteri besar yang bagi. Inilah yang dikata lembu punya susu, sapi dapat nama.

“Peruntukan pada ketua pembangkang (termasuk kereta rasmi) telah diberi masa mantan menteri besar lagi. Dia (Khalid Ibrahim) beri kereta lama, sebab kereta baru tak sampai lagi.

“Selama ini saya dah bawa ke hulu ke hilir kereta lama. Bila kereta baru sampai, dia (Azmin) serah pada saya. Dia ambil publisiti.

“Tak sepatutnya perkara ini timbul. Dalam dewan tadi diungkit. Ungkit sebab kami (Adun-Adun BN) tolak peruntukan RM200 ribu. Kalau nak ungkit sangat, ambillah (kereta rasmi)”, kata Shamsuddin.

Kelmarin, Selangor Press dimaklumkan oleh Adun BN Sungai Panjang Budiman Zohdi bahawa mereka belum lagi membincangkan sama ada mahu terima atau tidak cadangan peruntukan RM200 ribu kepada Adun-Adun BN Selangor.

Budiman menempelak bajet negeri dengan menganggap ia sebagai ‘bajet gula-gula’.

selangor press

2 ulasan:

  1. Mencadangkan semua blogger Pro UMNO meng'grayscale' kan blog masing-masing sepanjang PAU ini sebagai tanda protes!

    BalasPadam
  2. TERBAAIIK. Bijak lah berpolitik ! Bijak lah menyanggah ! Bijak lah mengambil hati-hati pengundi.

    Silap sikit, rating Azmin di naikkan dengan menerima kemudahan untuk " Ketua Pembangkang" baru-baru ini.

    Harap "tengok" di belakang Azmin, siapa ? Umpama memandu kenderaan, kita kena lihat dua kereta mendahului di hadapan, baru kita boleh memandu dengan berhemah. Baru boleh mengagak demi keselamatan kita dan yang kita bawa.

    Jika di hadapan pemandu "buta" , ambil jalan selamat memotong...

    BalasPadam