Rabu, 5 November 2014

azmin dan permainannya, pemimpin umno selangor jangan terperangkap!!


ilmu azmin dengan cara politik propaganda sememangnya diketahui oleh dikalangan parti pkr sendiri amat licik dan berstrategis, dari isu lobi menteri besar sehingga taktikal ala jokowi diamalkan oleh azmin, seharusnya pemahaman kita tidak terjerumus memuji seadanya dahulu.


cuba lihat apa azmin buat... inilah cara propaganda yang yb budiman katakan manipulasi minda dengan cara halus, iaitu jadi rakyat marhein, turun padang sampai mengadap selut di sawah, turun ke longkang tengok kot-kot ada sampah..


sebenarnya peranan dia hanyalah untuk mengkaburi mata dikalangan rakyat yang tidak faham new politic, kita sendiri ternganga dengan coraknya. katanya azmin ni lagi kuat salamnya terhadap bn, azmin faham, kuasa melayu harus diperkuatkan,mungkin.

katanya projek highway kidex tetap diteruskan walau dap paling lantang menolak projek ini, kata dap, projek ini hanya untuk kroni umno, azmin tak peduli, dia tetap teruskan.

kata ds noh omar kepada azmin, jangan jadi hipokrit kerana dahulu pakatan rakyat terutama dap amat membantah projek ini..


nampaknya azmin dah langgar pantang ni, hehe.. tapi dengan tetiba tony pua pun setuju, keh keh.. gila politik "dark side" pkr ni..


azmin nak tunggu keputusan best esok ini, kalau bang non masuk penjara, inilah masanya azmin bermaharajalela... yiihaaaa... dap dah dapat projek jeti di skinchan, juta juta dapat beb!!

ps: dap di selangor bakal di sailang secara halus, azmin merancang dengan rapi. ini bukan ceritera, kita tunggu dan lihat game plannya, walau nampak konon persepsi, caranya licik untuk mengaburi dap, hehe..

4 ulasan:

  1. Rakyat selangor apa cerita? bila baca hal politik selangor yang penuh dengan drama dan konspirasi tikam menikam belakang dan depan terasa seolah negeri selangor tak ada rakyat.

    Kosong.

    Adakah rakyat selangor tak layak menjadi hakim?

    Atau adakah rakyat selangor tak ada suara dan kuasa?

    (rakyat selangor = rakyat jati tok nenek moyang asal selangor, bukan rakyat negeri lain yang cari makan di selangor, beli rumah di selangor dan membawa sekali fahaman dari negeri asal, seperti yang terdapat di shah alam)

    BalasPadam
  2. Jika Pakatan boleh mengiktiraf rakyat menjadi hakim, rakyat berkuasa penuh, rakyat mempunyai hak untuk bersuara dijalanan dan mengetepikan keputusan makhamah atau PRU sudah tentu rakyat selangor boleh melakukan sesuatu.

    Menghairankan apabila rakyat selangor boleh hidup tenang dengan krisis ciptaan sendiri kerajaan negeri.

    Ajaib.

    BalasPadam
  3. Umno masih wujud ke di Selangor?

    BalasPadam