Khamis, 6 November 2014

gelombang media bn dan pr balun ds noh kerana sabotaj dalaman?


sejak konvensyen umno selangor sabtu lepas jangkaan awal diibaratkan penyatuan semula umno selangor, tetapi sebaliknya berlaku kerana mainan media tak kisah dari pr atau bn dalam memberi gambaran salah perkara yang berlaku.

sebenarnya konvensyen umno selangor sikit demi sedikit dapat memberi impak dalam memperbaiki kelemahan parti, ya memang tersangat sedar keadaan semasa di selangor bukanlah berpihak kepada umno, tetapi hakikat undi orang melayu pada pru 13 lepas kalau diikut peratusan masih lagi memihak kepada umno, cuma peratus undi cina dan india sememangnya tidak dapat memberi impak yang baik buat bn.

sebabnya di selangor ini peratusan orang melayu 55% sahaja, 45% adalah kaum lain, itu hakikat, di selangor harap undi melayu sahaja takkan kemana, jadi sepatutnya kita didalam parti bersama dalam penyatuan dalam mengukuhkan parti, bukan menjahanamkan parti.

asal tak kena balun, tikam, henyak, lunyai, dalam perang sebenar, kita tidak ikut strategi dan peranan general, alamatnya belum isi peluru dah kena sniper, bukan setakat sniper, malah yang kena tu bukan kita sorang, malah seluruh batallion kena dengan bom jarak jauh yang tepat kepada kita


ada ura-ura mendesak letak jawatan lah, inilah, cara warlord sebegini amat berbahaya, sama juga desakan nak suruh ds najib meletak jawatan, sudahlah kerja kita tak bersama-sama, tetapi kita pula seronok buatkan hal "demage" yang teruk melanda parti kita, dah macam budak-budak.

TEGURAN PM KITA AMBIL SEBAGAI ALUNAN POSITIF

AKAR UMBI TIDAK PUAS HATI BERBINCANGLAH CARA PROFESIONAL

KITA DALAM PERTEMPURAN KITA PERLU BERPERANG DENGAN MUSUH BUKAN DENGAN ASKAR SENDIRI.

KEROSAKAN KITA BETULKAN SAMA-SAMA.

PEMIKIRAN MELAYU LAMA KITA BUANGKAN, HASAD DENGKI, KHIANAT DAN MACAM-MACAM TU SIMPAN DALAM TONG SAMPAH.

ps: penulis selaku blogger jalanan yang kecil macam kuman, kita kuat kerana bersatu, kita roboh kerana kita bergolak, ego kita takkan kemana, silap dan pembaikan buatlah sama-sama, bukan menuding jari, saat kritikal bukan perkara mudah, tetapi perkara ini haruslah difikirkan dalam-dalam menghadapinya.

maaf!! menyokong tidak sama dengan menjilat!!

4 ulasan:

  1. beri lah golongan muda pula peluang untuk menggerakkan umno, tak lebih dari 45 tahun untuk memimpin umno. mempunyai kelayakan dan kebolehan, mem punyai latarbelakang agama,sedia berkhidmat turun padang 24 jam untuk rakyat dari masalah kecil hingga bencana alam dah terpacak di tempat kejadian.

    Yang ada pemimpin umno selangor sekarang nie semuanya temban temban sihat sihat belaka , nampak sungguh hodohnya poltik itu 100% persepsi manakala 100% lagi gerak kerja. tak ada kompromi.

    BalasPadam
  2. Noh Omar x tau ke apesal rakyat Selangor tolak BN?

    BalasPadam
  3. masa ds noh jadi timbalan menteri pun dah tak senonoh dalam mengendalikan hal yang berkaitan. sombong bila jumpa orang bawah, tunjuk hebat kerana yb timbalan menteri ketika itu. so apatah lagi bila disangka hebat untuk memimpin umno selangor. tak pasti la sama ada umno selangor bertambah kuat atau lemah. yg pasti penyokong pr semakin kuat.

    sebelum pru 13. dengar macam guruh bunyi kekuatan umno selangor. tapi bila pru. nampak macam tak betul jer beritanya. apa yang didengar dan apa yang dilihat

    BalasPadam
  4. amno selangor kuat tidur & malas!
    badan pun montel-montel belaka.. makan special so otak pun jadi blurr!!

    BalasPadam