Sabtu, 29 November 2014

kalau nak bodek rosmah mansur tak perlulah hentam dan hina blogger umno !!

Faham anda tu belajar di luar negara wahai farhana, setakat bangga dengan kelulusan di luar negara, hanya kerana anda didalam kelab elit umno, kelab umno luar negara (KULN), berani pula menyanggah peranan blogger pro BN dalam perang alam cyber.

Malah kata kamu, mengapa blogger  umno tidak "defend" langsung rosmah mansur ketika pelbagai serangan kotor oleh media pembangkang.

Jawapan penulis hanya 1, apa pula peranan kelab elit (KULN), farhana terutamanya dalam menyanggah isu untuk men"defend" rosmah itu  sendiri? Hanya dapat layanan bak VIP ketika Perhimpunan Agong Umno tiap-tiap tahun, keluar pandangan, setelah itu hanya mampu menghentam blogger umno?

Tahukah anda, yang blogger umno bagai gelandangan untuk menangkis pelbagai isu dan menyerang bagai komando terhadap media PR? Tahukah anda yang gerak kerja ramai blogger umno sanggup tak tido malam dalam menulis artikel demi BN dan bukan nak defend rosmah semata-mata.

Tahukah anda yang rosmah juga berperanan memberi bola tanggung modal paling best untuk pembangkang untuk impak negatif terhadap bn atas dasar sikap isteri pm itu sendiri yang tidak berubah (selalu menonjolkan diri).

Tahukah farhana dikalangan blogger umno bermati-matian untuk menjadi benteng umno dan ramai diantara mereka hanyalah blogger yang tidak di bayar, mereka fisabilillah mempertahankan umno dan BN bukan rosmah. Faham tak?

Lainlah dikalangan mereka yang didalam kelab (KULN) termasuk kamu farhana mendapat layanan istimewa bak VIP oleh umno kerana kamu dan segerombolan ahli kelab elit tu hanya pandai cakap, cakap dan cakap, kamu sendiri apa peranan kamu dalam membantu BN?

Buat farhana anda perlu minta maaf... atau kamu nak bodek rosmah mansur?

ps: kerana mulut badan binasa yeop, ramai panas hati ni.

12 ulasan:

  1. Alahai tuan blogger..takkan lah tak paham paham fungsi PAU saban tahun..bodek membodek, shoping shoping, tayang kereta, bertepuk tgn selang 5 minit presiden berucap..macam biasa laa..

    BalasPadam
  2. BUDAK-MENTAH- belajaq luar negeri mcm seolah macm. Budak-rekrut-si mamat-kari-ZUMBA-graduan-oxPOT - ingat depa lebih hebat dari semua! kalau inilah jenis pemimpin masa depan - HANCOQ teruslah UMNO!

    Itulah masa Konvensyen, si muda-mudi-LIBERAL Putera-Puteri UMNO sibuk nak BERLAKON-kalah-BOLLYWOOD - MEMUAKkan betul! Lepas tu sewenangnya TAK nak BERTANGGUBJAWAB di atas KEGAGALAN pucuk pimpinan si puak LIBERAL ni; tapi bukan main ala-"revolusi anak/muda Arab Spring-tajaan FcBk-yg. kepunyaan si ZIONIS-JAHANAM”, nak MENYALAHkan pemimpin lama/lebih TUA/warga emas pula! Dan juga baru setahun jagung; serta ada yg. tak BERMORAL, tapi dok ingat sewenangnya nak RAMPAS kuasa termasuk nakkan jawatan-ala-keretapi-EKSPRES dlm. UMNO/JPA/GLC sesuka hati; seolah pemimpin yg. lebih lama/tua dan matang, dah TAK berguna; kolotlah dan tidak perlu dihargai! Itukah cara mereka MELAYAN mak-bapak/tok-nenek depa?!

    Sedgkan PEJUANG/PEJUANG TULEN Islam/Melayu dari NGO-NGO serta blogger-blogger media sosial-pro UMNO yg. asyik dituduh si-Pemuda/Pemudi-LIBERAL ni sbg. ‘radikal/ekstremis/berhaluan kanan’ mahupun 'pembodek'lah pula sekrg. - yg. BERSUSAH-PAYAH ke hulu-ke hilir- termasuk- sosial media-dgn.-TANGKAS, termasuk pemimpin/individu pertengahan umur/TUA, yg. MEMPERTAHANkan dgn. amat BERANI dan LANTANG, ISLAM/umatnya serta hak BUMIPUTERA selama ni!

    Sedangkan si puak muda-LIBERAL yg. KONONnya “generasi-proaktif-X/Y-DIGITAL“ dan menabik dada-dgn-angkuh “I-moden/moderat jenis liberal-tau you“ terus TIDOQ/BERZUMBA/BERGLAMER mcm. biasa, bila ejen-ejen si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan TUAN Barat-Zionisnya, terus MENYERANG bertubi-tubi ISLAM/umatnya yg. termasuk Kesultanan Melayu kita serta hak Bumiputera, kat sosial media!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    BalasPadam
  3. Sedgkan PEJUANG/PEJUANG TULEN Islam/Melayu dari NGO-NGO serta blogger-blogger media sosial-pro UMNO yg. asyik dituduh si-Pemuda/Pemudi-LIBERAL ni sbg. ‘radikal/ekstremis/berhaluan kanan’ mahupun ’lembap‘ pula sekrg. - yg. BERSUSAH-PAYAH ke hulu-ke hilir- termasuk- sosial media-dgn.-TANGKAS, termasuk pemimpin/individu pertengahan umur/TUA, yg. MEMPERTAHANkan dgn. amat BERANI dan LANTANG, ISLAM/umatnya serta hak BUMIPUTERA selama ni!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    BalasPadam
  4. PEMBETULAN: (perenggan ke-4)

    Sedg.kan PEJUANG/PEJUANG TULEN Islam/Melayu dari NGO-NGO serta blogger-blogger media sosial-pro UMNO yg. asyik dituduh si-Pemuda/Pemudi-LIBERAL ni sbg. ‘radikal/ekstremis/berhaluan kanan’ mahupun ’lembap‘ pula sekrg. - yg. BERSUSAH-PAYAH ke hulu-ke hilir- termasuk- sosial media-dgn.-TANGKAS, termasuk pemimpin/individu pertengahan umur/TUA, yg. MEMPERTAHANkan dgn. amat BERANI dan LANTANG, ISLAM/umatnya serta hak BUMIPUTERA selama ni!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    BalasPadam
  5. minta kerja tu. abis belajar dapat kerja ampu rosmah. nak bela rosmah apa kejadahnya. rosmah bukan pemimpin umno, hanya isteri presiden umno, ah jib gor. kalu isteri dok rajin menonjolkan diri kat tempat kerja laki, habis la orang kutuk. biasa la tu. kalu tak caya, nanti bila kawin, pi la kacau kerja laki kat tempat kerja dia, lihat apa yang orang akan cakap.

    BalasPadam
  6. Kita minta pemimpin berjiwa besar, terima kritikan, tapi bila blogger ditegur, mulalah tunjuk jiwa mereka yang kecil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Janganlah buka pekung di dada

      Padam
    2. Tegur dan bodek mana lebih mulia.....

      Padam
  7. Realiti...spe pn tau. Majoriti org umno... xkisah pn sgt psl rosmah. Bkn blogger je... majoriti ahli umno. Betul ckp abg td...kdg2 dia bgi bola tanggung free kt pembangkang...semua org tau. Ni bkn psl soal kecil hati ke...tpi seolah2 menidakkn jasa blogger2 umno dan teguran tu dibuat dlm satu majlis besar. In fact...tak perlu pn buat teguran buang masa tu. Sya bkn blogger...tpi sya turut sokong teguran spt itu x perlu langsung dibuat. Ade bnyk lgi isu besar perlu diketengahkn.

    BalasPadam
  8. TEGURAN yg. MENIPU - jadi mana nak boleh diterima blogger pro-UMNO yg. BERSUSAH PAYAH selama ni sedgkan si anak-muda-LIBERAL terus syok-sendiri-nak-RAMPAS-KUASA! Kerja susah - tak nak buat!

    BalasPadam
  9. inilah buktinya dimana nafsu dan akal melayu !

    blogger menghentam dan mendedahkan apa saja yg mereka rasa salah , terutama blogger bebas , kalau dengan pembangkang mereka hentam terang-terang dan berani serta keras .
    tetapi kalau ianya berkaitan dengan orang umno, mereka biasanya hanya kaan berkias atau pantun seloka , hanya mereka yang faham maksud ayat dan dengan siapa ditujukan, kalaua da pun yg faham tak berapa sanggat ..

    malangnya, apabila mereka disentuh, maka akan keluarlah segala pencak dan langkah serta dalil , langkah pendekar dan silat membunuh pun keluar,
    pendekata, inilah sifat melayu sebenar, kalau dengan sesama melayu hebat berani dan garang bukan main, tetapi kalau bangsa lain seperti cina dan india , melayu tak kemana pun beraninya !

    apalah salah jumpa budak farhana itu secara direct face to face , sambil minum kopi tanyalah dia apa maksud sebenar yg dia nak sampaikan , tanya dengan siapa dan kenapa dia cakap demikian,
    ternyata , samada kamu seorang blogger yang hebat merisik dan mengehentam PR , samada kamu blogger pro umno atau bukan , dibayar atau tidak, kamu sama sahaja , kerana penyakit tradisi melayu itu memang sebati dengan kamu !

    BalasPadam
  10. sememangnya Rosmah WAJIB berubah , Rosmah wajib diubah dan Rosmah wajib mengubah segala perangai dan penyakit yang dia tunjuk selama ini kepada semua ahli umno terutama juga kepada rakyat Malaysia .

    malangnya si Rosmah Mansur tidak mahu dengar, tidak mahu ikut dan tidak setuju dengan segala suara2 yg dia dengar , bukanya dia pekak , bukan juga Rosmah buta , sememangnya Rosmah tahu ..dia dengar dan dia sedar segala suara -suara itu ,
    tetapi ..kerana dia ego, dia bongkak, rasa diri first lady , kerana dia bini Najib si PM negara , dia buat dono dan persetan segalanya.

    apabila blogger tak bela, bukan bermakna blogger tak suka atau benci, kalaupun blogger marah dan benci ..bukan kepada tubuh batang badan Rosmah , tetapi kepada sikap dan perangai Rosmah ,

    Rosmah adalah liabiliti kepada Najib , Rosmah adalah modal kepada PR mencari segala kelemahan dan modal utama kepada timbulnya rasa jijik , rasa muak generasi muda kepada UMNO ,

    BalasPadam