Khamis, 6 November 2014

KIDEX MEMBUKTIKAN AZMIN CAKAP SERUPA LONGKANG - SAMM


Maka Apa Bedanya PR dan BN?

Selama sepuluh bulan yang lepas ini masyarakat terutamanya rakyat negeri Selangor telah dikelirukan dengan sungguh dahsyat sekali. Pelbagai tuduhan dikemukakan melibatkan isu pembinaan lebuhraya KIDEX. Umum mengetahui antara sebab utama Tan Sri Khalid Ibrahim digulingkan adalah kerana membenarkan pembinaan lebuhraya KIDEX.

Dikatakan bahawa projek KIDEX ini ditolak oleh seluruh rakyat Selangor terutamanya oleh penduduk di kawasan jajaran lebuhraya ini dan bertentangan dengan manifesto PR. Lebih parah, Rafizi Ramli terus memukul gendang memulakan acara menjelajah ke seluruh pelosok negara kononnya ini merupakan projek UMNO maka Tan Sri Khalid Ibrahim ini merupakan individu yang dipertikai kredibilitinya. Tidak ketinggalan Tony Pua turut sama memalu gendang.

Namun, hanya sebulan selepas pertukaran Menteri Besar, perkara ini telah menjadi sebaliknya. Kini Azmin Ali, Menteri Besar baharu telah mengatakan bahawa projek ini akan diteruskan. Disokong pula oleh Tony Pua.

Belum pun lebih sebulan Menteri Besar "terjah" ini memegang kuasa, belangnya sudah mula terpamer. Kata-kata menolak KIDEX dan kononnya bersama dengan penduduk di kawasan terbabit rupanya kekal adalab retorik untuk melangkah ke kerusi Menteri Besar semata-mata. Bukanlah keikhlasan untuk memperjuangkan hak rakyat.

Hipokrasi Menteri Besar terjah ini bukan hanya terungkai di dalam isu KIDEX sahaja. Tetapi juga dalam isu bekalan air Selangor. Satu lagi putar alam apabila kini mengatakan tidak akan membatalkan perjanjian tersebut supaya rakyat Selangor mempunyai bekalan air yang cukup di masa depan.

Kesemua ini adalah hujah yang telah diutarakan oleh Khalid Ibrahim sewaktu mempertahankan dirinya sebelum ini. Kini, sedikit demi sedikit segala isu terungkai sendiri. Rupanya segala cerita sebelum ini adalah imaginasi yang direkayasa oleh Rafizi Ramli dan pasukannya.

Mengapakah satu pembohongan yang nyata dicipta oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan agenda reformasi? Kononnya parti ini menolak politik fitnah tetapi sebaliknya begitu ghairah melakukannya untuk membunuh karakter politik terhadap individu yang tidak sehaluan dengan mereka.

Apa yang jelas rakyat Selangor telah disongsangkan oleh 3 orang badut politik - Azmin, Rafizi dan Tony Pua. Maka, apakah bedanya PR dan BN?

Asrul Nizam Abd Jalil
Penyelaras SAMM Kebangsaan
6 Nov 2014

6 ulasan:

  1. Apa bezanya PR dengan BN????

    BN takde angkatan2 BODOH macam SAMM....itulah bezanya!

    BalasPadam
  2. pasal kata nak kaji balik(kembali pada asal) elaun/gaji embee, speaker, timbalan speaker dan exco PR pun cakap serupa longkang jugak lah kan

    BalasPadam
  3. apa ni korang suka nyakat embee selangor ni...
    ...cer korang tengok ada tak embee sebelum ni masuk longkang, panjat lori sampah? Ade tak !?? ... cer bangangkan kalau embee baru ni menang & perintah Malaysia.... agaknya berenang kat loji taik IWK.... tentu BN jelezz masa tu....

    BalasPadam
  4. Jika setakat nak masuk longkang, panjat pokok, masuk lubuk taik, korek pasir, jilat sampah, anjing, kera, kura-kura, lalat dan langau pun boleh.

    Sandiwara, Opera, Mak Yong seorang MB Pakatan Rakyat. Harta bertimbun-timbun, saham bini berkepok-kepok semasa intim dengan Bos dulu, kenapa tak diheboh sekali. Dasar hipokrit.

    BalasPadam
  5. samm mnjilat tahik sndiri.

    BalasPadam