Selasa, 11 November 2014

PAS DAN DAP YANG SEMAKIN TIDAK MESRA DALAM PAKATAN, REBAH MENANTI BELAH?

katanya pas memang pendam perasaan tersangat-sangat dengan dap, sebab dap terlampau berlagak dan angkuh sebab kononnya mereka dominan dalam pakatan, apa semua mereka nak salahkan pas, tapi salah dap mereka simpan dalam spender.

sebenarnya dap nak sangat pas keluar dari pakatan jadinya bolehlah pasma diwujudkan dan mungkin agenda nak memerintah malaysia pada pru14 nanti tercapai sebabnya sekiranya pas keluar dari pakatan, maka perpecahan parti milik orang melayu amatlah kritikal, dah ada 4 parti, kalaulah ini terjadi, maka malaysia bakal di singapurakan oleh dap, mereka ketawa berdekah-dekah sebab kerana melayu sudah berpecah dengan teruk akibat fahaman politik.


KUALA LUMPUR: Pertelingkahan antara Dap dan Pas dijangka akan terus membusuk apabila kepimpinan kedua-dua buah parti itu dilihat masih lagi terus berbalas kenyataan mengkritik dan ungkit mengungkit antara satu sama lain, demikian jelas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique.

Terbaru, Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke saling berbalas kenyataan berhubung ketidakhadiran Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Rakyat baru-baru ini.

Perkembangan ini menurut beliau, memperlihatkan bahawa Pas dan Dap ternyata sudah tidak lagi sehaluan apabila kedua-dua kepimpinan parti itu kini saling ungkit mengungkit dalam beberapa isu termasuk sikap dan pendirian parti masing-masing termasuk dalam isu kemelut MB Selangor baru-baru ini.

"Berdasarkan perkembangan pertelingkahan antara Dap dan Pas sehingga hari ini masih lagi tidak selesai, saya jangka bahawa persepakatan antara parti Pakatan Pembangkang mungkin tidak akan kekal lama. Ini memandangkan baru-baru ini, Dap juga membuat kenyataan bahawa parti itu tidak akan terjejas sekiranya mereka keluar dari pakatan pembangkang.

"Sebelum ini, lagu yang sama juga didendangkan oleh Pas apabila sudah wujud desakan di peringkat akar umbi agar Pas tidak lagi bekerjasama dengan Dap dan PKR. Dan PKR pula saya lihat tidak mampu untuk berbuat apa-apa di dalam kemelut ini memandangkan mereka juga sedang pening kepala dengan isu Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar yang sedang menghadapi kes liwat keduanya sekarang ini.

"Dan hilangnya pengaruh Anwar terhadap kedua-dua parti ini juga bagi saya merupakan salah satu punca terbesar di mana pertelingkahan dan perselisihan faham antara Pas dan Dap ini mungkin akan terus berlarutan dan akhirnya akan mengakibatkan parti-parti di dalam pakatan pembangkang akan membawa haluan masing-masing," ujarnya dalam laporan UMNO-Online yang dipetik di sini pada Isnin.

Tambah Zainal lagi, perkara ini bukan mustahil kerana ia pernah terjadi sebelum ini di mana Dap mengambil keputusan untuk keluar daripada pakatan pembangkang yang diberi nama Barisan Alternatif pada tahun 2001.

"Sememangnya sejak dari dulu lagi Pas dan Dap tidak pernah sehaluan. Kedua-dua buah parti ini seringkali bertelagah dan berbalah sesama sendiri berikutan pendirian dan ideologi politik mereka yang amat berbeza seperti langit dan bumi.

"Namun Anwar akhirnya berjaya memujuk kedua-dua buah parti ini untuk sekali lagi bergabung di dalam pakatan pembangkang dengan alasan hanya dengan gabungan ini, BN dapat ditewaskan.

"Namun dalam PRU ke 13 akhirnya membuktikan bahawa BN masih teguh dan kemenangan BN ini sebenarnya telah mengundang kekecewaan yang mendalam terhadap kepimpinan Dap dan Pas, manakala dengan sendirinya reputasi Anwar sudah tercalar dan kepercayaan mereka terhadap Anwar juga sudah mulai goyah," jelasnya.

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat di negara ini tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pakatan pembangkang di mana persepakatan di antara parti itu amat rapuh dan amat berisiko tinggi sekiranya ketiga-tiga parti ini diberikan amanah untuk mentadbir negara.
"Kita boleh lihat apa kemajuan dan pembelaan terhadap rakyat di semua negeri yang berada di bawah pimpinan pakatan pembangkang. Di Selangor, akibat terlalu berpolitik akhirnya berlaku krisis air dan rakyat juga yang menjadi mangsa. Dalam masa yang sama, isu sampah dan lain-lain masih tidak dapat diselesaikan.

"Begitu juga dengan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Dap yang langsung tidak mempedulikan nasib rakyat miskin dan berpendapatan sederhana di negeri itu. Mereka hanya mementing satu golongan manakala golongan miskin, peniaga kecil dipinggirkan.

"Manakala di Kelantan, sepanjang 22 tahun pemerintahan Pas, Kelantan tetap seperti itu dan tidak ada kemajuan dan pembangunan yang ketara yang kita boleh lihat sepanjang kerajaan Pas memerintah di Kelantan. Jangan perjudikan masa depan anak cucu kita dengan memberikan amanah kepada mereka yang tidak layak," akhiri beliau.

sumber astro awani

1 ulasan:

  1. Perhatikan kedua2 bendera tu...

    Bendera DAP ada Roket Kominis naik Bulan...

    Bendera Pas pulak Bulan osong takde benda serupa Otak Orang2 PAS!!!

    Wahkahkahkahkahkahkahkah...

    BalasPadam