Selasa, 18 November 2014

UNTUK APA SALAHKAN INDIVIDU SEKIRANYA KERJASAMA BERPASUKAN MEREKA LACURKAN!!


inilah hakikat sekiranya perihal pengkiritik dan pembenci tanpa usul periksa yang kerap kali membalun noh dan tidak sedikit pun memberi idea dan perihal positif untuk kebaikan umno selangor, sekiranya benar noh bakal ditukarkan, sememangnya tertanya, siapa yang paling layak menjadi general yang berani, kuat kerja, malah mampu berlawan hujah di sidang dun selangor nanti?

boleh bagi nama-nama yang paling mustajab untuk mengembalikan roh umno selangor? tetapi sekiranya ada calon pilihan pm sendiri nanti, saya selaku penulis, amat berendah hati menyokong penuh, tetapi, perihal umno selangor ini bukan dilihat hanya kesalahan individu, malah pasukan yang tidak mengikut arahan, yang berlagak hebat tidak langsung menghormati general, inilah realiti di selangor, masing-masing ada agenda, tikam menikam, simbah-menyimbah sampai kuyup organisasi.

inilah permasalahan umno selangor yang sepatutnya bersama-sama berganding bahu menaikkan semangat akar umbi, pru14 tak lama lagi. buat haters-haters noh omar, kritikan dan kebencian tu kalau dizahirkan dengan bukti rasanya ok lagi, ini setakat persepsi, semua nak bagi orang percaya, tapi tidak sikit pun memberi idea bernas dan pembaik pulih dekat umno selangor itu sendiri.

jadi apa kesimpulannya? gerakan dark side mereka tidak menjadi 100%, itu lah fakta.!!!


ps: tukar boleh, tapi perlu berhemah, tapi realiti dekat selangor ini siapa yang layak? tidak baik tikam belakang kerana itu bukan cara untuk menang dalam pertempuran.

2 ulasan:

  1. Memburukkan amat mudah,mencantikkan terlalu sukar,banyak ahli2 UMNO yg terikut2 cara RBH.untuk menjatuhkan seseorang apibila sudah memegang jawatan tertinggi dalam apa jua jawatan yg disandang, termasuk jawatan Perdana Menteri.Begitu jugak di jabatan Kerajaan cari jalan supaya kawan sepasukan tersungkur meringkok dalam penjara,asalkan jawatan tersebut akan disandang oleh sahabat karib.Saya mencadangkan setiap bahagian membuat satu program bersama Noh Omar cari jalan untuk memantapkan serta mengambalikan roh UMNO Selangor.

    BalasPadam
  2. Hanya Dato Seri Anwar Ibrahim yang layak menggantikan noh. Eloh noh berhenti dari berpolitik dan membuka warong tom yam atau jadi tukang kebon.

    BalasPadam