Rabu, 12 November 2014

YANG BERMASALAH ADALAH MANUSIA ITU SENDIRI BUKAN PARTI!


itulah realiti, tiada penafian apa yang ku nan katakan, memang benar, walau dikala mainan persepsi bertaut dengan hebat ke atasnya kerana isu gelandangan, tiada siapa tahu perkara sebenar, tiada siapa peduli perihal berkaitan gelandangan, yang mampu cerita yang sedikit adalah balun, balun, hentam dan keronyok sampai lunyai ku nan.

bukan nak menghalau gelandangan, tetapi tahukah anda soup kichen yang ada di bandaraya kuala lumpur dipunyai oleh lima organisasi dari singapura, untuk apa organisasi di singapura seronok untuk menaja, adakah dengan ramainya gelandangan kuala lumpur bakal ditonjolkan bandaraya yang mempunyai orang tidak berumah dan tidak bekerja terlalu ramai, inilah realiti yang tidak diceritakan perihal sebenar kepada umum oleh media massa.

ku nan

ada juga golongan gelandangan diberi rumah, pekerjaan, tetapi selepas itu tetap dengan kehidupan gelandangan yang mereka pilih kerana mudah mendapat apa yang perlu, ini kenyataan bukan mainan, tetapi memang pihak berkuasa sebaik mungkin untuk membantu gelandangan ini, apakan daya ia menjadi bualan politik dengan penceritaan tidak betul.

banyak perihal di wilayah perseketuan sudah diperbaiki, dari pekerja dbkl dan perumahan mampu milik dan perihal lain yang diselesaikan ku nan.

isu kg chubadak ada sudut lain yang anda perlu tahu, pembangkang sebenarnya ambil kesempatan dengan isu tu, biasalah untuk modal politik pembangkang memang ketagih modal.

ps: musuh yang paling utama adalah musuh dalam kem sendiri.

3 ulasan:

  1. Tertarik dengana ungkapan DS Hishamuddin "kenapa perlu bersikap apologetik" faham tak makna nya - kita diminta tidak bersifat mudah meminta maaf tetapi sewaktu memegang jawatan Ketua Pemuda , siapa yang bersikap apologetik bila ditekan oleh pemuda BN dimana DS mencabut keris pusaka bangsa ?

    Heran bin ajaib .. sekarang cakap lidah mula nak bercabang dan berbelit macam puak kawanan bn

    BalasPadam
  2. Bah. Pertama:

    Apahallah sampai 5 NGO dari S’pura (pusat Mossad-CIA-NATO) diBENAQkan beroperasi membantu kaum gelandangan kita – aku syak anak-anak muda Islam/Melayu termasuk yg. lelaki digunakan sbg. PELACUR dan terus dirosakkan dgn. DADAH!

    Aku dah MELUAT benaq dgn pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL; yg. asyik BERPURA-PURA! Di mana pemimpin UMNO utk. MEMPERTAHANkan Islam/umatnya dgn. amat BERANI serta membantu Islam/Melayu MISKIN termasuk keluarga pesara POLIS dan kaum Org. Asli Che Wong ini – tapi asyik suka DIPUJI si Barat-Zionis, nak jadikan Malaysia ni “negara maju”-ala-Barat/Zionis; dan terus MENJEMPUT si PENDATANG KAPIRDAJAL warga asing utk. MEROMPAK tanah pusaka nenek moyang kami ini di bawah progran "Rumah Keduaku"!

    Sedgkan BUMIPUTERA Islam/Melayu makin terpaksa jadi PENGEMIS termasuk diROMPAK TANAH RIZAB MELAYU kita terutamanya di Pulau Pinang, Johor dan Selangor, pusaka nenek moyang kami – maka dasar undg-undg Perlembagaan UMIPUTERA dan Tanah Rizab Melayu yg. berasaskan Wasiat Raja-Raja Islam/Melayu, telah diPERMAINkan dan diPIJAK dgn sewenangnya tanpa rasa BERSALAH lansung, oleh pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT, yg. sibuk mengKAYAkan anak-beranak depa! Di samping BERZUMBA terhegeh-hegeh kat sini sana dan BERPELUKAN dgn. si gong-eng- SIAL DAPBANGKAI!

    Lihat di –

    1. http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/pendapatan-bergantung-bantuan-jkm-jiran-1.22103Pendapatan bergantung bantuan JKM, jiran , Empat beradik hidup daif, OLEH ZULHISHAM ISAHAK (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 08 November 2014:

    MUAR 7 Nov. - Kedaifan hidup memaksa empat beradik termasuk dua warga emas tinggal dalam keadaan serba kekurangan di rumah pusaka milik bapa mereka di Kampung Kenangan Dato’ Abdullah Jaafar, di sini sejak beberapa tahun lalu.

    Kesemua ahli keluarga tersebut yang mendiami rumah awam di kampung itu tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira RM500 sebulan.

    Empat adik-beradik itu, Saadiah Jaafar, 64; Saedah, 62; Nooraini, 48 dan Saiful, 47 juga terpaksa berhutang atau menagih simpati jiran-jiran untuk hidup selain kerap mengikat perut atau tidak makan beberapa hari kerana tiada makanan.

    .....Berikutan kesusahan hidup itu, Saadiah meminta pihak berkenaan tampil membantu mereka terutama Baitulmal supaya dapat membantu Saedah kerana pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk meminta bantuan daripada UMNO Bahagian Bakri.

    “Kami juga berharap persatuan pesara polis dapat memberikan bantuan kerana ayah kami dan suami saya merupakan pesara polis. Modal perniagaan juga diharap dapat diberikan untuk kami berniaga nasi lemak atau pisang goreng di kawasan rumah,” katanya....

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  3. Bah. Kedua:

    Lagi BUMIPUTERA Islam/Melayu yg. MISKIN yg. termasuk Orang Asli kita (mana juga Jbtn. Agama. memastikan Or. Asli MISKIN tidak dihasut/di Kristiankan oleh NGO-NGO Kristian Extremis yg. termasuk yg. MENYAMAQ sbg. NGO-NGO "pencinta alam semulajadi"/korporat); lihat di -

    2. di - http://www.utusan.com.my/rencana/semalam-di-rumah-che-wong-1.22021 , Semalam di rumah Che Wong, 08 November 2014:

    KEDIAMAN Mohd. Marzuki Marikan dan pasangannya Intan Liayana Abdullah di penempatan Orang Asli Sungai Enggang dekat Lanchang, Pahang jauh berbeza dengan rumah penduduk di negara ini.

    Ruang tamu rumah mereka lapang tanpa televisyen dan perabot.

    Begitu juga bahagian dapur yang kosong tanpa perkakasan elektrik.

    Apa yang ada hanyalah tin dan balang yang digunakan semula untuk mengisi barang-barang keperluan memasak.

    Rumah berlantai dan berdinding buluh yang siap dibina kira-kira tiga tahun lalu itu sedikit bergoyang semasa kami melangkah naik melalui tangga yang diperbuat daripada batang pokok hutan......

    3. di - http://www.utusan.com.my/berita/nasional/makan-nasi-kuah-air-setiap-hari-1.13380, Makan nasi kuah air setiap hari, OLEH AZELI ALI, AZELI.ALI@UTUSAN.COM.MY | 16 Oktober 2014:

    PULAU PINANG 15 Okt. - Hidangan mereka hanyalah nasi putih berkuahkan air sejuk yang dikongsi bersama 13 orang dan dinikmati sekali sehari. Bayi yang berumur setahun pula hanya mampu diberi minum air gula kerana ibu bapanya tidak mampu membeli susu formula.

    Lebih malang, keluarga yang tinggal di Flat Green Garden dekat Paya Terubong di sini, terpaksa bergelap sejak sebulan lalu dan bergantung pada bilik air yang disediakan di kolam renang flat tersebut untuk mandi setelah bekalan elektrik dan air dipotong berikutan bil tertunggak sebanyak RM500.

    Selain Muhammad Nazmir Abdullah, 27, dan isteri, Nurul Nadia Zulkifli, 25, bersama tiga anak mereka berusia lima, tiga dan setahun, rumah flat dua bilik itu turut didiami dua ibu tunggal dengan masing-masing mempunyai dua dan empat orang anak.

    Menurut Muhammad Nazmir, rumah itu sebenarnya adalah kepunyaan kakak iparnya, Siti Maisuri, 27, yang tinggal bersama empat anak berusia antara dua dan tujuh tahun setelah ditinggalkan suami kira-kira setahun lalu.

    "Selain keluarga saya, rumah ini turut didiami seorang lagi kakak Nurul Nadia iaitu Siti Fatimah, 33, yang juga merupakan ibu tunggal bersama dua anaknya berusia 17 dan 10 tahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini......

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam