Isnin, 1 Disember 2014

aku tabik spring dengan semangat perpaduan keluarga cina ini!! tabik teratas


hanya di malaysia, kita hidup bersama sudah lama bersama-sama, perpaduan antara kita pun sudah lama, kalau bukan zaman saya, zaman datuk nenek saya pun begitu, saya pernah diceritakan pada saya masa di kampung, ketika itu zaman penjajahan jepun, keluarga melayu selamatkan ramai keluarga cina, kerana jepun pantang jumpa orang cina, habis aniayanya, ini cerita benar, arwah nenek saya pernah ceritakan bila kampung kekurangan bekalan makanan, tokey cina di pekan-pekan agihkan makanan tanpa minta bayaran.

pernah juga diceritakan, kedaifan keluarga cina, keluarga melayu mengambil anak orang cina sebagai anak angkat, ada juga sampai kenduri kendara, tokey kedai runcit sponser beras berkampit-kampit, bila hari kenduri siap datang satu keluarga mereka.

bila perayaan pula, bila hari raya aidilfitri, hari raya pertama keluarga cina lah yang datang awal menyambut bersama-sama meraikannya, mereka suka rendang ayam.. ini sebahagian ceritera hanya berlaku di malaysia, orang cina yang sudah lama bersama dan hidup dengan orang melayu akan faham, perpaduan dan kerjasama saling menghormati itu adalah paling utama, sampai bahasa melayu mereka tidak pelat langsung, ini fakta.. serius.

harap dap lenyap pru14 nanti, sebab mereka mengajar orang cina sudah tidak hormat dengan orang melayu, orang melayu sudah pandang jengkel dengan orang cina, dituduhnya umno sebab utama perkara perkauman, tetapi mereka tidak sedikitpun mengaku merekalah bapak segala perkauman dalam malaysia ini, malaysia akan aman sekiranya dap tidak wujud, ini fakta.. bukan auta...


CERITA KELUARGA CINA PILIH KONSEP PERKAHWINAN ORANG MELAYU

ALOR SETAR: Pasangan pengantin Tionghua mencetuskan kejutan manis di kalangan penduduk Kampung Alor Rambai, Kepala Batas dekat sini hari ini bila mereka memilih konsep perkahwinan Melayu bagi meraikan saat-saat bahagia mereka.

Soo Sheng Leng, 28, begitu segak mengenakan baju Melayu bersamping dan songkok, sementara isterinya Goh Sok Chin, 27, cukup tampan dengan kebaya Kedah.

Kedua-duanya yang langsung tidak menampakkan rasa kekok, menyerikan lagi majlis perkahwinan berkonsepkan gotong-royong masyarakat Melayu.

Kira-kira 3,000 saudara mara, rakan dan jiran meraikan pengantin.

Soo Lian Heng, 58, bapa kepada pengantin lelaki berkata majlis perkahwinan anaknya yang berkonsepkan adat Melayu telah lama dirancang bersama keluarga dalam usaha merapatkan lagi hubungan keluarganya bersama penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Melayu.

Pemilik kedai runcit itu berkata rancangan itu diterima baik oleh keluarganya dan keluarga pengantin perempuan, rakan serta jiran.

"Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya," katanya kepada pemberita di majlis itu.

Pengantin lelaki Soo, pekerja sebuah syarikat swasta di Kulim itu berkata pada mulanya dia agak terkejut dengan rancangan bapanya itu namun tidak membantah.

"Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung," katanya.

Bercakap mengenai baju kebaya Kedah yang dipakainya, Goh berkata, "Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami.

"Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila," kata pekerja syarikat swasta di Kulim itu.

Penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, berkata dia agak terkejut apabila Soo menjemputnya sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin konsep Melayu.

Majlis seumpama ini pertama kali diadakan oleh masyarakat Tionghua di kampungnya, kata beliau.
Katanya, sebagai jiran dia turut membantu keluarga tersebut pada majlis itu.

sumber dari astro awani

ps: moga malaysia akan aman, amin.

hayati iklan ini anda akan faham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan