Selasa, 2 Disember 2014

APA KATA KERAJAAN BINA RUMAH KONTENA, JIMAT PUN JIMAT!!

Mungkin sudah masanya kerajaan fikirkan alternatif rumah untuk rakyat, sekiranya kos rumah begini hanya sekitar 50 ribu, itu sudah berbaloi rakyat pertengahan yang nak sangat rumah boleh memilikinya, bukan apa, kapitapis menggunakan kuasa harga pasaran untuk menidakkan golongan bawahan dan pertengahan supaya mereka boleh kaya sampai ke anak cucu, cicit dan piut.


Tidak dapat dinafikan, harga rumah di Malaysia semakin hari semakin mahal. Hal ini menyebabkan mereka yang ingin membeli rumah, lebih-lebih lagi golongan belia yang mahu membeli rumah pertama mereka, buntu untuk memiliki keperluan asas ini.

Memahami masalah ini tidak dapat dielakkan, seorang anak muda tempatan yang juga seorang web designer, Mohd Azree mengambil langkah alternatif iaitu dengan membina sebuah rumah kontena, trend rumah yang semakin popular di barat.


Rumah kontena, atau dalam bahasa inggerisnya, container house merupakan rumah yang terbina dari beberapa blok kontena, yang biasanya boleh dijumpai di atas kapal pengangkut barang. Kemudian blok-blok kontena ini disambungkan menjadi sebuah rumah yang selesa mengikut citarasa pemilik sendiri.



Apa yang paling menarik tentang rumah kontena adalah harganya yang murah dan juga ketahanannya. Sebab itu anda boleh melihat kontena ini digunakan oleh syarikat-syarikat pembinaan untuk dijadikan sebagai 'pejabat' di tapak pembinaan. Malah ada juga syarikat perhotelan yang menjadikan kontena sebagai bilik hotel mampu bilik.

baca selanjutnya disini KLIK

7 ulasan:

  1. Awatlah hang ni HB?! Kontena ni PANAS berapi paham tak?! Yang akan jadi MANGSA penindasan ni - aku syak, majoriti Islam/Melayu MISKIN; sedangkan si BANGANG-buat-perumahan-SIAL mcm. ni dapt. keuntungan BERJUTA!

    Nenek TUA Sambal Petai!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panas waktu siang tapi malam sejuk. Kosnya murah so boleh la pasang aircond.

      Bagi yang kreatif rumah kontena boleh diubahsuai agar kelihatan menarik. Mungkin ada yang nak mencuba....

      Padam
    2. Penggunaan kontena sbg pejabat da lama dipraktik di tapak2 projek. Hawa panas boleh dikurangkan melalui interior design yg bijak. Kita harap adik hazree ni bolehlah mengkomersialkan idea ni dgn bantuan kjaan dan sykt bumiputra yg berminat. Market utk org pendapatan rendah terlalu besar dan perlu diambil peluang.

      jentayu

      Padam
    3. BANGANG betul! Yg. akan sukakan projek-MURAH-SAMPAH jenis ini adalah PEMAJU PERUMAHAN/PEMBINAAN-TAMAK!

      Nenek TUA Sambal Petai.

      Padam
  2. Dan kat Barat - cthnya rumah kontena ni memag hanya utk. si miskin; bahkan kat Jerman yg. kononnya negara industri-no-1 kat dunia, lagi lawak! Banyak flat-flat yg. dibina oleh sy. gergasi yang memonopoli industri pembinaan/perumahan (selalunya dari keturunan terkaya, berzaman) untuk si miskin terutamanya puak imigran - dinding dari 'cardboard'! Itulah jenis dunia KAPITALIS Barat-PENIPU/PEROMPAK/amat TAMAK!

    Org. miskin, terutamnya imigran - hanya diperlukan/ditoleran untuk menjadi KULI! Tapi kat Tanah Melayu ISLAM kita ni, kita Bumiputera Islam/Melayu punya baik hati pada si PENDATANG; sampaikan yg. RASIS, asyik hina dan gertak ISLAM/umatnya, boleh menjadi TUAN kat bumi PUSAKA nenek moyang kita ini! Esok bakal cucu-cicit kita diPAKSA hidup dlm. KONTENA-MURAHAN mcm. ni!

    Nenek TUA Sambal Petai!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak dijadikan sebuah rumah, kontena2 tu boleh juga disambung atau disusun secara bertingkat.

      Padam
  3. Aku setuju, guna material berasaskan kayu dan kena ada bilik air utk setiap unit.

    BalasPadam