Selasa, 16 Disember 2014

menteri arahkan undang-undang gila ini ditarik balik


Alhamdulillah, sekurangnya melegakan kaki pancing, tidaklah ia menjadi topik hangat sepanjang minggu ini, uish penulis yang bukan kaki pancing pun rasa pelaksanaan undang-undang ini bakal mencetuskan tahap kebencian meluap-luap terhadap kerajaan bn.

Kenapa perihal ini boleh berlaku? agak pelik kerana dengan tidak semena-mena cadangan lesen memancing dan undang-undang mendenda pemancing yang tiada lesen memancing. Dato' Seri Ismail Sabri agak marah dengan perihal ini, jadi dengan kuasa yang ada padanya.

"mengarahkan supaya cadangan lesen pemancing ikan dibatalkan serta merta"


tetapi yang lebih menghairankan, di selangor juga terdapat perihal pemancing yang akan dikenakan permit sekiranya nak lepaskan gian di tasik kepunyaan majlis pembandaran, amacam? nak marah? silakan, tapi marahlah dekat kerajaan selangor pimpinan azmin tu ye.

Mesti kata seorang pemancing tegar, kenapalah hobi aku pulak korang nak kacau, mancing ikan pun salah ke? mancing awek dah lah tak boleh suka-suka, salah mancing kena pelangkong, inilah nasib seorang pemancing tegar macam diriku, kena wujud ngo mancing lah macam ni.

ps: ada juga mulut jamban kata, pak menteri dah approved dah undang-undang lesen mancing tu, akibat ramai marah dia tarik baliklah untuk jadi hero, amboih jang, senang kita membuat persepsi, tapi hakikat perlaksaan itu mungkin sengaja kerana nak bagi malu kementerian jagaannya, ini politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan