Isnin, 29 Disember 2014

PENYEBAR BERITA PALSU DAH BERJAYA DENGAN AGENDANYA, PECAH BELAHKAN PERPADUAN SECARA TOTAL!!

Agenda kejahatan yang memang dirancang unit-unit iblis maya, merosakkan minda orang ramai supaya menjadi emosi tidak terkawal, menjadi marah, dendam, menuding jari dan menuduh kerajaan menyembunyikan hal sebenar.

Subjektifnya cukup terancang, dikepalai oleh mastermind yang cukup terlatih dengan setiap penceritaan yang fitnah itu cukup resepinya, ganggu emosi orang secara total, penyebarannya pula memang sangat licik iaitu dengan sebaran di fb, twitter, whatsap, telegram dan sms secara rambang.

Unit-unit iblis ini memainkan cara agenda sebijik macam zionis menjaja propaganda. Harap sangat pihak skmm cari sampai ke lubang cacing unit media iblis ini. Cukup bangsat lebih dari super haramjadah. Jangan bagi muka, kerana unit media iblis ini mengharu birukan orang ramai dan mangsa-mangsa banjir.

Buat pengguna media maya, hati-hati ketika menyebarkan sesuatu berita, sebab kalau kita pun sebar tanpa usul periksa, samalah juga kita dengan perangai iblis maya tersebut.

Target unit media iblis ini sudah tentu golongan yang tidak tahu menahu perihal sebenar banjir di pantai timur. Iblis dan syaitan maya gelak ketawa bila semua yang tidak cerdik menilai masuk perangkap propaganda mereka.

ps: kita yang waras teruskan berjuang demi sebutir kebenaran dan kita bantu selagi boleh untuk penduduk pantai timur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan