Jumaat, 26 Disember 2014

TEKNOLOGI NEGARA HOLLAND DALAM MENGHADAPI BANJIR BESAR!

tidak salah sekiranya kita mempelajari teknologi bagaimana untuk meminimumkan banjir, yup kita faham sekiranya hujan tanpa henti, dan bilamana empangan semakin tidak mampu menahan air, maka air akan dilepaskan, air yang maksimum turun ke sungai dan bila sungai tidak mampu menampung air, maka melimpah dengan sangat tidak terkawal, di kawasan tinggi pun akan mengakibatkan banjir besar berlaku.

walauapapun idea, kita terimalah hakikat, bila banjir ini berlaku, banyak harta benda musnah, ternakan, malah nyawa kita sebagai manusia pun tiada nilainya, mungkin benar, sesuatu musibah itu terjadi ada hikmahnya, berfikirlah kita secara rasional dalam menangani keadaan bencana yang kita sendiri tak mampu mengagak.

berbalik kepada idea teknologi anti banjir itu, melihat keadaan banjir di pantai timur, sememangnya bencana ini adalah paling terburuk, sejak tahun 1971(banjir besar melanda kuala lumpur), mudah-mudahan musibah ini menyatukan kita umat Islam supaya bersama-sama berganding bahu membantu tidak kira parti politik mana.

sumber-facebook syafiqah sulaiman

TEKNOLOGI HEBAT DALAM MENGHADAPI BANJIR DARI NEGARA HOLLAND!

Melihat rakan facebook mengongsikan kisah 'teknologi menghadapi banjir' dari negara luar menggerakkan hati ini untuk baca lebih lanjut kisah tersebut.

Antara artikel yang menarik perhatian adalah pendekatan kerajaan Holland dalam menangani banjir. Rupanya, negara Holland adalah negara yang berada di bawah paras laut dan amat mudah menerima ancaman (susceptible) banjir jika aras air laut meningkat.

Selepas berlaku banjir yang amat buruk pada tahun 1953 (yang mengorbankan lebih 2000 nyawa), kerajaan Holland telah mengambil langkah serius untuk mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berlaku lagi.

Mereka ada 'water management system' yang merupakan antara yang terbaik di dunia.

Di peringkat awal, mereka mebina 'dikes' yang merupakan kawasan tanah yang ditinggikan di sepanjang kawasan sungai. Jika air sungai meningkat, ia tidak akan membanjiri kawasan penempatan penduduk.

Tapi, 'dikes' ini ada risiko gagal untuk berfungsi (contohnya boleh runtuh/pecah), dan boleh menyebabkan banjir yang teruk di kawasan penempatan penduduk.

Terkini, kerajaan Holland memperkemaskan lagi 'water management system' mereka dengan projek yang dinamakan 'Room for the River'.

Sebuah projek yang mahal bernilai €2.3 billion.

Secara literalnya, projek ini bertujuan berikut: 'to allow the river to flood safely' yakni 'mengalu-alukan' kedatangan air bah tetapi dengan 'design' yang selamat untuk penduduk.

Di sini ada sebuah video yang dapat memberi sedikit-sebanyak gambaran mengenai projek ini:

5 ulasan:

  1. Sbnrnya..bila teringtkn banjir besar ni...terus sya juga terigtkn negara belanda. Negara mereka mempunyai aras tanah lebih rendah dari paras laut dan 'dykes' menjdi penyelesaian utama masalah tersebut dan ditambh juga dgn pembaikan sistem2 yg telah ada. Pihak JPS perlu membuat kajian serius sistem di belanda dan bagaimna boleh disesuaikn dgn negeri di pantai timur.. mengambilkira keadaan mukabumi disitu. Walaupn sya buat masa ini penyokong kerajaan BN, masalah banjir yg berlaku itu diharapkn jgn dijdikn isu politik. Bantulah atasi masalah ini secara jangka panjang walaupn kos agak tinggi. Mula dahulu dgn negeri kelantan...dan diteruskn ke negeri2 lain secara berperingkt.

    BalasPadam
  2. Ada news dan gambar umah tok guru di klantan ...samada dah tenggelam atsu dah dihanyutkan air ...sampai dah tinggal tapak umah jer....kikiki

    BalasPadam
  3. Harap kroni Mahathir dapat projek tersebut kalau tidak habislah Najib....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habis tu takkan nak bagi kat kroni DAP komunis atau kroni Hussam Musa kambing tu. Hancus! Aku tak kisah asalkan projek ni bagi pada orang melayu.

      Padam