Sabtu, 1 Februari 2014

[PENGHAPUSAN ETNIK] BAGAIMANA BANGSA ANGLO SAKON MEMUPUSKAN ETNIK RED INDIAN! KAITANNYA RED INDIAN DENGAN MELAYU?

CARILAH JATI DIRI MELAYU YANG HILANG PADA KAUM RED INDIAN

Kajian mitokondria DNA yang dijalankan oleh HUGO di New York selama 15 tahun telah mengesahkan status bangsa Melayu sebagai salah induk utama yang melahirkan bangsa-bangsa lain termasuk Cina dan India.

Walaupun Cina dan India terkejut dan sukar menerima bahawa mereka lahir dari sulbi bangsa Melayu, fakta tetap fakta.

Bangsa Melayu telah dimomokkan dengan pelbagai teori yang dipintal oleh Barat selama hampir satu abad kononnya Melayu datang dari Yunnan, Taiwan dan tempat lain.

Tujuannya adalah untuk menutup kebenaran yang telahpun dirasai dan diyakini oleh leluhur Melayu sejak azali lagi bahawa asal mereka adalah dari tanah Nusantara.

Kajian DNA tersebut adalah seribu rahmat bagi bangsa Melayu kerana kini mereka telah punyai bukti konkrit asal usul mereka yang telah dibuat secara kaedah saintitik oleh pakar-pakar dari Barat.

Tidak sesiapa pun mulai dari sekarang boleh mempertikaikan fakta-fakta yang begitu kukuh dan ampuh hasil dari kajian tersebut.

Penulis mengira apabila buku mengenai kajian DNA dan hubungkaitnya dengan bangsa Melayu keluar dalam pasaran sedikit masa lagi, sudah tentu heboh kaum Cina dan India akan heboh satu dunia menafikannya.

Biarkan mereka berbuat demikian tetapi orang-orang Melayu yang berilmu mesti dari sekarang bersiap siaga untuk menjawab segala tohmahan dan sanggahan.

Kajian DNA itu juga telah mengesahkan bahawa kaum Red Indian di Amerika Syarikat adalah juga dari bangsa Melayu kerana kandungan DNA mereka juga mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus DNA Senoi dan Semang.

Kaum Red Indian adalah saudara sedarah sedaging bangsa Melayu di Nusantara.

Seperti puluhan juta bangsa Melayu di Nusantara yang menjadi mangsa pembersihan etnik kepada Gerakan Ke Selatan atau Nam Tien sejak 800 ke 900 tahun dahulu, kaum Red Indian juga mengalami nasib yang sama malah lebih dahsyat dan lebih pilu lagi.

Mala petaka menimpa bangsa Melayu Red Indian sesampainya Christopher Columbus di kepulauan Carribean yang didiami oleh suku kaum Taino pada tahun 1498.

Sebelum itu Columbus telah mengumumkan kepada dunia bahawa beliau telah menjumpai benua Amerika pada tahun 1492.

Hakikatnya bangsa Melayu Red Indian telah pun menerokai dan mendiami benua Amerika termasuk Kanada dan Mexico lebih 25,000 tahun sebelum kedatangan bangsa kulit putih.

Bangsa Melayu Re Indian selama berada di benua Amerika telah membina tamadun yang hebat seperti Maya di Mexico.

Sebelum prinsip-prinsip keadilan dan demokrasi dikenali oleh dunia Barat, bangsa Melayu Red Indian sudah pun memiliki sistem pentadbiran masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai ketuhanan, keadilan, kasih sayang, hidup bermuafakat, tolong menolong, amalan kerjasama, berladang, berternak dan sebagainya dalam suasana aman damai dan penuh harmonis sekali.

Tidak ada kebuluran atau kekurangan makanan, sistem keluarga mantap sekali dan sistem sosial sungguh kukuh dengan pentadbiran masyarakat yang berasaskan kepada keadilan dan kasih sayang.

Tanah mereka kaya dengan segala hasil mahsul - emas, berlian, intan, batu permata, mineral-mineral berharga, bijih besi, bijih timah, tembaga, uranium dan segalanya tetapi keberadaan kekayaan hasil bumi itu tidak pernah menimbulkan perasaan hasad dengki atau tamak haloba.

Bagi bangsa Melayu Red Indian semua ini adalah anugerah Tuhan dan mereka amat adalah bangsa yang bertuhan kepada Yang Esa yang mereka panggil Great Spirit atau Roh Agung.

Semua ini bertukar dengan kehadiran dan penjajahan bangsa kulit putih.

Disebabkan bangsa Melayu Red Indian penuh dengan sifat lemah lembut dalam keperibadiannya dan amat senang bertolak ansur dan mempercayai orang asing, habis segala kekayaan mereka yang tidak terusik puluhan ribu tahun menjadi hak milik bangsa kulit putih.

Mereka juga adalah bangsa perwira yang tidak gentar dengan musuh dan bersanggup mati demi mempertahan pertiwi dan maruah bangsa.

Bangsa Barat dari Eropah melakukan pembersihan etnik paling dahsyat dalan sejarah dunia selama ratusan tahun.

Di Carribean, bangsa Melayu dari suku kaum Taino sudah hampir pupus kerana dalam tempoh 50 tahun kehadiran Columbus, lebih 90 peratus kaum tersebut telah dihapuskan secara sistematik berjumlah antara 5 hingga 10 juta orang.

Sebagaimana juga tindakan Cina Thai menyiat-yiat daging mayat orang Melayu di Kedah untuk diberi makan buaya, bangsa penjajah kulit putih juga menyiat-yiat mayat Red Indian untuk dimakan anjing.

Begitu juga nasib yang diterima oleh bangsa Melayu Red Indian yang berjumlah kira-kira 60 juta ketika bangsa kulit putih menjejak kali di tanah air mereka pada akhir abad ke 15 tetapi kini hanya tinggal sisa sekitar 1 juta sahaja.

Atas dasar tamakkan tanah kepunyaan bangsa Melayu Red Indian, Presiden Andrew Jackson menandatangani Indian Removal Act pada tahun 1830.

Akta ini menghalalkan segala tindak tanduk pemerintah kulit pulit menghalau secara paksa berjuta-juta bangsa Melayu Red Indian ke tempat lain yang kering kontang tanah dan ditempatkan mereka di penempatan di panggil 'reservation'.

Ini tidak lebih daripada kem tahanan tentera seperti penjajah Inggeris membina 'new villages' pada zaman darurat untuk mengawal pengaruh komunis di kalangan pendatang Cina.

Penjajah Inggeris di Amerika menggunakan pelbagai kaedah untuk menghapuskan bangsa Melayu Red Indian termasuk membunuh, membakar hidup-hidup, kebuluran dan juga penyebaran penyakit wabak seperti cacar dan flu.

Antara budaya barbarik yang dimpot dari Eropah ialah permainan 'scalp proclamations' di mana bangsa kulit putih akan berkumpul dan membuat pengumuman untuk melakukan serangan ke atas sesuatu perkampungan Melayu Red Indian.

Mereka akan melakukan serang hendap ke atas penduduk di sebuah perkampungan itu dan semua yang hidup disitu akan dibunuh tidak kira bayi, ibu mengandung, wanita, warga tua.

Kem-kem, ladang, dan ternakan juga akan dimusnahkan semua dan paling menyayat hati mangsa akan disiat kulit kepala mereka hidup-hidup sebagai trofi - sebab itu ia dinamakan 'scalp proclamation' atau proklamasi kulit kepala.

Di satu kubu Red Indian yang dikenali sebagai Connecticut sekarang lebih 900 kanak, wanita, warga tua dan kaum lelaki disembelih dalam satu acara 'scalp proclamation'.

Bangsa Melayu Red Indian telah dikategorikan lebih hina dari binatang dan juga bangsa kulit hitam.

Bangsa Negro tidak dibunuh kerana mereka adalah aset dan harta milik bangsa kulit putih yang diperdagangkan sebagai hamba abdi.

Jika hamba kulit hitam dibunuh bermakna orang kulit putih akan kerugian dari segi pelaburan mereka dalam industri perhambaan.

Lain pula dengan bangsa Melayu Red Indian yang dilayan lebih teruk daripada taraf binatang - mereka dibunuh sewenang-wenangnya kerana mereka tuan tanah dan orang kulit putih mahu merampasnya, jadi mereka wajib dihapuskan.

Antara penipuan paling besar penjajah kulit putih di Amerika ialah sambutan 'Thanksgiving'.

Sambutan ini kononnya adalah bagi meraikan layanan mesra yang diberikan oleh kumpulan Puritan kulit putih dari England terhadap bangsa Melayu Red Indian kepada ketika mereka mendarat di New England dan Masachusetts pada tahun 1630an.

Hakikatnya bangsa kulit putih ini telah memporak perandakan masyarakat Red Indian dan kemudian menjadikan penempatan baru mereka sebagai pusat perdagangan hamba abdi.

Fakta sebenar telah ditutup daripada lembaran sejarah yang mengatakan pusat perhambaan itu tempat jual beli rakyat benua Afrika sebagai hamba abdi tetapi sebenarnya yang dijadikan hamba abdi adalah terdiri daripada kaum Red Indian.

Mungkin bangsa Melayu di Nusantara boleh belajar dan mengambil iktibar daripada pandangan dunia bangsa Melayu Red Indian:

1. The Earth is our Mother; care for Her, Honor all your relations.

2. Open your heart and soul to the Great Spirit.

3. All life is sacred; treat all beings with respect.

4. Take from the Earth what is needed and nothing more.

5. Do what needs to be done for the good of all.

6. Give constant thanks to the Great Spirit for each day.

7. Speak the truth but only for the good in others.

8. Follow the rhythms of Nature.

9. Enjoy life's journey; but leave no tracks.

10. Treat the earth an all that dwell thereon with respect.

11. Remain close to the Great Spirit.

12. Show great respect for your fellow beings.

13. Work together for the benefit of all humankind.

14. Give assistance and kindness wherever needed.

15. Do what you know to be right.

16. Look after the well-being of mind and body.

17. Dedicate a share of your efforts to the greater good.

18. Be truthful and honest at all times.

19. Take full responsibility for your actions.





sumber klik sini

ps: hurm, tak terlintas dek akal kalau dikatakan melayu dan red indian ada sulur galurnya, tetapi kita tidak tahu ceritera ribuan tahun dahulu yang kajian katanya ada dna melayu di tanah besar brazil pada 20,000 tahun dahulu? tu dia..

[SEKADAR CERITERA] APA YANG DITUNGGU OLEH GEREJA KATOLIK DAN VATICAN CITY DI LANGIT?

MARDUK SUDAH TURUN DAN DIMAHKOTAKAN RAJA DUNIA

Apa yang ditunggu pihak Pusat Gereja Katolik di Vatican City dengan menghala ratusan teleskop ke langit sejak 400 tahun dahulu bukan setakat mengkaji bidang astronomi.

Vatican sanggup membelanjakan berbilion ringgit untuk membut peralatan teleskop yang amat canggih sekali termasuk yang terbaru dipanggil L.U.C.I.F.E.R yang terletak di Mt. Graham dan diselenggara oleh kumpulan Jesuits.

Menurut eskatologi atau kajian tentang akhir zaman, seperti orang Islam, penganut Kristian juga menanti-nantikan turunnya Nabi Isa a.s. atau Jesus Christ yang mereka sebut sebagai 'Saviour' atau Sang Penyelamat.

Orang Kristian beriktikad bahawa Jesus Christ akan melawan kuasa Dajjal atau 'Anti-Christ' yang selalunya mereka melabelkan Islam sebagai kuasa yang akan ditentang dalam peperangan akhir zaman di panggil Armageddon.

Versi Islam pula sebaliknya, semuanya bergantung daripada sumber mana penjelasan itu diperolehi.

Mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah punyai kumpulan hadis tentang Imam Mahdi dan kebangkitan akhir zaman, begitu mazhab Syiah Twelvers, Ismailiah, Zaidiah di samping rentetan ramalan dari ajaran Zoroastrian, Taurat serta prasasti-prasasti kuno Veda, Gilgamesh, Bhagavaggita dan juga dari Nusantara dalam aksara Pallawa, Kawi, Sanskrit dan sebagainya.

Masing-masing menjurus kepada satu titik pertemuan iaitu akhir zaman adalah satu fenomena yang akan menjadi realiti dan hanya diketahui sedikit melalui tanda-tanda yang telah dikhabarkan.

Contohnya semasa penulis bersama sekumpulan petugas media melawat Perpustakaan Ayatollah Maraeshi Najafi di Qom, beberapa tahun lalu, kami ditunjukkan dari jarak kira-kira 20 kaki selembar hadis dari Imam Jaafar as
Sodiq yang di simpan dalam sebuah peti kaca.

Imam Jaafar telah meriwayat sebuah hadis yang amat panjang yang mengandungi kesemua nama penguasa-penguasa di atas mukabumi ini dari zaman Adam a.s. hinggalah ke Hari Kiamat.

Tidak siapa dibenarkan menatap apatah lagi membaca hadis tersebut dan pihak Israel dikatakan telah beberapa kali berusaha untuk mencurinya.

Juga kami berpeluang melihat Kitab Zabur daripada kulit setebal dua kali berusia kira-kira 2,000 tahun.

Di Universiti Astan Quds, Mashad, kami di bawa pula melihat naskah-naskah Al- Qur'an tulisan tangan.

Iran mempunyai simpanan naskah Al-Qu'ran tulisan tangan terbesar di dunia sebanyak lebih 20,000 naskah termasuk lembaran-lembaran asal daripada tulisan keluarga Rasulullah saw seperti Saiyidina Ali ibn Abi Talib, Saiyidina Hassan ibn Ali serta Saiyidina Hussin ibn Ali dan sahabat-sahabat baginda.

Ada ratusan juga kitab-kitab Melayu lama tulisan jawi yang perlu di kaji atau diselidiki di universiti tersebut.

Berbalik kepada topik asal perbincangan, ramai penyelidik ajaran Kristian telah mengkaji ramalan St Malachy, seorang wali Kristian yang hidup lebih 800 tahun dahulu.

Dalam ramalan yang dikenali sebagai 'Prophecy of the Popes', St Malachy menyebut tentang paus terakhir bermula dari Paus Celestine II.

Paus Francis yang menggantikan Paus Benedict XVI dikatakan adalah paus gereja Katolik terakhir kerana ia dikatakan akan membawa perubahan drastik dalam agama Kristian.

Baru-baru beberapa bulan memegang jawatan tersebut, Paus Francis sudahpun membuat kejutan yang menggemparkan umat Kristian.

Antaranya cadangan membenarkan paderi-paderi berkahwin, golongan atheis juga boleh masuk Syurga, penerimaan kahwin sejenis,cadangan kerjasama dengan Islam serta pengabungan semua agama di dalam dunia.

Paus Francis ini dikatakan akan memporak perandakan dan akhirnyamenghancurkan agama Kristian.

Beliau juga adalah paus pertama yang dipilih dari kalangan anggota Jesuits Order yang berkait rapat dengan Illiminati dan Knights of Templar.

Jadi sosok yang dinanti-nantikan oleh Vatican khususnya oleh Paus Francis
bukannya Jesus Christ tetapi Alien Saviour yang bakal memerintah dunia yang dikenali sebagai Marduk.

Marduk adalah dewa Mesopotamia Kuno dan menjadi dewa penjaga bagi Babilonia dan ia dikaitkan dengan planet Jupiter.

Pada majlis pengkebumian mendiang Nelson Mandela lebih 96 pemimpin dunia bagi memberi penghormatan terakhir.

Mandela adalah juga anggota Knight of Malta yang mempunyai kaitan rapat dengan Freemason dan Illuminati.

Peluang majlis pengkebumian itu juga peluang untuk dijadikan alasan mengumpulkan kebanyakan pemimpin dunia dan dikatakan Marduk telah pun turun ke bumi dan dimahkotakan sebagai Raja Dunia ketika itu dalam satu acara yang penuh dengan isyarat rahsia dan misteri.

Maknanya Alien Saviour yang ditunggu-tunggu oleh Vatican sudah pun tiba dan kini semua organisasi-organisasi rahsia tunduk di bawah kuasa Marduk yang menjadi raja baru mereka.

Sebab itu golongan globalis elit telah mengumumkan bahawa perencanaan New World Order telah pun sampai ke tahap akhir dan kini menunggu masa sesuai untuk dilaksanakan sepenuhnya. Mungkin turunnya Marduk adalah link terakhir.




sumber dari dzulkarnain taib

ps: puak-puak kristian mempercayai, jesus akan turun membantu umat manusia, tetapi hakikat sebenar mereka telah di sesatkan oleh golongan yang telah mengubah kitab bible berabad tahun dahulu, macam puak syiah yang saja diwujudkan supaya umat Islam takkan hidup aman di dunia ini, di iran sebenarnya pusat untuk melihat Islam sunnah rosak sikit demi sedikit dengan bantuan yahudi zionis, orang panggil new world order!

PENDIDIKAN MELAYU PADA ERA PENJAJAHAN BRITISH-BAHAGIAN 1

setelah beratus tahun kita di jajah, malah anggapan melayu akan pupus kuasanya sekiranya british ambil alih, malah ada mengatakan baiknya british dengan raja-raja melayu kerana hasil bumi semenanjung emas ini sangat lumayan.

malah orang melayu nasibnya tak seteruk bangsa afrika yang dijadikan hamba abdi, di jual macam ayam, kambing kepada pengusaha ladang yang kaya, di aniaya, di seksa sampai mati pun ada, itulah penangan emperal kuasa british, tanah orang hancus dia kerjakan, tetapi orang melayu tak menerima nasib seteruk bangsa lain yang di jajah bangsa anglo sakon ni.

di indonesia, sultan dan raja hapus sama sekali akibat penjajahan belanda, tetapi tak pasti bagaimana sultan-sultan melayu boleh terselamat dari kepupusan kuasa dan orang melayu hanya di kebelakangkan ilmu, itu sahaja.



PENDIDIKAN MELAYU ERA PENJAJAH INGGERIS - BAH. 1

Sekolah vernakular Melayu mula sekali diwujudkan pada sekitar tahun 1820 di negeri-negeri Selat oleh pertubuhan-pertubuhan mubaligh dan bukan mubaligh di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

Di Selangor, sekolah vernakular Melayu pertama ditubuhkan di Kelang, pada 1875 manakala Perak di Sayong pada 1878.

Di kalangan negeri-negeri bukan bersekutu, Johor merupakan negeri pertama mendirikan sekolah vernakular Melayu pada 1883 di Johor Bahru diikuti Kedah 1897 Kelantan 1903 dan Terengganu 1915.

Dalam tahun 1920an sekolah vernakular Melayu memperlihat peningkatan yang mendadak terutamanya di negeri-negeri bersekutu dan bukan bersekutu.

Jumlah murid Melayu di sekolah vernakular Melayu juga melebihi jumlah murid Melayu di sekolah aliran Inggeris.

Sekitar tahun 1920 terdapat 46,000 murid Melayu belajar di 775 sekolah vernakular Melayu di negeri-negeri Selat iaitu kira-kira 12 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi di Malaya berusia antara 5 hingga 15 tahun.

Berikut adalah perbandingan enrolmen sekolah vernakular Melayu dan aliran Inggeris di negeri-negeri Selat dan bersekutu pada tahun 1924:

Jenis Sekolah Enrolmen
Melayu 39,884
Cina 27,476
India 7,317
Inggeris 32,881
- Melayu 3,858
- Cina 20,166
- India 4,613
- Eropah/Eurasian 3,504
- Lain-lain 740

Data di atas menunjukkan dasar penjajah lebih gemar meletakkan murid-murid Melayu di sekolah vernakular Melayu serta menyempitkan peluang mereka untuk belajar di sekolah aliran Inggeris berbanding murid-murid Cina dan India.

Perbezaan yang ketara ini memberi kesan sosio-ekonomi-politik kepada usaha bangsa Melayu merapatkan jurang bidang pendidikan dalam aliran Inggeris.

sumber klik sini

Jumaat, 31 Januari 2014

[TAK TERJAWAB] SIGNAL DAN MESEJ DARI DUNIA LUAR KE BUMI DARI SIAPA AGAKNYA?

KADANG-KADANG SIGN PELIK, BERKEMUNGKINAN ADA MESEJ NAK DISAMPAIKAN KEPADA MANUSIA, TETAPI SAMPAI SEKARANG SAINSTIS MASIH BUNTU APAKAH SEBENARNYA MESEJ ITU, MASIH TAK TERJAWAB!!

DI LUAR ANGKASA TIDAK DIKETAHUI ADAKAH WUJUD KEHIDUPAN LAIN, TETAPI ADA LAPORAN MENGATAKAN BUKTI-BUKTI DARI DUNIA LUAR MASIH DISOROK OLEH PIHAK AMERIKA, RUSSIA, KATANYA TIDAK MAHU MANUSIA JADI PANIK, ITU YANG WUJUD AREA 51, KEBENARAN MASIH MISTERI!





klik sini

SUDAH LAMA BUMI MENERIMA MESEJ DARI ANGKASA LEPAS

Observatori Arecibo adalah sebuah teleskop radio yang terletak di Arecibo, Puerto Rico.

Ia berukuran 1,000 kaki dan merupakan teleskop radio 'single aperture' terbesar di dunia dan mula beroperasi pada 1 November 1963.

Antara projek besar yang dilaksanakan oleh observatori ini ialah SETI atau 'Search for ExtraTerrestrial Intelligence' bagi mengesan kemungkinan wujud kehidupan lain di sistem planet lain di samping Bumi.

Observatori Arecibo pernah menjadi terkenal apabila menjadi lokasi adegan akhir filem James Bond 'GoldenEye' keluaran tahun 1995, dengan Pierce Brosnan meluncur menuruni permukaan observatori tersebut bersama agen 006 Natalya Simonova lakonan Izabella Scorupco.

Pada 16 November 1974, Observatori Arecibo menghantar mesej binari ke angkasa lepas yang berupa kod-kod angka 1 hingga 10, nilai atomik bagi hidrogen, karbon, nitrogen, oksigen dan fosforus, formula bagi glukos dan nukleotid DNA, jumlah nukleotid di dalam DNA, struktur 'double helix' DNA, lakaran tubuh manusia dan ketinggiannya, jumlah populasi dunia, sistem solar, serta imej teleskop radio Arecibo dan ukurannya.

Tidak diketahui ke destinasi mana mesej itu telah sampai atau 'siapa' di langit sana yang telah menerimanya.

Bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku pada 17 Ogos 2001, setelah 27 tahun mesej tersebut dipancarkan ke angkasa lepas.

Sebuah observatori di Chilbolton, Hampshire, England mula menerima kod
yang menuruti corak mesej binari yang dihantar oleh Observatori Arecibo pada 1974.

Yang menakjubkan mesej yang di terima adalah sama seperti yang dipancar 27 tahun dahulu tetapi mengalami sedikit perubahan yang nyata.

Imej ''crop harvest' pada Oberservatori Arecibo juga telah ditukar kepada lakaran sebuah satelit yang menggunakan sel solar.

Malah mesej 'crop harvest' yang diterima juga telah dilakarkan pada sebuah ladang.

Kedudukan Bumi pada posisi ketiga dalam susunan sistem solar juga telah berubah kepada posisi nombor empat.

Lakaran manusia juga telah berubah dengan saiz lebih besar dan purata ketinggian adalah 1.2 meter berbanding 1.76 meter asalnya.

Jumlah penduduk dunia seramai 4 bilion ketika mesej itu dipancar tidak berubah.

Ini membolehkan penyelidik membuat anggaran berdasarkan kepada jangkamasa mesej itu untuk menerima jawapan bahawa jumlah makhluk angkasa lepas yang menghuni galaksi yang menjawab mesej Arecibo itu adalah sekitar 24 bilion nyawa.

Dalam insiden berlainan, pada 15 Ogos 1977 ketika Jerry H. Ehman sedang mengendalikan projek SETI di teleskop radio Big Ear milik Ohio State University yang terletak di Observatori Perkin di Wesleyan University, Delaware, Ohio, telah menerima satu mesej yang dianggap pelik.

Beliau menggesan satu signal narrowband yang kuat, tidak seperti signal-signal lain yang sentiasa dikendalikannya.

Signal ini diterima selama 72 saat dan mempunyai ciri bahawa ia adalah ada luar sistem solar dan bukan berpunca dari Bumi tetapi malangnya ia tidak berulang selepas tempoh tersebut.

Dalam salinan signal tersebut, Ehman membuat bulatan pada signal pelik
yang diterima dan menulis perkataan 'wow' di sebelahnya.

Hingga sekarang signal tersebut dikenali sebagai "Wow Signal'.

ps: rahsia yang sukar nak dirungkai,

[MISTERI] PENTAGON GAJI 5,000 AHLI SIHIR?

PENGGUNAAN AHLI SIHIR UNTUK KUASA BUKAN CERITA KOSONG, TETAPI PADA ZAMAN INI IANYA DIGUNAKAN UNTUK MENGAWAL KESELURUHAN PERKARA, DARI HIBURAN, MAKANAN, PENTADBIRAN, FESYEN, SAINS DAN MACAM-MACAM LAGI. DI DUNIA INI MANUSIA KUFFAR TAHU, MEREKA HEBAT HANYA DI DUNIA SAHAJA, DI ALAM SATU LAGI (AKHIRAT) MEREKA TIDAK MENDAPAT KEUNTUNGAN.

TAKKAN KITA TAK PERASAN, APA SAJA YANG DI EKSPORT OLEH AMERIKA IANYA DI ANGGAP TERBAEK, HEBAT, TIADA CACAT CELA, IQ MEREKA HEBAT, MACAM-MACAM KITA PUJIKAN... BETUL?


PENTAGON GAJI 5,000 AHLI SIHIR

Dikatakan di tingkat lima bangunan Pentagon, ibupejabat Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, terdapat lebih 5,000 ahli dan tukang sihir yang diambil bertugas oleh pemerintah negara itu. Mereka terdiri dari pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia serta mahir dalam segala bidang ilmu hitam atau witchcraft. Setiap produk makanan dan minuman, lagu, CD, wayang gambar, buku, baju, seluar dan bermacam-macam produk akan disihirkan terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke pasaran. Ini adalah satu bentuk hipnosis dan daya tarikan bagi melariskan produk termasuk juga agenda ilmu hitam kumpulan penyembah setan.

Melayu dimomokkan dengan bermacam-macam fitnah dan sangka buruk terhadap ilmu Melayu yang berteraskan ketuhanan dan ajaran tauhid. Ini adalah satu dakyah supaya bangsa Melayu meninggalkan senjata sulit dan ampuh mereka dan mendedahkan anak-anak bangsa kepada ilmu hitam kaum kafir. Amalkan mantera-mantera Melayu untuk pertahanan diri dan keluarga!

sumber fb
ps: ilmu sihir telah digunakan dari dulu lagi, semuanya untuk kuasa duniawi.

Khamis, 30 Januari 2014

[SEJARAH PURBA] MELAYU SUDAH LAMA BERKOMUNIKASI DENGAN ANGKASA LEPAS!!

satu impak maksima untuk akal memikirkannya, kadang-kadang langsung tak logik, tetapi pada pengkaji purbakala, kajian mereka bukan hanya melihat sejarah itu hanya masa dahulu, tetapi ia menjangkau pemikiran luar kotak yang tak mampu di perdebatkan.. adakalanya terfikirkah kita bagaimana kaum-kaum terdahulu mencipta monumen besar-besar yang berkait rapat dengan angkasa lepas, bulan, matahari, bintang dan paling hebat mengatahui nama plenet-plenet di luar sana, walau pada masa itu agak mustahil kita nak faham, mana mungkin teknologi itu wujud? tetapi kita tak faham keseluruhannya... mungkin ada kebenarannya... mungkin..








MELAYU SUDAH LAMA BERKOMUNIKASI DENGAN ANGKASA LEPAS

Dalam tamadun-tamadun silam seperti Maya, Aztec, Olmec, Red Indian dan sebagainya, banyak terdapat ukiran pada bangunan dan juga lukisan pada dinding gua yang menggambarkan kapal angkasa lepas dan makhluk asing atau 'alien'.

Patung-patung yang direkabentuk berupa seseorang yang berpakaian seperti angkasawan masa kini juga banyak bertebaran di tempat-tempat lain di dunia seperti India, China, Russia, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Ini bermakna manusia pada masa dahulu sudahpun agak biasa dengan fenomena kapal angkasa dan makhluk asing.

Mereka meninggalkan warisan dalam bentuk patung, relif dan lukisan sebagai ingatan kepada generasi akan datang supaya tidak terkejut jika berlaku hubungan dengan inteligen dari luar sistem solar kita kerana mereka terlebih dahulu sudah membuat hubungan yang sama, mungkin lebih intim bekerjasama.

Ini juga bermakna bangsa Melayu sudah lama berkomunikasi dengan 'alien'
dan makhluk-makhluk dari luar sistem solar atau Bim Sakti.

Ini kerana tamadun-tamadun agung seperti Maya dan Aztec telah diasaskan oleh leluhur Melayu ribuan tahun dahulu.

Buktinya adalah saling tidak tumpah seperti arkitektur bangunan dan seni binaan di Nusantara dengan Maya serta Aztec samada dari segi rekabentuk arca mahupun kegunaan mereka.

Bumi sudah dikunjungi pelawat-pelawat inter-planetary sejak awal-awal lagi.

Blogger Ajaque Rahman pernah menulis dalam blognya bahawa Bumi ini masih menjadi tempat tinggal bangsa-bangsa awal penghuninya seeprti Polippa Al-Hin, Polippa Al-Bin, Polippa Al-Tam, Polippa Al-Ram, Al-Jin, Al-Bashar Atalan, Al-Bashar Lamarakh, Paladin dan sebagainya.

Bangsa-bangsa ini mempunyai tamadun yang begitu canggih dengan tahap ilmu yang amat tinggi.

Sebagai perbandingan jika manusia masa sekarang hanya mampu menggunakan setakat 2 persen sahaja kapasiti inteligen otak mereka bangsa-bangsa ini mungkin sudah mencapai tahap 50 - 60 peratus.

Kemampuan telepathy, sains dan teknologi amat maju sekali.

Jika kita perlu ke hospital, mereka hanya perlu scan sahaja apa-apa penyakit dalam badan mereka atau kecederaan yang dialami dan terus sembuh begitu sahaja.

Umur mereka panjang dan mampu memanjang jangka hayat mereka kerana teknologi yang mereka miliki.

Ada yang mampu hidup antara 7,000 hingga 10,000m tahun.

Apa yang anda lihat di dalam filem bikinan Hollywood seperti Avatar, Star Wars, Lord of the Rings, Prometheus, Stargate, War of the Worlds, 13th Planet, Aliens, Narnia dan sebagainya adalah semua benar belaka.

Inilah adalah antara makhluk yang pernah mendiami bumi ini dan sesetengah spesis mereka masih lagi bermastautin di sini.

Persenjataan paling canggih manusia zaman ini pada mereka sudah ketinggalan zaman beberapa kurun.

Kapal angkasa lepas yang terhempas di kutub Artik penulis paparkan pada artikel yang lepas bukanlah insiden baru.

Kapal tersebut sudah berada di dalam lapisan air sejak ribuan tahun lalu.

Kemungkinan besar ia adalah dari gugusan planet Melayu iaitu Sirian dan Pleiades kerana yang berkunjung ke Bumi tetapi telah ditembak jatuh dalam peperangan inter-planetary yang terjadi ketika itu.

Dikatakan telah ditemukan beberapa artifak dan ukiran pada dinding dalaman kapal angkasa tersebut yang mempunyai ciri-ciri kemelayuan. Mungkinkah keris?

Seterusnya penulis akan membongkar lebih banyak bukti hubungan bangsa Melayu dengan bangsa 'alien' pada makalah akan datang.

sumber klik sini

[TERGEMPAR] KAJIAN DNA MEMBUKTIKAN MELAYU LAHIRKAN CINA DAN INDIA








KAJIAN DNA BUKTI MELAYU LAHIRKAN CINA DAN INDIA

Satu strategi yang digunakan penjajah untuk menghalalkan tindakan menjajah sesebuah negara ialah dengan mereka-reka teori asal usul kewujudan bangsa yang mendiami negara tersebut.

Di Nusantara, di arah pengkaji-pengkaji Barat supaya membuat pelbagai teori mengenai asal usul bangsa Melayu.

Maka sejarawan Barat seperti J.H.C. Kern, R.H. Geldern, J.R. Logen, J. R. Logen pun merumus teori datang dari wilayah Yunan China atau Taiwan.

Mereka pun saling menyokong teori yang mereka sendiri cipta untuk menerangkan kepada bangsa Melayu dari mana mereka datang.

Yang peliknya ada juga pengkaji sejarah berbangsa Melayu yang bersetuju dengan pendapat rakan-rakan mereka dari Barat malah dalam pertahankan teori tersebut mereka lebih bersemangat lagi daripada pembuat teori itu sendiri!

Tapi tidak ada satu pun teori yang mengajak bangsa Melayu berfikir kemungkinan mereka tidak berasal dari Yunan atau Taiwan tetapi sebenarnya sudah beranak pinak dan bersemenda sejak puluhan ribu tahun lagi di Nusantara.

Fakta Melayu datang dari Nusantara dan kemudian menyebar ke merata dunia serta melahirkan bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India ditutup kerana ia merupakan rahsia besar bangsa Melayu yang tidak boleh diketahui oleh bangsa ini.

Sekian lama bangsa Melayu ditipu penjajah kerana mereka mahu memiliki Tanah Melayu dan seluruh kawasan Melayu di Nusantara.

Mereka mahu mahu mengabsahkan penjajahan ke atas bumi Melayu atas hujah Melayu pun kaum pendatang maka tidak salah jika menaklukinya sebab tidak bertuan.

Sebab itulah menteri MCA, Lee Kim Sai mencetuskan kontroversi pada tahun 1986 apabila beliau juga mengatakan bangsa Melayu adalah juga kaum pendatang seperti mereka.

Atas keceluparan dan kebiadapan beliau, Kim Sai pun dianugerahkan pingat kebesaran membawa gelaran Tan Sri!

Melayu dibodohkan dan terus diperbodohkan tanpa mereka sedari.

Singapura juga memainkan peranannya untuk menidakkan asal usul Melayu dengan menerbitkan buku bertajuk "Contesting Malayness - Malay Identity Across Boundaries" pada tahun 2004.

Buku ini disunting oleh Prof Timothy P Bernard dari National University of Singapore dan dicetak oleh Singapore University Press.

Buku ini hanya menambah nilai kepada yambung hikayat yang dipintal oleh penjajah dengan mendakwa bangsa Melayu sebenarnya tidak wujud langsung. Pulak dah...biar betul!

Yang wujud hanya suku-suku kaum yang kemudiannya disatukan atas dasar politik dan diberi nama baru iaitu Melayu.

Sungguh pandai Singapura memainkan peranannya sebagai balaci Barat untuk mengelirukan dunia.

Keadaan ini mula berubah apabila Human Genome Organization (HUGO) di New York yang mengumumkan hasil kajian selama 15 tahun ke atas mitochondria DNA.Kajian HUGO membuktikan bangsa Melayu adalah ras yang kedua tertua di dunia selepas bangsa Arya.

Sekaligus kajian ini juga menyanggah usaha jahat Singapura dan membakulsampahkan semua teori-teori lapuk Barat yang menjadi anutan dunia akademik selama ini.

Kajian ini bersifat teknikal tetapi penulis akan mengupasnya dalam bahasa yang mudah difahami.

Cerita bermula dengan penemuan fossil tertua manusia moden atau homo
sapiens berusia antara 150,000 ke 200,000 tahun dahulu di situs Herto,
wilayah Middle Awash, Ethiopia.

Hasil kajian daripada penemuan ini menghasilkan Teori 'Out of Africa'.

Kini kajian HUGO telah mengesahkan teori tersebut dan menjadi fakta bahawa generasi manusia hari ini bermula dari kumpulan terawal manusia yang berhijrah dari Horn of Africa atau Tanduk Afrika 2,000 generasi atau 55,000 ke 60,000 dahulu.

Majalah berprestij, ‘American Journal of Human Genetics’ mengesahkan Semenanjung Arab menjadi pentas pertama (first staging post) atau kolam
pembenihan kumpulan terawal ini dari Afrika sebelum penyebaran ke seluruh dunia melalui beberapa juraian atau 'haplo group'.

Dipendekkan jalan cerita, setelah Semenanjung Arab tidak lagi sesuai didiami manusia disebabkan perubahan cuaca di zaman air, leluhur manusia ini berhijrah melalui pesisiran pantai hinggalah sampai ke pentas atau benua Sunda kira-kira 65,000 tahun lalu.

Di benua Sunda, inilah lelulur bangsa Melayu dari juraian Senoi dan Semang
yang berasal dari pentas pertama bersemenda lebih kurang 25,000 tahun sebelum berhijrah China melahirkan bangsa Cina dan merepopulasi benua India lantas melahirkan bangsa India hari ini.

Hikayat Melayu ini baru dikesan sampai setakat 65,000 tahun sahaja dan Melayu bertamaddun lebih lama daripada itu.

Cukuplah untuk pengetahuan kaum pendatang di Malaysia yang kini beriya-iy mahu menggulingkan kerajaan dan mengambil alih negara ini bahawa mereka lahir dari sulbi leluhur Melayu.

sumber klik sini

Rabu, 29 Januari 2014

BANGSA MELAYU YANG TEROKAI BRAZIL 20,000 TAHUN DAHULU? HEBAT BUKAN?

PATUTLAH, KALAU IKUTKAN TAK JAUH MANA PUN RUPA KAT SANA, KATA BIDALAN, TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA... ADA MAKNA TERSIRAT SEBENARNYA!!


BANGSA MELAYU TEROKAI BRAZIL 20,000 TAHUN DAHULU

Penyelidik molecular genetiks di Federal University of Minas Gerais, Brazil telah menemui DNA bangsa Malayo-Polinesia daripada tulang belulang satu kaum yang sudah pupus yang pernah tinggal di pendalaman hutan negara itu satu masa dahulu.

Menurut kumpulan saintis yang membuat kajian tersebut, kaum yang dikenali sebagai Botocudo itu hidup secara nomadik atau berpindah randah dari satu tempat ke tempat lain dengan memburu sebagai kegiatan utama.

Mereka memakai hiasan pada bibir dan telinga yang dipanggil 'botoques' oleh penjajah Portugis.

Kaum Melayu Botocudo dipupuskan oleh penjajah Portugis dalam kurun ke 19 apabila mengisytiharkan perang terhadap kaum-kaum pribumi Melayu Amerika yang tidak mahu menerima undang-undang Eropah.

Dianggarkan kaum Melayu Botocudo sudahpun bermastautin di Brazil
sekitar 15,000 ke 20,000 tahun dahulu.

Memang benarlah Nam Tien atau Gerakan Ke Selatan bukan sekadar terhad di Nusantara sahaja, tetapi di mana bangsa Melayu berada mereka dicemburui, diburu, dibunuh dan dipupuskan.

sumber klik sini

Selasa, 28 Januari 2014

sekadar bertanya? apa sudah jadi?

bincangkan!!

ps: :)

sah nuar brahim calon dun kajang, game is on!!

dah tau dia ni kaki pelakoq orang kuat, malah kerana kuasa dia peduli apa kau melayu, kau cina, kau india, habis, manusia ni orang terdekat dia dah lama tinggalkan dia, yang macai jibrauk juga menjilat dia sampai kering lendir, ini lah realiti manusia pelbagai rupa, anuar ibrahim.. tak dapat jadi pm pun jadi mb ok la... janji kuasa, pkr gaduh ke apa ke, umno la punya pasal... nampak tak permainan dia?


ps: permainan licik yang najib pun terikut dengan manusia ni!! demn

Isnin, 27 Januari 2014

biar betik beb!! di jangka 8 lagi adun pkr akan meletak jawatan menjelang khamis ini?

apa semua ini? gila babi aka gila siamang yang terjadi di selangor? setelah adun kajang meletak semua jawatan hari ini, gempar akan ada lagi adun pkr akan meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan anuar ibrahim? gila yang gila politik selangor.. kerana seorang manusia!



mungkin juga troll, mungkin juga betul, mungkin juga ia adalah harapan untuk semua, hehehe..

baca seterusnya disini klik

geng #kangkungkerang# buat demo semalam-10,000 hadir!


Demo TURUN yang diadakan di Seberang Jaya semalam dilihat hambar kerana beberapa checkpoint yang ditetapkan penganjur tidak mendapat sambutan dari penyokong Pakatan.

Perancangan mula,perserta akan belarak dari beberapa checkpoint terpaksa dibatalkan dan peserta terpaksa terus berkumpul di pintu masuk pusat membeli belah Sunway Carnival.

baca seterusnya klik sini

bukti-bukti dap telah menerima Islam secara total! tahniah #kangkungkerang#

kebiadapan sialan kiasu sorang ni, memang kadang-kadang melampau, tapi dia tak hairan kalau keluar stament camtu sebab dia tau isa dah tak de, apa da hal, usik Islam ka, usik melayu ka, orang melayu tak berani ma usik saya... huh..

realiti keadaan politik malaysia, kiasu bermaharajalela, pemimpin melayu layu di ufuk timur... apa nak jadi?


ps: takdir :(

Ahad, 26 Januari 2014

mana pergi kegarangan p kamalanathan berkenaan isu murid didenda makan rumput?

wah senyum lebar nampak timbalan menteri pelajaran ni?

ingat lagi tak isu guru besar pristana masa bulan puasa tahun lepas? wah dia punya garang mengalahkan singa lapar, belum apa-apa dah marah kemain dengan isu tu, wah wah.. 

dia jadi hero konon isu ni, sebab guru besar tu berbangsa melayu kot?

lepas tu isu korban di padang sekolah, erm tak salah dia ni juga secara pantas mengeluarkan stament yang konon dia timbalan menteri pelajaran dia boleh arahkan apa saja, wah wah... kemain kau ye.. nak jadi hero juga sebab isu ni berkaitan orang melayu dan Islam?, cepat je melenting..

dengar tu sound tepet dari dia, amacam? 

terpalit lagi isu di sekolah lagi, kali ini sekolah jenis kebangsaan cina di sungkai, perak, cikgu kiasu mendenda anak murid berbangsa melayu memakan rumput dan suruh memakai loceng serta mengatakan mereka lembu, makin panas setelah mak bapa murid yang kena denda tu tak puas hati lagi, mengarahkan guru tersebut di pindahkan atau tindakan tatatertib di kenakan, melampau bai, makan rumput, cuba kena kat anak lu, takpun yang buat tu cikgu melayu, agak-agak lu orang lah, apa akan jadi? ADAKAH AKAN SELESAI DENGAN HANYA MEMINTA MAAF? KADUK DAH NAIK JUNGJUNG, BANGSA KITA DAH TAK TERBELA KE APA? yang jadi hairan, mana pergi suara timbalan menteri pelajaran p kamalanathan? apasal kau mentikus pasal isu ni? sebab guru tu kiasu? ini kah cara kamu buat kerja, hal berkaitan orang melayu dan Islam melenting kemain, tapi isu ni lagi berat, sadis, kurang ajar dan biadab, senyap nampak?

2 orang murid yang didenda memakan rumput dan dipakaikan loceng dileher serta dipanggil lembu! AKU NAK PEMBELAAN TERHADAP 2 ORANG MURID NI, BUKAN HANYA MINTA MAAF LEPAS TU SETTLE!!

ps: KEMENTERIAN PELAJARAN HARUS BERTINDAK!! ITU JE!! AKU BERANI KATA, PEMIMPIN MELAYU DEKAT MALAYSIA NI JUGA SEMUANYA TELURNYA DAH KENA KEMAM DENGAN KIASU, PENGECUT, AKU RINDU DENGAN PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR YANG GARANG DAN TEGAS!! 

[sejarah] portugis kaut harta sultan melaka berkoyan-koyan jumlahnya!




PORTUGIS KAUT HARTA SULTAN MELAKA TIGA BILION DOLAR SEPANYOL

Kekayaan harta benda bangsa Melayu yang menyebarkan tamadun ke seluruh dunia tidak ternilai banyaknya.

Di Nusantara sahaja timbunan simpanan emas, batu permata dan intan berlian termasuk harta aset kekal yang dimiliki oleh raja-raja Melayu sejak zaman berzaman tidak terhitung banyaknya.

Harta benda yang dipusakai sejak dinasti-dinasti awal Melayu seperti Sriwijaya, Majapahit dan Melaka tersimpan di merata pelusuk alam Melayu.

Juga tamadun-tamadun yang ada hubungkait dengan bangsa Melayu seperti Mesopatamia, Lembah Indus, Mesir Kuno, Aztec, Maya, Olmec dan rangkaian kerajaan-kerajaan lama diseluruh dunia juga menyimpan banyak sekali harta terutamanya simpanan emas.

Sehingga di terbitkan filem berjudul 'King Solomon's Mines' pada tahun 1985 yang menceritakan pencarian lombong emas dan istana Raja Sulaiman (Nabi Sulaiman) yang bersalutkan emas dan intan permata.

Semua ini adalah gambaran berapa tahap kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan-kerajaan yang wujud ribuan tahun dahulu.

Malangnya banyak daripada harta-harta ini telah dirompak dan dicuri oleh penjajah-penjajah Barat apabila mereka membuka laluan laut baru.

Setiap pelayaran mereka dilengkapi dengan kapal perang yang serba lengkap dari segi pensejataan.

Mereka menggunakan muslihat perdagangan tetapi sebenarnya adalah tujuan merisik kekayaan negeri yang di terokai dan kemudiannya memulakan strategi untuk menjajah dan merampas segala kekayaan yang ada serta membunuh penduduk asal negeri itu.

Contohnya ketika penjajah Inggeris menerokai baru yan dikenali sebagai Amerika Syarikat sekarang, terdapat lebih 60 juta puak Red Indian tetapi selepas tanah dan kekayaan mereka dirampas serta berlaku pembersihan etnik kini hana tersisa 800,000 orang sahaja.

Kajian terbaru mitochondria DNA oleh HUGO mengesahkan puak Red Indian adalah juga dari bangsa Melayu kerana DAN mereka adalah sama seperti leluhur Melayu dari Senoi dan Semang.

Bangsa Melayu adalah ciptaan Tuhan yang amat teristimewa sebab itulah bangsa ini tidak putusputus dicemburui dan dikhianati oleh manusia di dunia atas sifat baik hati, bertolak ansur, cepat mempercayai dan mengenang budi.

Musuh bagaimanapun menggunakan kelebihan yang ada pada bangsa Melayu bukan untuk saling berkawan tetapi sebagai senjata untuk memusnahkannya.

begitu juga yang dilakukan oleh Portugus terhadap Melaka.

Mula-mula mereka datang dengan rendah diri memperkenalkan diri dengan niat untuk menjalin hubungan tetapi lama kelamaan terserlah objeftif sebenar untuk menjajah.

Ketika Alfonso D'Alburquerque menyerang Empayar Melaka dan akhirnya menakluknya pada 1511, antara perkara pertama yang dilakukan ialah menyelongkar kesemua istana dan gedung milik Sultan Mahmud Syah dan mengangkutnya ke atas empat buah kapal.

Salah satu kapal yang digunakan untuk mengangkut harta rampasan perang milik sultan Melaka ialah Flor de la Mar yang turut mengambil bahagian dalam serangan laut terhadap empayar itu.

Penulis dan pengembara Portugis, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental of Tome Pires menceritakan daripada empat buak kapal yang penuh dengan muatan harta kekayaqn Melaka, hanya sebuah sahaja yang selamat sampai ke Lisbon, Portugal.

Tiga daripadanya hilang di lautan - Flor de la Mar, dalam perjalanan dari Melaka ke Goa, India, karam di pesisir perairan Sumatera timur di Selat Melaka berdekatan negeri Pasé (Pasai).

Ia terperangkap tanpa diduga, dalam ribut yang dahsyat menyebabkan kapal itu rosak teruk dan terbelah dua lalu karam pada 20 November 1511.

Kesemua harta dalam bentuk jongkong emas, perhiasan daripada emas dan intan berlian serta singgahsana sultan bersalut emas tenggelam di dasar lautan.

Di samping korban nyawa yang banyak, anggaran harta milik Sultan Mahmud Syah yang tenggelam bersama kapal Flor de la Mar adalah sekitar 3,000,000,000 (tiga bilion) dolar Sepanyol.

Antara yang karam termasuk patung emas singa bersaiz sebenar milik sultan Melaka.

Kesemua harta rampasan itu tersimpan di dalam beratus_ratus kotak besar di atas kapal Flor de la Mar.

Suma Oriental menyenaraikan harta milik empayar Melaka yang dirampas oleh D'Albuquerque antara lain:

1. Perempuan perempuan pakar penenun kain
2. Anak-anak perempuan Bangsawan Melaka (Tun Fatimah dikatakan turut diculik dan dibawa menaiki Kapal ini, tapi mati semasa kapal itu karam)
3. Tiang tiang Istana Melayu Melaka yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak
4. Tandu gajah sultan Melaka yang disepuh emas
5. 600 tan jongkong emas serta barang kemas
6. 7 meja berkaki emas 7. Gelang Sakti Nakhoda Beego
8. 6 buah patung singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah
10. Baju2 berkain baldu dan sutera
11. Mangkuk mangkuk perak
12. 2 pasu emas besar
13. Perabot-perabot kayu berikuran indah
14. 200 kotak mengandungi batu permata seperti berlian, zamrud, delima, nilam dan lain-lain permata yang berharga. Berlian yang dicuri ada yang bersaiz sebesar genggam manusia.

sumber dari fb klik sini